Bab 12

Romance Series 8701

“Kaki kau macam mana?”

“Okay lah sikit..”

“Besok dah lah resepsi.Kang kau jalan macam orang patah kaki, orang kata aku kahwin dengan OKU pulak..” Mak ai,selambanyaa dia kata aku OKU.

“Amboi, kurang asam boy lah awak ni!Awaklah yang buat saya jadi macam ni.”

“Hmm,kurang asam maybe betul sebab aku tak suka makan benda masam tapi aku rasa aku tak kurang 'boy'.” Balas Ian dengan sengihan nakalnya.

“Heh ye ke?” Sinisnya Durah.

“Nak bukti ke?”

“Ish!Apa awak ni!” Durah bersuara apabila Ian mula menolak dia ke kepala katil.

“Dah tak percaya.” Ian kembali duduk bersila.

“Tak kata pun tak percaya.”

“So,percaya la ni?” Adui,dia bagi senyuman menggoda pulak!

“Emm..” Uii,jangan tengok dia Durah.Kang kau yang terkam dia.Handsome bhai laki aku. Hahahaha galakss ye kau Durah!

“Hey guys!Jom,turun makan.” Datin Sophia sudah terjengul di pintu.

“Ye lah.Jom” menonong je Ian keluar.

“Awak-awak!” panggil Durah namun Ian buat derk je. Haih, telinga dia ni dah berapa tahun tak servis ni?

---

“Ian.Durah mana?” Tanya Dato' Ilham.

“Tengah turun lah tu.” Sedapnya lauk.Tomyam campur,ayam masak rempah,daging masak merah, telur dadar lagi.Kecur air liur haih!

“Allahu.Kenapa kamu tinggal dia Ian?Kaki dia kan terseliuh. Kalau dia jatuh tangga lagi macam mana?!”

“Lif ada.” Selamba badak sumbu lagi.

“Dayyan Anaqi a.k.a ian.Lif tu kan tengah servis.“

Alamek,lupa.

“Iannn!”

Ian lihat Durah sudah terjerit memanggilnya di tangga.Dah nak sampai bawah dah pun.Mama ni kecoh je!

Namun tinggal lagi hanya sepuluh anak tangga, Durah sudah tidak dapat imbangkan badannya akibat sakit kakinya yang kembali menyengat.Sap!Laju sahaja Ian menangkap lengan Durah. Fuh!nasib baik.Kalau tak resepsi sambil pakai selipar jepun lah jawabnya si Durah ni.

“Kau okay tak?”

“Haa..err..o..kay.” Durah masih terkejut.

“Itulah Ian.Mama dah cakap kan.”

“Yer,Ian salah..”

“Dahlah.Sini makan.Nanti sejuk lauk tu.Durah okay?”

“Okay pa.”

---

Mak aih!Lawa Durah pakai baju pengantin warna putih itu.Dengan hanya mengenakan solekan nipis, Durah kelihatan amat berseri-seri.Nasib kaki Durah hanya cedera ringan. Dapatlah dia pakai high heels 5 incinya!Kalau tak dipakai kasut tinggi tu, Durah nampak macam adik Ian je.Ketinggiannya betul-betul hanya pada paras dada bidang Ian.

Ruang ballroom di hotel itu kelihatan sangat mewah dan cantik.Gabungan warna hitam-putih-perak tampak sangat elegan.Ruang itu juga dihiasi dengan bunga-bunga segar berwarna ungu.

Ramainya tetamu yang hadir! Kebanyakannya adalah VVIP ofcourse!

“Besok kita balik rumah aku.” Bisik Ian.

“Okay.” Pelik dia ada rumah sendiri?Nope.Orang kaya,pelik apanya.

“Kondo mewah or rumah banglo bertingkat-tingkat?”

“Banglo 3 tingkat.”

Jam 11:30 malam barulah habis majlis resepsi mereka.Penat oo layan tetamu.Alhamdulillah majlis selesai dengan meriahnya.

---

Mereka sudah berada dalam kereta mercedez benz merah milik Ian yang dipandu oleh Syafiq,kawan baik Ian.

Durah sudah membuka kasut tumit tingginya.Ian lihat kaki Durah. Bengkak kembali.

“Sakit?” Durah hanya mengangguk.

“Fiq.Kau tolong singgah klinik jap.”

“Asal bro?”

“Kaki Durah ni haa sakit.Kelmarin kaki dia terseliuh.Tapi baik dah.Ni pakai high heels bengkak balik lah.”

“Macam mana boleh terseliuh?”

“Haa..aku..err..suruh dia naik tangga sambil bawak beg berat.” Ian tersengih-sengih sambil menggaru belakang kepalanya.

“What?Aku tahu la korang kahwin terpaksa,but janganlah buli Durah macam tu.Kejam bebenor kau ni Ian.”

“Yelah,aku tahulah aku salah err!” Semua orang nak salahkannya!Stress ahh gini.Eh,memang kau salah pun Ian!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience