BAB 10

Family Completed 4166

Pak cik Joh datang mengziarahi aku dan adik -adik aku. Aku terharu dengan keprihatinan pak cik cina itu. Aku lupa masih ada nenek yang baik hati dan pak cik Joh menyokongku dari belakang.

“Pak cik ajak kamu balik rumah malam ini. Tidak selamat bagi kamu dan adik -adik kamu tinggal disini. Pak cik bukan ajak kamu pindah pun. Cuma buat beberapa hari ini. Kamu tahu tak, bila orang dewasa sudah berkata begitu, mereka akan maksudkannya.”

Aku terus memerhatikan adik -adik aku melahap makanan, berlaukkan ayam tadi yang aku tanak semula. Sungguh berselera mereka. Ken, anak pak cik Joh yang berusia 24 tahun itu melayan kerenah adik -adik aku dengan mesranya. Maven menyuapkan Ken seketul ayam. Dalam hatiku, kau tersenyum.

“Babang pandai masak. Adik suka makan lauk babang..” kata Allan kepada Ken. Ken senyum girang mendengar pujian adik kecilku itu. Aku turut senyum.

Jeff, apa -apa pun, pak cik nak kamu ikut juga malam ini. Kalau kamu tak sayangkan diri kamu, sekurang -kurangnya sayangilah adik -adik kamu. Diaorang masih kecil, dan sekiranya berlaku apa -apa, kamu takkan dapat memutarkan waktu lagi. Kata pak cik Joh yang membuat aku mula berfikir panjang.

“Ya, Jeff. Saya dan abah bukannya selalu ajak kamu datang rumah. Apa salahnya kamu datang malam ini. Lagipun saya seronok melayan Allan dan Maven. Diorang sungguh comel.

Sekejap.

“Baiklah”Aku memutuskan yang aku akan pergi selepas memikirkan baik buruknya. Semua ini demi keselamatan Allan dan Maven.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience