BAB 11

Romance Completed 20899

Nur Malaeka Muayyad, akhirnya dialah wanita yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan sebagai teman sehidup sematiku. Kami pergi dan elak macam mana sekalipun, ada saja kejadian yang akan membuatkan kami terserempak dan berjumpa ketika masing-masing berada di ibu kota.

Aku bertemu dengan Malaeka pada bulan lepas ketika mencari ensiklopedia kesihatan di perpustakaan awam. Wajahnya dah lain, semakin kurus tetapi semakin cantik. Sekarang dia menjadi pensyarah dalam jurusan muzik di kolej swasta selepas tamat belajar dalam bidang Doctor of Musical Arts. Selama ini aku benar-benar lupa hendak bertanya kos apa yang diambilnya. Maknanya kami sama-sama sudah bergelar doktor sekarang.

Kami menahan tawa apabila ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi di perpustakaan. Cuma lokasinya sahaja yang berbeza. Akibat terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, kami hanya sempat bertukar nombor telefon dan e-mel ketika pertemuan di perpustakaan itu.

Dua minggu kemudian, aku terus bernikah dengannya setelah kami yakin bahawa jodoh kami memang sudah tertulis. Ramai yang mengenaliku tidak menjangka dan terkejut dengan pilihanku. Jawapan aku mudah sahaja, Malaeka bermaksud bidadari. Jadi aku berasa sangat beruntung kerana dijodohkan dengan Cahaya Bidadari.

Aku ingat lagi pesananku pada Malaeka diawal perkahwinan.

“Jangan ingat takkan ada manusia yang sayang pada kita. Walau tak sesempurna manapun diri kita, akan ada insan yang menghargai kekurangan dan kelebihan kita. Kalau tak ada, yakinlah bahawa Allah telah tetapkan yang terbaik di syurga nanti.”

“Terima kasih, abang. Terima kasih banyak-banyak.” Katanya sayu pada malam itu, tubir matanya bergenang dengan manik-manik jernih. Malam itu Malaeka tidak berapa sihat kerana kurang cukup rehat ketika persiapan untuk majlis pernikahan. Aku mengusap bahunya perlahan.

“Bidadari abang kena kuat, pedulikan apa orang akan kata pada Bidadari nanti. Kalau ada yang mengeji atau mencaci, anggaplah itu satu tiket untuk Bidadari mudah pergi ke syurga kelak.” Aku suka memanggilnya Bidadari. Panggilan itu membuatkan aku berasa isteriku lebih istimewa dari wanita lain. Dia hanya tersenyum nipis dan mengangguk tanda akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience