Bab 3

Romance Series 8701

Flora Resident.Aikk.. sejak bila pangsapuri kos rendah Durah bertukar jadi kondominium mewah ni?Pe..lik.Durah menggaru kepalanya yang agak gatal.Kelemumur ke?Anda disarankan memakai syampu Clear!Lalu dia dapatkan Safuan yang baru menamatkan panggilan telefon.

“hmm.Safuan.” Panggil Durah.

“Ya”

“Saya..tak tinggal dekat sini”

“Saya tahu.Encik Ian yang arahkan saya bawak awak datang sini.Dia nak awak tinggal dekat sini.”

“Kenapa pulak? Ish,tak nak la saya.Awak hantar saya balik rumah boleh?”

“Encik Ian dah arahkan saya, jadi saya tak boleh nak buat apa. Alah,awak duduk je la sini.Dia cuma nak bakal isteri dia selesa je tu.”

“Hmm.Tapi, baju..”

“Baju semua jangan risau besok kita pergi rumah awak,awak boleh kemaskan semua barang-barang awak.Nanti pasal sewa rumah lama awak semua Encik Ian akan settle kan.Sekarang ni awak duduk je sini.Barang keperluan semua awak jangan risau dah disediakan. PA perempuan dia dekat pejabat tolong belikan.So awak duduk je elok-elok dekat rumah tu kayh?Buat macam rumah sendiri.Erm,memang dah jadi rumah awak sebenarnya.” Beritahu Safuan sewaktu mereka memasuki lif.

“Rumah tu tingkat berapa?”

“29”

“Whattt?!”

“Iyee tingkat 29.” Safuan sudah tergelak.

“Awak guraukan?”

“Nope.”

GULP.

---
“Nah kunci.”

“O..okay terima kasih Safuan”

“Sama -sama.Saya balik dulu. ” Balasnya sambil tersenyum.

Durah melangkah ke ruang tamu yang agak luas itu.Cantik dan simple.Ruang tamu yang bertemakan ungu-putih-perak itu kelihatan sangat cantik.Perabot yang ada juga tidak terlalu banyak.Sesetengah rumah tu,perabot dia banyak sangat sampai nampak semak.Durah melangkah ke arah bilik utama.

Terdapat sebuah katil bersaiz queen berwarna putih yang diapit dengan sebuah meja kecil berwarna perak di sebelahnya.Di sebelah meja itu pula terletaknya tandas yang bersaiz kecil.Durah bergerak ke arah almari empat pintu dan meja solek yang berada di hadapan katil.Kedua-duanya yang berwarna perak,tampak sangat eksklusif.

“Ohh,bilik idamanku..”

---
“Gila meroyan betul lah Mamat tu.Ada ke patut dia letak aku dekat tingkat 29? Asal tak letak aku dekat tingkat atas sekali.Tingkat 40.Huh!”

“Awak nak ke duduk tingkat 40 ?Encik Ian okay jer.”

'Sape pulak dah ni?Haishlaa.Erm,but handsome.Haha'

“Awak sape?”

“Saya Redza..”

“..And Saya Mikael.Kitorang bodyguard yang ditugaskan oleh Encik Ian untuk jaga awak.”

'Hah sudah.Dah la dia letak aku dekat tingkat 29,dia letak pulak bodyguard untuk jaga aku.Dia ingat aku nak lari ke apa.Aku bukan jenis orang yang mungkir janji lahh.Belum kahwin dah buat perangai ala-ala Prince Control.Heh,kenapa tak letak aku dalam forbidden island je terus?Eh jap.Kau ni kan Durah kalau cakap macam kau tu dah setuju je nak kahwin dengan Mamat poyo tu.'

“Durah..Durah.Awak okay ke?” Soal Redza sambil melayang-layangkan tangan di hadapan muka Durah.

“Ohh,saya okay.Hmm.macam mana saya nak tahu awak ni cakap jujur ke tak?Kalau awak tipu..awak bukan bodyguard Encik Ian?” Soalnya yang mula ragu-ragu.Sekarang ni macam-macam boleh jadi.Jadi,kita sentiasa perlu berjaga-jaga.Jangan nak percaya sangat cakap orang.

“Em.Macam mana eh?” Redza berfikir.

“Awak cam suara Encik Ian, Durah? ” Soal Mikael yang sedari tadi hanya mengunci mulut.

Durah hanya mengangguk.

“Kejap.” Kata Mikael.

“Hello Encik Ian? Hm.Durah tak percaya yang kitorang ni bodyguard Encik.”

“Hm bagi telefon ni dekat dia.” Balas Ian.

Telefon bertukar tangan.

“Hello”

“Nice.Sifat berjaga-jaga kau aku suka.Jangan risau bodyguard tu memang untuk kau.Kau nak pergi mana make sure dengan diorang.”

“Tapi.. ”

“Bye” Ai.Senang jantung berlubang dia ja nak letak telefon. Aku cakap pun tak habis lagi. Ahh,lantak dia lah. Durah menyerahkan semula telefon berlambang Epal itu kepada Mikael semula.

“Percaya dah?”

“Hm.” 'Gaya cakap yang menyakitkan hati tu pun aku boleh confirm dah tu Ian.'

'Ya Allah Ya Tuhanku, Semoga aku diberi kesabaran semaksima mungkin. Kalau tak lunyai Mamat tu aku kerjakan kalau aku jumpa dia.' Doa Durah.

“Sekarang ni awak nak pergi mana?”

“Kerja.”

“Dekat mana?”

“Starbucks.”

“Ha.Jomlah naik kereta.”

“Okay.”

---
“Kitorang ada area-area sini ja tahu?Nak apa-apa call jer.”

“Haa? Kenapa korang tak balik je?!”

“Bukan namanya bodyguard la Cik Durah oii kalau kitorang just hantar awak pergi kerja then balik.Itu namanya Driver. Sepatutnya bodyguard kena ada dekat sisi majikan dia tahu.Tapi Encik Ian tak nak lah awak tak selesa jadi dia suruh kitorang still ada around awak,tapi tak lah sampai berkepit je 24 jam.” balas Mikael.

“Dahla awak pergi la masuk” Kata Redza.

“hm yela.Bye.”

---
“Cik Durah ada?”

“Ye saya Durah.Ada apa ya?”

“Ada orang nak jumpa. Dia tunggu dekat lorong belakang .Orang tu kata urgent sangat.” Lelaki yang tidak dikenali itu terus berlalu pergi.

“Aik blah macam tu je?hm.Sape pulak yang nak jumpa aku ni?kat belakang pulak tu.Boleh je jumpa dekat sini.Siap boleh minum-minum lagi.Ni nak kena bagitahu abang-abang bodyguard ke tak haa? ish,tak payah kut,kejap je ..lagipun dekat belakang kedai ni je pun.” Ujarnya lalu melangkah pergi menggunakan pintu belakang yang dikhaskan untuk pekerja di situ sahaja.

“Ish takde orang pun?”

“Hai sayangg..”

Lantas Durah toleh ke belakang.

“Fa..Fahim.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience