kini aku di Melaka Sentral , penuh sesak dengan beribu - ribu manusia. Macam -macam gelagat , ada yang bawa beg besar macam nak pulang setahun saja gayanya ..hihi.Penuh juga dengan warga asing. Aku duduk bersendirian sementara menunggu bus sambil -sambil bermain telefon .. Sedang aku khusyuk bermain telefon ada seseorang duduk di sebelah ku , tapi aku tidak ambil peduli . Mungkin tempat lain dah penuh kot itu yang bermain dalam fikiran ku .. Setelah setengah jam aku menunggu akhirnya bus yang aku tunggu telah tiba. Aku terus mendapatkan tempat ku . orang yang di sebelah ku tadi juga bingkas bangun menaiki bus yang sama , tapi yang peliknya pakai sweter , rayban tengah -tengah panas apahal .. Pakai cap berwarna hitam . Hurmm ahh ikut suka hati dia lah , bukan masalah aku .
sepanjang perjalanan aku ke johor bahru siaran radio johor fm menemani ku , 3 jam aku berada didalam bus , ahh lega nya akhirnya aku sampai juga di negeri kelahiran ku .. Aku terus menarik keluar beg dari tempat letak barang.Dalam masa yang sama aku sempat memandang lelaki bertopi hitam tadi , dia sedang bercakap ditelefon sambil memandang ku.
*******
"bos dia ada di jb"
"okay , aku nak kau ikut dia "
"bos nak saya buat apa-apa ke dekat dia"
"tak .. aku nak perhatikan kan saja ke mana tuju dia nak pergi , jangan bertindak tanpa arahan aku"
"baik bos"
..
lelaki tadi terus-terus memandang ku .. Tapi aku buat tidak tahu sahaja .Aku terus menahan teksi untuk pulang ke rumah ..
Tanpa aku sangka lelaki tadi juga menaiki teksi yang sama . Tapi dia tidak pula memberitahu destinasi yang di tuju .
Teksi terus meluncur laju di jalan raya menuju ke taman perumahan ku ..
"berapa encik "
"Rm 15.00 je dik "
aku menghulurkan wang kepada pemandu teksi tadi ..
Dalam tidak sedar rupa-rupanya aku diikuti lelaki itu ..
*******
"hello bos"
"yup macam mana kau dah dapat maklumat tempat tinggal dia"
" dah bos ,sekejap lagi saya share location "bagus-bagus kau tunggu aku turun jb"
"payment cammana bos?"
"nanti aku turun jb aku bayar lah"
"yerlah bos , tapi kerja saya dah selesai kan bos"
" banyak lah kau punya selesai , belum lagi ini baru permulaan"
"yerlah bos "..
"aku ada hal , nanti aku dah sampai jb aku roger kau "
"baik bos". Panggilan dimatikan.
*************
ASALAMUALAIKUMM .. aku memberi salam ..
WAALAIKUMUSALAM. jawap suara orang didalam .
"Mak mak angah dah sampai ni " ujar adiku yang bongsu .
" ahhh rindunya dekat rumah ni"ujar ku lega akhirnya sampai juga dirumah .
"aik ingatkan rindu mak , rindu rumah je rupanya "
"ehh makk ..ala maksud orang rindu orang dalam rumah ni" aku terus menerpa memeluk emak .. Sungguh aku rindu .
"eleh yerlah tu"
"mak masak apa?"
"hurm nampak tuh , bukan nak tanya mak sihat ke tak ni tanya mak masak apa?"
"ala mak sihat ? tapi orang rindu masakan mak rasa macam lamanya tak makan mak masak"
"aik kak orang kalau tahu anak kesayangann nak balik mestilah masak sedap-sedap "sampuk adik ku
"mak masak rendang dengannpulut kuning yang kamu pesan aritu"
"hurmmm sedapnya tak sabarnya nak makan "aku ingat berlalu pergi kedapur tapi aku di tahan
"mandi dulu bagi bersihkan diri baru makan"
"hurmm yerlah " punah harapanku nak menjamu pulut kuning.
**********
selesai mandi dan solat asar aku terus turun menuju ke dapur , sunyi .Aik mana mak dengan adik ku .
"makk .. ohhh makkk " aku cuba memanggil mak tetapi tiada sahutan ..
"adikk ohh adikk" pon sama juga . Aku menjengah luar kereta proton milik bapaku juga tiada .. Hurmm mesti dia orang keluar ni . Bukan nak ajak aku pun .. Aku terus berlalu ,menuju ke dapur aku buka tudung saji aroma rendang menusuk ke rongga hidung ku .. hurmmm dappnyaa bau..
Krikkk.. tanda ada chat dari aplikasi whatsapp
- adik dengan mak keluar kejap , pergi jumpa mak mah .
-apalah keluar tak ajak pun ??
-ala tadi adik tengok ngah tengah solat takkan nak ganggu , tu pulut bawah tudung saji
-hurm yerlah . dah makan dah .
-ngah ada nak kirim apa-apa tak
-kirim salam jerlah dekat mak mah .
*****
"betty , mana auliya satu hari ni saya tak nampak dia pun" hizri
"laa , tunang sendiri pun takkan encik tak tahu" seakan menyindir saja suara betty itu
"sebab saya tak tahu lah saya tanya awak"
"dia cuti encik "
"cutii ..berapa lama?"
"kata kak as seminggu "
"seminggu ..cuti langsung tak bagi tahu aku " hizri bercakap seorang diri
"aik encik cakap dengan siapa?"tegur betty melihat terkumat -kamit mulut hiz
"hurm tak ada apalah terima kasih "
Hizri terus berlalu pergi berjumpa dengan Asmira.
"mira " .
"huish kau hiz terkejut aku"
"aku nak tanya ni?"
" tanya apa " berkerut dahi kak asmira
"NURUL ARIFAH AULIYA cuti berapa lama??"
"hahah laa kau tak tahu ke ? dia cuti seminggu balik kampung katanya "
"aku tak tahu pun "
" aik pelik lah kau orang ni , nama je ada ikatan pertunangan tapi tunang balik kampung pun kau tak tahu "
"hurm dia tak bagitahu aku langsung pun"
Hizri terus mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi tunang kesayangannya .Tetapi panggilannya tidak di angkat .Hurm aku ada buat salah ke dekat dia ? .Tak apalah nanti aku cuba call dia lagi bisik hati kecik hizri.
******
sedang aku enak dibuai mimpi aku terjaga apabila ada deringan menandakan ada panggilan masuk .Tetera di kaca skrin telefon abang sayang lantas aku menekan button hijau .
"hello " ujarku dalam mamai
"hello sayang pergi mana? abang call dari siang tadi sayang tak nak angkat ? sayang nak tinggalkan abang ke? sayang memang dah tak sayangkan abang ke? balik kampung langsung tak beritahu abang ,apa sayang ingat abang ni tunggul tak ada perasaan sayang tak lama lagi kita nak jadi husband and wife, sayang kalau ada masalah cerita dekat abang , faham " . Fuhh berdas-das ayat yang keluar dari mulut tunangku . Aku hanya mendiamkan diri .Yerlah orang sedang enak di buai mimpi sibuk kacau . Hurm
"sayang dengar tak apa abang cakap ni"
"hurmmm " aku terlalu mengantuk apa yang diucapnya bagai air sungai yang mengalir . aku membiarkan saja panggilannya . Lalu aku terus terlelap.
*********
"sayangggg .. ohhh sayangg" ujar hizri kerisauan . Haish , mana pulak lah tunang aku ni .
"sayangg taknak cakap dengan abang ke?"
"tak rindu abang kee??" .Tiada sahutan .
"sayang". Tetiba hizri hanya mendengar dengkuran si tunangnya ..
"laa patut lah dah tidur rupannya " hizri megerling jam dinding menunjukkan angka 11.30 malam.
"tak apalah sayang , sayang tidurlah ye .goodnite my baby , i love u so much " ..Terus panggillan diletak.
Share this novel