BAB 7

Romance Completed 20898

Kejadian pagi tadi masih tidak dapat aku lupakan. Malaeka pun seperti hendak tak hendak sahaja menjawab soalanku. Mungkin dia marah ataupun tidak larat untuk meneruskan perbualan. Aku semak laporan kesihatan Malaeka. Tulang rusuknya patah ketika hendak bersiap ke kelas jadi dia tidak dapat bernafas dengan betul. Aku ingin memberikan kata-kata semangat padanya tetapi lidahku kelu.

Nada telefonku berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku membukanya dalam keadaan tanda-tanya.

Assalamualaikum.. terima kasih doktor. Macam tahu-tahu aja yang saya perlukan baju sejuk. ?
Aku tersenyum, tak sangka senyumanku menjadi lebar setelah membaca mesej dari Malaeka. Selepas menjawab salam, dengan pantas aku membalas mesejnya.

Awak jaga diri baik-baik ya. Esok saya ziarah awak lagi. Tapi kali ni saya janji, saya akan bagitahu awak awal-awal yang saya nak datang melawat awak, okey?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience