Langkah kaki ku longlai sekali pagi ini , aku kelihatan tidak bermaya . Kereta encik tunang aku sudah kembalikan maka aku seperti hari-hari sebelum aku bertemu dengan hizri aku akan menjadi penghuni perhentian bus , Kosong tiada siapa-siapa menunggu bus , aku berdiri menanti bus angka 10 ,untuk ke kilang , Kepala ku mula berdenyut -denyut , entah bagaimana sebuah kereta proton perdana berhenti di hadapan ku , aku memandang gerangan yang keluar dari perut kereta itu , dia berjalan menuju ke arah ku lalu pandangan mata ku mula gelap , dan akhirnya aku rebah di dalam pelukannya .
Aku mula tersedar kepala ku sakit sekali , tiba-tiba muncul satu wajah
"alhamdulilah awak dah sedar?"
"saya kat mana ni?" tanya aku kepadanya , menoleh kiri dan kanan
"awk kat hospital , awak pengsan tadi ,"
baru aku sedar , aku berada di rumah sakit .
"saya nak balik"pintaku sambilmula bangun dari perbaringan .
"tak boleh doktor tak bagi , awak kena betul-betul sembuh baru boleh keluar "
"tapi saya ada kerja lah "
"jangan risau , saya dah call abang iz , "
Aku memandang wajahnya , mataku terpaku melihat bebola matanya bagai ada magnet antara kami , Ohh tolong lah pergi perasaan ini , aku dan dia tak mungkin akan bersama kerana kesilapan nya yang lalu tapi hari ini aku mula menyedari sesuatu tapi aku sendiri tidak mengerti mengapa susah untuk aku memafkannya .
"dah awak rehat ye , "selimut ku ditarik menutup badan ku rambut ku di elus lembut olehnya tapi aku membiarkan saja , tidak menolak . Dengan itu juga mata ku mula terpejam kembali.
*****
setelah 2 hari aku di tahan di wad , aku di benarkan keluar dan sejak itu juga aku tidak pernah melihat syam melawat aku lagi sejak kedatangan abang hiz ,pada petang hari tu aku sedang berbual mesra dengan encik tunang dan syam yang dari tadi hanya menonton kemesraan kami berdua terus mula meminta diri , sayu di bebola matanya kelihatan .
Aku sungguh ragu ,hatiku celaru , .. Perasaan ku juga terasa di ganggu ..
Share this novel