Bab 19

Romance Series 8614

Matanya dikecilkan.Kemudian,dibesarkan kembali.Betul ke apa yang aku nampak ni?

Ian..

..dengan perempuan seksi?

Huh,pandai aje nak kata aku.Dia yang mengorat perempuan lain.Hmm,siapa perempuan tu eh?Ah,biarlah diorang.Macam Ian kata.Kau buat hal kau,aku buat hal aku.Tapi..aku nak tahu siapa perempuan tu!Menggedik pulak dengan laki orang!Erm,muka macam orang Malaysia.

“Tengok apa tu?” Sergah seseorang.Kus semangat!

“Encik Red.Terkejut saya.Tak da apa-apa.Saja tengok permandangan.”

“Panggil Red je.”

“Okay.”

“So,awak alone lagi hari ni?”

“Yah.Kawan saya tu tah pergi mana.Dating kot.” Durah mencebikkan bibirnya.

“Jom.”

“Mana?”

“Teman saya jalan-jalan.Sightseeing.”

“Hmm.” Durah berfikir sejenak.Macam mana dengan Ian?Alah,biarlah dia.Dia yang kata boleh buat apa je kan dekat sini.Lagipun,dia tengah syok-syok layan awek tak kan aku tak boleh?

“Jom.” Durah jalan beriringan dengan Red.

Saiz pulau Bora-Bora ini hanya 30 km persegi dan berada di dalam jajahan kolonial Perancis dan tergabung di dalam Negara Kepulauan Polinesia Perancis. Pulau ini dikelilingi oleh lagun dan susunan batu karang dari Lautan Pasifik yang membuatkan pulau ini kelihatan cantik secara semulajadi. Batu karang tersebut juga bertindak sebagai pelindung daripada menerima hentaman ombak terus ke pulau dan lama kelamaan membentuk struktur pantai dan geologi yang cantik.

Pada bahagian tengah pulau ini terdapat gunung berapi yang tidak lagi aktif iaitu Gunung Pahia dan Gunung Otemanu. Mengikut sumber, pada tahun 2008 populasi penduduk yang tinggal di situ dianggarkan sebanyak 8880 sahaja. Kebanyakan mereka masih memilih nelayan dan bertani sebagai sumber rezeki mata pencarian mereka.

Kini ekonomi penduduk setempat mula dijana melalui industri pelancongan bertaraf dunia. Di sana juga tiada disediakan pengangkutan awam. Kita boleh memilih sama ada menaiki kereta sewa ataupun dengan berbasikal jika hendak bergerak ke mana-mana. Terkenal dengan kata nenek moyang Polinesia mereka 'aita pea pea' yang bermaksud 'jangan bimbang', menjadikan mereka sebab masyarakat yang sangat peramah dan baik budinya lebih-lebih lagi bila menerima kehadiran pelancong yang memilih Bora-Bora sebagai destinasi pelancongan mereka.

Durah dan Red hanya berjalan-jalan di sekeliling pulau itu sahaja.Mereka bercadang ingin melakukan aktiviti snorkeling esok.

“Cantik kan tempat ni?”

“Memang cantik.Kalau malam lagi bertambah-tambah cantik.”

“Oh,yeke?”

“Haah.Lampu yang ada di sekeliling resort ni cantik sangat waktu malam.Memang feeling.Erm,malam ni nak tak teman saya dinner?Saya bosanlah.”

“Bolehlah.Saya pun bosan.”

“Lepastu kita duduk tengok pemandangan malam okay?”

“Yelah.Saya pun teringin nak tengok.Semalam saya tidur awal.Saya balik bilik dulu lah.Nak rehat.”

“Haa yelah.By the way Durah..”

“Yes.Anything?”

“Can I have your phone number?”

“Ofcourse.017-xxx-xxxx.”

“Okay thanks.”

“Pleasure.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience