BAB 4

Romance Completed 20899

Aku tersenyum ketika panggilan ‘doktor’ dari Malaeka itu terngiang-ngiang di telingaku. Aku hendak menghalang dia dari memanggil begitu lagi kerana aku masih pelajar perubatan, tetapi rasa seronok dan comel pula bila Malaeka yang menuturkannya.

“Macam mana? Dah jumpa dia?” Tanya Muhajir setelah aku tiba di rumah sewanya. Memang besar banglo ini, harga sewa pun mesti ‘besar’. “Alhamdulillah, dah.”

Muhajir adalah kawan aku semenjak sekolah menengah lagi. Sekarang dia dah bermastautin kat Australia sebab nak jaga syarikat ayah dia kat sini. Kadang-kadang terfikir juga aku, kenapa Muhajir tinggal di rumah sewa sedangkan dia anak orang kaya.

“Wah, jadi kau dapat tanya macam-macamlah tadi ya?” Aku hanya tersenyum nipis. “Sempat tanya yang penting aja.”
Muhajir tampak sedikit hairan. “Kenapa pula? Dia ada kelas ke?” Aku menggeleng. “Tak ada, tapi aku yang tiba-tiba tak tahu nak tanya apa. Banyak soalan yang aku dah lupa, salah aku juga sebab tak salin soalan siap-siap.”

Tiba-tiba Muhajir ketawa. “Mesti cun sangat awek tu sampai kau boleh lupa.” Aku juga turut ketawa, hendak mengiyakan kata sahabat aku itu tetapi takut dia akan salah faham. Memang Malaeka cantik, tapi tak adalah sampai aku jatuh cinta pandang pertama.

Muhajir mengajak aku untuk tinggal dirumahnya sepanjang aku berada di Sydney. Banglo itu mula sunyi semenjak teman serumahnya melancong ke Perancis untuk menghabiskan cuti semester. Dengan kelapangan yang ada aku mula mencari mengenai Osteogenesis Imperfecta kembali di internet. Aku membaca setiap lapan jenis yang ada dalam penyakit O.I. .

Kalau dibaca semua jenis yang ada, memang Jenis Ketiga agak kritikal berbading jenis-jenis yang lain. Jenis ketiga perlukan penjagaan yang begitu rapi kerana pesakit terlalu senang mengalami kepatahan tulang. Jangka hayat bagi pesakit Jenis Ketiga adalah sama seperti manusia normal, tetapi mereka perlukan sokongan dari segi mental dan fizikal. Di luar negara, pihak hospital tidak membenarkan pesakit disentuh oleh mana-mana petugas akibat tulang pesakit yang terlalu rapuh. Hanya ahli keluarga mahupun penjaga yang begitu rapat sahaja berhak menjaga pesakit jika mereka tinggal di hospital. Tetapi di Malaysia, tidak ramai yang mengetahui akan penyakit ini, Osteoporosis lebih popular berbanding Osteogenesis Imperfecta.

Fikiranku masih melayang pada Malaeka, bagaimana gadis berusia 25 tahun itu boleh berdikari di Australia seorang diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience