Prologue

Romance Completed 20899

“Aku mencintaimu dan sebab itu aku tak pernah berhenti mendoakan keselamatan mu…’’

Meremang bulu romaku, kenapa bait kata-kata Sapardi Djoko Damono itu bermain-main dalam tidurku. Subuh ini dua kali aku terjaga. Kali pertama aku termimpikan kelibat seorang wanita berselendang putih, wajahnya kelihatan samar-samar namun aku seakan terkesima kerana dalam kesamaran aku yakin yang aku sedanhg melihat keindahan rupa parasnya, cuma duduk dari jauh memandangku. Aku memanggilnya namun dia hanya menggelengkan kepala, terpamer kesedihan yang juga menjentik rasa sayu dan hiba dalam hatiku. Aku cuba berjalan ke arahnya namun langkahku seakan mati. Dan dia juga tidak berganjak, cuma duduk sambil mengusap-usap kakinya. Kelibat wajahnya mula hilang perlahan-lahan, dia sempat menguntum senyum manis yang menggetarkan hatiku sambil bibirnya mengucapkan, ‘’bidadari menanti awak…’’ sebelum kelibat itu hilang dan beberapa saat selepas itu aku terjaga…

Bidadari?

Oh Allah, aturkanlah pertemuan ku dengan bidadari utusan mu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience