Bab 22

Romance Completed 4184

2 minggu berlalu ..
Baru kini aku berani menjejakkan kaki untuk pulang ke rumah mak dan ayah,segala nya sudah aku terima dengan redha. Aku sudah pasrah andai mereka memarahi aku .
Aku di arah duduk , oleh mak ,bagai pasalah saja aku rasa. Semua mata memandang aku . Aku benar-benar terkejut keluarga hiz sudah berjumpa dengan mak dan ayah . Kini aku pula hendak disoal siasat oleh mereka .Aduiii..
"apa cerita ni ngah?? " tegur mak
"cerita apa" tanya ku pula buat-buat tidak mengerti .
"jangan buat-buat tak faham ,macam mana boleh putus ni?"
"tak ada jodoh mak ayah"
"hurm yerlah mak dan ayah tak mampu nak melawan takdir ,semua sudah tertulis ,mungkin ini yang terbaik,tapi kamu patut bersyukur ALLAH tunjukkan kebenaran . " panjang lebar ayah berkata .
"yerlah ayah .mungkin ada yang lebih baik diluar sana kan "
"ayah harap kamu tidak akan kecewa , cinta kan manusia berpada-pada cintakan ALLAH kekal selamanya ."
"baik ayah .. ngah berterima kasih pada semua kerana memahami ngah "
"ye kamu anak kami , kami tak nak kamu terseksa , hidup perlu diteruskan apa yang sudah jadi hanya sekadar ujian untuk kehidupan kamu yang panjang ini" celah mak pula
aku memeluk mereka berdua .ALHAMDULILAH ALLAH beri aku kedua-dua orang tua yang memahami aku .Aku bersyukur padamu .Kini aku punya azam yang tersendiri .Aku patut berubah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience