BAB 1

Romance Completed 20898

Marjinah , bukanlah manusia yang dipuji darjatnya. Namun nama yang dimilikinya itu telah membawanya ke suatu alaf yang terpuji. Marjinah juga seperti anak gadis zaman kini. Suka berfesyen, suka pada kecantikan, suka lagu-lagu techno dan remix, dan suka mengikut apa sahaja seperti remaja lain lakukan. Kalau tak ikut nanti ketinggalan katanya.

Tetapi ada satu kelebihan yang aku lihat ada pada Marjinah. Kebijaksanaannya itu telah menjadikan Marjinah antara pelajar paling pintar di kampus tempat dia belajar sekaligus mengharumkan nama Malaysia di bumi Australia ini.

Cuma aku sentiasa berdoa agar Marjinah diberikan hidayah agar menjadi wanita solehah, yang menjaga akhlak dan ibadah sebaiknya. Dia cantik, dia bijak. Tapi sayang, dia seksi.

Maknunah pula mempunyai sifat malu yang amat tinggi. Maknunah merupakan satu-satunya pelajar di kolej swasta yang menutup aurat sepenuhnya. Belum pernah lagi aku melihat Maknunah tanpa purdah. Keperibadian Maknunah membuatkan ramai jejaka menghormatinya dan tidak sesekali berani hendak mendekati lalu menguratnya.

Namun itu adalah kisah dua sahabat karib yang berlainan jantina di alam maya. Malaeka? Oh, tak tahu nak ulas apa. Tapi yang pasti, kerana dialah aku sanggup kemari, aku ingin mengenalinya lebih lanjut. Atas bantuan Marjinah dan Maknunah, aku dapat berdiri di Sydney untuk mencari ‘insan istimewa’ itu.

Aku adalah pelajar tahun empat dalam bidang perubatan di UKM. Dan tahun ini merupakan tahun terpenting untuk aku pelajari dengan lebih mendalam mengenai Osteogenesis Imperfecta (O.I.); sejenis penyakit keturunan yang masih belum ada penawar untuk mengubatinya.

Sedang leka mengkaji penyakit itu, kebetulan Marjinah dan Maknunah, sahabatku dari Fac itu memberitahu bahawa rakan serumah mereka, Malaeka menghidap penyakit tersebut Jenis Ketiga. Jadi mudahlah untuk aku mengetahuinya melalui pesakit terus.

Aku belum pasti samada Malaeka sudah sedia maklum ataupun belum mengenai kehadiranku disini. Aku harap dia tahu. Aku masih teguh berdiri di hadapan bangunan The University Of Sydney, tempat ‘Tiga M’ itu menuntut. Mana tahu ada rezeki untuk aku bertembung terus dengan Malaeka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience