BAB 1

Family Completed 4166

Kisah hidup manusia di dunia ini berbeza-beza, ibarat lagu yang punya pelbagai rentak. Begitu juga aku. Aku mempunyai sepasang adik kembar yang kujaga dan sayang lebih dari nyawa sendiri. Aku tidak akan membiarkan sesiapapun cuba menyakiti mereka. Walaupun sekali cubit pun. Selepas kematian keluarga aku dalam tragedi tanah runtuh di belakang rumah kami aku hidup dengan dua orang adik kecil aku itu. Jadi aku sayang pada mereka lebih dari segalanya kerana aku cuma ada mereka dan hanya mereka tempat aku bersandar kasih dan sayang.

Aku menanam sayur -sayuran untuk menyara hidup kami bertiga. Apa lagi yang mampu aku buat melainkan aku perlu melakukan itu. Kamu fikir ada sesiapa lagi ke yang akan pandang kita kalau kita tidak senang?? Aku terkilan dengan sikap sesetengah manusia. Pantas aku menggelar mereka ‘manusia yang bukan manusia’. Yang aku tahu hanya segelintir yang baik di dunia ini yang aku kenal. Satu, keluarga cina yang selalu membeli sayur aku dengan memberi pulangan yang banyak dari sepatutnya. Dua, ada seorang nenek yang selalu membantu aku menjaga adik -adik aku, yang selalu membantu aku ketika aku memerlukan bantuan. Manusia lain sudah hilang. Mereka menjadi orang yang paling kejam, sekejam peluru orang yang berperang.

“Babang…Adik nak makan.. Lapar…”

Oh.. Comelnya suara dia, dan itu yang selalu buat aku rasa sayang dengan dia, Allan dan Maven. Aku peluk Allan. Maven sibuk bermain permainan yang sudah usang sangat. Bila aku pandang lama -lama dua orang adik aku itu, aku jadi sebak. Tak sanggup rasanya aku membiarkan mereka hidup susah bersama aku, tapi siapa lagi tempat mereka bergantung?

“Baiklah. Babang pergi siapkan dulu ya. Ajak adik sekali. Kita makan sama -sama. Babang pun rasa sangat lapar ni..” aku ramas rambutnya. Allan mengangguk lalu berlari mendapatkan Maven. Sesaat aku perhatikan gelagat mereka. Oh Tuhan, betapa Engkau mengerti aku. Engkau tahu aku sayang akan adik -adik aku, dan Engkau telah menolongku dengan tidak memberi adik -adik aku kesedihan. Biarkan aku saja merasakannya. Cukuplah..

Suatu hari aku datang menghadiri hari gotong -royong kampung yang diadakan sebulan sekali. Aku tinggalkan adik -adik aku pada nenek yang baik hati itu. Aku menebas rumput sambil mencabut -cabut yang pendek. Aku tidak berbual dengan sesiapa pun. Dan mereka pun seolah -olah menganggap aku tidak ada disitu. Kehadiran aku tidak diendahkan, jauh sekali dipedulikan. Dan aku tidak kisah, daripada mereka mengata yang bukan -bukan nanti.

“Bapuk oi!!”

Aku dengar satu suara menjerit. Aku tahu gelaran itu ditujukan kepada aku. Ia suara seorang pak cik yang paling rajin memperli aku.

“Kalau awak sedar apa yang ada di celah paha awak, silalah jangan buat kerja perempuan kat situ. Mana ada lelaki yang sekadar memotong rumput..? Tengok tu..”

Aku segera memberikan perhatian pada apa yang lelaki itu cakapkan, kerena aku tahu dia menujukan itu kepada aku. Dan sia -sia jika aku terus buat -buat tidak tahu kerana dia akan lebih hebat lagi memperli aku. Lalu aku memandang ke arah yang dimaksudkannya tadi. Dan disitu terdapat ramai orang lelaki yang berusaha menarik pokok yang tumbang.

“Mak nyah kat sini.. Tapi kalau awak lelaki sila pergi ke situ.”

Sakit telinga aku. Sebenarnya pantang sangat aku mendengar orang memanggil aku nyah atau bapuk atau apa..? Aku manusia juga. Dan yang penting aku punyai perasaan. Kadang -kadang aku berdoa yang suatu hari nanti mereka akan merasa apa yang aku rasa. Walaupun sebenarnya tidak baik berdoa yang bukan -bukan, tapi aku teringin sangat dia orang tahu apa yang sedang aku rasa ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience