Bab 7

Romance Series 8614

“Hai.Welcome to starbucks! ” Sapa Durah pada pelanggannya.Selaku barista inilah ayat yang selalu digunakannya.

“Hai.Bagi Mocha Praline Frap.” Senyum gadis itu.

“Size?”

“Venti.(Large size)”

“Nama?”

“Halena.H.A.L.E.N.A” Gadis itu mengeja namanya kerana tidak mahu Durah silap mengeja namanya.Huh,orang sekarang salah tulis nama dekat bekas air starbucks pun nak bagi viral.

“Okay.RM 18.00” Gadis itu menyerahkan not RM 20 pada Durah.Apabila mendapat kembali wang baki dan airnya dia terus beredar dari situ.”

“Ehem.. next.” Durah berdehem kerana pelanggan seterusnya itu terlalu leka bermain telefonnya.Em,Durah tak sanggup nak tengok perempuan yang berpakaian seksa mata memandang itu.

“Hey miss.What do you prefer?”

“Haa er..tak tahu laa..aa..err..hah I..I lama sangat tak datang starbucks so I lupa menu-menu dia.I duduk dekat London(sebutannya London bukannya Landen) sebelum ni. 'eh Minah ni,dekat oversea takkan takde starbucks kot..lagi banyak rasanya dekat sana.Dah la sebut london pun pelik.'

“Hah takpe miss menu ade ni haa dekat atas ni.”

“Hm I malas nak baca laa..You tolong bagitahu I flavour dia boleh?Alaa..you kerja sini mesti you hafal flavour dia kann..”

Fuhh!Sabar Durah sabarr..Customers always right,ingat tu.

“Okay sekarang miss nak minum coffee,frappucino(a.k.a Frap iaitu Ice blended ),or fizzio(sparkling)?” Durah mula mengajar cara memesan minuman di starbucks.

“Em I nak frap.. em you sayang?” Baru Durah perasaan ada seorang lelaki di samping perempuan yang banyak songeh tu.Lelaki itu pun sibuk bermain dengan telefonnya.Kemudian dia memberitahu sesuatu.

“Okay.I nak frap 1 fizzio 1.”

“Frap contohnya, dark mocha,java chip,mocha praline, chocolate cream chip and green tea cream.

“nak green tea cream lah.”

“Okay.Fizzio ada, iced coffee, iced shaken lemon zen and iced shaken lemon passion. ”

“Iced shaken lemon passion.” Balasnya.

“Size? Tall(small),Grande(medium),Venti(large).So?”

“Grande.”

“Name?”

frap=Jiha,fizzio=Danial.”

“Hm okay.”

“RM 16.95 + RM 15.40 Total=RM32.35.”

“Em mah..murahnya.Em makanan ada tak?laparlah.” Banyak songeh haihh.

Sabar Durah sabar..sesungguhnya kau seorang yang penyabar..

“Ada.Saya suggest cik beli chocolate tuxedo and peanut butter creme brule.Tu paling sedap. Durah sudah malas melayan kerenah pelanggannya yang mengada ngada tu. Boleh je baca menu sendiri. Huh!

“Hah,bolehla.”

“Final total=RM 32.35 + RM 18.00=RM 50.35.”

Setelah pembayaran dibuat Durah sudah mampu menarik nafas lega.

“Ape punya pelanggan lah.Ingat aku ni PA dia ke apa.Lain kali kalau tau tak reti..” Durah tak jadi meneruskan kata-katanya bila melihat pasangan tadi melihat kembali ke arahnya.

“Ahhh,dearr..You tengok laa perempuan tak sedar diri ni kutuk-kutuk I..Hmm, you kerjakan lah perempuan ni dearr.” Sumpah nak muntah tengok perempuan tu merengek rengek sambil menggesel-gesel di dada lelaki tersebut. Lelaki tu pun nampaknya suka diperlakukan sedemikian. Lelaki tersebut tanpa banyak kata terus menerpa ke arah Durah.Dia menarik baju Durah lalu tangannya diangkat tinggi untuk menampar Durah.

Durah terlopong apabila telapak tangan besar milik lelaki itu melekat di mukanya.Beberapa orang pelanggan dan Kak Iman yang berada di dalam kafe itu ternganga.Durah tidak jadi bersuara bila sekali lagi lelaki tersebut mengangkat tangannya lagi.Pap!Kuat bunyinya. Durah mengangkat muka. Tangan sasa milik Ian sudah merentap pergelangan tangan lelaki yang menampar Durah tadi.

“Don't you dare to touch my future wife!” Ujarnya perlahan tetapi tegas.Satu tumbukan hinggap di pipi lelaki bernama Danial itu. Danial terus berlari keluar dari kafe.Kekasihnya yang berpakaian seksa itu sudah awal-awal lagi keluar.

“Kau okay tak ni? ”

“Okay-okay.” Tapi salju-salju mutiara sudah keluar dari mata Durah.

“Kau tak okay.Pergi bagi tau bos kau, kau nak ambik EL (emergency leave).” Durah hanya mengikut kata Ian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience