Bab 4

Romance Series 8614

“Kau buat apa dekat sini Fahim?”

“Aku datang nak jumpa kau lah.”

“Jumpa aku? Buat apa?Kalau pasal hutang tu,aku rasa dah selesai kan?”

“Alah aku datang saja je.Aku rindu kesayangan aku ni.”

“Apa kau merapu hah?” Soal Durah dengan muka berkerut.

“Mana ada merapu sayang oi.Betul lah aku rindu kau.Aku rindu muka kau yang cantik. badan kau yang ramping. kulit kau yang gebu.” Fahim sudah tersenyum nakal sambil menggigit lembut bibir bawahnya. Cantik ui Durah ni.Mana-mana lelaki yang tengok mesti tergugat iman. Wajah Durah yang kelihatan polos menjadi tarikan utama.

“kau nak apa lagi hah dengan aku?” tanya Durah bila Fahim menyentuh tangannya.

“Kau dah kenapa sentuh tangan aku ni?”

“Aloh,comel lah kau ni Durah.Dengan muka innocentnya.HAHAHA.Tambah-tambah kalau muka kau waktu kau takut.” Sinis Fahim berkata.

“Aku tak takut pun la dengan kau ni Fahim.Lagipun kau sorang je.Herk”

“Sorang?” Lalu Fahim mengeluarkan telefonnya.Dia berkata sesuatu kemudian menyimpan kembali telefonnya di dalam kocek seluar. Tidak sampai seminit ,kelihatan empat orang lelaki menuju ke arah mereka.

“Okay now dah ada 5 orang.”

Durah meneguk air liur. Dia melihat wajah-wajah bengis di hadapannya.Mesti mereka ni konco-konco Fahim. Dan bila dia terpandangkan wajah konco Fahim di hujung sekali,dia tersentak.

“Eh,dia ni..”

“Ye CIK Durah.Aku orang yang suruh kau datang sini tadi.” Kata lelaki tersebut dengan senyuman di bibir.

'Itu lah kau Durah, percaya je apa orang cakap.Main ikut je.Habis kau nak buat apa ni?'Gumam Durah.

Durah lantas menekan butang on telefonnya yang berada di dalam kocek jaket yang dipakainya.Lepas itu,dia menekan butang home selama beberapa saat kemudian menyentuh skrin yang berdekatan dengan jarinya.

Drr.Drr.

Getaran tersebut membawa maksud yang panggilannya berjaya disambungkan.Talian telah disambungkan kepada Redza.Bodyguardnya.Ya.telefon Durah dilengkapi dengan fungsi yang sangat bagus ketika kecemasan.Kocek yang luas permukaannya membuatkan Durah mudah untuk menggunakan telefon itu.Durah hanya beriak biasa.

Drr.telefonnya bergetar lagi.Pastinya Redza sedang berada di talian sekarang.

“Kenapa kau kacau aku lagi?hutang dah habiskan. Jangan lah ganggu aku lagi.”

“Dah la panggil aku sampai dekat LORONG BELAKANG KEDAI AKU NI. Boleh je kan jumpa dekat depan?walaupun aku menyampah and tak nak jumpa kau.” Sambung Durah.Sengaja dia menekankan lokasi di mana dia berada sebagai hint kepada Redza.

“Aku nak kau.” Balas Fahim dengan senyuman mengejek.

---
“Hello? hello Durah?”

“Kenapa?” Tanya Mikael.

“Tah.. Durah ni, call orang tapi tak cakap pape pun.”

“Aik pelik.Cuba kau bukak loud speaker.” Cadang Mikael.

“Takde apa-apa pun.End call je lah.Mungkin dia silap tekan kot.” Baru sahaja Redza mahu menamatkan panggilan dia terdengar suara Durah.

“Kenapa kau kacau aku lagi?hutang dah habiskan.Jangan la ganggu aku lagi.”

“Dah la panggil aku sampai dekat LORONG BELAKANG KEDAI AKU NI.Boleh je kan jumpa dekat depan,walaupun aku menyampah and tak nak jumpa kau.”

“Aku nak kau.” Kemudian terdengar suara gelak ketawa oleh beberapa orang lelaki.

Panggilan ditamatkan oleh Durah.

“Lorong belakang?Eh jom pergi aku rasa Fahim tu yang kacau Durah.” Balas Mikael.

“Eh jap aku dengar suara macam ramai je dekat sana.Kau call Ikmal suruh dia datang dengan Ammar.”

“Ammar dengan Ikmal bukan kena jaga rumah Durah ke?”

“Ye la,takpa suruh je diorang datang.” Arah Redza.Tidak sampai setengah jam, Ikmal dan Ammar dah sampai.

---

“Durah.Aku sebenarnya tak kisah sangat pasal duit tu. Aku just nak kan kau je.” Beritahu Fahim.Dia mula merapati Durah.

“Hishh aku tak suka kau la Fahim!”

“Rileks la Durah.Tak pe aku baik lah.Kalau kau layan aku sekali, sekali je.Aku akan lepaskan kau.Aku tak ganggu kau dah.” Konco-konconya yang lain gelak besar. Durah rasa maruahnya seperti dipijak-pijak oleh Fahim dan konco-konco.

“Kau ni memang tak guna kan! ” Jerit Durah lalu menampar muka Fahim.Fahim yang terkejut dengan tindakan Durah,terlopong.

“Kau memang tak guna. Kau sampah masyarakat! ” Jerit Durah lagi.Lalu dia menampar Fahim lagi.

Fahim yang berang dengan tindakan Durah lantas menolak Durah dengan kasar hingga Durah jatuh terlentang di atas jalan tar.Sumpah sakit weh.Fahim yang kelihatan sudah tidak terkawal itu kemudian duduk di atas perut Durah.Dia menampar pipi mulus Durah hingga muka Durah yang bertona kuning langsat itu kelihatan merah.Perit.Dia menolak tangan Durah ke atas. Melihat Durah yang masih belum putus asa berlawan, dia dengan tanpa perasaan menumbuk perut Durah. Durah yang sudah tidak larat melawan hanya pasrah dengan apa yang bakal terjadi. Hanya air mata yang mengalir di pipinya yang sudah memerah.

Baru sahaja Fahim mahu mendekatkan wajahnya dengan wajah Durah, dia telah ditumbuk sehingga dia tersungkur di tepi.Durah melangut ke atas.Bodyguardnya.Dia hanya melepaskan keluhan lega kemudian menutupkan matanya kerana dia terlalu letih dan lemah.

Lima lawan empat?Tak da masalah.Dengan kecekapan para bodyguard Durah, Fahim dan Konco-konconya telah berjaya ditundukkan.

“Ikmal kau tolong jaga Durah jap.” Arah Redza.Dia kemudian membuat satu panggilan telefon.

“Hello Encik Ian?”

“Hello? haa ada apa Redza?What?! Okay aku datang sekarang.Nayra, awak tolong cancel kan semua meeting saya harini.”

“Haa?hm,baiklah Encik Ian.” balas Nayra pembantunya.

“Okay thanks. ”

---
“Aku dah cakapkan jangan kau berani sentuh dia lagi.” Satu lagi tumbukan dilepaskan.

“Aku pun dah cakapkan kita belum settle. ” Jawab Fahim selamba sambil tersengih.Mulut dah lebam pun sibuk lagi nak cakap banyak.

“Argh tak guna kau Fahim!Dulu kau cuba rosakkan dia.Sekarang pun kau masih nak buat benda yang sama?dah tu kau cederakan pulak dia.Jantan jenis apa kau ni haa,pukul perempuan?! ” Satu lagi tumbukan melayang ke perut Fahim.

“Dah-dah la tu Encik.” Kata Ammar.

“Hish,sebelum kau kena teruk lagi baik kau blah Fahim!Lagi sekali aku nampak kau kacau Durah aku tak segan-segan nak buat kau lenyap dari dunia ni!”

Setelah Fahim dan konco-konconya berlalu pergi Ian terus mendapatkan Durah.

“Durah..” Panggil Ian.

“Hm.” Durah bangun sambil di bantu oleh Ian.

“Teruk sangat kau ni, jom pergi hospital.” Balas Ian apabila melihat muka Durah merah dan mulutnya yang terlalu pucat.

“Betul tu Encik.Baik bawak Durah pergi hospital. Dia dah kena hempas dekat tar, kena tumbuk, kena tampar.. macam-macam lagi la. ”

Dada Ian berombak mendengar kata-kata Ikmal.Tangannya yang berurat kekar di genggam kuat.

“Tak pa.Saya okay.”

Baru dapat berdiri dengan stabil,Durah sudah rebah di dada Ian.

“Durah.. Durah! ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience