Bab 10

Romance Series 8614

Kring.Kring.Loceng butik itu ditekan Datin Sophia.

“Hey Aunty Sophia! Long time no see.” Sapa Zahra dengan sengihan. Zahra merupakan anak kepada kawan baik Datin Sophia,merangkap wedding planner yang diupahnya untuk majlis perkahwinan Ian dan Durah.

“Rindunya aunty dengan Zahra.” Balas Datin Sophia seraya memeluk Zahra.Zahra kemudiannya bersalaman dengan Durah.And yeah..Dell.

“Cantik Durah ni yer.Kulit pun cerah.Putih and gebu..sesuai dengan Ian.” Puji Zahra.

“Alaa,tak payah puji lebih-lebih lah.Biasa je tu. Kitorang pun putih jugak.” Zahra hanya senyum segaris.

“Memang lah,tapi Durah ni memang cantik betul.Ini fact okay?” Balasnya sambil mendengus.Bukan dia tak kenal dengan Dell.Kalau namanya Dell..perangai dia tak pernah nak elok.

“Okay-okay sudah.Jom,let's beginssss!” Jelas Datin Sophia sangat teruja.

“Okay.First,tema.”

“Hmm.. how about.. Garden wedding?” Dell menyampuk.

“Siapa yang nak kahwin ni?”

“Opps!Sorry.I rasa macam I pulak nak kahwin dengan Ian.Iyelah kitorang kan pernah ada relay..then,Ian pulak duduk sebelah I ni.Ala,tak pe lah I tolong bagi pendapat. Ye lah,Idea Durah ni? hmm mesti kolot-kolot.”

“Dell..” Tegur Datin Sophia.

“Kita buat tema songket nak? Tak payah la mahal-mahal.Bazir je.”

“Eiuu! Songket? See!Takde taste langsung!”

“Alaa tak pe Durah.Durah buat je mahal-mahal pun..mama tak kisah.Mama nak sponsor sepenuhnya. Pleasee.Mama bukan nak buat terlampau grand or membazir.”

“Hmm iyelah ma.Anyway yang songket tu Durah gurau je.Walaupun songket cantik tapi Durah tak niat pun nak guna songket.Durah tak nak lah guna IDEA KOLOT MACAM YANG DELL BAGI.”

“What?You kata idea I kolot ?!”

“Yeaa..Benda tu biasa sangat kan.”

“So Durah nak buat tema apa?” Tanya Datin Sophia tidak sabar.

“Simple.Glamour. Crystal and Sparkling.”

“Woww! Sounds interesting.” Datin Sophia mengangguk mengiakan kata-kata Zahra..Ian hanya tersenyum.Buatlah apa pun. Dia ikutkan je.Selagi tak pakai baju ala-ala Lady Gaga,selagi itu dia akan mengikut.

“So,how about the colour? ”

“Black and White!” Balas Durah dan Datin Sophia serentak.Wah! Kali ini Ian suka.Hitam?Warna favouritonya!

“Ian setuju?”

“Definitely Yes!” Ian membalas soalan mamanya dengan bersemangat sekali.

“So baju Durah boleh datang tengok minggu depan.Tengoklah nak kena perkecik ke.”

“Wow!Cepatnya.”

“Ofcourse aunty.”

“Em Zahra. I nak buat baju jugak.I nak sama warna dengan baju diorang tadi.”

“Em.”

“Kenapa?You takut nanti I terlalu menyerlah? You takut nanti orang silap pengantin? Alaa,nanti I make-up biasa-biasa je.”Confident tinggi perempuan ni!

“Ehh taklah.I just malas nak buat je.Baju you bukannya penting pun kan.Lagipun I banyak lagi tempahan ni hah.”

“Tak penting? Hell..I bukannya tak bayar.I bayarlah.”

“Memang lah you bayar.Hmm tengoklah dulu macam mana. I kena siapkan baju Ian dengan Durah ni dulu.”

“Huh whatever!”

“Okaylah.Kitorang balik dulu okay Zahra.Nanti jangan lupa datang ehh nikah diorang.Ajak mama, papa semua.Aunty dah ingatkan mama banyak kali dah.”

“Iyelah aunty.”

“Byee.”

“Bye.”

“Mama.”

“Erm?”

“Ian kena balik office lah.Urgent.”

“Okay.Kalau macam tu Ian tolong hantarkan kitorang dekat Daisy Spa boleh?”

“Okay.”

Durah hanya membuntuti langkah bakal ibu mertuanya.

---

Tangan Durah sejuk seperti baru balik dari kutub selatan.Nasib tidak bawa balik penguin sekali!Debaran di dada tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Para ahli keluarga sudah memenuhi ruang masjid.Jubah putih moden yang dipakai Durah bersama dengan selendang cream yang dililitnya kemas menambah keayuan wajahnya.Dia duduk bersimpuh sambil ditemani bakal ibu mertuanya.Nia dan Aulia turut ada bersamanya.Durah tidak mampu menahan debaran lagi.Dia bermain dengan hujung bajunya yang berkristal sedikit.Betulkah keputusan yang dia buat?Kalau nak batalkan je majlis ni boleh?Alahh, kau jangan nak buat hal Durah..majlis nak mula dah pun!

“Aku terima nikahnya Afra Durah Binti Zarif dengan mas kahwinnya RM 100 tunai.”

“Sah?”

“Sah!”

“Alhamdulillah.. ”

What? Durah terpegun. Aku baru fikir nak batalkan je majlis ni.Aku dah sah jadi bini dia ke?

Durah mengangkat tangan bila dia lihat yang lain sudah mengangkat tangan.

Amin..

Setelah semuanya selesai.Ian pergi untuk menunaikan solat sunat.

“Congrats babe!”

“Thanks guys.”

“Hey.Kenapa sedih-sedih ni?Alaa,chil la.Kau baru kahwin kot.Dah jadi isteri orang dah pun.”

“Isteri atas kertas. Kitorang kahwin bukan sebab perasaan pun.” Balas Durah bersahaja.

“Yelah.Rah,kitorang balik dulu eh.”

“Haa yelahh.Jangan lupa datang resepsi aku besok petang!”

“Alaa malaslah.Tak nak datang lah.”

“Korang berani korang buat!” Ancam Durah.

“Aku dah la takde siapa-siapa lagi dah.Kalau korang tak nak datang takpelah.”

“Hah,mula dah cerita bajet-bajet sedih dia tu.Ye lah kitorang datanglah.Acah aje.”

“Haa tahu pun.Dah byee.See you guys tomorrow!”

“Ha ye.Dah pergilah. Nanti tercari-cari pulak abang handsome kita tu.Ehh Durah..”

“Yes?”

“Emm..”

“Apa?!”

“Have a nice night!” Nia dan Aulia sudah ketawa mengekek lalu bergerak ke kereta porsche hitam milik Aulia.

“Tak gunaa korang.Tunggu korang besok!” Laung Durah lalu ketawa.Ada-ada je lah diorang ni.

“Jangan nak happy sangat lah. ” Durah melihat ke belakang. Dell.

“Aku akan pastikan yang Ian akan jadi milik aku.Aku akan buat apa aje.Apa sahaja!”

Meroyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience