ARIFAH AULIYA .. kau milik aku .. gambar yang ada di paparan telefon itu diciumnya berulang kali , ARIFAH , ARIFAH ARIFAH ...hahahah kau dan aku HISHAM, ARIFAH .. ARIFAH HISHAM sedap kedengarannya itu .. Aku akan pastikan kau akan tetap jadi milik aku . Aku akan kejar kau di mana jua kau berada . Itulah yang berada difikiran syam buat masa sekarang .
************
"good morning ma , pa" ujar hiz
"good morning "serentak puan Yati dan encik Maemong
"wahh , nasi lemak " seakan teruja hiz melihat hidangan sarapan pagi di hadapannya
"ha duduk hiz , makan sama"
HIZ terus menarik bangku dan duduk disebelah bapanya .Lalu terus mencedok nasi lemak kegemarannya.
"alang -alang kamu ada ni papa nak cakap sikit "
"hurm apa dia pa" balas hiz sambil menyuapkan nasi lemak kedalam mulut.
"papa nak kamu cepatkan tarikh nikah kamu dengan tunang kamu tu"
"aikk bang , kan dia orang dah pilih tarikh hujung tahun ni " sampuk puan Yati pula
"saya bukan apa yat , takut lambat-lambat jadi lain pula nanti "
"apa maksud papa??"
"yerlah kamu kerja tempat yang sama, selalu keluar sama tak manis orang pandang "
"tapi kami kan dah bertunang"
"bertunang saja tak cukup ,hiz sedangkan orang yang dah kahwin boleh bercerai inikan kamu yang hanya sekadar gelaran tunang tak mampu tutup mulut-mulut jiran kita ni "
"tapi family liya minta kami langsungkan bulan 12 pa, lagipun kami masih perlu kenal satu sama lain
"betul tuh bang , ala bang kalau dah jodoh gunung yang jauh mampu didaki inikan pula liya tu , tak lari mana la si budak liya tu"
"ikut suka hati kamu berdua la , apa-apa jadi jangan salahkan saya".Encik Maemong bingkas bangun untuk pergi kerja ...
"ma , kenapa dengan papa tu?'
puan yati hanya mengangkat bahu .. Hizri seakan tidak sedap hati apa yang diperkatakan bapanya tadi.
******
Aku sudah menulis borang untuk bercuti .Lalu aku berjumpa kak Asmira , kak Asmira seorang gadis yang lembut telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata .
"nak apply cuti ea?" ujar kak mira seakan tahu aku memegang borang kebenaran untuk bercuti
"aah kak "
"nak cuti kahwin ke ni liya? "ujar kak mira menyambut helaian kertas tersebut
"ehh akak ni mana ada lah , kahwin lambat lagi kak "
"hihi mana lah tahu seminggu ni nak pergi mana?"
"hurm nak balik kampung lah kak , rindu dekat keluarga"
"ouh yerlah , habis hizri tahu tak ,liya cuti ni".. Aku menggellengkan kepala .
"laa kenapa tak bagitahu dia"
"hurm entahlah kak "
" korang ada masalah ke? "
"ehh tak ada lagi kak , kitaorang ok je setakat ni cuma saya tak nak lah kacau kerja dia nanti"
"yeke ni ?"
Aku hanya senyum simpul . Akhirnya aku dapat jugak cuti . Aku terus mendial nombor ayah
"hello asalamualaikum"
"walaikmusalam"
"macam mana dapat tak cuti? tanya ayah seakan tahu aku telefonnya tentang hal itu
"hurmmm sorry ayah "
"tak dapat cuti lah tu " suara ayah seakan menjauh
"aah tak dapat "
"hurmmmm tak apa lah nak buat macam mana , "
"ha nanti suruh mak buat pulut kuning dengan rendang ayam tau "
"ala kamu kan tak dapat balik , buat apa nak buat pulut ?"
"ala ayah orang dah bagi hint pon tak faham , orang dapat cuti seminggu yeahhh" aku bersuara ceria
"ehh betulke ni "
"yee betull "
"bagus lah macam tu nanti ayah cakap dengan mak kamu ye "
"yerlah ayah orang nak sambung buat kerja ni "
"yerlahh asalamualaikum"
waalaikumusaalm . Ayah terus mematikan panggilan.
**********
Ketika aku sedang sibuk menyusun stock , tiba-tiba ada tangan di bahuku .Aku ingatkan encik Hiz tetapi orang lain.
"Weyh , aku nak tanya kau sikit ni ,?"
aku menoleh menghadap suara itu.
"ehh ina , apa dia?"
"kau ".
huhuhukk huhukkk. belum sempat ina bertanyakan soalan ada suara batuk-batuk rupa-rupanya encik Hiz .
"sekarang waktu kerja bukan waktu berborak "
"hurm baiklah " ina terus berlalu pergi .. Manakala aku terus sambung kerja tanpa menghiraukan tunang ku.Entah mengapa aku tiada mood untuk bertegur dengan nya.Sama juga seperti hizri selepas menegur ina , dia tidak berminat untuk bercakap sepatah perkataan pun pada tunangnya.
Apa sudah jadi dengan mereka berdua...
Share this novel