Bab 13

Romance Series 8614

“Barang semua dah letak dalam beg?”

“Dah.”

“Sure?”

“Yep.”

“Betul?”

“Yerr.Yang awak ni kecoh sangat pehal?Kita just nak pindah rumah aje kan.Bukan jauh sangat pun.Tak sampai lima marhalah pun.Awak buat macam kita nak pergi hijrah dekat oversea!Kalau ada barang yang tertinggal,kita datang la ambik balik.”

“Kau cakap senang.Kau ingat aku ni driver kau?”

“Cakap macam memang tak nak datang melawat parents awak dekat sini dah.”

“Banyak mulut kan kau ni.”

“Awak nampak banyak ke?Saya rasa satu je.” Perempuan ni kalau tak menjawab tak sah!

“Dah la jom turun.” Ian lalu mengangkat begnya serta beg Durah.

“Kenapa awak angkat beg saya?Saya boleh angkat sendiri la.”

“Kau nak mama bebel aku lagi?”

“Alaa,lif dah siap servis kan.”

“Kau diam je lah.”

---

“Mama,Papa, Kitorang pergi dulu eh?”

“Ye lah.Drive elok-elok Ian.Jangan drift pulak!” Gurau mamanya.

“Ye.Assalamualaikum.” Ian menyalami Dato' Ilham dan Datin Sophia.Begitu juga dengan Durah.

“Kau nak singgah mana-mana tak?”

“Kita singgah mall kejap boleh?Saya nak beli tudung hitam.Tudung yang saya suka pakai tu dah koyak sebab saya iron lama sangat.Yang lagi dua tu tertinggal dekat rumah lama.”

“Yang kau kalut nak beli tudung hitam ni kenapa?Pakai je lah tudung lain.”

“Yelah,esok dah start kerja.Tempat kerja saya kena pakai tudung warna hitam.”

“Kerja?What do you mean by kerja?”

“Kerja lah.Starbucks..”

“No way!Siapa yang izinkan kau kerja?”

“Dah saya nak kerja.Kalau tak kerja,nak dapat duit macam mana?Nak beli barang macam mana?”

“Aku suami kau.Kau kena mintak izin dengan aku la.Lagi satu,aku ada duit kenapa kau nak kena kerja?Tu tanggungjawab aku,bukan kau.”

“Suami atas kertas maksud awak?”

“Ikut suka kau lah.”

Aik?Marah?hmm,heran? Tak pun.

---

Mereka melangkah masuk ke rumah banglo empat tingkat itu.Nampaknya tiada lif dekat rumah ni.Exercise lah hari-hari Durah..makin tak cukup BMI lah kau.

“Bilik aku tingkat satu.Kau pilih bilik kau,tapi dekat tingkat satu je.Tingkat dua ada wardrobe room dengan mini library. Atas sekali ada ruang fitness.Okay,bye.”

“Dia tinggal aku macam tu je?Okay.”

Durah menapak masuk ke bilik yang terletak bertentangan dengan bilik Ian.Hmm,bilik ni best.Katil queen,table side bed,meja solek,almari tiga pintu dan rak tuala.Simple,sweet and just perfect! Durah memang sukakan kesederhanaan.

“Em tapi bilik ni takda tandas.Takpa lah.” Terus dia mengambil tualanya dan terus ke bilik mandi di tingkat bawah.

---

“Alerr,ngok la kau Durah.Yang kau tak bawak turun baju sekali dah kenapa?Pakai baju tadi lepas mandi?Sorry la,that is so not me!Hmm nak buat macam mana lagi.Tuala pun tuala lah.”

Dia memakai tuala dan membalut rambutnya yang basah.Segan ui,nanti Ian nampak.Nak tutup dada dengan tuala di rambut tu pun tak boleh sebab tuala tu kecil je.Memang khas untuk rambut.

Durah menghendap sebelum keluar dari tandas.Okay,line clear! Terus sahaja dia berlari-lari anak naik ke atas.Baru sahaja dia mahu masuk ke bilik,Ian dah menegur.

“Yang kau macam perompak ni kenapa? Main lari-lari pulak tu.”

“Hah?Saje.Exercise.” Dia tersengih.

“Gila plus pelik.”

“Whatever.” Durah buat rolling eyes.Durah sudah mahu menutup pintu biliknya.

“Yang kau seksi-seksi ni kenapa?Nak goda aku?Sorry la,aku tak berminat.Heh.” Ian ketawa sinis dan turun ke bawah.

“Tak ingin la aku,wahai Dayyan Anaqi!”

---

Durah bangun seawal jam 6:40 pagi. Selesai subuh,dia mandi dan terus menyediakan sarapan.Nasi goreng kampung itu nampak menyelerakan.Kemudian,dia membancuh air teh o pula.Siap segala urusan di dapur,dia beralih ke ruang tamu pula.Kemas ruang tamu, basuh baju dan lain-lain. Semuanya dia sudah siapkan.

Ian yang baru turun terus menuju ke dapur apabila melihat Durah berada di sana.

“goodmorning.”

“Morning.Awalnya kau bangun.”

“Mana ada awal.” Durah menyendukkan nasi goreng dan menuang air teh untuk Ian.

“Dah subuh ke?” Ian hanya mengangguk. Dia lebih kusyuk menikmati sarapan yang disediakan Durah. Sedap..

Durah sudah selesai bersarapan dan hendak naik ke atas. Ian yang masih bersarapan terus berhenti makan.

“Nak pergi mana?”

“Nak siap nak pergi kerjalah.”

“Ohh okay.”

“Awak sambunglah makan.” Ian mengangguk.Ini dah kali keempat dia menambah!Hilang six pack kau Ian dan akan digantikan dengan boroii.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience