"you, i dah fikir masak masak, i nak stop semua aktiviti modelling i.i nak tumpu sepenuhnya pada u and qalish"kenyataan naina mengejutkan fadzil
"'sayang, you tak main mainkan"fadzil teruja
"no.. i serius, i nak amik balik masa yang dah pernah i hilang dengan u and qalish"ujar naina
"i dah banyak abaikan u and qalish, so i rasa ini lah masanya untuk i start up"fadzil teruja. di peluk isterinya dengan penuh sayang. dahi wanita itu di kucupnya.
"naufal huzair, i will get u back, i will"bisik hati naina yang penuh api cemburu.naina menyedia hidangan tengahari. dijemput mertuanya hanya untuk berkongsi berita.dia dan pembantu rumahnya ligat mengatur langkah. loceng rumahnya berbunyi
"ibu.. dah sampai"pagarnya dibuka.. kereta raihan masuk parkir. fadzil mendapatkan ibunya.
"cantik rumah kau.. "ujar raihan. diperhati sekitar bunglo itu.
"biasa biasa je ucu"fadzil merendah diri
"padan la maid kau ada.. semua maid buat,harap bini kau.. hampeh"bisik hati raihan geram dan turut bersimpati dengan nasib fadzil. raihan tahu bahawa naina masih mengejar naufal. pernah sekali dia ternampak naina cuba menggoda naufal.. tetapi naufal tidak membalas.naina adha bukan calang calang wanita. cuma dia dan naufal tidak mahu mengeruhkan keadaan.. naufal juga datang berseorangan kerana alisya kerja.
"along jemput semua ni nak sampaikan berita baik"ujar fadzil.raihan dan naufal tiada riak. mahu dihabiskan nasi didalam pinggan dengan cepat. tidak selesa.kaki naufal di usap perlahan naina. raihan juga melihat itu kerana tangan nya dia kuis naufal. kaki naina semakin galak. raihan geram.
"naina nak berhenti modelling, nak tumpu pada keluarga"ujar fadzil
"alhamdulillah "ujar puan kalsom.raihan dan naufal sudah habis makan, mereka ke ruang tamu.dia duduk disisi qalish yang sedang tidur.
"ishh geram pula orang"kata raihan.
"menyesal orang datang.. kalau tak sebab along memang tak datang dah"ujar naufal
"orang tak sedap hati lah, kenapa tiba tiba dia nak stop semua aktiviti glamour dia"raihan mula mengesyak sesuatu
"mungkin sebab ibu ada tegur baru ni, untuk kebaikan qalish juga"naufal bersangka baik. pintu bilik air dibuka. naufal terkejut melihat naina didepannya. dia dorong ke dalam semula. pintu toilet di kunci dari dalam
"kau nak apa"bisik naufal tapi keras. tidak mahu sesiapa mendengar
"i rindu u sayang"badannya dirapatkan pada tubuh naufal
"kau gila ke, kau tu kakak ipar aku"ingatnya
"atas nama saja, tapi hati i pada u"goda naina,.jarinya melirik lembut pada muka dan badan naufal..tapi ditepis naufal
"kau jangan buat kerja gila"marah naufal. dia mendorong badan naina ke dinding.dia mahu membuka pintu tapi bibirnya dicium kemas naina. dia mendorong wanita itu.. terduduk wanita itu diatas toilet bowl. naufal segera keluar. puan kalsom yang berada didapur terkejut melihat naufal yang keluar tandas dengan amarah kemudian naina menyusul dari belakang sambil membaiki pakaiannya.keberadaan puan kalsom tidak disedari naufal dan naina.
"apa yang terjadi sebenarnya"puan kalsom mula runsing
"Ren,semua dah setup.. ada apa lagi yang tertinggal"ujar alisya yang baru selesai menyediakan hiasan majlis hari jadi seorang pelanggan.
"perfecto"ujar ren. mereka rehat sebentar sebelum mengemaskan tempat majlis.pandangan mereka beralih keluar.. melihat kenderaan lalu lalang. terlalu sibuk.
"alisya"panggil ren
"ye.. "jawab alisya.. tapi tidak menoleh
"lisya memang serius dengan naufal"soalnya.tangan yang menongkat dagunya di turunkan perlahan. di pandang muka ren. serba salah.
"lisya memang sayangkan dia"ujar alisya perlahan. wajah sayu lelaki tu perlahan menunduk.lagi kuat rasa serba salah dihati alisya
"tapi kita masih boleh jadi kawankan"jari ren digenggam erat.dia tidak sanggup kehilangan seorang sahabat.
"ya.. ren sentiasa ada untuk lisya"ujar ren memujuk hati.
"noi aku balik dengan poji, nak pergi rumah dia,mak dia buat makan makan"ujar misha
"ok.. aku balik dengan ren la.. dia naik train tadi"ujar alisya.alisya bergandingan dengan ren berjalan menuju ke train. mereka tidak seperti selalu.. banyak diam. mereka duduk sementara menunggu train tiba. alisya membelek telefonnya. di periksa insta, tweet dan fb nya.
"nah"ren menyua aiskrim vanila kesukaan alisya.
ren duduk disebelah alisya.
"ren minggu depan nak pergi pejabat agama, boleh teman? "alisya bingung.. dia nak buat apa kt pejabat agama. apek ni dah kenapa?
"ren dah ready nak masuk islam"ujarnya tersenyum..
"ya meh.. betul ke ni"alisya teruja
"ya.. "jawab ren. tidak semena alisya memeluk ren. dia gembira.
"wait.. alisya ke punca ren nak masuk islam"soalnya
"eh perasannya...memang ren nak masuk islam dah lama.. tapi tak kuat.. so sekarang ren dah ready.. lagi pon ren tahu korang boleh support ren kan"ujarnya
"ya,lisya misha and team kita akan support ren. "alisya cuba bermotivate
"sahur oiii.. "misha mengejutnya.alisya dengan muka yang berbasi basi mencuci mukanya dan turun kebawah dgn rambut mengerebang. sahur pertama mereka disediakan oleh misha.
"weh korang makan cepat..nanti abis waktu"tempik misha. usai solat subuh alisya bersiap untuk ke kelas. menunggu naufal datang menjemputnya. dia terlelap.
"alisya...naufal dah sampai"ujar siti yang sedang menuruni anak tangga. alisya bermalas malasan untuk bangun.
"Ya Allah dah kenapa teruk sangat ni"soal naufal
"ngantok"dihulur tangannya ke arah naufal.naufal memegang tangan alisya lalu ditarik masuk kekereta. fidaus yang berada disitu menanti siti hanya menggelengkan kepala.
"mishaaaaaaaaa... cepaaaaaaaatttttt"tempik alisya.
"kejap aku cari pencil case aku"tempik misha.
"misha ni pencil case kau atas meja kat bawah ni"tempik siti
"cepat la noiiiiiii... lambat dahhhhhhhh"firdaus dan naufal hanya menggelengkan kepala. hari 7pertama puasa macam macam ragam.. cukup sebulan boleh roboh rumah.tiga dara pingitan itu beriringan menuju ke kelas.
"ayong"panggil alisya. khalil yang berjalan menuju kearah alisya tersenyum.tangannya diletakkan diatas bahu alisya.
"buka pose sama nak"soal khalil.
"korang join? "soal alisya
"sorry aku dah janji dengan poji"alasan misha
"aku kena balik rumah, first pose kot beleter bapak aku nanti"ujar siti berseloroh.
"kita berdua jelah yong"balas alisya
"ok nanti ayong amik kat rumah" ujar khalil
sementara menunggu azan, alisya mengambil beberapa gambar untuk di upload ke dalam media sosialnya. gambar dia bersama khalil dia upload lagi
BESRSAMA BODYGUARD KESAYANGAN
"wah cepat"naufal memberi "like" kepada fotonya. azan berkumandang. mereka berbuka dengan tenang. berbual bual dan bergelak ketawa.selesai solat maghrib disurau.,mereka berjalan dikawasan sekitar. "naina"bisik hatinya.. tapi siapa lelaki itu. yang pasti lelaki itu bukan naufal fadzil. alisya hanya memerhati dari jauh. naina bergandingan tangan dengan lelaki itu.
"lisya ada dengan ayong.. "alisya menjawab panggilan naufal.khalil melihat sekitar.
"ok lisya tunggu dekat bukit bintang"ujarnya
"nak keluar dengan naufal ke"soal khalil
"ha ah.. dah lama kami tak keluar dia busy"balas alisya
"ayong hantarkan ke bukit bintang ye"alisya mengangguk.alisya berlari anak mendapatkan buah hatinya yang berada diseberang jalan. khalil membontoti adiknya. risau. alisya yang suka kalut kalut kalau teruja membuatkan khalil amat risau.
"aish bahaya la lari macam tu"tegur naufal.
"teruja hihi"usik alisya
"sya ayong pergi dulu ya.. nak beli barang sikit untuk rumah al fatah,mak dan zul"ujar khalil
"untuk mak dengan zul ayong nak beli apa"soalnya
"nanti kalau ayong jumpa apa ayong tanya sya"ujar khalil.
"ok"
"naufal jaga adik ayong ni ya.. korang jangan macam macam"pesan khalil.alisya dengan naufal mengangguk.mereka berpisah.mereka menaiki kereta dan meronda sekitar ibu kota. naufal menghantar alisya.
"misha nak balik kampung bila? soal naufal kerana sekarang mereka cuti untuk sambut ramadhan
"lusa"muka alisya mula berubah, teringin sekali balik ke kampung menyambu t ramadhan bersama keluarganya.
"kenapa ni"soal naufal melihat perubahan raut wajah alisya.
"lisya rindu kampung"manik manik jernih menitik. naufal memujuk alisya. dia hanya mampu diam kerana kesedihan alisya hanya takdir dan masa yang menentukan.
Share this novel