Air mataku mula bergenang. Pelik sungguh kerana aku terlalu mudah merasa sayu jika ianya berkaitan dengan Malaeka. Dengan tulisan tangan yang tidak berapa jelas dakwatnya, aku mengerti bahawa keadaan Malaeka kini begitu lemah. Mungkin tangannya tidak kuat untuk menekan mata pen di atas kertas. Kesudahan kami berakhir disitu sahaja.
***
Setelah tiga tahun masa berlalu, aku sudah berjaya menamatkan pelajaran di UKM, kini aku sudah memiliki sebuah klinik di luar bandar. Setiap hujung minggu, aku akan adakan satu seminar mengenai penyakit-penyakit yang jarang didengari di Malaysia. Aku akan buktikan bahawa aku boleh pikul tanggungjawab tersebut setelah menjadi doktor. Bagiku, jadi doktor bukan untuk mengejar kerjaya dan gaji semata-mata, namun sokongan moral terhadap pesakit juga amat penting.
Dalam masa tiga tahun ini, aku sudah berjumpa dengan ramai wanita. Wanita-wanita itu telah termasuk dalam senarai untuk menjadi calon isteriku. Itu belum lagi pilihan kedua orang tuaku. Namun aku percaya pada takdirNya dan aku lebih percaya pada apa yang telah tertulis untukku.
Share this novel