BAB 5

Romance Completed 20898

Hari ini merupakan hari keempat aku berada di Sydney, semalam aku hanya sempat pergi Harbour Bridge dan Opera House sahaja. Dapatlah juga serba-sedikit pengalaman makan laksa di Ipoh On York yang terletak di Jalan York, bertemu dan bergambar dengan Aborigin. Kemudian sempat makan kebab di Kebab Pizza Pide sebelum pulang ke rumah sewa Muhajir.

Sempat juga aku membeli baju sejuk ketika bersiar-siar di Paddy’s Market. Muhajir sudah senyum mengusik kerana baju sejuk itu aku beli di bahagian pakaian wanita. Aku tak tahu kenapa aku akan berasa ralat kalau tak membeli apa-apa untuk Malaeka. Dia juga tidak pernah menghantar mesej mahupun menelefonku selepas pertemuan tempoh hari. Aku rindu dia, tapi aku menganggap itu hanya permainan syaitan yang sedang menghasutku. Sekejap lagi aku akan pergi ke Universiti Sydney lagi untuk berjumpa Malaeka. Harap dia ada kelas hari ini.

Sementara nak bersiap tu aku buka Fac sekejap di telefon. Aku nampak suatu ‘post’ yang berjaya menarik perhatianku dari Marjinah.

Kawan-kawan, doakan rakan saya selamat. Tiba-tiba dia sesak nafas dan terus dikejarkan ke hospital. Risau sangat. ?
Aku menyoal Marjinah dengan pertanyaan ‘siapa?’ di bahagian kotak komen. Dan satu notifikasi muncul di telefon bimbitku. Marjinah sudah menjawab pertanyaanku yang seolah-olah sudah dapat aku mengagak siapakah gerangan yang dimaksudkan.
Malaeka. Kau ada kat Sydney lagi, bukan? Datanglah melawat dia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience