BAB 6

Family Completed 4166

Selepas siap aku mancari mereka berdua di taman -taman permainan. Tidak ada. Aku berjalan lagi ke tempat -tempat yang selalu menjadi sarang anak kecil bermain. Aku mula risau bila aku tidak menjumpa mereka. Lama kemudian aku berjumpa dengan seorang budak, bertanya kemana Allan dan Maven. Dan jawapannya tak ada. Risau aku makin menjadi -jadi walaupun hari masih tengahari. Aku mula rasa hendak menangis. Dan aku mula rasa menyesal bila lebih mengutamakan ayam daripada keselamatan adi -adikku sebentar tadi. Aku mula menjerit memanggil nam dua orng adikku itu.

“Nyah..Jangan menjerit di sini laa oi!!! Bising sangat!! Adik kamu mati dibaham harimau laa tuu.. Kalau tak, mesti dia menjawab..” pak cik yang paling rajin memperliku muncul, dan membuat aku sakit hati buat kali ke seribu. Dan dia mengucapkan ayat yang paling tak boleh aku dengar. Kali ini dia amat keterlaluan dalam mempersendakan aku. Aku rasa ingin saja memukul orang tua itu sampai dia mati. Tapi, buat masa ini, dia sangat tidak penting. Adik -adik aku lebih harap memerlukan aku.

“Aku harap anak kamu akan dibaham harimau, orang tua nyanyuk!!!!” jeritku geram. Aku terus berlalu,berlari -lari mencari. Sayup -sayup ketawa pak cik yang paling rajin memperli aku menusuk telingaku. Apalah yang dia akan rasa jika dia di tempatku?

“Allannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!”

Mavennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!”

Aku sudah masuk ke kawasan pokok getah. Aku tidak dapat berfikir dengan waras. Aku harap aku akan berjumpa dua orang yang paling kusayangi itu. Aku tidak amhu mereka pergi jauh dari aku…

“Jeff???” nenek yang baik hati tercenggang depan aku, mungkin pulang dari kebunnya.

“Nek!!” aku tergesa -gesa mendapatkan nenek itu. “Allan dan Maven hilang, nek aduku, orang yang pertama tempat aku mengadu.

“Ya Tuhan. Jagalah dua budak itu..” nek yang baik hati itu lantas memanjatkan doa, sesuatu yang aku tidak lakukan. Oh, Tuhan.. Lindungi adik -adikku Tuhan. Bisikku.

“Kamu pasti mereka berdua tidak ada dalam rumah?” “Tadi mereka keluar dari rumah, walaupun saya melarang mereka. Tadi saya terlalu mementingkan ayam yang saya masak, daripada mengejar mereka..” aku mengaku kau bodoh. Sungguh bodoh. Kalaulah terjadi sesuatu yang tidak aku ingini, aku tidak akan maafkan diriku.

“Kamu lekas cari ke dalam hutan tu.. Nek nak cari dia orang kat kawasan kampug. Kalau boleh nek nak minta tolong orang kampung..”

“baiklah nek, saya cari.. Tapi kalau boleh, jangan nek minta tolong orang kampug. Mereka takkan sudi

“Cepat kamu pergi cari, jangan cakap dulu. Utamakan adikmu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience