Kaki efa berhenti di depan sebuah butik pakaian perkahwinan .Matanya tertarik dengan satu pakaian songket berwarna biru muda digabungkan dengan ungu tua ,cantik sekali warna nya berbentuk peplum .. Hurm tapi aku gemuk tak sesuai nak pakai baju tu .Perkahwinan aku dan abang Hiz tinggal lagi 11 bulan tetapi kami masih belum memikirkan warna tema untuk majlis persandingan nanti .Lalu aku mengambil telefon bimbit ku dan menangkap sekeping gambar baju tersebut .
--Asalamualaikum encik tunang ohh encik abang , cantikkan baju tuh
-walaikumusalam ye tunangku tersayang , cantik .mana sayang dapat gambar ni?
--sayang tengah jenjalan ni dekat mall.
-hurmm ouh dengan siapa??
--seorang je kenapa abang?
-sayang lupa ye pesan abang?
Tertiba aku menepuk dahi Ya Allah , aku lupa memberitahu nya yang aku hendak keluar.
--err maaf abang , sayang terlupa.
-aikk benda simple kecik macam ni pun sayang boleh lupa kan?
--abang maaflah sayang betul-betul tak sengaja
-siapa lah diri abang nikan? hurm sayang jenjalan tak cakap tak minta izin abang pun .
--abanggg...
-dahlah sayang abang nak sambung buat kerja .k bye asallamualaikum.
--abangggg janganlah merajukk .. aku melihat skrin paparan telefon .Ahh sudah bila Hizri Maemong sudah merajuk haru jadinya.
--abangg maafkan lah sayang .. sayang janji tak buat lagi . Emoji tangisan aku selitkan sekali.. Dalam keadaan risau aku terlanggar seseorang , Telefon ku tercampak habis baterinya tertanggal lalu aku terus mengutip dan mula mengangkat muka.
"awak" aku seakan terkejut melihat wajahnya.
"efa," dia juga sama kelihatan terkejut dan teruja .tidak sia-sia dia bersiar-siar di mall ini .Akhirnya bertemu juga dia dengan gadis idamannya itu.
Efa ingin berlalu pergi tetapi Syam menarik tangan nya .
"tolong lepaskan tangan saya "rayu efa ..
"tak kalau saya lepaskan tangan awak , awak mesti akan lari "
"janganlah syam , lepaskan lah "
"no " begitu kuat sekali cengkaman tangannya kepada pegelangan tanganku ..
"syam tolong lah lepaskan sakit lah"adu ku
"sakit ke?? habis rindu saya ni lagi sakit menunggu awak untuk memafkan saya ,bila efa awak akan maafkan saya"
"dahlah syam benda lama tolong lah jangan ungkit , saya dah lupakan "
"hahaah senangnya awak lupakan." Syam masih memegang tangan ku dan di bawa ke sebuah restoren yang tidak jauh dari kedudukan kami tadi .Dengan langkah lemah aku turutkan saja .
Syam menarik sebuah kerusi
"duduk"arah syam
aku tetap berdiri , tetapi ugutan syam menakutkan aku.
"kalau awak taknak duduk saya cium bibir awak " ugut syam .Aku yang takut dengan ugutannya pantas duduk Mamat ni bukan boleh cayer pun nanti betul-betul dia buat haru aku .Syam duduk berhadapan dengan aku .Seorang waiter menghampiri kami .Buku menu di hulurkan kepadaku .
"pilih lah nak makan apa "
Aku hanya mendiamkan diri , buku menu langsung tidak ku sentuh . Syam yang melihat akan perbuatanku terus saja dia memesan sirap cincau kegemaranku .
"efaa" tegur syam kepadaku ..Aku meluat melihat mukanya .
"Nurul Arifah Auliya , saya tahu awak benci sangat dengan saya , tapi sampai bila??"
"sampai bila-bila"ujarku tegas
"hurmm takkan lah awak langsung tak nak maafkan saya , awak percayalah saya langsung tak sentuh awak "
aku mendiamkan diri .
"arifah saya sayang awak , dan sehingga kini perasaan tu tak berhenti tolong lah maafkan saya "ujar syam sambil meraih jari jemariku .Aku menarik jariku yang berada di atas meja .
Tiba -tiba syam trpandang di jari manis efa tersarung sebuah cincin bertatahkan batu permata .
"awak dah kahwin ke?"ujar syam
"bakal berkahwin untuk pengetahuan awak sàya ni tunang orang dan awak saya tetap tak akan maafkan awak " lantas dengan itu efa terus bingkas bangun dari duduk dan berlalu pergi ..Syam meraup wajanya .Seakan tidak percaya wanita yang dicintainya bakal menjadi permaisuri lelaki lain.
Tak kau tak boleh jadi isteri orang lain , kau tetap milik aku .Senyuman jahat terukir di bibir syam .
******
sesampai saja efa dirumah terus dia masuk bilik habis bantal dan selimut dicampaknya .. Ahh mengapa perlu aku berjumpa dengannya lagi ahhh benciii ..Permata jernih mula jatuh ke pipi. ALLAHHUAKBAR , aku bingkas bangun megemas semua dan meletakkan kembali barang-barang ku campakan ke tempat asal Setelah siap aku menuju ke cermin ,
'efa kau dan dia tak ada hubungan lagi , tak usah lah kau fikir tentang syam lagi , Aku milik orang lain , aku dah ada abang hiz , abang hiz terlalu baik dengan kau , bukak mata kau efa .. buka hati kau juga ..' aku mengomel sendirian.
********
Malam hari .. aku turun menuju meja makan setelah tertidur lepas maghrib tadi . Aku melihat ayah , mak dan adik di ruang tamu .
"hailah anak dara baru bangun ke" perli mak .
"ala penat lah jalan tadi orang tertidur " aku menghayun langkah kaki menuju mereka .Aku duduk sebelah adik ku.
"hurm alang-alang kamu dekat sini bagus lah juga ayah cakap terus benda yang penting ni"
"apa dia ayah?" aku sudah mengerutkan dahi .
"tunang kamu tu sihat tak?"
"hurmm alhamdulilah dia sihat kenapa?"
"tak ada apa ayah tanya aje "
"aikk macam pelik je" Aku memandang wajah mak ,mak hanya menjungkitkan bahu saja .Tanda tak mahu masuk campur.
"ayah rasa ayah tak berkenan lah dengan budak hiz tu" ..Tetiba ayah bercakap sedemikian .Ahh sudah .
"kenapa pulak? dia baik lah ayah"
"memang dia baik tapi dia dengan kita bagai langit dengan bumi"
"maksud ayah?"
"dia keluarga berada kita ni hanya mampu cukup makan je"
"ohh jadinya sebab tu ayah tak suka dia? "
"bukan tu saja , ayah bukan lah nak memburukkan keluarga tunagan kamu tu , tapi encik Talib tu bersaudarakan dengan mak ayah hizri tu"
"angah tak faham lah cuba ayah cakap terus terang je kan senang " aku sudah mula rungsing , apa sebenarnya yang ayah nak sampaikan.
"kamu tahu hizri tu ada adik tiri ? "
"hah adik tiri? "aku seakan terkejut .Hizri tidak pernah menceritakkan langsung perihal keluarga nya kepadaku .Adik tiri , setahu aku dia ada dua beradik saja.
"haish macam mana nak kahwin kalau perihal keluarga dia kamu tak tahu ? adik tiri dia tu di halau oleh bapa nya sebab adik tiri nya tu tak mahu dengar cakap sebab bakal pak mertua kamu tu ada pangkat dato "
Dato ?? bermakna abang hiz anak orang ternama tapi mengapa dia kerja di kilang beeloon saja ? .Aku tekun mendengar cerita ayah .Dan kenapa abang hiz tak pernah menceritakkan diri dia yang sebenar.
"adik tiri dia tu ,tak mahu kerja di syarikat bee loon yang tempat kamu kerja sekarang ni,adik tirinya lebih suka berdikari berkerja setakat di kedai makan , jadinya bakal pak mentua kamu tu malu anak nya kerja di kedai makan saja "
"laa sebab tu je dia di halau
"yer , ayah nak kamu kenal betul-betul dengan hiz tu yerlah kamu dengan dia baru beberapa bulan kenal tup tup balik nak bertunang ,ayah dan mak ni tak kenal lagi dengan mereka tetiba kamu hantar sms 'ada orang nak masuk minang ' tapi dengan hati keliru hanya mampu terima saja lamaran keluarga mereka , ayah kecil hati sebenarnya dengan sikap kamu , tapi tak mengapa lah ayah hanya mampu mendoakan yang terbaik saja untuk kamu ngah " panjang lebar ayah berucap.
"maafkan ayah ngah , ngah pun keliru masa tu , kalau ngah tolak orang tua -tua ada berpesan kalau kita tolak lamaran orang pertama yang datang meminang kita akan susah dapat jodoh so angah pun ikut jerlah cadangan hiz untuk bertunang .
"astarfirullahalazim,apa kamu merepek hah" ucap mak yang dari tadi hanya mendiamkan diri aku melihat ayah sudah mengelengkan kepalanya ,adik pula hanya tersengih -sengih ..
"kamu percaya benda tuh semua , benda mengarut tau tak , tak tahu lah mak nak cakap macam mana lagi , janji kamu bahagia sudahlah " .Aku mengaru kepala yang tidak gatal .
"ayah nak kamu fikir lah masak -masak sebelum nak buat keputusan perkahwinan ni bukan mudah , zaman bercinta kentut yang busuk pun dikatakan wangi , tapi zaman dah kahwin ALLAH baru melepas buang angin dah di perlinya "Ayah menoleh kearah mak.
"aik bang perli saya lah tu" ujar mak seakan faham perlian ayah.
"saya cakap benda betul ajer, lagi satu tunang kamu tuh langsung tak nak ambil hati kami berdua ye , tak pernah menelefon ayah bertanya khabar , tu belum kahwin tuh dah mula tak ingat pak mertua kalau dah kahwin hurm tak tahu lah apa jadinya , jangan -jangan kamu tak di bagi keizinan jenguk kami .
"ayahh jangan lah mendoakan bukan- bukan"
" entah bang ni, ada ke cakap gitu kita ni mak ayah nya harus lah mendoakan saja yang baik-baik " . Ayah mencebik. Memang benar abang hiz tidak pernah bertanyakan tentang keluarga ku ,seolah-olah keluarga ku tidak penting baginya .hurmm Setiap kali aku suruh abang hiz menelefon ayah ada saja alasan nya , sibuk lah , tak sempat lah , bateri habis lah bermacam alasan dia beri kepadaku .. YAALLAH , dia tak suka keluarga aku ke? dia tak boleh terima keluarga aku ke? sebab dia anak orang kaya? hurmm mindaku sudah mula memikirkan sesuatu yang negetif..
"dah toksah berangan kak" tiba -tiba bantal kecil hinggap dipehaku di baling oleh adik .
"dah ngah lupakan saja lah apa yang mak dan ayh cakap ni, apa pun buat keputusan jangan terburu-buru " ujar ayah sambil berdiri.
"hah tu nak pi mana"soal mak melihat ayah sedang berjalan ke arah biliknya.
"masuk bilik ,tidurlah " .. Mak pantas saja mengikuti gerak kaki ayah ke bilik.Dan aku masih memikirkan semua ini .Adabetul nya kata -kata ayah tu .Buat keputusan jangan terburu -buru . Hurm andai jodoh kita ,bersama lah kita abang hiz aka tunangku , tapi andai tiada jodoh kita sila lah hadir di majlis perkahwinan saya bersama orang lain .Hihihi aku bingkas bangun dan menghayun kaki menuju ke bilik.
Share this novel