BAB 6

Romance Completed 20898

Aku terus bergegas keluar dari rumah setelah mengetahui lokasi Canterbury Sydney. Aku hanya terfikir hendak naik teksi sahaja untuk lebih cepat sampai ke hospital. Aku terus masuk ke dalam perut teksi dan menghulurkan berapa keping AUD pada pemandu itu. Langsung tidak terfikir hendak mengira harga tambang teksi itu. Bila pemandu teksi memulangkan baki segera aku menyimpannya di dalam poket. Mengambil masa tidak sampai setengah jam, aku berlari ke bahagian kecemasan dan hantar mesej pada Marjinah melalui Fac.

Kata Marjinah, Malaeka berada di wad tingkat dua. Aku menaiki tangga dan terus mencari nama Malaeka pada senarai nama-nama pesakit di setiap wad yang ada. Selepas jumpa aku meneruskan larian mencari biliknya. Aku membuka pintu bilik tanpa memberi salam terlebih dahulu.

Dan…. inilah padahnya bila aku terlalu cemas, aku tidak mampu berfikir dengan lebih rasional bila melakukan sesuatu tindakan. Jelas Malaeka terperanjat dengan kehadiranku lantas mengambil selimut untuk menutup seluruh tubuhnya.
“Maaf!” Serta-merta aku keluar dari bilik sambil menepuk dahi. Astaghfirullah, aku ternampak auratnya. Aku sangat menyesali atas perbuatanku yang mudah tergesa-gesa.

“Dah lama sampai, Mahran?” Sapa Marjinah seperti sudah lama bersahabat denganku walhal ini baru kali pertama kami bersua. “Baru sampai.”

“Kenapa tak masuk?”

“Err, tadi.. dia tak sempat pakai tudung lagi..” jawabku masih berasa serba-salah. Marjinah menutup mulutnya. “Maknanya kau nampak..”

“Ya..”
Kami sama-sama terdiam seketika. Tidak tahu hendak kata apa lagi. “Marjinah, kau masuklah dulu. Kau bagi baju ni kat dia ya.” Aku menghulurkan sebungkus plastik pada Marjinah “Eh alang-alang kau dah sampai sini, kau jumpalah dia dulu.”
“Aku malu..”

“Tak apa, bukannya kau sengaja. Kau tunggu sini, biar aku masuk dulu. Kalau dia dah pakai tudung, kau masuk sekali ya?” Marjinah mula memberi cadangan. Ada benarnya, lagipun aku takut aku tak dapat jumpa Malaeka lagi. Aku ingin tahu kenapa dia ditahan di wad.

Dan sejujurnya, aku terlalu rindukan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience