dushhh, aduh sakitnya aku terdengar suara orang mengaduh alamak macam mana lah aku boleh terlanggar orang ni, habis terkoyak baju lelaki tersebut akibat langaran badak seperti aku .
"maaf maaf saya x sengaja" ujar ku penuh kekesalan dan berasa takut
dia hanya merenung tajam kearah ku , lalu
"kau jalan pakai mata ke ? kepala lutut? ha jerkah lelaki tersebut" akibat jerkahan lelaki tersebut bahu ku ternaik sedikit terkejut di jerkah sebegitu.
"maaaf encik saya memang betul-betul tak perasan encik"
maaf maaaf kau ingat dengan maaf kau tu dapat ganti balik baju aku ini, kau tahu tak baju ni , baju paling aku sayang . ujar lelaki tersebut dengan mimik muka yang marah
"encik minta saja berapa yang encik nak , saya boleh bayar balik"bicara ku tanpa memikirkan risiko yang akan datang , sedangkan di dalam hati aku mergeluh
buat nya dia minta beribu-ribu mana kau nak cekau duit efa oiii,
dia hanya tersenyum sinis memandang ku
"aku nak kau bayar "
"sebut saja berapa encik"
"aku nak," dia tersenyum miang
euwww aku yang melihat sudah mahu muntah , ehh sebaikk lah aku terkoyakkan baju engkau kalau tak eew geram nya aku
"aku nak kau jadi bibik dekat rumah aku" hahah ujar nya sambil ketawa.Aku tergamam satu patah perkataan pon tak keluar dari mulut ku .
"kau dengar tak ni" dia sergah ku .
"hurmm, encik saya hanya terkoyak kan baju saja, kenapa pulak saya kena jadi bibik ?? saya bukan buat salah besar mana pon " keluh ku
"amboii, tadi kau yang beria-ia tanya aku , ahh aku tak peduli aku nak kau jadi bibik aku kemas barang - barang aku , masak untuk aku "
"masakk?? terjerit aku mendengarnya"
dia sedikit terkejut dengan jeritan ku
"yerlah masak, selama 3 bulan"
"ahh kau melampau , aku cuma terlanggar terkoyakkan baju kau , kau minta lebih-lebih pula, kau ingat aku tak ada kerja ke ha, jerkah ku pula " hati dah panas ni
" melawan ye kau , aku tak kira kau kena ganti pakaian aku ini dengan jadi bibik aku tak ada bantahan!"
"aku peduli apa dengan kau, " aku ingin berlalu tapi dia menarik kasar lengan baju ku
"aku tahu esok kau datang ke rumah aku , kalau kau tak ada pukul 7 pagi , siaplah kau dia menunding jarinya ke kepala ku .
Biadap punya jantan bisik hati ku
dalam masa yang sama dia beredar sambil mencampakkan alamat rumah nya kepada ku .
Panas saja hati ku ini. Pantas aku menghayun kaki ini . Pukul 7 , kurang ajar punya lelaki kau tunggu apa aku akan buat dekat kau , kau siap lah hati sudah merencana sesuatu.
.
**********************************
Tepat pukul 7 pagi aku terconggok di depan pintu Apartmen mamat biadap ni ,
Tuk tukk tukk, aku cuba mengetuk pintu
tapi tiada sahutan , aku cuba sekali lagi
kali ini bagai nak pecah pintu rumah dia
tukkkkk tukkkkkkk tukkkkk tukkkkk, aku siap menjerit oi tak buka pintu ke ha , pagi- pagi lagi aku sudah berasa berangin
kaki ku sudah ingin melangkah pergi akan tetapi pintu sudah terbuka
"kau pergi mana tu" ujar mamat tersebut
"nak balik lah , ketuk-ketuk pintu tak reti nak buka"
"kau islam kan ? tak reti nak bagi salam ke" ujar nya pula sambil buat muka kerek
aku hanya terdiam , ada benar nya juga apa yang dia cakap , asal lah kau bengong sangat efa , aduhaiii
"dah , tak payah nak berangan dekat sini , aku nak kau masuk buat sarapan yang paling sedap untuk aku "
diam menolak ku agar masuk ke dalam rumah nya.
Cantik , kemas rumah dia , tapi kenapa nak kena ada bibik .
" kau nampak tepi tu , tu dapur , hujung sana toilet, bilik sebelah kanan ini bilik tetamu , yang sebelah dia pula bilik aku , aku nak kau kemas semua bilik harini"
arah nya
aku hanya mencebik
"apa cebik-cebik aku pang kang " dia acah -acah angkat tangan.
"ingat aku takut lah, angkat-angkat tangan gitu" bicara ku berani
"eeahhh melawan , cepat pergi buat sarapan" tengking nya
Kurang ajar mamat ni kau tengok lah nanti .Aku terus mengomel sambil menuju ke dapur , mula -mula aku buka peti sejuk , hampeh kosong yang ada cuma susu dutch lady dalam kotak , dan minuman bergas , aku rasa mamat ni kuat minum air bikarbonat hishshiss ,lalu aku capai susu dutch lady tersebut , aku pergi ke sebelah kanan pula tangan ku mula membuka kabinet , kosong juga ,aku buka kabinet sebelah kiri pula kosong juga YA ALLAH mamat ni memang sengaja nak menyusahkan aku lah langsung tak ada makanan , beras tak ada tepung tak ada dia nak aku masak apa batu gamak nya, dalam masa yang sama aku terdengar jeritan
"woi,apa yang kau buat lama-lama kat dapur tuh, mana sarapan aku ni? bentak mamat mental
aku buat tak tahu sahaja apa yang di ucap nya
"woi,kau buart apa lama -kat sini kau tak dengar ke aku panggil?" bidas mamat mental tersebut rupanya dia pon dh ada kat dapur ni
"aku dengar lah ,"jawap ku acuh tak acuh
"ingatkan pekak , yerlah dah lah kau tuh gemok macam badak , mana tahu pekak badak pula, , ejekan nya menusuk le hatiku .
tapi aku cuba cool and relaks , buat tidak tahu saja
"mana sarapan aku?" . Aku menuang susu tersebut di dalam gelas dan menghulur kepadanya, ." Aik , tak kan ni saja sarapan aku , kalau setakat susu ni aku pon boleh buat" Sinis dia berkata
"kau ni bangang ke apa, ke kau memang sejenis jarang masuk dapur , kau nak suruh aku masak ,lepastu satu bahan masakan pon tak ada , beras sekampit pon tak ada bukan sekampit lah secebis pon tarak nampak?bidas ku
dia hanya terkebil-kebil sambil menggarukan kepala .
"oooh tak ada ea"
"kau nampak macam ada makanan ke kat dalam rumah kau ni"
"ahh, aku dah lambat masuk kerja , kau jangan balik selagi aku belum balik , kau jangan sesuka hati nak keluar dari rumah ni , kalau kau jejak je kaki kau dekat pagar tuh siap lah kau, kau kena kemas semua bilik, basuh bilik air , lap segala habuk dari luar sampai dalam aku tak nak tengok habuk sikit pon , kau faham !!"
"Faham" ujar ku malas
"kau faham tak ni agak keras sedikit suaranya
"Faham tuan, ujarku sambil mengangkat tabik " . Bagus-bagus kalau faham , dia berlalu pergi lalu aku terus menutup dan mengunci grill pintu ..
Aduhai, mengapa semua ini terjadi , adakah ALLAH sedang menguji aku .Sebaik aku ni memang penganggur .
Aku terus mengemas apa yang patut ,selesai kemas di ruang tamu aku terus menapak menuju ke bilik tetamu
"fuhh , sebaik kemas lagi bilik ni habuk pon sedikit saja "
selesai kemas di bilik tetamu aku terus menuju bilik mamat mental
"makk!! hampir terkejut aku melihat persekitaran bilik mamat ni , ni bilik ke sarang tikus baju bertaburan, cawan pinggan eeuwww YA ALLAH selekeh nya mamat ni , harap muka je hendsem perangai nauzubillah , ruang tamu kemain lagi kemas tapi bilik sendiri Masyallah , kalau dia perempuan ,aku ini mak mentua memang aku reject awal-awal omel ku sendirian sambil mengemas apa yang patut .
Ahhh penat nya, aku melentok kan badan ku yang mungkin beratnya mencecah 100 kg di sofa berbentuk jari , krucukkkrucukkkk... kedengaran perut ku sudah berirama nyanyian lagu Dato Siti NurHaliza, aku mengeling kearah jam yang digantung pada dinding yang bercat ungu , ahhh patut lah perut aku dah berbunyi dah pukul 12 .30 tengahari , aduhaii rumah mamat ni dah lah tak ada apa yang boleh di makan , nak keluar ke tak nak ? aku mula memikirkan sesuatu kalau keluar kena marah , tapi kalau tak keluar perut aku dah berkeroncong ni , ahhh keluar saja lah dia bukan laki aku kan .. Aku terus menapak keluar setelah mengunci pintu aku menuruni tangga mencari kedai makan yang terdekat .Ahh kena marah pun apa aku kisah , janji telinga mau tebal ma..
************************
Ahhh kenyang jugak akhirnya perutkuu , aku berjalan mendekati pintu apartmen mamat mental sambil bernyanyi-nyanyi kecil melangkah masuk terus ke dapur
"jam dinding terus berdetak ann , tapi ku juga terus berjalan annn .lalaalala aku terus menyanyi sambil-sambil mengelap meja makan , lama-lama baru aku tersedar
ehh tadi aku kunci pintu, aku mula berfikir sambil menuju ke pintu masuk semula .. ehh , tetiba ada suara menengur
"dah berhenti dah menyanyi? " suara sinis itu cukup aku kenali
aku menoleh , "ehh bukan awak pergi kerja ke?"
"aku kerja separuh hari ,harini , kau pergi mana kan aku dah cakap jangan keluar tanpa keizinan dari aku" dia yang ketika itu sedang duduk mula bangun mendekatiku
"errr saya ..sayaa pergi makan , saya lapar dekat rumah awak ni bukan ada makanan pon"ujar ku mula bercakap lembut
"lain kali bagi lah tahu dulu nak keluar," ujar nya
"hurmm macam mana lah nak bagi tahu , nombor telefon , nama awak pon saya tak tahu"
"alasan.. ujarnya"
"alasan apa nya , awak suruh saya datang sini jadi bibik tanpa awak tahu saya ni macam mana "
"maksud kau"
"my means , you suruh i datang sini tanpa tahu latar belakang i , you tak takut ke kalau i ni pencuri ke, pembunuh ke? ujar ku cuba mencari helah daripada terus berada di apartmen 20 tingkat ini.
tetiba dia gelak kuat - kuat , wauu baru aku nampak sebenarnya dia ni hendsem jugak kalau ketawa cengitu baru nampak lesung pipit nya terserlah , aku terpana dengan gelakkannya.
" sebab i tak takut lah i nak you jadi bibik i, kalau you nak mencuri ke apa ke silakan?"
i dah ready untuk you curi hati i , sambung nya lagi .
Aku hanya terkaku ..
"hahahah aduhaii perempuan gemok gedempul macam kau ni , tak layak nak dapat hati aku lah , ujar nya sinis
lagi satu tak payah nak i you i you geli ketiak aku dengar , dah kau pergi sana cuci tandas aku tahu bersih baru kau boleh balik"
aku hanya mampu menganguk , penghinaan nya menusuk ke sekeping hatiku yang kecil. Aku terus berlalu.
**********************
Hari demi hari telah aku lalui berkerja sebagai bibik di rumah Mohd Hisham , amat menyakitkan perasan ku . Aku mula mengetahui nama nya pon secara tidak sengaja , itu pon kawan nya datang mencari nya di rumah
"ting tong , tingg tongg"loceng apartmen tersebut berbunyi aku ketika itu sedang menbasuh pinggan mula bergerak membuka pintu , sedangkan Hisham ada diruang tamu ,
Hishhh mentang-mentang lah aku bibik , nak juga suruh aku buka pintu sedangkan dia berada tidak jauh dari pintu , tahu nya nak makan order , nak minum order , aku ni dah seperti hamba abdi pula omel ku sendirian .
Aku membuka pintu,
"ehh, ,?" orang yang berada di muka pintu itu seperti terkejut melihat ku
aku sudah berdiri terkaku
"Nurul Arifah Auliya , apa awak buat dekat rumah syam ni? ujar nya
Aku benci lelaki ni , aku benci dia kalau boleh aku tak nak tengok muka dia , dia sudah tinggalkan ku 5 bulan yang lalu dia tinggalkan ku kerana dia mencintai Husna , dan sekarang dia berdiri lagi di hadapan ku .
"saya tanya awak buat apa dekat rumah syam , tengking nya "
Hisham yang ketika itu sedang menonton televisyen , agak terkejut mendengar suara garau lalu dia ke pintu hadapan
"ehh bro, "syam
"saya tanya awak apa awak buat dekat sini"
Syam hanya memandang ku tidak mengerti ,
"syam , kau simpan perempuan dalam rumah kau ? , tegur fariz"
"kau tahu hukum agamakan , berdua-duaan boleh menyebabkan zina?,"
"bro , lerk lah kau salah faham ni?"
"aku tak kisah lah kau nak berdua-duaan dengan perempuan mana pon tapi kalau perempuan ni baik kau suruh dia bla " ujar nya sambil menunding jari telunjuk ke arah ku .Aku hanya mendiam kan diri .
"apasal pulak kau nak suruh dia bla?kau siapa bro ? dia bibik aku ? ujar syam seperti ingin marah
" sebab aku tak suka tengok kau dengan perempuan ni, aku tak suka kau faham tak ?
"apa masalah kau ni Riz aku tak faham lah"
"disebabkan dia una mati ,kau tahu tak una dah meninggal sebab dia"dia menunding jari ke arah ku ..
Aku tercengang Husna sudah tiada di dunia ini, tapi apa salah aku ? Kau yang curang aku pula yang dituduhnya ?? .
"una dah meninggal "syam hanya menggeleng kepala
"ehh perempuan , sebab kau una mati?? sebab kau ,kau pembunuh? " fariz menolak -nolak tubuh ku tapi syam menghalang
"bro sabar bro"syam cuba menenangkan fariz
"awak buat apa dekat una??"syam bertanya lembut
aku mengellengkan kepala sambil bercakap
"saya tak tahu apa-apa pon pasal Husna , dan saya tak pernah berjumpa dengan Husna , " terangku pada syam
"3bulan yang lalu kau yang datang jumpa aku , kau minta putus sebab kau sendiri cakap kau tak boleh hidup tanpa Husna , kau lebih sayang kan dia berbanding aku dan sekarang ni husna meninggal dan kau salah kan aku sedangkan aku tak tahu apa-apa pasal kau orang berdua ." keluh
"sebab kau una mati" ujar sambil mula menitis air mata. Sepanjang aku mengenali Fariz tidak pernah sekalipon aku melihat air mata nya tetapi sekarang hanya kerana una atau nama sebenarnya Nur Husna Fathiah dia jatuh kan air mata lelakinya , betapa sayang nya dia kepada una dan aku mula buang harapan untuk terus bersama nya.
"bro cuba kau cerita dekat kami, apa sebab una meninggal dan kenapa kau tuduh efa ? " pujuk syam dari terus melihat fariz menangis. Fariz hanya merenung ku dengan muka yang sedih . Aku hanya mendiam kan diri.
"jom bro masuk, kita cerita dekat dalam"
Fariz hanya mengangukkan kepala lalu melangkah masuk ke dalam apartmen , syam dan aku hanya membontoti dari belakang .
"efa buat air , arah syam" .Aku mencebik tetapi syam menjelir .. Aku hanya mampu tersenyum .Hish mamat ni kadang -kadang ok , kadang -kadang macam rasa nak baling selipar jepun je dkt muka dia. Aku terus berlalu ke dapur manakal Syam dan Fariz berborak di ruang tamu.
Selesai membuat air aku menatang dulang menuju mereka . Aku menuang kan air di dalam gelas .
"bro cuba kau cerita pasal arwah una "
aku melihat Fariz menarik nafas , mungkin dia sudah bersedia untuk bercerita
"3minggu yang lepas aku ada jumpa arwah , masa tu aku dengan efa dah lama putus , dan memang aku yang putuskan efa sebab rasa sayang aku lebih kepada una walaupon aku dengan efa lebih lama mengenali , tapi hati boleh berubah ,.
Syam memandangku , aku hanya menundukkan wajah memandang lantai .
"masa aku jumpa una , aku kantoi dengan dia tentang hubungan aku dengan efa, dia berang marah-marah sedangkan masa tu aku dengan efa dah lama putus , dia langsung tak nak dengar penjelasan aku , dia terus bla je dari situ entah macam mana aku dengar bunyi tayar kereta , aku toleh aku nampak una dah terbaring berlumuran darah masa tu ALLAH je tahu perasaan aku , dia meninggal di tempat kejadian dan aku tak sempat bro nak minta maaf aku berdosa menyakiti hati dia" ujar fariz sambil meraup mukanya.
"ouh, dan kenapa kau benci efa pula" tanya syam masih keliru
"sebab efa tak delete gambar kami berdua di instagram , una dapat tahu hubungan aku dengan efa melalui instagram ,salah efa una meninggal"
aku hanya memandang fariz , ereleh salah kau lah siapa suruh kau curang , hahah padan muka kau Hidup ni kan macam roda , aku bicara jahat tetapi iannya hanya sekadar di dalam hati.
"alah , dah ajal dia nak meninggal awal kan nak buat camaner, lagipun kau yang buat masalah sekarang nak salah kan aku , ehh broo buka lah mata kau tuh , kalau bukan sebab kau , una tu tak meninggal lah " aku pula cuba menyalah kan dia.
"kau lah yang salah'Fariz tetap menyalahi ku
"kau lah lelaki curang , "
"kau yang salah'"
kami berterus-terusan menyalahi satu sama lain . Tertiba syam menyampuk
"korang boleh diam tak,dalam masalah ni kau orang berdua tetap bersalah , tapi kematian una tu dah ditentukan oleh ALLAH , riz kau kena terima dengan redha permergian dia, biarkan dia tenang kalau kau orang salaing menyalahi satu sama lain apa yang arwah rasa, mesti sedih .. bro kau kena cuba terima takdir tuhan."ujar syam sambil memegang bahu fariz.
"yerlah , aku cuba bro "
"aku minta maaf sebab salah kan kau sebab kematian una , fariz memohon maaf kepadaku .
aku hanya memandang dan menerima permohonan maaf darinya .
***************
Ketika dirumah ..
"kau sudah 2 bulan kerja dengan lelaki tu , ayah nak kau berhenti kerja "ujar ayah ketika aku sedang menonton televisyen
"laa , angah ada lagi 1 bulan kerja dekat situ , "
"tak manis orang memandang, orang kampung ni semua dah mula mengata angah pergi rumah jantan berdua-duaan dengan jantan ,"
"ala angah bukan buat maksiat pon , kerja bersihkan rumah dia saja , pagi pukul 7 angah sampai dia sudah pergi kerja , petang pukul 5 dia balik kerja angah dah balik rumah , nak nampak muka dia tu 1 minggu pon boleh kira.
"memang lah tapi mulut orang dah macam-macam ayah dengar , kamu kena berhenti juga "
"lagi sebulan je ayah pleasee"pujuk ku
ayah hanya memandang aku dengan muka tegasnya
"keputusan ayah muktamad,esok kamu datang bagitahu bos kamu nak berhenti ada faham,"ayah terus berlalu menuju ke bilikk ya.
aku hanya mengeluh , sepanjang 2 bulan aku di rumah syam Alhamdulilah Syam tidak pernah buat benda-benda yang tidak sepatutnya walupon kadang -kadang perangai nya menyakitkan hati aku .
aku mencapai telefon bimbit berjenama samsung galaxy J5 , lalu ku membuka aplikasi whatsapp dan aku dapati syam menghantar pesanan kepada ku
"sayang , bie demam please datang rumah bie , bie tak larat nak pergi kedai makan tolong masakkan bubur nasi untuk bie"
aku hanya memandang chat itu dan gila ke mamat ni sayang bie? salah chat lah ni tulah lain kali baca nama betul2 omelku sendirian
aku menaip .
aku : boss , demam sampai salah hantar chat ni , apalah bos ni aku siap bagi emoji muka perempuan tangan di dagu .
tidak sampai 1 minit syam menaip
syam: no, mana ada bie salah chat , bie memang nak chat sayang lah .
aku: bos ni kuat betul merapu ya bila demam
syam:sayanggg . ineed you . bie lapar emoji muka sedih terpampar
aku :sayang-sayang , sayang mana bos ni ?
syam:ala sayang lah siapa lagi ... Sayang Nurul Arifah Auliya.
aku yang membaca chat tersebut sudah ternanga .Biar betul bos aka mamat mental ni . Tertiba sayang . aku melihat syam menaip lagi
syam: arifah auliya ku sayang tolong syam please , i hungry ubat pon syam tak makan lagi sebab arifah sorok ubat syam .
aku : bos dah malam lah takkan saya nak pergi rumah bos , nanti kena tangkap basah macam mana? lagi satu mana ada saya sorok ubat bos , ubat bos tu ada je dalam laci kan ?
syam: kalau kena tangkap basah , apa susah kita nikah je lah ujarnya sambil buat emoji mata kenyit ubat ada pada awak awak sorok .
aku: amboi ingat nak nikah free saja ke , banyak cantik aku buat emoji muka bengang
syam:hihi kalau itu sudah takdirnya kita nikah free ok juga kan , please darling come to my house i really hungry
aku: petang tadi saya kan ada masakkan mi goreng dah habis ke?
syam:dah lama masuk dalam perut and dah jadi taik pon , ala datang kejap pon jadilah tapaukan makanan , serious tak larat ni nak drive cari makanan
aku:ala kan ada biskut dalam tin tu bos makan aja lah
syam:biskut ?? tak ingat ke siapa yang balun biskut tuh sampai habis ?
aku: hanya menghantar emoji muka sengih hihi sorry bos .
syam:ahh jangan cakap banyak , datang rumah cepat kalau tak ,?
haishh dah mula lah tu perangai dia nak mengugut aku
aku :kalau tak apa??
syam:adalahh rahsia .. cepat lah dah lapar sangat ni beli kan panadol sekali ya
aduhaii , dah pukul 10 malam nak keluar ke tak nak .kalau tak pergi kesian pulak , dah lah dia demam .
syam:cepatlah sayang
aku : hurm bos nak makan apa?"
syam:nak makan sayang aummmm, hahah"
aku:bos jangan nak mengarut , bos nak makan apa ? kalau bos merapu saya tak nak hantar makanan .
syam: bubur mcd.
aku:ok bos .
syam:jangan lambat .
aku :yerlahh tunggu 15 minut ok ..
syam:ok sayang tak sabar nak tengok sayang ..
sayang-sayang menyampah pula aku dengarnya .Demam pun gatal dahlah menyusahkan aku , aku terus menuju ke bilik menukar pakaian dan terus memandu menuju mcd ,dan terus menuju ke apartmen nya.
********
Tuktuktukk...
aku mengetuk pintu . Selang beberapa minit syam membuka pintu . Dahinya bertampal dengan koyok kiri dan kanan berbaju sweter tebal berstoking aduhai kelakar lah pula tengo dia ni
"bos ok tak ni"
"no ujanya lemah
"bos laparkan ni saya dah tapaukan bubur mcd jom makan bos " ujarku sambil megambil air kosong dan mangkuk serta sudu
dia mendekatiku di meja makan lalu duduk
aku menuangkan bubur mcd kedalam mangkuk lalu ku menyuakan bubur tersebut di hadapan nya .
"ok bos dah boleh makan"
dia hanya merenung bubur tersebut lalu aku bertanya lagi
"bos kenapa tak makan"?
"sayang tak suap macam mana nak makan ujarnya.
"laa kan bos ada tangan .
"memang lah saya ada tangan tapi tangan saya kesejukan mengigil nak pegang sudu.dia memberi alasan .
aduhai mengada betul lah mamat ni
"please suapkan bie , bie x larat ni "pintanya
"yerlah -yerlah " mukanya yang monyok kembali ceria
aku terus mencapai sudu lalu menyuapkan bubur mcd tersebut kedalam mulutnya . Aku nampak dia tersenyum bahagia .
selesai dia makan aku menyuapkan nya ubat , dah macam jururawat pula aku ni ..
"bos nak tengok tv ke nak tidur"
"tengok tv"
"ok jom saya tolong bos , aku memapah nya menuju ruang tamu .
aku duduk dan entah mengapa tertiba peha ku terasa berat .aku mengerling melihat kebawah .MaK.. kepalanya sudah ada di peha ku .. aduhaii asal dia tidur dekat peha aku ni .
"bos kalau mengantuk saya bawa bos masuk bilik ,"
"tak nak nak tengok tv, jangan lah panggil bos cuba panggil bie " ujarnya sambil mendongak memandang mukaku
"ha bie? aku blur sekejap ,"
"ha'ah bie , sayang i love u ,"
aku hanya ternanga ..
"sayang tutup la mulut awak tu , nanti karang bie cium baru tahu hihi "
"eee gatalnya spontan ayat itu keluar dari mulut ku "
Dia hanya tergelak kecil sambil mencubit bawah daguku .Aku terpana dengan tindakan nya itu .Aku melihat dia menguap .
"bos dah mengantuk ke , jom saya hantar bos dekat bilik"
"no bos darling , call me bie" pinta nya sambil merenung mataku . Aku yang melihat matanya terus mengalihkan pandangan malu.
"yerlah-yerlah bie"
"ha tu baru betul ".
"mengantuk ujar ku setelah melihat dia menguap untuk kali ke 2 . Dia hanya menganguk
"ha jomm sayang hantar ke bilik" aku tersasul menyebut sayang , alamakk ahh lantak la.Dia memegang erat lenganku , walaupun aku tahu aku tidak sepatutnya berada disitu kerana kami tidak punyai ikatan aku rancang lepas dia tidur aku akan terus pulang ke rumah .
"sayang i love you " aku melihat dia sudah melentokkan kepala nya di bantal dan dia terus tertido mungkin penangan ubat demam tadi .Aku terus ke ruang tamu , mengerling jam dinding .Alamak dah pukul 12.10 malam aduhai nak balik ke tak ea. Rasa takut nak balik malam -malam.Tapi kalau tak balik ayah risau pula .Tapi nak balik tak berani .Aduhaii aku terus mencapai telefon bimbit pesanan ringkas ku kirim kepada ayah
Asalamualaikum, angah ad dkt rumh bos, bos minta tapaukan makanan , dia demam , dan mungkin angah bermalam disini sebab tak berani nak pulang ..siap muka emoji simpati aku sertakan sekali.
Selang berberapa minit , bunyi nada mesej berbunyi tanda ada mesej masuk .
baiklah , hati-hati ada apa-apa terus call ayah , tapi jangan lupa bagitahu bos kamu nak berhenti lagi satu jangan kamu tidur sebilik sudah ,jaga maruah diri ..
Aku membiarkan saja mesej itu lalu aku terus tertidur kepenatan.
*****
Kokkokkokokkokoko... bunyi ayam berbunyi menandakan pengera ku menyuruhku bangkit dari lena , aku mengeliat dan aku dapati ada selimut menyelubungi diriku dan aku rasa seperti tidur di atas katil ,lalu ku buka mata perlahan-lahan . Ahhh aku dibilik bos tapi bukan ke semalam aku tidur di sofa dan macam mana aku boleh tidur disini .. Aku mengerling di sebelah ku , ada sekujur tubuh yang amat aku kenali .YA ALLAH apa yang berlaku ni ..aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain menangis ..
Syam yang sedang enak dibuai mimpi terjaga mendengar tangisan ku .
"sayang , kenapa menangis ni? ujarnya
cuba mendektiku . Aku cuba mengelak .
"sayang kenapa ni?
"awak buat apa dekat saya ha?"
"buat apa?tak faham,"
"semalam saya tidur di sofa, dan sekarang saya ada disebelah awak mean saya dah tidur sekatil dengan awak"
"ohh lah sebab tu je ke"ujarnya sambil tergelak kecil .
"awak boleh gelak, awak memang tak guna lah"
"darling , semalam bie nampak sayang tidur dekat sofa kesejukan , rumah bie ni tak ada selimut lebih , bie kesian tengok sayang kesejukan jadinya bie dukung sayang bawa masuk bilik kongsi selimut dengan bie , dan bie tak ada sentuh apa-apa pun sayang , please trust me "
"tipuu"
"sayang , tudung sayang tuh pon bie tak buka macam mana sayang nak cakap bie sentuh sayang?"
aku memandaang tudung sarung ku , ye memang masih terletak elok dikepala ku .Tapi boleh percaya ke dia tak sentuh aku .YA ALLAH aku mohon padamu jaganlah kau beri hambamu ini dugaan yang berat moga tiada apa-apa yang terjadi. Aku terus bangkit dari katilnya dan terus keluar mencapai kunci kereta, dia mengejar ku dari belakang
"arifah auliya jerit nya "
aku tidak mempedulikan panggilan darinya aku terusmenekan lif sampai di kereta aku terus memecut laju kereta menuju ke sesuatu tempat.
****
aku menangis teresak -esak ..
YA ALLAH , berdosa nya aku tidur bersama dengan lelaki yang bukan halal bagiku .. YA ALLAH , apa aku buat ni , .. sedang aku sibuk menangis ada panggilan masuk
ahh apa lagi dia nak .. , benci aku dengan dia hampir 10 kali panggilan aku reject , masuk pula mesej dari aplikasi whatsapp .
bos: sayang please angkat call bie , sayang jangan macam ni
aku hanya bluetick saja mesej nya
sayangg .. sayangg maafkan bie , sayang percayalah bie tak buat apa-apa pon pada sayang , tolonglah percaya cakap bie . bie sumpah sayang bie tak sentuh pon sayang , sayang tolonglahh balas mesej bie ni , ujarnya lagi melalui chat whatsapp
aku buat tidak tahu saja .. Apabila sudah reda tangisan ku terus aku pulang ke rumah.
*****
kini sudah masuk 3 bulan aku langsung tidak bertemu dengan syam , nombor telifon ku juga telah ku buang .. Aku sudah melupakan apa yang terjadi . YE , aku tidak akan mudah jatuh cinta lagi pada lelaki cukuplah fariz dan syam dalam kenangan hitam ku ..
Share this novel