Bab 12

Romance Completed 4183

"hello bob aku nak kau cari maklumat siapa tunang nya Nurul Arifah Auliya "
"cari dekat mana bos" soal bob bodoh .
"cari lah dekat mana-mana pun janji aku tahu siapa dia lagi kacak ke dia dari aku "
"ala bos memang kacak pun , berderet pompuan beratur nak kan bos , tapi semua bos tolak pompuan gemuk hitam tulah bos tergila -gilakan sangat"
"amboii sedapnya kau hina kekasih aku "
"ehh maaf boss "
"dah tak ada maaf -maafnya aku nak kau jalankan kerja ni secepat yang mungkin "
"baik bos " Panggilan di matikan. Arifah kau tunggu aku ye ,kacak sangat ke tunaang kau tu ..

********
5panggilan tidak dijawab, tertera nama abang sayang . Alamakk .aku mendail kembali nombor tunangku .
Tot tot tott .. selang beberapa minit kedengaran suara tunang kesayanganku .
"Hello nak cakap dengan siapa"
" saya nak cakap dengan prince charming saya ada tak dia"
"ouhh maaf lah prince charming awak tak ada "
"habis apa yang ada ? putera katak ke putera kayangan ke ?
" tu semua tak ada "
"laa tak ada ke"
"tak ada lah adik manis yang ada saya bakal imam awak nanti ,"
"laa kalau awak jadi imam saya nak jadi jenazah nya lah " gurau ku .
"kalau awak nak jadi jenazah saya pun nak turut serta lah nak jadi jenazah bersebelahan awak agar cinta kita sama-sama bersatu sampai syurga .
"ala -ala sweet abg ni "
"ehh tengoklah tunang siapa?" hihi.
"tunang si gadis berwajah hitam manis ,berbadan seperti bigfoot "
"sayang apa cakap diri sendiri macam tu"marah hiz
"kenyataan kan abang boleh ke terima sayang ni?"
"apa maksud sayang?"
"yerlah sayang tak cantik ,gemuk hitam , orang lelaki kadang-kadang pandang rupa "
"tapi abang tak fikir pun tu semua , sayang tetap menjadi pilihan abang "
"betul ke jujur "
"jujur sayang ,sayang lah pedamping yang paling sesuai dengan abang ,kalau sayang ada kekurangan abang pun sama sayang , dari kekurangan tulah kita sama-sama jadikan sempurna"
"hurmm baiklah kita sama-sama perbaiki kekurangan diri kita ye abang .
"yer sayang ingat satu benda je apa pun jadi abang tetap akan sayangkan sayang sampai hujung nafas abang ni abang janji "
"abang tolong jangan janji , sebab janji akan makan diri sendiri akhirnya ." Entah mengapa mulutku berbicara sebegitu
"abang tahu sayang tapi abang akan sedaya upaya tak melanggar janji abang tu
"hari ni boleh lah abangcakap macam ni esok lusa tulat 2tahun akan datang sama lagi ke?" Tetiba aku rasa geram kerana sikapnya yang tidak mahu jujur padaku tentang siapa dirinya .
"sayang kenapani?"
"abang tanya kenapa ? abang tu kenapa tak beritahu tentang diri abang yang sebenar "
"apa maksud sayang ni"
"Hizri Maemong ops silap Hizri Bin Dato Maemong anak pengurus syariakat bee loon ,"
"sayanggg ,,abanggg "
"abang nak cakap apa? abang sampai hatikan tipu sayang, abang cakap ayah abang kerja biasa-biasa je tapi rupa-rupanya dato "
"abang boleh explain sayang "
"hurmm " .Tiba -tiba kedengaran satu suara .
Encik Hiz dato nak jumpa dekat bilik meeting , ada hal penting katanya , Bila ? sekarang encik ..ha yerlah kejap lagi saya datang .
"sayang abang ada hal dengan papa jap , nanti abang call balik"tanpa dia sempat mengucapkan salam aku terus mematikan telefon.. Ahh sakitnya hatiku ..

******
"mak nak pergi mana tu "kelihatan mak sedang menyarung tudung di kepala .
"ni nak pergi rumah mak jah , tengok kak intan kau dah beranak "
"laa yekee anak lelaki ke perempuan"
"lelaki, kamu nak ikut tak ?" tanya makku.
"ehh boleh juga dari tak buat apa-apa dekat rumah "
"ha dah pergi cepat salin baju , mak tunggu" arah ibuku .Lalu aku bingkas bangun dan menuju ke bilik.

*********
"ala comel -comel "agah makku kepada bayi yang baru 2 minggu lahir melihat dunia .Aku hanya melihat , entah aku tidak sukakan kanak -kanak .
"ni hah cuba belajar pegang baby ni "arah mak kepadaku .Aku buat muka toya dan menggeleng .
"ni cuba pegang " paksa mak ku .Bayi tadi sudah bertukar tangan kepada ku , bayi tadi dalam dukungan ku , aku hanya memandang sepi .Sementara mak ku berbual-bual dengan mak jah dan kak intan .
"nama dia siapa ni"soal ku tiba-tiba
"Mohd Haziq "ujar kak intan
"ouh haziq maksudnya apa kak?"
"yang cerdik "
"bagus-bagus moga -moga bila haziq besar nanti haziq cerdik ye " dengan itu aku mula mengusap kepala bayi itu , entah bagaimana lah nanti jika aku mempunyai seorang anak ..Hurm aku berdoa agar suamiku memahami keadaan aku yang tidak berminat dengan kanak-kanak ,padaku ianya membebankan .
"kamu hujung tahun ni kan kahwin" tanya kak intan kepadaku
"ha'ah kak "
"besarlah tanggunjawab kamu nanti "
"maksud akak?"
"bila dah kahwin ni perhatian 100%buat suami , pagi bangun masak mesti bangun dulu sebelum suami bangun ,lepastu kalau dah ada anak pula perhatian kepada anak mesti lebih , biasalah budak-budak baru lahir lagilah malam menangis minta susu macam akak lah nasib baik abang li kau jenis peka dengan anak-anak kalau dah kahwin ni kena bertolak -ansur , tak boleh ego " panjang lebar kak intan bercerita .
aku hanya tersenyum .
"ala nanti kamu rasa lah apa yang akak dah rasa ni , kamu dah sedia 100%? " tanya kak intan lagi.
"inshaallah saya sedia "
"baguslah kalau macam tu , bila dah berumah tangga ni tapak kaki suami tu syurga buat kamu , tapi tapak kaki ibu mertua tu syurga buat suami kamu , dia mesti sama rata memberi kasih sayang ,tapi mungkin dia lebih kan ibunya kerana syurga nya di bawah tapak kaki ibunya , dan kamu efa akak harap bertabah lah dan bersabar " ujar kak intan.. Semacam je kak intan ni bercerita hurmmm.
Aku hanya mampu tersenyum dan menghulurkan kembali mohd haziq kepada kak intan.

******
sedang enak aku menonton televisyen drama love you mr aroggant ,tiba-tiba adik bongsu ku yang bernama Nurul Afika Arina aka rina menganggu ku dengan menukar siaran kegemaran ku kepada siaran korea ..
"ehhh sedapnya dia tukar chanel " aku cuba merampas kembali remote tv.
"alaa tak best cerita melayu , tengok cerita korea lagi syok "
"eee bak sini " aku cuba merampas juga .
"tak nakk " adikku cuba meletakkan remote di bawah punggunya .. Eleh dia ingat aku takut nak raba dia lalu aku mengeletek ketiak nya , ketwa terkekek -kekeh dia .. sambil bergelut mendapatkan remote kami tidak perasaan siaran tv sudah dimatikan oleh seseorang .
"dah besar panjang pun nak bergaduh " ujar ayah tiba-tiba .Kami berhenti terus dari pergelutan tadi .
"yang sorang ni dah nak kahwin , tapi tak nak mengalah dengan si adik macam mana nanti dah kahwin"
"ala adik ni sibuk orang yang dapat tv ni dulu"aku memberi alasan.Ayah mengeleng -gelengkan kepalanya . .
"dah pukul berapa? dah masuk maghrib pergi amik wuduk sekarang kita solat berjemaah "
kami masih termanggu-manggu lagi menyalahkan satu sama lain.
"dah tunggu apa lagi cepattt" suara ayah sudah berubah menjadi lantang .Kami terus berlari menuju bilik air ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience