mataku sembap sekali kaca mata hitam aku sarung bagi tutup mataku dari di lihat oleh orang sekeliling . , pagi ini aku kumpul kekuatan untuk bertemu dengannya .Langkah kaki ku longlai . Aku terus menuju ke dalam pejabat , kak mira menyapa aku
"ehh liya" matanya memandangku pelik
aku senyum tawar
"kenapa pakai rayban pepagi ni?"tegurnya lagi
"hurm sakit mata kak" suaraku serak sekali menjawap peetanyaannya .
"kamu tak sihat ye?"
aku mengangguk .
"laa tak sihat kenapa datang harini "
"hurm tak pe saya okay je , encik hiz ada tak kak?"
"laa awak tak tahu ke? hiz kan cuti pergi mesir katanya "
"hah mesir "aku seakan terkejut
"dia tak ada bagitahu ke?"
aku mengelleng .Ni mesti dia jumpa pompuan tu Argggg stresss.
"dia lupa kot sebab malam tadi flight dia , tu pun nampak dia agak tergesa-gesa ke sana ,ada urusan bisnes katanya "
kepala pakik kau bisnes ,kau nak jumpa pompuan tu kau bagi alasan lain yee tak apa-tak apa . aku omel dalam hati .
"tak pelah kalau macam tu saya masuk kilang dulu ye?" Kak mira menganguk aku terus menuju ke kilang .
****
"oi seorang je ke? "tegur betty kepadaku .
ketika itu aku sedang duduk di bangku kantin nasi goreng ku masih belum tersentuh .
"aah" aku menjawap ringkas.
"asal tak makan lagi nasi tu?"tegurnya kepadaku yang sedang menguis-guis nasi tersebut.
"aku kenyang " tipu aku.
Betty memandang mataku ,cepat-cepat aku mengalihkan pandangan .
"asal tu mata kau?"
"kenapa dengan mata aku "
"sembab kau menangis ke?? "
"mana ada kau ni?"
"kau tak usah tipu lah pagi tadi aku perasaan kau pakai cermin mata gelap , rupanya kau cover mata kau tu ye"
"hurmm " aku mengeluh
"kau kenapa ni?kau ok tak"
"ok"
"hurmm nampak sangat tak ok cuba kau cerita dengan aku apa masalah kau ni, kau gaduh dengan hiz ke?? ".Pantas aku mengelleng , aku tidak suka bercerita masalah ku kepada orang lain jadi lebih baik aku pendam .
"tak adalah malam tadi aku tengok cerita korea sampai 3pagi , cerita sedih gila weyh "bohong aku lagi
betty mengangkat keningnya sebelah..Macam percaya ,tak percaya je dia mendengar cerita aku.
"yelah tu,habis tu asal tak makan "
"nasi tadi panas , ni aku makan lah , ,sudu ku sentuh lalu ku menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut , lalu aku berlagak gembira di depan betty agar dia mempercayai kata ku .Dia mengellengkan kepalanya.Dan dengan itu juga jam loceng kilang berbunyi menandakan kami harus sambung kerja semula. Baru sesuap nasi masuk ..
*****
kini sudah seminggu hiz pergi , diriku kosong , aku bagai tidak bermakna padanya .Tiada khabar berita . Akukah yang keseorangan dalam diri sendiri . Arghhh .. Stress .Aku berjalan-jalan sekitar kawasan tasik , kerusi panjang aku duduki , sambil melayan perasaan . Kepala ku lentokkan di muka meja , lalu airmata mula mengalir . Dari jauh kelihatan seorang lelaki yang masih menagih kasih sayang mula berjalan perlahan -lahan menghampiri si gadis gemuk gedempul , berkulit hitam manis . Bahu ku di tepuk seseorang aku menoleh, air mata ku kesat sehelai sapu tangan berbentuk bungga di hulur kepadaku. Yee sapu tangan ni sapu tangan yang aku beri pada seseorang .
"dah lap air mata tu" suara si umpunya sapu tangan mula berbicara.Sapu tangan ku ambil lalu ku kesat air mata serta hingus yang meleleh.Aku mendiamkan diri, Dia memandang ku dengan pandangan sayu.Pipi ku di belai oleh nya .Aku membiarkan saja . Bila memandang matanya air mata yang sudah berhenti mengalir kini mula jatuh satu persatu di pipi .Bahu ku di paut olehnya dan aku menangis dalam dakapan nya , Dia mengusap -gusap belakang badan ku bagi meredakan tangisanku .
"menagislah sayang , kerana air mata itu mampu buat awak tenang ," ujar si dia . Dalam keadaan itu , aku seperti tidak tahu akal dan fikiran ku merayap entah kemana yang penting aku rasa tenang di dalam dakapannya .permata jernih ku di lap olehnya aku hanya mampu membiarkan .
setelah dalam masa 15 minit aku dalam dakapannya dan pujukannya , aku mula sedar ,lalu aku lepaskan pelukkannya ,
"maaf "itulah kata ku yang termampu
"sokay , dah rasa ok ke?"dia bertanya kepadaku dengan senyuman manis sekali .
Aku mengangukkan diri .
"terima kasih " aku ucap kan lagi kepadanya .
"kalau ada masalah cerita je yee,jangan malu ," dan sepantas itu juga jari nya mencubit hidungku
Tidak sempat aku mengelak .
"aaa sakit lah " aduku padanya
"sakit ke cubit sikit je kot" pantas jari jemarinya ingin mencuit lagi dengan lajunya aku mengelak . Aku bingkas bangun berlari , dia mengejarku .Seperti kanak-kanak ribena saja lagat kami berdua .
Setelah penat berlari aku duduk kembali ,
" penat katanya" . Aku hanya menganggukkan kepala saja.Dia tersenyum lagi.
"rindu "tiba -tiba ayat itu muncul di bibirnya.
Aku kaget.
"efa syam rindu efa ni, efa tak rindukan syam ke? "tanya nya lagi .
aku masih membisu tasik ku pandang .
"eee dia ni orang cakap pandang tempat lain kan"dengan pantas pipi ku pula di cubit olehnya .Aku menjerit kesakitan
Dia tergelak .
"padan muka"ujarnya kepadaku
"suka kan usik orang" marahku sambil memasamkan muka
"mestilah suka , barunampak comel ,cuba senyum sikit"
aku buat muncung itik , kini bibir ku pula menjadi sasaran jarinya .
dan sepantas itu juga aku mencubit lengan nya .
"aduh sakit lah sayang" adunya kepadaku
"hah tahu pun , usik lagi orang siaplah"
"amboii garangnya dia"
aku menjelirkan lidah .Dia tersenggih.
"tak jawap lagi kan soalan syam ,"
"soalan apa" akumencuba buat - buat terlupa .
"ala mesti makan semut banyak sangat ni , sekejap je dah lupa"
"semut tu manis sebab tu saya suka makan semut" dengan selambanya aku membidas kata-katanya . Dia memandang ku .
"amboi sekarang dah pandai kan"
"memang lah , baru tahu ke saya pandai" .
"eee.." jari nya sudah mula ingin menapak di hujung bibirku tetapi tidak sempat dia nak mencubit aku terus mencubit lengannya
"memain "jawapnya lagi .. Aku tersenggih . Entah perasaan sedih itu hilang dengan tiba-tiba ,
"cepatllah rindu syam tak "tanya nya lagi.
aku mengelleng .Wajah muram di mukanya kelihatan.Aku hanya tersenyum
"siapa lah diri ini untuk memintal buih yang memutih " haish mula lah tu dia nak goda dengan nyanyian dia.
"tak pe lah siapa kita ni , tapi efa maaf kan tak '"
aku senyum .dan mengangukkan kepala.
"betul ni " wajahnya berseri -seri
"betul .untuk apa kita simpan benda yang dah berlalu , saya dah boleh maafkan awak "
"yeeahhh , terima kasih sayang " pipi ku terus dicubitnya tanda terlalu bahagia . Aku mencebik .
Aku rasa seakan tidak mahu biarkan hari itu berlalu dengan pantas . Entah mengapa hati kini bergetar kembali.
Share this novel