Bab 18

Romance Series 8701

“Alahh.Kalau tak pergi tak boleh ke?” Durah menghentakkan kakinya tanda protes.Segera dia menghabiskan air sirap yang masih berbaki di dalam gelas tinggi itu.Dia mengesat bibirnya kasar.

“Kena pergi jugak!Nanti mama dengan papa syak something lah.”

“Alahh.Susahlah saya nak dapat cuti!” Bibirnya sudah muncung ke hadapan sehingga dapat disimpul mati.

“Berhenti je lah.” Selamba aje Ian menjawab.Jarinya laju menari-nari di atas papan kekunci komputer ribanya yang mempunyai lambang epal itu.

“Saya tak nak pergilah honeymoon tu.Kita nak buat apa dekat sana nanti?” Pelik?Memang pelik.Orang lain berebut-rebut nak pergi berbulan madu,si Durah ni tak nak pergi pulak!

“Buat je lah apa yang sepatutnya.” Ian mengangkat keningnya.Dia tersengih nakal kepada Durah.Terpana Durah melihat lesung pipit Ian.Comel!

“Haa.Tu yang saya tak nak pergi tu!” Tersedar juga akhirnya Durah dari lamunannya tadi.

“Alah.Kau anggap je lah kita pergi bercuti.Simple.”

“Aku bukan nak buat apa pun dekat kau nanti.” Sambungnya lagi.Penat tahu nak pujuk budak ni!Pujuk pergi honeymoon pulak tu!

“Boleh percaya ke?”

“Aku tak kan sentuh kau lah!Kang termengandung susah pulak.Opps..” Ian gelak mengekek-ngekek.Lucu melihat wajah Durah yang berbahang.

“Memang aku takkan sentuh kaulah.Kan kita nikah kontrak je.Kau nak risau apa?”

'Hmm.Kau sepatutnya sedar diri Durah.Korang kahwin bersebab.Bukan atas dasar cinta.Kau pun bukannya cantik sangat sampai Ian nak tergoda.' Durah menepuk-nepuk manja dahinya.

“Tengah berlatih untuk audition eh?”

“Uji bakat apa?”

“Nak jadi pelakon bollywood?” Whatt?! Dia nampak aku ni ada gaya perempuan hindi ke?Takda rasanya dengan kulit kuning langsat,bertubuh genit dan mempunyai rambut yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu kerinting itu.

“Uii?”

“Hah?Ape?”

“Mengelamun lagi.Aku tanya,kau nak honeymoon dekat mana?”

“Ermm.Tak tahulah.Saya tak pandai sangat tempat-tempat bercuti ni.”

“1.Maldives
2.Venice
3.Phuket,Thailand
4.Cebu,Filipina
5.Udaipur,India
6.Istanbul,Turki
7.Le Meridian Bora-Bora
8.Abu Dhabi
9.Langkawi
10.Hong Kong
11.Saint Lucia
12.Danau Louise,Kanada
13.Tofino,Vancouver Island
14.Florence,Itali
15.Tahiti
16.Our Master bedroom.Choose one.Ni antara tempat-tempat yang orang selalu pergi untuk honeymoon.”

“Erk.Saya rasa,no 16 tu boleh buang dari list kot.” Ian hanya mengangkat bahu.

“So kau nak pergi mana?”

“Ermm.Le Meridian Bora-Bora?”

“Bora-Bora Island?”

“Haah.Dia sama macam Maldives kan?”

“Yup hampir sama.Selalunya orang susah nak buat pilihan antara nak pergi Maldives ke ataupun nak pergi Bora-Bora.But,aku lagi suka Bora-Bora.”

'Aish.Aku tanya lima patah perkataan jer,dia pergi jawab sampai dekat nak 30 patah perkataan.Tak ke jauh bezanya tu?'

“So?Set ehh?”

“Set apa pulak?” Durah menggaru-garu dahinya.

“Aku kata kau bengong kang kau sentap pulak.Confirm ke nak pergi Bora-Bora?”

“Ha..aaa.Confirm.”

“Okay.Cun.Next week kita pergi.”

“Ye lah.”

Ni semua idea mama dengan papalah ni.Kalau diorang tak desak,takdanya aku nak pergi honeymoon dengan si Ian tu.Eh,tak baik kau Durah kutuk mama dengan papa!Kalau perempuan lain,mesti tergedik-gedik nak pergi honeymoon dengan si Ian yang kategori hot guy tu..tapi aku,sorrylah.Seram!Ian memanglah handsome (opps..) tapi mulut dia tu..nauzubillah min zalik!Kalau tak pergi karang mesti mama dengan papa pelik.Pergi je lah.Aku pun dah lama tak pergi vacation.Actually,aku patut seronok sebab dapat pergi bercuti.Ke Bora-Bora Island pulak tu!Cantik wuiii tempat tu.Dahlah dapat pergi bercuti,percuma pulak tu.Yup!Papa dengan mama nak sponser sepenuhnya!
“Ehh wak.” Durah memanggil Ian yang masih berteleku dengan komputer ribanya.Sweet haih Ian dengan laptop dia.

“Hmm?”

“Kita nak pergi berapa lama?”

“4 hari 3 malam?”

“Nanti saya mintak cuti.Tapi kalau tak dapat macam mana?”

“Macam tu lah.Ehh Durah.Aku nak tanya sikit?”

“Amende?” Dia mencuri pandang ke arah komputer riba Ian.Apani?Garisan naik turun.. nombor..okay,aku nak muntah.Pening!

“Kenapa kau tak berhenti kerja je eh?Kalau perempuan lain aku rasa mesti dah berhenti kerja dah.Ye lah,kau kahwin dengan orang kaya kot..” Okay.Masuk lif,tekan sendiri.

“No.Aku bukan nak riak or what,but kau tahukan aku mampu nak sara kau.Kenapa kau nak kerja lagi?”

“Kita bukan kahwin selamanya kan?Lepas ni awak akan ceraikan saya kan?So,kalau sekarang saya berhenti kerja..nanti lepas bercerai saya nak kerja mana pulak?Sekarang ni bukannya senang nak cari kerja.” Ehh,tak terfikir pulak pasal nak ceraikan dia kan.Ish.

“Hmm.Betul jugak kan.”

“Lagipun,saya sayang kerja ni.Kalau saya jadi barista starbucks sampai akhir hayat pun saya sanggup.Kerja ni kerja pertama saya.Kalau saya tak di ambil kerja dekat sini dulu..entah apalah jadi dengan saya.Parents saya tinggalkan saya waktu saya kecik lagi.Saudara-mara pun.. ”

---

“Durah!Durah!Hui,bangun.Kau dah sampai mana woi?Afghanistan?Patah balik!patah balik! Stop dekat Bora-Bora je.Nanti aku bawak kau pergi tempat lain eh?”

Durah memisat-misat matanya.Sakitnya belakang badan.Aku kat mana ni?Kereta?hmm.

Ian mengeluarkan bagasi mereka dari bonet kereta yang disewa.Beg hitam maskulin miliknya dan beg peach comel milik Durah.

“Dah sampai resort.Tidur je kerja.Dalam flight pun tidur jugak.Nak jadi coala bear? dugong?” Ian menggerak-gerakkan tangan Durah.Keluar dah api-api dari mulut Dayyan Anaqi.

“Hah?Apa?” Terpinga-pinga Durah melihat ke kiri dan ke kanan. Di mana mereka sekarang? Kenapa mereka dalam kereta? Memorinya berpusing-pusing di dalam kepala.
“Ohh,kita dekat Bora-Bora.. ”

“Ye lah.Kau dah kenapa?hilang ingatan? ” kalau ayat yang keluar dari mulut dia tu tak pedas,bukan Ian lah gamaknya.Roh dia mungkin? Eii,seram!

“Awak.” Durah melangkah lemah menyusuri laluan untuk sampai ke bilik mereka. Bagasi di sebelahnya ditarik perlahan.Mengantuk menguasai diri.

“Apa?”

“Awak tak rasa rugi ke?”

“Rugi kenapa pulak?”

“Ye lah.Saya isteri sementara awak je,tapi bawak saya pergi honeymoon lah apa lah.Kalau nak beli barang pun semua guna duit awak kan.”

“Isteri sementara pun still isteri kan?Tetap tanggungjawab aku jugak kan?”

“Hmm,betul jugak..”

“Nah,ni kunci bilik kau.Bilik kau dekat sana.Nombor 001.” Dia menyerahkan kunci kepada Durah sambil menunjukkan arah bilik Durah.

“Bilik saya?Bukan papa booking bilik honeymoon suit ke untuk kita?”

“Aku dah tempah satu bilik untuk kau.Kenapa,kau nak duduk dalam bilik suit mewah ke?”

“Bukan..”

“Habis?Kau nak duduk satu bilik dengan aku?Nak 'honeymoon' ?”

“Taklah..saya tanya je.”

“Sepanjang kita kat sini kau buat hal kau,aku buat hal aku.Kalau kau nak dating dengan sapa-sapa pun aku tak kisah.Kau buat lah apa je yang kau nak.Jangan kau kacau laki orang dahlah kalau kau tak nak jadi perang dekat sini.Kang tak pasal-pasal jadi rekod sejarah pulak.'AFRA DURAH,SEORANG BARISTA STARBUCKS MENCETUSKAN PERBALAHAN DI TEMPAT PERANGINAN TERKENAL,BORA-BORA DENGAN CARA MEMIKAT SUAMI ORANG'.Hishh,creepy!Dah-dah. Syuh..” Amboi..halau nampak.Durah melangkah perlahan ke biliknya.

“Emm,not bad..” Dia meletakkan bagasinya di tepi meja solek lalu merebahkan diri di atas tilam empuk 7 inci itu.gebu..

Now kita mandi.Then kita buat apa anak-anak? Makan? Salah..Ye,Kita tidurrrrrr!Kita perlu sama-sama meningkatkan ekonomi negara. Jadi saya mencadangkan kita membuka kilang yang tidak menjejaskan alam sekitar. Kilang apa tu guys??

Kilanggggggggg..tahi mata!

Durah terjaga dari lenanya kerana mendengar bunyi dari telefon bimbitnya.Dia memisat matanya.Hmm.Hotlink? Huh,abaikan..

Matanya kemudian tertancap pada jam yang tergantung elok di dinding. 7:40 p.m.Hmm. Dia meregangkan otot-ototnya kemudian berlalu ke bilik air. Selesai bersiap dan solat,dia melangkah keluar.Kaki diatur menuju ke cafe'.Jalan sorang-sorang je lah..Dia teringat kembali kata-kata Ian.Huh,ingat aku ni jenis suka cari pasal ke hah?

Mereka menetap di The St.Regis Bora-Bora Resort.Penginapan satu malam yang harganya lebih kurang RM 6 ribu ringgit semestinya mempunyai servis dan pemandangan yang menarik. Dia punya laut dan pantai tersangatlah debushh!Airnya berwarna biru,hijau dan kelihatan jernih. Tempat ini boleh dikatakan amat sempurna untuk berbulan madu.

Setelah tiba di kafe,dia mengambil tempat di bahagian tepi.Di bahagian tengah cafe',lantainya hanya lantai biasa manakala di bahagian tepi kiri dan kanan lantainya menggunakan kaca.Resort-resort di Bora-Bora dan juga di Maldives memang menarik.Lantai resortnya kebanyakan menggunakan kaca.Jadi sambil jalan boleh tengok air laut di bawah. Memang amazing!

Apabila hidangan yang dipesan sampai,Durah mula menjamah makanannya. Sedap jugak eh croissant ni.Selesai menghabiskan croissant dan minumannya dia hanya duduk di di situ.Malas nak jalan-jalan. Bosan je jalan sorang-sorang. Menyampah huh!

Dia membuka aplikasi instagram di telefon bimbitnya. Nak ambik gambar ke tak hah sekeping-dua?Tak payahlah.Hanya menyimpan memori ini di dalam hati pun cukup..Cewahh! Tiba-tiba..

Bushh!

Elok sahaja air latte tersebut mendarat ke pahanya.Auch,pedih!

“Opps.miss, i'm so sorry! I didn't do it purposely! I tripped over the stone!”

“It's okay.”

“I'm so sorry again miss.Anything can I do?”

“Nahh.Nevermind.Not really any painJust a small matter.”Dia mengelap seluarnya dengan tisu.

“Mana boleh takpa.Air panas ni!Degil pulak perempuan ni!” Lelaki itu mengomel.Durah hanya tersenyum kecil.

“Mana ada saya degil Encik.Awak yang degil.”

“Ehh?You..Durah right?”

“Yup.Encik Red.”

“Nice.You still remember my name.”

“Of course.”

“So,awak datang dengan siapa?”

“Kawan.”

“Buat apa?”

“Saja.Teman kawan sambil-sambil boleh release tension.”

“Ohh ingat honeymoon. Habis dia pergi mana?”

“Ada kerja sikit.”

“Ohh,alone lah ni?boleh awak jadi partner saya dekat sini?Saya pun sama macm awak,teman kawan.Dia ada benda nak diuruskan jadi saya kena tinggal sorang-sorang. Huf!” Dia menayangkan muka facepalm.Seperti biasa,lelaki itu mengenakan kaca mata hitam.

“Serius?Boleh!” Durah sudah tersengih-sengih. Teruja sangat.Yeayy dapat kawan!Lantak kau lah Ian.Tak nak layan aku sangat kan!Sayonara Dayyan Anaqi! AHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience