BAB 12

Family Completed 4166

AKU menolong pak cik Joh di kedainya selama aku tinggal di situ. Ken juga banyak membantu aku melayan adik -adik aku. Perlahan -lahan kami serasi. Seperti sebuah keluarga. Isteri pak cik Joh pun tidak ada masalah dengan kehadiran aku, malah dia mengalu -alukan. Dan adik perempuan Ken yang berusia 17 tahun sangat baik hati. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga itu.

Satu pagi, aku duduk kaunter dan didatangi seorang mak cik sekampung denganku. Dia membawa berita yang sangat mengejutkanku.

“Anak Pak cik mandul kamu itu hilang..” kata mak cik itu kepadaku.

“Apa???”

“Anak Pak fuad, yang bergaduh dengan kamu tempoh hari, si Cuak, anak dia yang berusia 12 tahun itu hilang. Sejak petang semalam dia tidak dijumpai. Orang tidak tahu kemana dia pergi, tapi mak cik dengar, orang tua itu mengatakan kamu dalang semua ini..”

“Apa?????” sekali lagi aku terkejut. Belum pun habis kejutan tentang kehilangan Cuak, tiba -tiba aku dikejutkan dengan satu lagi.

“Ya.. Operasi mencari baru dimulakan pagi ini. Laporan polis sudah dibuat. Mak cik rasa nama kamu ada disebut dalam hal ini. Dan..”

“Nek?” aku terkejut dengan kehadiran nenek yang baik hati dengan dua orang pegawai polis itu. Pak cik Joh juga dapat menghidu sesuatu yang buruk lalu menghampiri aku. Mak cik yang memberitahu aku sebentar tadi segera berlalu.

“Jeffrey, kami ada waran tangkap untuk menahan kamu berikutan kehilangan anak Fuad, Cuak. Kamu dipercayai melakukan jenayah ini. Dan sesi penyelesaian itu kamu boleh lakukan di balai polis. Silakan ikut kami..”

Pegawai itu menayangkan gari, dan aku pun menghulurkan tangan merelakan dir untuk disoal siasat. Aku percaya, Tuhan akan melindungi aku, Tuhan akan melindungi umat yang teraaniaya

“Tunggu, saya boleh ikat jamin dia..” pak cik joh bersuara perlahan tetapi tegas.

“Dan tuan dipersilakan pergi ke balai untuk menguruskan hal ini..” kata pegawai polis yang perempuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience