BAB 9

Romance Completed 20898

Aku mengemas beg pakaian tanda perjalananku di Sydney sudah hampir ke penghujungnya. Malam selepas kejadian lamaranku ditolak, Malaeka ada menghantar sepucuk surat untuk aku. Surat itu sempat dikirimkan Marjinah ketika aku menenangkan diri di kafe hospital. Sehingga kini aku tidak tahu hendak membalas apa, kerana aku rasa bersalah dengan perbuatanku tempoh hari.

Assalamualaikum doktor.. pertama sekali, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kerana bertindak kurang sopan siang tadi. Maaf.. ?

Saya rasa, itu tindakan paling sesuai untuk saya lakukan. Kalau kita teruskan perbualan, mesti saya akan menangis di hadapan doktor. Saya tak nak macam tu. Doktor tahu kenapa saya jadi kurang ajar tadi? Sebab saya sangat susah nak percaya bahawa ada insan yang boleh jatuh hati terhadap saya.

Bila doktor adakan sesi melamar tadi, hati saya seperti disiat-siat. Seolah-olah ada lelaki yang sedang mempersendakan saya. Mana mungkin ada insan yang akan cintakan saya. Ramai lagi wanita diluar sana yang layak dan sangat sesuai dijadikan sebagai isteri doktor, bukan saya. Saya sedar siapa saya….

Saya pernah bertunang, tetapi tunang saya meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah. Arwah dikebumikan tidak jauh dari tempat saya tinggal. Sebab itu saya sanggup belajar dan dan ambil kos yang sama dengan arwah, sebab saya nak rasa apa yang bekas tunang saya alami sepanjang belajar disini.
Kata keluarganya, tunang saya terlalu tertekan ketika tinggal di Australia. Tetapi satu hari, Allah tunjukkan saya siapa kawan-kawannya. Mereka sekelas dengan saya, rupanya merekalah yang mengajaknya untuk menjadi penagih dadah dan nak dijadikan cerita lagi, arwah ada lagi dua orang teman wanita dari negara ini.

Memang saya rindukan arwah, tapi dalam masa yang sama saya rasa malu sangat kerana selama ni saya sangka diri saya layak memiliki cinta. Kalau layak, takkan mungkin nasib saya begini.

Doktor, terima kasih atas luahan hati doktor sebentar tadi. Saya terharu, tapi saya masih belum boleh lupakan peristiwa itu. Kalau benar apa yang doktor katakan tadi, sama-sama kita mohon pada Allah S.W.T. , mohon agar kita diberikan petunjuk. Kalau sebaliknya, anggaplah kita tak pernah bersua….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience