Bab 20

Romance Completed 4183

skrin paparan telefon bimbitku ku lihat , 15 panggilan dari tunang , 30mesej dari aplikasi whatsapp aku terima ,tapi aku masih sakit hati . Permohonan maaf dia beri aku tetap dengan diri aku . Aku tetap aku. Aku buka aplikasi fac , aku scroll ke bawah dan ke bawah , dan mataku tertarik dengan satu ayat .
"jangan di sebabkan satu masalah,anda jatuh tapi bangkitlah kerana satu masalah itu membuatkan anda makin kuat" .
Yee benar aku rasa inilah ujian dan dugaan menjadi tunangan orang .Tapi aku juga wanita ,ada perasaan bagaimana aku hendak meneruskan hubungan ini .Adakah aku mampu terima dia menjadi bakal madu ku . Allah . Aku menanangis lagi lagi dan lagi..
*****
jam loceng berbunyi tapi aku seakan malas hendak bangun untuk ke tempat kerja . Jam di kerling angka 7 pagi di tunjukkan . Telefon ku capai , 70panggillan tidak dijawab ,aku perhati satu persatu nama encik tunang terpapar .Aku terus menekan nama nya dan menukar kepada Jantan tak guna .Haha puas hati aku . sambil -sambil aku menukar panggilan nama nya ada seseorang menghantar pesanan kepadaku di aplikasi fac . Mataku gosok agar nampak lebih jelas .
Asalamualaikum ,awak saya siti maizurah binti halim , ingin memaklumkan kepada awak bahawa saya dan hizri dato maemong telah bernikah di sini pada kemarin , tujuan saya memberitahu awak ini saya mahu awak memutuskan pertunangan awak dan dia .ye memang benar saya rasa sebelum kawin dulu saya rasa boleh terima awak , tapi bila malam pertama saya melihat suami saya , saya seakan takut untuk ada madu , saya tidak mahu kehilangan suami saya . maafkan saya ye awak . awak boleh cari lelaki lain , dan awak jangan risau hiz akan beri tahu keluarga nya di malaysia . Hiz juga sudah membuat keputusan , dia akan memutuskan pertunangan awak dan dia . Saya mendoakan awak bahagia dan dapat lelaki yang lebih baik dari hiz. saya mohon jauhkan diri awak dari dia .sekian .
Bagai hendak putus jantung ku , Allah . Apa semua ni , aku benar-benar bagai berada dalam mimpi . Tunangan ku suami orang , kekasih yang pernah berjanji nak sehidup semati akan di tinggalkan . Makin membara hatiku kini , makin kecewa aku .sudahlah persiapan perkahwinan kami telah aturkan .. Dan ketika itu juga panggillan di telefon berbunyi . Tertera nama syam.Aku membiarkan saja . Ada pula tanda mesej masuk
-efa syam ni , kenapa tak angkat call .Syam ada depan rumah efa ni .
Hah aku seakan terkejut .sejak bila pula dia tahu aku duduk disini Aku menjengah luar rumah ,memang benar dia sedang bersandar di dinding keretanya . hurm aku mengeluh .Mamat ni selalu muncul time-time gini .Pintu grill ku buka .Aku keluar dengan keadaan yang kusut . Tudung pun entah kemana dengan pakaian yang belum mandi aku menjemput dia masuk .Di tangan nya terdapat 2 bungkus makanan dalam polisteren.
Dia tersenggih memandang ku ,
"apa senggih ,kenapa ni datang pagi-pagi" .marahku
"saja , nak sarapan sama" dia menunjukkan bekas plastik berwarna merah.
aku mempelawa dia masuk . walaupun aku tahu dia denganku sepatutnya tidak dibenarkan masuk .
"tak mandi lagi ye"ujrnya lagi .Aku memandang matanya jelingan ku beri .
"amboii , sakit nya mata tengok dia jeling orang " usiknya lagi.Aku membuat mukanseposen je .
"duduk dulu , tunggu jap saya mandi '
"nak ikut " usiknya .Maka sebuah penumbuk aku tayangkan.Dia tersenggih.
"kalau macam tu saya sediakan sarapan ea" .
"ha yerlh" aku terus menuju ke bilik untuk mandi .

*****
selesai mandi aku terus menuju ke dapur ,
aku melihat dia sedang mencari-cari sesuatu di dalam kabinet .
"cari apa tu" tegur ku kepadanya ..
"oohh mak kau " dia melatah . Sudu yang di pegangnya juga sudah terpelanting. Aku sudah ketawa mengekek. Siapa sangka seorang lelaki yang nampak tampan bergaya kuat melatah .
"apa ni terkejut syam " marahnya sambil mengutip sudu .
"ahahah ee tak malu ada orang melatah" aku cuba mengejeknya.
dia membuat muka .
"eleh dia pun sama juga"
"sama apa?" tegur ku padanya .
"kuat melatah lah tak ingat ke dulu "
aku tersenggih .
"gula kat mana? orang cari tak jumpa pun "
"ada ni ha"aku mengambil sebekas tuppaware yang berisi gula.
"aduhh orang punya lah beria cari gula rupa-rupanya dia letak sini"
"haha tulah len kali tak tahu tanya"ujarku .
"nak tanya macam mana ? nak masuk bilik awak? "jelingan mengoda dia tunjukkan .
"ahh dah cepat lah buat air tu" pinta ku
"apalah tetamu dia suruh buat air"
"amboii dia datang rumah orang tak bagitahu pastu dia tadi yang sendiri cakap nak sediakan makanan " .aku sudah mula membebel.
"yelah tengah bancuh lah ni ," aku melihat dia sedang mengacau seteko air teo panas .Entah mengapa perasaanku gembira melihat dia . Ohh mohonlah hati agar kau kuat untuk semua ini.Aku membantu nya menuangkan air ke dalam cawan . Doa dibaca olehnya . Dan akhirnya aku menyuapkan nasi lemak kegemaran ku .
"bila potong rambut " tegur nya tiba-tiba .
hah aku sudah terbeliak mata .Alamak tudung .Aku sudah pegang rambut .Ini bermakna dia telah melihat rambutku .
aku ingin bingkas bangun tapi dia menarik lengan ku .
"nak pergi mana?"
"ambil tudung "
"nasi dah nak habis makan tu , ala biar jelah bukan ada orang tahu pun , lagipun nanti kita halal hari-hari saya tengok rambut awak yang cantikni"ujarnya lagi sambil membelai rambut ku .
"hah halal?"
"yelah nanti kita nikah ye sayang?"
"nikah??" aku terkejut sekali .
"yee nikah ,dah makan jangan fikir kan sangat "
aku memandangnya , dia pula memandang ku dengan kenyitan mata , aku sudah mencebik .tapi di hati ..Gembira

******
Aku memutuskan ingin mengambil cuti , dan syam pula mengajak ku keluar bersamanya menonton wayang ,.Aku on jelah .Daripada duduk rumah sakit hati lebih baik aku keluar enjoy kan diri.
Kami bersiar-siar di shopping mall. Sedang syok berjalan aku melihat seorang lelaki yang amat aku kenali .Sedang berjalan berpimpin tangan dengan seorang perempuan .
"ehh tu bukan hiz" tegur syam kepadaku .
aku memandangnya dengan pandangan sayu.
"tapi perempuan tu siapa?" tanya nya lagi .Aku hanya mendiamkan diri . Syam mengejar hiz , aku punya terkejut tengok dia berlari mendapatkan hiz. Macam lari marathon mamat ni . Aku tarik nafas.Ya ALLAH kuatkan semangat ku. Aku buka langkah menuju ke arah mereka.
"hiz "jerit syam
Hiz berhenti dan wanita di sebelahnya memandangnya syam dan aku.
"liya abang boleh jelaskan "
"abang .abang." dia tergagap-gagap untuk memulakan bicara.
"hiz apa semuani " tanya syam
"aku minta maaf , aku dah kahwin"
"what" syam seakan terkejut.Tapi tidak bagi aku ,aku masih lagi bersikap selamba.
"serius lah?, tapi efa kan tunang kau"
"liya abang minta maaf sangat , abang akan jumpa keluarga liya dan memutuskan pertunagan kita ."
aku hanya mendiamkan diri .Cincin di jari manis aku tanggalkan.Aku pulangkan kembali kepada hiz .Dan aku membuka mulut.
"mulai hari ni awak bukan tunang saya,apa yang awak buat saya dah maafkan , semoga awak bahagia" Aku terus menarik syam dan berlalu pergi .Syam yang kelihatan blur hanya mengikuti gerak kakiku .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience