BAB 8

Romance Completed 20898

“Assalamualaikum,” salamku disambut Malaeka dengan mesra. Marjinah dan Maknunah akan datang menziarah selepas habis kelas. Meharunnisa pula baru saja balik dari melawat Malaeka, katanya dia akan cuba semampu yang boleh untuk membantu menyediakan nota untuk Malaeka yang sudah tertinggal kuliah selama dua hari. Ini semua sumber yang aku perolehi dari Meharunnisa sendiri ketika terserempak di pintu utama hospital.

Aku menghampiri katil Malaeka dengan penuh debaran. Kali ini aku mengaku, aku memang sudah jatuh hati padanya. Tak sangka pertemuan ini akan menimbulkan ‘perasaan unik’ dalam masa singkat.

“Macam mana hari ini? Pernafasan okey?” Soalku seolah-olah Malaeka adalah pesakitku. Heh, walhal aku masih pelajar, belum layak lagi untuk digelar sebagai doktor.

“Alhamdulillah dah kurang sakit, doktor. Tapi masih takut nak bergerak, nak tarik nafas pun kena perlahan-lahan.” Aku mengangguk faham, simpatiku terhadapnya semakin meningkat.

“Malaeka..” dia memandangku hairan, mungkin terkejut kerana aku jarang memanggil namanya. “Boleh tak saya nak berterus-terang?” Aku memang tak pandai nak menyembunyikan perasaan ini lagi. Aku tak suka rasa cinta pada seseorang wujud dalam hidup aku kalau tidak diakhiri dengan ikatan yang sah. Kalau jodohku bukan dengan dia, tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan tanggungjawabku untuk tidak membiarkan rasa cinta ini berlarutan.

“Boleh doktor, fasal apa tu? Tentang penyakit saya, ya?” Aku menggeleng laju, bimbang dia risau akan penyakitnya.
“Bukan, ini fasal cinta.”

Aku memejam mata setelah melihat Malaeka seperti tiada respon. Tanganku digenggam perlahan, cuba mencari kekuatan untuk berterus-terang dengannya. “Saya mula tertarik dengan awak sejak pertama kali berjumpa. Saya tertarik dengan mata awak yang berwarna biru. Saya tertarik dengan lesung pipit awak dan saya memang rasa tak jemu tengok awak.

Kali kedua kita jumpa, saya ternampak sesuatu yang tak sepatutnya saya lihat. Memang saya yang salah, tapi dalam masa yang sama saya.. saya nak tatap lagi wajah awak macam semalam. Saya tahu, apa yang saya kata ni agak teruk, sebab itulah sebelum saya balik Malaysia..”

Aku pandang wajah Malaeka dengan tepat dan serius.

“Saya nak lamar awak, untuk jadi isteri saya.”

Bulat mata Malaeka memandangku. Kalau aku berada ditempatnya pun pasti akan terkejut. Tak lama kemudian, dia tersenyum tawar. “Doktor, saya nak rehat.”

“Malaeka..”

“Baliklah doktor, saya nak tidur sekejap.” Aku tergamam setelah Malaeka bertegas berkata begitu. Aku tiada pilihan, mahu tak mahu aku terpaksa melangkah keluar dari bilik dengan langkah yang berat. Memang aku kecewa dengan respon yang diberikan Malaeka, kerana perbualan kami tergantung begitu sahaja. Aku berasa malu hendak berjumpa dengannya lagi. Bukan malu kerana keadaan kesihatan Malaeka, tetapi malu akibat rancanganku yang tidak menjadi kenyataan. Derap langkah diteruskan diiringi kekecewaan yang membisa hati ini….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience