BAB 11

Family Completed 4166

Bila berbaring dengan dua adik aku di dalam kamar khas yang disediakan oleh keluarga itu, akau masih memikirkan kamar kami di rumah. Aku tidak betah. Dan aku seperti sudah meninggalkan orang yang aku sayang jauh dariku. Aku tiba -tiba rasa nak menangis. Aku rindu dengan rumah aku. Disitu aku lebih aman kerana aku percaya mama dan papa dan adikku yang sudah pergi selalu menemani kami dan menjaga kami dari segala bencana.

“Babang belum tidur lagi?”Allan yang tidur di sebelahku perasan aku belum lagi tidur.

“Babang nak tidur, tapi babang rindu pada rumah kita. Apalah yang berlaku kat situ, kan?” Tanyaku seolah -olah adikku itu sudah matang sangat untuk aku bercerita seperti itu.

“Adik nak balik tiba -tiba Maven bersuara, yang tidur di tepi dinding.

“Eeee. Berani kamu balik malam -malam begini??” acahku

“Tapi babang kata jangan taku dengan momok celah Allan.

“Emm bijak adik babang.. Baiklah.. Adik tidur dulu. Kita akan balik esok ya..” aku mula menabur janji yang tidak benar, sedangkan pak cik Joh nak kami tinggal di sini selama tiga hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience