Durah sudah selesai bersiap.Dia keluar dari rumah dan mencapai kasut sneakers hitam kesayangannya.Dia membuka aplikasi grabcar.Baru sahaja dia mahu memilih lokasi,dia terpandang sebuah kereta berwarna hitam di luar pagar.Hmm.My belovedd bodyguard! Dayyan Anaqi..kau memang!
Durah melangkah ke arah kereta itu.
“Hai Durah.Morning!”
“Morning!” Durah menjeling sekilas.Redza dan Mikael tergelak besar.
“Nak pergi kerja terus ke nak singgah mana-mana dulu?”
“Terus je lah.”
“Ha.Yelah.” Kereta mereka menderum laju meninggalkan kawasan perumahan mewah itu.
---
“Here you are.One Caffe' latte and one Cocoa cappuccino.”
“Thank you miss.”
“Welcome.Please come again!” Pelanggan itu membalas senyuman.
“Heh,miss apanya.Mrs lah!” Gumam Durah.
“Tapi bagus jugak.Maknanya dia memang nampak aku muda remaja la.Ish kau melalut apa Durah? Memang kau muda pun.”
“Kamu ni sejak dua menjak ni, memang suka cakap sorang-sorang ehh?Kenapa?rindu abang handsome ke?” Usik kak Iman.
“Tak de lah kak.” Dia tersengih.Erm,Kak Iman kata apa?Handsome? Ian handsome? haa bolehlah-bolehlah.
“Sengih pulak dia.” Kak Iman terus berlalu pergi ke hadapan untuk mengelap meja.
Durah memandang bodyguardnya.Nampak macam nak masuk je.Dah kenapa?Baju yang dipakai oleh bodyguardnya kini lebih kasual.Tetapi tetap menggunakan warna-warna yang gelap agar tampak lebih profesional.Tidak seperti dahulu.Asyik pakai warna hitam je atas bawah.Macam mafia!
Tetapi jangan disangka kasual-kasual gitu tiada senjata yang terselit.Hari tu Durah nampak ada pistol yang terselit di belakang seluar Redza di bahagian pinggang.Di poket belakangnya juga ada kayu seperti kayu plastik berwarna hitam.Durah rasa itu kayu yang boleh dilaraskan seperti dalam filem-filem tu!
“Hah kenapa?”
“Durah balik pukul berapa hari ni?”
“8 malam.”
“Oh,okay.Encik Ian suruh hantar Durah pergi rumah Datin Sophia nanti.”
“Why?”
“Hencik Ian pirigi yitu youtstation!” Tergelak Durah dibuatnya.Tiru bangla cakap pulak dah Mikael ni!
“Mana?”
“South Korea.”
“Wowww!Wuuu!Nak ikutttt!”
“Haa okay.Jap nak call Encik Ian.”
“Ehh.Tak payahlah.Ian kan pergi atas urusan kerja.Tak kan la saya nak ikut.Menyusahkan je.”
“Yelah.”
“Bila dia balik?”
“Yisnin minggu depan.Insyaallah..” Dia buat lagi cakap bangla budak ni!
“Ohh..dia pirigi yitu satu minggu haa.“ Haa,Durah! Kau pun teringin nak jadi Minah bangla ke?
“Erm,guys.Tak boleh ke saya nak stay aje dekat rumah? Selamat aje kan.Korang pun ada.”
“Tak bole la kakak..kami bukan selalu-selalu ada sama kakak.Malam, kami balik kami punya rumah jugak.” Balas Redza.Hmm agaknya,Redza dan Mikael ni ada kawan Bangladesh ni.Tidak dapat dinafikan lagi.Sampaikan Redza yang serious dan tegas tu pun terikut-ikut jugak.Haishh.
“Ikut korang lah.”
“Baek kakak.”
---
Hari Isnin menjelang lagi.Hari ini juga sepatutnya Ian pulang dari outstation.Durah cadang nak pergi ambil Ian dari airport.Ala,surprise lah konon-kononnya. Dia sudah menghubungi Redza memberitahu untuk mengambilnya petang nanti.
3:25 petang.Durah sudah dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur 2 atau singkatannya KLIA2.Sesudah sampai,Durah menunggu di kerusi yang tersedia.Hampir 20 minit menunggu, akhirnya dia nampak kelibat Ian.Bergaya fuh, dengan sunglasses hitamnya dan beg galas belakang juga berwarna hitam sambil menolak troli yang terletak beg bagasinya.Ehem,macho gituu.
Baru sahaja Durah mahu mendekati..
“Hey Ian.Surprise!” Dell yang entah datang dari mana tanpa segan silu terus memeluk Ian.Ternganga Durah. Redza dan Mikael juga melepaskan kaca mata hitam yang dipakai.
“Apa you ni Dell?Peluk-peluk I ni?Kenapa you datang?I balik dari outstation je,bukannya balik dari study bertahun-tahun yang you nak surprise-surprise ni.” Lantas Ian menolak Adell.
“Alaa.Biarlah.”
“Mana you tahu ni?”
“Our momma.”
“Sejak bila pulak mama aku lahirkan kau ni?Tak hingin aku bersaudara dengan kau.Eii.” Ian buat gaya geli geleman.Dell mencebik.
“Alaa.Biarlah.Better dari wife you. Tak datang fetch you pun!”
“Who said?Durah dari tadi ada je dekat sini haa.Awal lagi Durah datang.Tengok je K-Drama yang you guys buat.” Celahnya sambil memeluk tubuh.
“Okaylah.Dah ada orang ambik awak kan Ian?Jom Redza and Mikael.Menyesal je off halfday.” Ujarnya terus berlalu pergi bersama bodyguard-bodyguardnya.Cemburu? Entahlah.50-50.Boleh pulak dia peluk laki aku?!Marah?Yes ofc!Penat je datang sini,last sekali tengok pulak diorang buat sinetron. Hish!
“Ehh Durah!” Panggil Ian.Tapi Durah buat derk je.Malas nak layan.
Share this novel