"mak "aku menyergah mak yang sedang memasak di dapur .
"ohh letup letup kau letup "keluar sudah latah mak ku siap dengan gaya nak menari saja lagaknya ..
"bertuah punya anak , "dengan itu sudip di tangan ibu ku ?melayang ke badan ku tetapi aku lebih tangkas , sempat mengelak
"werk tak kena hahaha"
"haish kamu ni cuba lah bagi salam ke apa ke , tak habis -habis nak terkejutkan mak , sebaik mak ni tak ada sakit jantung kalau ada dah lama kiok"mula lah tu mak ku membebel
"ala mak ni sekali -sekala kan , mak nak masak apa ni?"
"nasi lemak "
"wah sedapnya " Aku sudah terliur mendengarnya nasi lemak nasi kegemaranku .Kalau di kilang aku suka minta kakak kantin letakkan sambal dan kacang lebih . Sebab dari sambal lah rasa nya akan bertambah lazat .
"daripada kamu dok berangan ni bawang ni tolong kupas"ujar ibuku membanttutkan fikiranku tentang keenakan nasi lemak .
"ha yerlahh"dengan lincah sekali aku mengambil bawang -bawang untuk di buang kulit .
**********
selesai mak memasak , aku terus menghidangkan nasi lemak di meja makan .Aku melihat ayah berjalan menuju ke meja makan .Lalu aku terus menyapa ayah , yerlah semalam tidak sempat bertemu ayah akibat tertido awal hihi.
"ayah " aku terus menghulurkan tangan untuk bersalam . Ayah menyambut huluran tangan ku itu.
"ayah sihat"
"alhamdulilah sihat " ayah terus duduk di kerusi
"haa bagus lah macam tu, harini angah masak special untuk ayah nasi lemak, sambal puyuh "
"eleh ye lah tu kamu yang masak ?" ayah seakan tidak percaya aku yang memasak nya hihi macam lah dia tidak kenal benar anak nya seorang ni Pemalas aka tak reti masak
"hihi tak lah mak yang masak ,"aku tersenggih - senggih sambil menceduk kan nasi lemak di pinggan ayah
"haishh lagi berapa bulan je kamu tu nak bergelar isteri orang , cuba lah belajar memasak
"ala nanti ngah belajar lah " kataku sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut
"bila tuh?? nanti dah kahwin suami kamu nak makan apa?"
"makan kat kedai "selamba sahaja aku menjawap pertanyaan ayah
"hurmm alamat bankrup lah si hizri tu" ayah mengelleng -gelengkan kepalanya
aku hanya tersenggih saja .
"ayah nak cakap apa dengan ngah " aku masih mengingati apa yang ayah cakap Hal penting .
"yang tu nanti tunggu malam nanti , ayah nak pergi kerja " ayah terus bangun sesudah menghabiskan makanan nya .
"yerlah hati-hati ayah " . Aku melihat mak menghantar ayah ke muka pintu ... Ohh macam tu rupanya nak jadi seorang isteri mithali .Aku senyum sendirian.Hurm tetiba aku mengingati peristiwa sewaktu aku menjadi bibik syam ,aku diarah memasak nasi ayam haha yang jadi bukan nasi ayam entah nasi apalah yang aku buat ketika itu hanya dapat hinaan . Tapi akhirnya dia mula berubah menjadi lelaki yang baik , Dan dalam diam Mohd Hisham itu jatuh suka kepadaku dan peristiwa hitam itu kembali dalam minda ku .Tiada sesiapa tahu hanya aku dia dan tuhan sahaja yang mengetahuinya.Allahuakbar , lantas aku meraup wajah lupakan efa kau akan jadi isteri orang lain ,moga -moga abang hiz aka bakal suamiku mampu menerimaku yang serba kekurangan ini.
**********
"mana alamat rumah dia ?"tegur seorang jejaka yang boleh dikategorikan tampan kepada lelaki bercap hitam
"ni bos " si lelaki bercap menghulurkan sekeping kertas kecil .
"bagus-bagus" senyum sinis si lelaki itu
"payment mana bos"
"ehh kau ni sabar lah sikit " si jejaka tadi meletakan satu keping sampul surat berwarna coklat didalam nya berisi wang .Lelaki bertopi itu sudah bersinar matanya lalu terus membuka balutan sampul surat itu .. Dia mengira -gira wang nya .lalu tersenyum
"cukup tak??"
"lebih dari cukup ni bos , lepas ni kita nak buat apa bos?"
"yang tu aku masih fikir , yang penting aku nak kau follow je mana dia pergi faham"
"beres bos "
"dah tu apa tunggu lagi pergi lah buat kerja kau " arah si jejaka tampan itu tadi
"yerlah bos" si lelaki bertopi terus bangun dari kerusi dan berlalu pergi.. HAHAHA kau tak kan terlepas lagi kali ni arifah ..Terbayang di matanya peristiwa 1setahun lalu gadis hitam manis berbadan gempal itu menjadi igauan mimpi-mimpinya setiap hari .Apa yang istimewa nya dia sendiri masih memikirkannya.
*******
aduhh bosan nya duduk rumah , mak pergi rumah ciksenah , adik pula sekolah . Aku dekat rumah mereput.omel ku sendirian aku membuka pintu rumah lalu terlihat motor kesayangan ku iaitu motor Y15zr ,lalu aku ambil keputusan untuk berjalan -jalan di sekitar bandaraya Johor Bahru , lantas aku terus menukar pakaian .
Aku berjalan-jalan sambil menunggang motorsikal , hurmm haishh sedap nya kalau dapat cendol panas-panas ni .Lalu aku memecut laju untuk ke gerai pak sahak yang terkenal dengan cendol dan mee rojak nya itu . Sesampai je di gerai Pak Sahak , wow ramai sekali manusia sedang enak menikmati kelazatan menu-menu yang ada di gerai itu lantas aku menghayun kaki ke sebuah meja hujung sekali .
"yee kak nak makan apa" tanya seorang remaja lelaki untuk mengambil order .
"hurmm bagi cendol pulut 1 , mee rojak 1"
"okay " lalu remaja tadi berlalu pergi . Aku memandang sekeliling gerai Pak Sahak , hurm ada juga perubahan kecil meja yang dulu boleh kira kini bertamabah banyak .Fikiran ku juga mula megenagkan Syam lelaki yang padaku suka menyakitkan hatiku
"efa pergi order , aku nak mee rojak kuah lebih , abc " arah syam kepadaku . Ketika itu aku sedang duduk menghadap nya .
"ala nanti waiter tuh , datang sini"aduku malas
"banyak lah kau punya waiter , sini tak ada waiter ,tu tak nampak terang-terang dia tulis ambil order di sini" bibir syam menunjukan papan tanda yang bertulis -order disini,makan dulu baru bayar (layan diri).
"ala bos lah pergi order"
"amboi, banyak cantik aku bayar tau gaji kau pergi sekarang " arahnya lagi
"memang cantik pun " ujar ku pula
"cantik apa cantiknya dahlah gemuk hitam pulak tuh "ujar syam kepadu . Hurm benar kata-katanya menguris perasaan ku .Yee aku hodoh , tapi aku bersyukur aku di anugerahkan cukup sifat . Lalu aku bangun untuk membuat order ,kang duduk lama-lama makin membebel orang tua mental ni .
"dik mee rojak 1 , abc 1" order ku kepada seorang gadis . Aku menunggu beberapa minit .
"ok kak ni makanananya "ujar gadis tadi kepadaku sambil menghulurkan satu dulang kecil . Aku hanya senyum lalu terus mendapatkan mamat mental .
"silakan makan anak raja " aku meletakkan pinggan berisi mee rojak dan semangkuk abc kepada syam .Syam yang ketika itu sedang kyusuk bermain telefon ,terus memandangku .Dahinya berkerut .
"kau punya mana?"tanya nya kepadaku
"diet" pendek dan ringkas saja jawapan ku .
tiba-tiba dia tertawa.
"kau diet?hahaha tak payah lah diet , kalau kau kurus pun bukannya kau cantik pun" ejeknya lagi .Aku tersenyum mendengar hinaanya.
"dahlah pergi order nanti karang orang kata aku bos yang kejam tak beri bibik dia makan pula " arahnya kepadaku .Aku mendiamkan diri sambil melayan telefon.Aku melihat dia sudah mula menyuapkan mee rojak kedalam mulut.
"pergilah order" .. Aku mengelengkan saja kepala.Aku lihat dia sudah mendengus ..
"pergi order sekarang , tak usah nak diet bagai , kau tu dari pagi tadi tak makan apa-apa nanti pengsan aku juga susah " ujar nya lagi . Aku hanya mendiamkan diri .
"ee degil betul lah budak gemok ni" aku melihat dia sudah bangun dari kerusi . aku hanya melihat arah tuju dia . Ohh rupa-rupanya dia pergi ke kaunter tadi .Sambil menunggu pesanan makanan aku sempat lihat dia menjeling aku , aku mencebik .
"nah makan ni" hulurnya kepadaku .sepinggan mee rojak dan semangkuk abc .
Aku masih sama buat dono je dengan nya sambil melihat telefon .Syam kembali menyuapkan makananya. Sesekali aku melihat dia menjerling ke arah ku .
"efa makan " arahnya lagi . Aku memandangnya lalu aku membiarkan saja . Aku masih asyik melihat youtube . Tiba -tiba telefon bimbit ku dirampas olehnya.
"ehh bak balik " ujar ku
"no way , makan dulu baru aku pulangkan balik" ujarnya sambil memasukkan telefon ki di dalam poket seluarnya
"tak nak makan " aku buat-buat protes
"tak nak makan dah telefon tak dapat balik"
"hurmm " aku merenung mee rojak tersebut .. ermmmm sedap nya bau mee ni , aduhai perut pun dah berbunyi nak makan salah tak makan pun salah.
"tak payah nak tenung benda tuh, ke kau nak aku suapkan kau" bicara syam sambil mengenyitkan mata.
"ahh mengada " ujar ku sambil mencebik lalu aku menarik pinggan tersebut dan slurp slurp ..fuhh sedapnya .. Aku makan bagai di dunia sendiri sehinggakan ada satu jari memegang sekeping tisu mengelap hujung bibirku . Aku terkejut.
"syok sangat makan , makan lainkali dekat mulut bukan dekat tepi bibir " ujar syam sambil menghulurkan tisu tadi . Aku tersipu malu .. Hee.
"thank " aku senyum kepadanya .Tapi dia memandangku sinis.
Sebenarnya syam ni kadang kala baik juga orang nye kalau kena gaya nya . senyum aku sendirian.
"woii gila senyum sorang-sorang " tegur syam .. Apahal minah ni .
"errr" aku hanya senyum ketap gigi .
"cepat tu makan nanti aku hantar kau balik"
"ha bos nak hantar saya balik" aku sudah terbeliak biji mata . Ahh sudah nanti karang orang kampung nampak mampus aku.
"yerlah dah petang ni,lagipun kau tak bawak kereta kan?" .
"ehh tak payah lah bos nanti orang kampung saya nampak kecoh ,bos hantar je saya dekat bus stop depan rumah bos tu je".Aku melihat dia menganggukkan kepala.Fuhh selamat ..
"kak ohh kak ni makanan akak " bicara seorang remaja lelaki . Aku memandang remaja tadi dan tersenyum sambil mengucapkan terima kasih . YA ALLAH aku berkhayal rupanya tadi . Aku terus mencapai sudu dan garpu untuk menikmati mee rojak pak sahak . Slurpp rasanya masih sama ,cuma yang berbeza keadaan aku yang merubah segalanya.
******
Di hujung meja sana ,terdapat seorang lelaki berkaca mata hitam , bertopi hitam sedang asyik melihat Nurul Arifah Auliya.
-bos dia tengah makan.
--dekat mana?
-gerai rojak Pak Sahak .
--okey -okey kau perhatikan je dia , ikut mana dia pergi .
-baik bos .
Ketika itu dia sedang melihat efa sedang bangun mungkin sudah habis makan.
Setelah efa selesai makan dia pun turut serta membayar makanan nya dan terus mengikuti langkah efa
****
buerkkk buerkkk sendawa kekenyangan efa . sedap dan lazat sungguh rojak gerai pak sahak , sebab itu ramai pelanggannya . Efa mengambil keputusan untuk terus menuju ke sebuah mall .
Share this novel