sedang aku dan keluarga ku menonton televisyen kedengaran bunyi enjin kereta berhenti di hadapan perkarangan rumah kami .
"siapa pula tu?" tanya mak kepada ayah
"entahlah lah kejap saya tengok" ujar ayah sambil berlalu pergi membuka pintu .
"Asalamualaikum" suara itu memberi salam ..Hurm macam pernah dengar tapi siapa erk,
"laa kamu rupanya ?mari masuk ayah megajak tetamu tadi naik ke rumah aka ruang tamu , aku yang melihat terus saja berlari masuk ke bilik .. Ambil tudung yerlah tetamu tadi sesorang lelaki .
Selepas selesai aku bertudung aku terus ke dapur monolong mak buat air.
"tu suka lah tu tunang dia datang?"ujar adik kepadaku
"hurmm"
"pergilah depan layan tunang tu "ujar mak pula
"ala satgilah orang tolong mak ea buat air " konon aku menyibuk membantu mak .
"tak yah lah ngah ,kau bukan reti buat air pon " adiku berkata -kata
"amboii kau dik sedap je cakap aku tak reti buat air , bukan setakat sejag air aku boleh buat tapi sebesar tasik , kolam segala yang besar aku boleh bancuh ea"
"eleh menipuu werkk "
"dah tak usah bergaduh nah bawa kedepan air ni " ucap mak sambil menolak sedulang berisi sejag air tea o panas dan sepiring biskut .
"ehh dah siap "
"yerlah nak tunggu anak dara hailah sampai tahun depan pun tak siap lagi " .Aku dan adik hanya tersenggih -senggih dan mengarukkan kepala yang tidak gatal .
****
"pakcik sihat ?"ujar hiz memulakan bicara
"ala biasalah hiz setakat ni alahamdulilah sihat tapi biasa lah orang dah berumur sakit sikit -sikit kadang kaki sakit ,pinggang sakit sakit orang tua"
"habis tu tak bawa pergi klinik?"
"ala sakit biasa je , tak usah jumpa doktor bazir duit , "
"hurmm tapi bahaya tu pakcik "
"ala tak ada bahaya nya,kamu dari mana ? masih pakai baju kemeja ni lagi? tanya ayah yang melihat hiz masih menyarungkan baju kemeja lengan panjang berwarna biru tua .
"dari tempat kerja terus otw sini , risau si liya tak angkat call"
"laa yeke?sebab apa dia tak angkat call kamu ? kamu berdua gaduh ke?" ayah mula mengorek rahsia
"ada salah faham sikit je , tu yang saya datang nak betulkan balik salah faham tu?"
"ouh yerlah tapi bincang lah baik -baik , kamu tu tak lama lagi nak kahwin dengan si liya tu pakcik harap kamu banyak lah bersabar dengan sikap dia ye "
Hiz hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya ,sementara itu kelihatan si tunang sedang berjalan ke arah nya .Maka senyumannya makin lebar tetapi melihat wajah si Nurul Arifah Auliya yang cemberut beribu terus senyumannya mati .Habis lah nak..
"ngah tuang lah air tu " ujar ayah kepadaku .Aku dengan berhati - hati menuangkan air tea o ke dalam cawan dan aku ingin berlalu masuk ke bilik tetapi ayah menghalang .
"nak kemana tu ?" tegur ayah kepada ku
"bilik" ringkas saja jawapan ku
" ni tunang kamu ada benda nk cakap , " ujar ayah sambil berdiri .
"pakcik nak kemana tu?" tanya hiz melihat bakal pak mertuanya sedang berjalan ke arahdepan
"pak cik nak buang air , kamu berbual la dulu dengan si efa ni "
Hiz menganggukkan kepala. Sementara aku masih berdiri dan membelakangkannya.
"sayang abang tahu abang salah tapi tak kan sayang tak sudi dah nak pandang muka abang ?"
aku buat tidak tahu saja dengan percakapannya.
"duduk lh sayang , jangan lah dera abang bergini, abang merayu , abang akan jelaskan kenapa abang tak beri tahu sebenarnya diri abang .. Yee abang tak tipu pertama kali tengok sayang , abang dah rasa ada getaran di jiwa , abang cuba dekati sayang , dan alhamdulilah sayang tak pernah bersikap dingin dengan abang , sayang layan abang baik , tapi pada abang untuk apa abang beritahu sayang yang mama dan papa orang kenamaan , harta papa yang punya , abang ni tak ada harta sayang , yang abang ada sekeping hati yang telah di curik oleh seorang penculik je ..Sayang lah penculiknya , untuk abang sayang dah cukup dalam hidup abang , sayang maafkan lah abang " rayu hiz lagi.
"amboi sedap je cakap kita penculik ye" ujar ku kepadanya sambil ambil tempat di sisi nya .
"betul lah sayang culik hati abang , yang abang tahu sayang pun kena ganti balik hati abang dengan hati sayang "
"tak nak " ujarku berpura-pura merajuk
"ala sayang , tengok sikit muka merajuk tu , "
"sayang -sayang , tahu tak apa beza sayang dengan bintang ?"
"tahu " ringkas aku menjawap .
"apa dia ?"
"bintang bersinar di langit , tapi sayang bersinar di hati abang " ujar ku .Dengan itu dagu ku di cuit olehnya.
"bijak nya sayang "
"ehh mestilah tengok orang lah " ujar ku
"sayang maafkan bang ye" pintanya lagi dengan bersuara mendayu..Alahai , tergoda lah dengar suaranya tu
"yerlah maafkan dah ,tapi kalau ada rahsia bagitahu awal-awal " "baiklah sayang" dengan itu tangan ku di capai dan di kucup olehnya berulang kali . Ni kalau bapak aku nampak maunya kena cepatkan tarikh nikah . Lalu aku menarik tangan ku dari gengamannya .
"laa napa tarik"
"behave sikit, nanti ayah nampak " .Dia hanya tersenggih .
"ha kamu nak balik malam ni juga ke?" tegur ayah kepada hiz ..
"aah lah cik "
"tak usah lah dah malam ni , lagi pun esok si efa ni nak balik melaka juga sekali je lah kangsenang "
"ha kalau macam tu saya cari hotel lah ,pakcik tahu hotel yang dekat -dekat sini "
"ehh apa pulak hotel , tidur saja lah di rumah ni ,tu makcik kau tengah kemasbilik tetamu tu "
"ehh tak meyusahkan ke"
"tak pun , takkan nak balik malam kan dah jam berapa ni , bahaya "
"ha yerlah " .ketika itu aku berjalan ke arah mereka.
" Dah siap kemas "
" dah " jawap ku ringkas
"ha hiz tu ikut efa biar dia tunjukkan bilik kamu "
"ha yerlah terima kasih cik selamat malam" ujar hiz
Hiz membuntunti efa menuju kebilik.
"ha tidurlah , atas katil tu ada kain pelikat ,tuala dan baju abang pergilah mandi lepastu masuk tidur ea" ujar ku kepadanya .
"sayang tak nak temankan abang ke"
tanya hiz nakal
"amboi , dah jangan nak mengatal ea , gi cepat mandi .Ujar ku sambil menolak nya masuk kedalam bilik .
"kiss dulu sayang"ujar hiz lagi sambil meyuakan pipinya .Aku dengan ganas nya menunjukkan gerakan tangan ala -ala nak menumbuk gitu .
"haish ganas nya bakal isteri abang ni, yerlah abang mandi ni goodnite sayang , sweet dream .
"ye goodnite too, sweet dream too
"love you 12345,
"love you too 345578910" sambungku pula .Dia hanya tergelak kecil ..
******
pagi itu aku bangun awal dari hari biasa ,
dan terus menerpa ke dapur.
"awal kamu bangun " ujar mak yang sedang ligat menyiapkan sarapan
"hihi tetiba rasa nak bangun awal harini "
"bagus juga tu meh sini tolong buat air ,tunang kamu tu minum air apa"
"semua air dia minum " ujar ku sambil mencari teko .
"kalau macam tu bancuh kopi o kaw ye " . Aku mengangguk dan terus membancuh seteko kopi o kaw kaw punya .. mabeless.
Makanan sudah siap di hidangkan , aku melihat hizri baru keluar dari kamarnya dan tersenyum manis ke arah ku , aku membalas senyumanya .
"duduk lah hiz " arah ayah kepada hiz ..
Hiz terus menarik bangku .
"cedok nasi tu ngah " arah ayah kepadaku .Aku turut kan saja . Pagi itu kami bersarapan nasi goreng telur mata . Pinggan hiz ku pinta , nasi ku letak . Air aku tuangkan dan dia berkata sesuatu .
"err , ada air kosong suam tak" tanya hiz kepadaku . "Ada" . "dekat mana ea ? saya tak minum kopi "
emak sudah memandangku . Errrr .
"tak pe biar saya amik " aku terus bangun dan berlalu ke dapur .
"makcik ingat kamu minum kopi ,tanya efa tadi dia cakap kamu minum semua air "
"kopi saya tak minum makcik kafein banyak , tak apa dia tak tahu sebab saya tak cerita dekat dia lagi " senyum hiz sambil berkata.
emak dan ayah saling berbalas pandangan.
"makanlah hiz "arah ayah .Hiz terus menyuap nasi goreng itu perlahan-lahan.
*********
Kini aku di dalam perjalanan ke Melaka bersama tunang kesayangan .Hajat nak bawa motor tak sampai tak apa lah . Sepanjang perjalanan aku berborak kosong dengan tunangku yerlah bagi hilang sikit megantuk mamat ni .hihi..
*********
" Ahh penat nya " aku terus mendapatkan katil kesayangan ku .Sedangkan bukan aku yang memandu . Ku lihat paparan telefon tidur agak encik tunang ni tak ada chat pun dan aku terus melayan perasaan hingga terlelap.
Share this novel