Bab 9

Romance Series 8614

“Dell tu siapa sebenarnya?”

“Anak angkat mama.”

“Habis dia mengaku awak tu boyfriend dia?”

“Dia je lah mengaku..saya tak.” Ujarnya selamba.Ian kalau dah dapat aiskrim vanilla dia tu..hmm memang tak heran dah dengan keadaan sekeliling.

“Lama ke awak kenal dengan dia?”

“Lama jugak.Since I was 7.Mama I dengan eomma dia kawan baik.”

“Eomma?dia korea ke?”

“Haah.Mix blood.Eomma dia korea,papa dia malaysia.”

“Ohh patutlah.”

“Patutlah?”

“Patutlah pakaian dia macamtu.”

“Dia selalu speaking hangul dengan awak?”

“Bolehlah.Tapi sepatah haram pun saya tak faham.” Durah ketawa kecil.

“Kau boleh cakap korea ke?”

“Bolehlah.. sikit-sikit.”

“Wuu..nice.”

“Dell ke orang yang mama cuba jodohkan dengan awak tu?”

“Tak.Ramai yang mama cuba jodohkan dengan aku. Dell tu pernah la sekali mama cuba kenen-kenenkan.Cuba nasib.”

“Dahlah.Bosan cakap pasal Dell tu.”

“Ehh aku nak tanya kau.Umur kau berapa?”

“20.”

“Ohh no wonder lah perangai kau macam budak-budak..Muda lagi.”

“Awak pulak umur berapa?”

“23.” terbeliak mata Durah dibuatnya.

“Hah!Seriously?? Mudanya..tapi awak nampak matang and hot..” Durah menekup mulutnya. Aduss,terlepas.

“Hot ehh?” Ian ketawa.Aduh,ketawa itu.Mampu mencairkan hati mana-mana perempuan yang mendengarnya.

“Ehh..aaa..err”

“Ye aku tahu lah aku hot.”

“Eii perasan. ”

“Kau yang cakap.”

“Hish.”

“Taklah.Saya tak sangka awak muda macam ni.Dah la CEO syarikat. Kenapa mama paksa awak kahwin sedangkan awak muda lagi.”

“Sebab.. hmm nantilah aku cerita dekat kau.”

“Dah jom nak sampai kereta dah tu.”

“Awak.”

“Hm?”

“Berapa harga cincin tu?”

“RM 13 ribu.“

“Hahh??!” Terbuntang mata Durah.

“RM 13 ribu?? Awak biar betul..Janganlah main-main.Mahalnya.”

“Betul lah. ”

“Kan saya kata beli yang murah je.”

“Biarlah,duit aku.Lagipun murahlah tu.”

RM 13 ribu murah?Hebat kau Ian.Cincin je pun sampai RM 13 ribu.Patutlah cantik.

“Hoi!mengelamun apa lagi tu.Dah masuk.”

---

“Mama cadangkan baju nikah korang, korang pakai warna pastel-pastel je.”

“Okay jugak tu.Awak Ian?”

“Saya okay je.”

“Warna cream?”

“Hah cantik jugak.Nanti awak nak sanding ke?”

“Ikutkan saya tak nak. ”

“Alaa sanding la Durah. Kahwin ni sekali je tahu seumur hidup. Jangan risau okay,semua mama sponser. ” Ujar Datin Sophia riang.

“Annyeong!” Semua mata sudah terarah ke pintu rumah yang mewah itu.

“Opps!Assalamualaikum.” Dell sudah tersipu-sipu.

“Waalaikumsalam.” Balas mereka serentak.

“Ni yang meluat ni.Ni nanti mesti keluar perkataan sayo-sayo semua.” Bisik Ian pada Durah.

“Alah,bukan semua perkataan hangul ada sayo dekat belakang.” Balas Durah bersahaja.
“Huh.”

“Haa Dell.. sampai pun. Ingat tak jadi datang tadi.”

“Hehe,sorry ma ada hal tadi. ”

“Tak pe lah.Dell minum dulu.Mama siap kejap,Kejap lagi kita pergi butik.”

“Erk,Dell ikut kita pergi butik sekali ..kenapa?”

“Dell kan half of our family. Lagipun Dell akan jadi salah sorang bridesmaid korang.”

“Hmm ye lah.”

---

“Durah. ”

“Ye?”

“Apa kata awak duduk belakang dengan mama.Biar saya duduk sebelah Ian.Lagipun mesti ada banyak benda awak nak bincang dengan mama kan.”

“Hah?”

“Betul jugak tu Durah. Mama nak tanya pendapat Durah pasal decoration lagi.”

“Erk..”

“Alaa,bolehla Durah. Lagipun saya dah lama tak borak-borak dengan Ian.Jebal?”

“Hmm.Arasso.”

Ian berpaling ke arah Durah.Pulak dah.Durah pun dah tersampuk demam sayo-sayo ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience