Bab 6

Romance Series 8701

“Hey Cik Starbucks, kalau awak tak nak tolong saya.. awak ganti balik duit tu!”

“Cik Starbucks? Yahh,Saya ada nama la. Sedap lagi okay. Afra Durah yang bermaksud Salju Mutiara.”

“Huh,apa-apa je lah.”

“Okay fine.Kau tak nak kahwin dengan aku kan? Bayar balik duit aku.RM 50 ribu tepat!”

“Okay!”

“Yeah,Aku nak duit tu 4 hari dari sekarang.” Bulat mata Durah.

“What?! 4 hari mana cukup Ian!” Ujar Durah protes.

“Baiklah. Lusa.” Makin membulat mata Durah dibuatnya ala-ala bola ping pong.

“Ian!”

“Fine.Esok.” Jawab Ian selamba.

“Hm.Yelah,4 hari dari sekarang.” Durah mengeluh lemah.

“No.Lusa.Full stop.”

“Ian!Tadi awak kata 4 hari dari sekarang kan!”

“Tu tadi.” Dengan malas Ian membalas.

“Ingat,kalau kau tak dapat bayar full RM 50 ribu lusa..kau kena kahwin dengan aku.Aku tak kira.”

---

“Mana aku nak dapat duit sebanyak tu dalam masa 3 hari?” Durah mengeluh.

“Kalau aku pinjam dekat orang..macam mana aku nak bayar duit orang tu balik?macam-macam masalah lah. Kalau aku setuju nak kahwin dengan dia kan senang.Tak payah susah-susah nak fikir.Tapi aku tak nak kahwin dengan dia!”

“Membebel sorang-sorang ni dah kenapa? ”

“Kak Iman..” Sapa Durah.

“Ada masalah ke?” Tanya Kak Iman prihatin.

“Hm.Tak de apa-apa lah.Durah cuma fikir nak buat apa lepasni.Keja lain dah siap.” Senyuman hambar dihadiahkan buat Kak Iman.

“Ohh.Ingat ada masalah tadi. Yelah,akak sambung kerja dulu eh.” Kak Iman menepuk-nepuk bahu Durah sambil berlalu pergi.

“Hmm..nampaknya memang tak ada jalan lain lah.”

---

“So,kau..”

“Saya kahwin dengan awak.” Pintas Durah.Ian terlopong seketika kemudian tersenyum menang.

“Kalau kau setuju dari awal kan senang.” Durah hanya menjeling.

“So..jom pergi shopping my wife-to-be!” Arghh! Stress Durah dibuatnya.

---

“Awak.. saya takut lahh..”

“Takut apa gila? Mama aku je pun.Bukannya Wan Peah.” Wajah yang disolek nipis itu sudah kelihatan pucat. 'Hmm..boleh ke mama Ian terima aku?aku semestinya tak setaraf dengan calon menantu yang dia pilih untuk Ian.Mama dia datin..mesti garang,diva dan bongkak..alaa macam dalam drama tu lahh!'

Durah merapikan bajunya.Dengan lafaz bismillah dia melangkah masuk ke rumah banglo mewah lima tingkat itu.

“Assalamualaikum! Mamaa.. Mamaa”

“Waalaikumsalam. Hah Ian.” Ian bersalaman dengan ibunya. Mama Ian yang terpandangkan Durah hanya tersenyum kepadanya. Durah kemudian bersalaman dengan 'bakal ibu mertuanya.'

'Sejuknya tangan dia.'

“Ni Durah. Afra Durah, calon bakal menantu mama." Terang Ian.

'Ohh patutlah tangan dia sejuk.Kes nervous la ni. ' Mama Ian hanya tersenyum.

“Haa..err..Datin apa khabar?”

“Alhamdulillah, sihat. Eh,janganla panggil datin..panggil aunty je.Tak pun panggil mama. Lagi selesa.” Ujarnya sambil tersenyum mesra kepada Durah.

'Haihla Durah.. nampaknya balik nanti kau kena solat taubat la.Senang hati kau je kutuk mama Ian tadi.Ingatkan dia jahat macam dalam drama tu.Alih-alih..hmm baik gila!'

“Eh..jom la duduk. Nak berdiri sampai bila?”

Durah dan Ian hanya membuntuti Mamanya.

Sewaktu di dapur ketika Durah dan mama Ian menyediakan juadah makan tengah hari,mereka berbual mesra.

“Em.Ma..ma, apa nama mama?”

“Sophia.” Jawabnya sambil tersenyum manis. Durah perasan yang datin Sophia sangat murah dengan senyum.Haish,cantik pulak tu dia senyum.

“Sedap nama mama” senyum Durah.

“Sama lah dengan nama Durah.Apa maksud nama Durah? ”

“Salju Mutiara." Durah sudah kembang semangkuk bihun sup tomyam campur dah.

“Padan dengan orang dia.” Usik Datin Sophia. Durah ketawa bahagia.Tangkas pergerakannya di dapur.

“Parents Durah?” Durah melepaskan keluhan kemudian menceritakan semua kisah hidupnya. Entah kenapa, dia rasa selesa berbual dengan Mama Ian.

“Sabarlah Durah. Itu semua ujian dari Allah." Durah tersenyum plastik.

“Dahla jangan sedih-sedih.Jom kita hidangkan makanan ni.”

---

Ian sudah kecur air liur melihat makanan-makanan yang dihidangkan Durah dan mamanya.

“Siapa yang masak ni ma?”

"Durah..Mama tolong sikit-sikit je.” Terkejut monyet Ian. 'Woww,untung kau Ian kalau Durah jadi isteri kau.'

Ian sudah mula mahu mencedok lauk. “Sabarlah Ian.Tunggu yang lain balik dulu..” Lengan kekar Ian ditampar manja.

“Erk,yang lain?Maksud mama?”

“Ahli keluarga yang lain.” Datin Sophia sudah tersenyum.

“Papa ada sekali ma?” Soal Ian sambil mengambil buah tembikai sementara menunggu ahli keluarga yang lain.

“Haah.Papa kata dah lama dia tak balik makan tengahari dekat rumah.Busy sangat. Dan dia pun tak sabar nak jumpa Durah.” Durah sudah ingin pitam.Papanya ada sekali? Dato' Ilham? Aaaaa..Durah takut.'Semoga Dato Ilham sebaik dan seramah Datin Sophia.'

---

Dan sangkaan Durah memang tepat.Dato' Ilham tersangatlah ramah.Lega Durah diabuatnya.

“Hai Durah! Akak Kakak Ian.Nama akak Delisha Amanda.Panggil kak Sha je.”Sha tersenyum lebar.

“Saya bakal biras awak.Suami Sha.Nama saya Emir.” Ujar Emir sambil mengenyit mata pada Durah. 'Alahai cute bakal birasnya ni' Gumam Durah.Dia tergelak.

“Haa ni anak-anak kitorang.Fia,3 tahun..Firas 5 tahun.” Comel budak-budak ni.komen Durah.

“Ehem ehem.” Seorang gadis yang kecil molek berdehem.Gadis itu sangat cantik.Mukanya iras-iras dengan wajah kak Sha.

“Saya Dania Atyra.Adik Ipar unofficial awak.” Ujarnya dengan senyuman manis bak lollipop.

“So,should I call you Dania?” Durah menyoal dengan kening terangkat.

“Yup!”

Keluarga Ian yang sangat ramah dan menerimanya dengan baik membuatkan Durah sangat bersyukur.

“Terima Kasih Ya Allah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience