"awak betul ke apa yang saya dengar tu?"tanya syam padaku
aku memandang nya sepi , tiada jawapan untuk semua ini .Aku terus menghayun kaki menuju ke pintu keluar . Apa yang hendak aku beritahu mak dan ayah ?. adakah ayah suka aku putus tunang? adakah mak dan ayah akan marah dengan tindakan aku? ahh adakah mereka akan malu dengan keputusan yang aku ambil ini?? ahh perlbagai soalan muncul di dalam benak fikiran ku .. Aku buntu ..
*******
"apa ,kamu bernikah tanpa pengetahuan mama dan papa"terkejut encik maemong apabila hizri mempekenalkan seorang perempuan sebagai isteri kepada anak nya itu.
"papa maafkan hiz pa, hiz tahu hiz salah , hiz tak bincang dengan papa dan mama semuani , kami memang dah kenal lama pa , dan memang sudah rancang untuk berkahwin tetapi dia belajar jauh di luar negara , hiz jadi keliru celaru "
"habis macam mana dengan liya hiz? tanya mama hiz pula .
"liya dah tahu hiz dah berterus -terang dengan dia dan dia sudah memulangkan cincin pertunangan kami"
"hiz malu papa hiz , kenapa kamu buat macam ni? kamu sudah melukakan hati kami ,kami ni ibu dan bapa kamu hiz , sepatutnya kamu jujur dengan kami dan kamu juga sudah melukakan hati liya , kenapa dari awal dulu kamu tak beritahu kebenarannya ? yang kamu sudah memiliki pasangan lain? kenapa sanggup bertunang dengan liya? kenapa nak ? "keluh hati seorang ibu
"ma ,hiz memang betul -betul sukakan liya masa pertama kali terjumpa liya, hiz takut orang lain akan mengambil hatinya , lalu hiz buat keputusan terburu-buru bertunang degannya sedangkan hiz sebenarnya sudah ada tunangan , maizurah adalah tunagan hiz ma , kami merahsiakan semua ini dari mama dan papa , sudah hampir 5 tahun kami mengenali . Maizurah duduk di mesir , sedangkan hiz di malaysia hiz tidak mampu untuk melawan takdir apabila liya muncul dalam hidup hiz , hiz jadi tamak ma, mai dan liya kedua-dua mereka penting dalam hidup hiz , dan mai pun sudah tahu liya dan hiz sudah bertunang , mai boleh terima , tetapi sekarang hiz sedar hiz tak mampu nak kongsi kasih sayang kepada dua orang wanita , hiz hanya mampu beri kasih sayang kepada mai saja kerana itu hiz memilih keputusan untuk menikahi mai , maafkan hiz ma."
"hiz papa tak tahu dah nak bercakap bagaimana , malu papa pada keluarga liya nanti , sedara -mara kawan-kawan papa mesti akan bertanya , kamu bagai menconteng arang kepada kami"
"sudahlah hiz papa sudah penat , papa hendak berehat kamu fikir lah jalan bagaimana hendak perbetulka semua ini,"
encik maemong terus berlalu pergi .
"mama kecewa dengan kamu " mama kepada hiz juga berlalu pergi dan jelingan maut di hadiahkan kepada maizurah menantu yang tidak diundangnya itu.
****
Malam ini aku bersiar -siar lagi mencari ketenagan ,aku berjalan sendiri . Haha kau dah putus tunang arifah auliya??haha kesian kau kan tunangkau ada isteri sudah?? bisikan hati syaitan itu muncul dalam fikiran ku. Kau tu tak layak nak bercinta , sedar diri kau sikit kau buruk ,kau hodoh kau gemuk , kau patut sedar diri dari awal lagi hiz tu tak sepadan dengan kau. kata -kata itu terus menerpa dalam mindaku yang sungguh rungsing .
Efa kau perlu berubah , kau perlu mencantikan diri kau baru orang pandang kau tinggi bukan sesuka hati mempermainkan perasaan kau , kau anggap ini cubaan dan ujian untuk kau , kau kena kuat , kata-kata positif mula menjengah di minda ku pula . Ahhhhh aku menjerit sekuat hati , batu kecil aku lemparkan kedalam air sungai yang sedang mengalir .. Kelihatan dua orang gadis menghampiri aku , dan bertanya kan aku .
"akak ok ke? "tanya gadis itu . Mukanya penuh cuak .
"ok " aku tersenyum kepadanya .
"akak ada masalah ye kongsi lah pada kami" gadis berbaju biru berlengan pendek itu bertanya kepadaku .
aku mengellegkan kepala .
"akak sensorang je ye? marilah join kami ,bahaya akak dekat sini apa-apa jadi tiada siapa tahu" ujar pula si gadis berambut perang berjeans koyak-koyak , dari pada ekoran mataku aku melihat mereka gadis liar kerana terdapat sekumpulan mat-mat motor .
"ehh tak mengapalah "aku menolak .. Tapi mereka seakan mendesak ku . Tangan ku ditarik oleh mereka . Aku jadi keliru . Bagai disorong bantal saja hanya membuntuti mereka.
"heyy bawa marka baru ke" tegur seorang jejaka berwajah hitam manis.
"aah lah ,barang baik ni" kata gadisberbaju biru itu .Aku sudah mula tidak sedap hati .Kaki ku ingin melangkah tetapi si gadis berbaju biru tadi asyik memandang kearah ku .
"pewitt,,hai awekk" tegur lelaki lain pula .
"hey nama siapa ,?" seorang lelaki mula memandang ku . Aku sudah tidak selesa dengan keadaan bergini . Aku ingin melangkah pergi tetapi dihalang oleh mereka ..Aku cuba memarahi mereka namun mereka makin kasar . Aku sudah mula ingin menagis .Apalah nasib ku .Ya ALLAH bantulah aku .. Mereka mula bertindak kasar dengan menarik tudungku , mencuba menyentuh tubuhku aku menolak , makin aku menolak makin mereka kejam .Bilangan mereka sangat ramai sedangkan aku seorang , gadis-gadis tadi hanya biarkan aku sambil mentertawakan aku .. Aku menjerit meminta tolong , dan nasib ku amat baik sekali sebuah kereta peronda polis menghon mereka . Bertempiaran mereka lari .Fuhh aku sudah lega .
"cik tak apa-apa ke" tanya mereka ?
aku mengellengkan kepala .
"lain kali jangan jalan sorang -sorang bahaa di sini "
"baik encik , "
"datang naik apa tadi ? "
"jalan kaki encik rumah saya dekat -dekat depan tu je "
"ha kalau macam tu mari saya hantar awak balik " kata pegawai polis itu juga.
"tak pelah encik saya jalan kaki je menyusahkan pula"
"kalau jadi apa-apa pada awak lagi menyusahkan kami , baik awak naik kalau mereka kacau awak semula bagaimana?"
"err"aku tergagap-gagap .
"dah cepat masuk " pintu kereta dibuka .Aku dengan berat hati masuk ke perut peronda kereta polis . Sesampai di depan rumah ,aku mengucapkan terima kasih kepadamereka . aku terus menuju kedalam rumah.Ahh lega .
*******
selesai mandi aku membelek telefon bimbit .
gambar kenagan aku dan bekas tunang ku aku buang . Aku juga sudah membuat keputusan untuk berhenti kerja di sini dan akan pulang ke johor bahru .
Share this novel