BAB 7

Family Completed 4166

Aku berlari tanpa tahu arah mana yang sebenar yang ingin kau tuju. Sekarang aku sedang menuju ke arah lading getah tuk kampong. Nama Allan dan Maven tidak lekang dijerit. Aku berjanji, biar aku sesat di hutan ini mencari Allan dan Maven, sekiranya aku tidak dapat menjumpai mereka.

“All...” Suaraku tersekat apabila aku mendengar suara tangisan seorang budak. Aku berharap sangat itu suara tangisan Allan dan Maven. Sekurang -kurangnya mereka dijumpai walaupun menangis.

“Makkkkkkkkkkk!!!!!!” suara menangis itu memanggil emaknya. Adakah itu Allan atau Maven.

“Allan!!! Maven!!!!”

Aku memanggil lagi, seraya menuju ke arah suara tangisan itu. Dan akhirnya aku menjumpa seorang budak, Tommy, rakan baya adikku. Lalu aku terkilan apabila itu buka adikku. Aku mendapatkan Tommy dan dia pun sedang berlari mendapatkan aku.

“Babang..” panggilnya seolah -olah Allan dan Maven memanggilku. Aku menitiskan air mata bila dia mendakap aku erat. Betapa ketakutannya dia apabila tersesat ke dalam hutan yang jauh dari kampung ini. Dan aku membayangkan perkara yang sama berlaku kepada adikku.

“Tommy,” anak pak cik Jakoob, juga salah seorang yang paling suka memperliku. Tapi aku tidak akan mengainaya anaknya. “Kamu ada nampak Allan dan Maven?” tanyaku.

“Babang Allan dan Maven, dia diikat oleh Cuak dekat pokok kayu tu kata Tommy. Dia menunjukkan arah itu.

Oh Tuhan. Cuak. Anak pak cik yang paling suka memperliku. Betapa jahatnya dia mengikat adikku. Kalau terjadi apa -apa, aku takkan lepaskan keluarga itu. Semua mereka sama saja. Ayahnya suka menyakiti hatiku, anaknya membuli adik -adikku, hampir membunuhnya.

“Jom.. Tunjukkan babang tempatnya,” lalu tommy mengheretku ke satu pokok yang agak besar. Aku mula mendengar suara tangisan orang yang aku sayang itu. Aku berlari dan melihat mereka diikat seperti bukan manusia. Air mataku berderai. Kedua -duanya menangis kaut apabila melihatku datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience