Bab 17

Romance Series 8701

“Barang dapur ada lagi tak?”

“Habis dah.Kenapa nak ajak shopping ke?”

“Haah.Esok kau kerja ke tak?”

“Tak.”

“Haa jom keluar esok.” Bersinar-sinar mata Durah.Bestnya esok keluar.Dah lama tak pergi jalan-jalan.

“Excited semacam kenapa?”

“Ye lah,dah lama tak shopping.”

“Sejak bila kau suka shopping pulak ni?”

“Sejak 60 saat yang lepas.Kenapa, tak boleh ke?” Aku syak,Durah ni peguam bela lah pada hayat yang lepas!

“Tak lah salah.Cuma pelik je.”

“Dahlah.Saya nak pergi iron baju!” Dia berlari masuk ke biliknya.

“What?!” Ian terlopong.

“Psycho..”

---

“Hoi,cepatlah sikit!Kalau keluar nanti secantik Emma Maembong takpe lah jugak.Ni macam Kak Limah jer.” Apalah yang lambat sangat.Baju kan dia dah iron malam semalam.

“Yelah.Kejap.” Durah berlari ke luar rumah.Ian memerhatikannya atas bawah.Tudung bawal dark blue, kemeja dark blue yang sedikit jarang dan dipadankan dengan inner,seluar putih,kasut sneakers putih dan sling beg juga berwarna putih.Ditambah dengan sedikit solekan nipis.Bolehlah.Nampak muda remaja.

“Kenapa?” Durah memusingkan badannya.Melihat jika ada apa-apa yang pelik.

“Nothing.Dah masuk kereta.” Durah mengangkat bahu kemudian masuk ke kereta Mercedes Benz merah Ian.

Durah memerhatikan Ian yang sedang memandu.Handsomenya dia buat muka serious macam tu.Ian hanya berpakaian kasual.Tshirt putih,seluar hitam dan kasut vans hitam.Oh,tidak dilupakan juga..sunglasses hitam.Ian kelihatan sangat maskulin.

“Kau tunggu sini jap.Aku nak pergi toilet.” Durah hanya mengangguk.

“Nak masuk kedai mana hah?emm..” Dia melihat ke kiri dan ke kanan.Sephora.. no.Puma..no.DKNY.. no.Esprit..erm no.Popular.. Yea!Dia melangkah masuk ke kedai yang digemarinya.

“Sementara tunggu Ian,baik usyar-usyar buku dulu.Boleh beli 4-5 buah buat stok bila bosan.” Dia berlalu ke rak yang berlabel novel-novel Melayu.

“Dr.Alpha Male?Sounds interesting.”Dia mencapai novel yang mempunyai 691 muka surat itu lalu meletakkannya di dalam bakul.

“Ohh ada sambungan cerita karekter.” Kemudian dia mengambil pula novel Dheos' yang juga merupakan karya penulisan Anjell.Seorang penulis novel tersohor.

“Alololo,comelnya cover novel ni!Dia troublemaker?Haa sesuai dengan aku.” Laju tangannya mencapai novel yang ditulis oleh Nurul Ain Syuhada.Seorang penulis yang comel dan kecil molek.

“Amboi,banyaknya beli novel?Bila baru habis tu” Sapa seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam itu.Apo kaheinya dia ni,pakai spek hitam dalam mall cenggini?

“3 novels mean boleh habis dalam masa 3 harilah.”

“Woww.Amazing.” Durah berpusing untuk melihat lelaki itu.

“A..awak nampak tak terkejut pun.Awak kenal ke siapa saya?” lelaki itu mengerutkan dahinya.

“Of course saya kenal.Awak..” Berdebar-debar lelaki itu mahu mendengar sambungan ayat Durah.

“Awak Red kan?Yang saya tolong bayarkan barang tu.” Fuh!Lega.

“Haah.Iya.Kuat betul memori awak kan.” Durah hanya tersenyum nipis.

“Dah nak bayar ke?”

“Haah.”

“Awak tak nak tambah novel lagi ke?”

“Kenapa?Awak nak bayarkan ke?”

“Ya.” Durah membulatkan matanya.Biar betul?Kata orang rezeki jangan ditolak. Jarang-jarang orang nak belanja kita novel banyak-banyak ni!

“Ehh tak payahlah.Nak buat apa?”

“Saya ikhlas.Saya tak suka berhutang.Walaupun saya hutang awak RM 7 lebih je,saya tetap nak belanja awak.Dahlah awak ambik lagi satu novel then kita pergi cashier.Lepastu hutang saya kira selesai.Deal”

“Okay!” Durah kalau bab-bab novel ni jarang dia nak tolak!Kalau orang lain nak culik bagi coklat ke apa ke kan tapi kalau nak culik Durah disarankan bagi dia novel.Hik!Terus dia capai novel Mamat Dingin Hati Rindu karya Aifa Batrisya.Done!

“Okay bye.Ada jodoh,jumpa lagi kayh!” Red telah berpusing untuk pergi.

“Wait..” Red berpusing kembali.

“Kenapa saya rasa macm selalu nampak awak ehh?Macam tiap-tiap hari saya dengan awak?”

“Err..perasaan awak je kot.Okay bye.I've got to go. See yaa!” Terus Red melangkah pergi.Lama-lama kat sini,pasti Durah akan cam dia!

“Durah?”

“Ya?Ohh awak dah siap?”

“Dah.Jom.” Durah merangkul lengan kekar Ian.Lain macam Durah ni.

“Beli apa tu?”

“Novel je.”

“Kalau ada jodoh,kita jumpa lagi...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience