"Lisya, misha malam ni jom hang out"ajak Ren
"Sorry misha ada date"nyata misha
"membongak je kau kan, date dengan sape?"soal Alisya
"poji"ujar misha
"apo.. poji.. kau biar betul"alisya tergamam. begitu juga ren
"hehehe.. kami couple dah enam bulan dah"balas alisya
"misha sampai hati kau curang dengan aku"alisya mendorong badan misha kedinding.. kedua tangannya diletakkan di dinding..
"bukan aku tak nak bagitahu, tapi aku takut pisang berbuah dua kali. "misha membetulkan kolar baju alisya.alisya merapatkan muka mereka.misha merangkul pinggang alisya.Dimuncungkan bibirnya seolah minta dicium.
"berani kau senyap senyap couple dengan poji"bisik alisya.hidung mereka berlaga. alisya mendongakkan dagu misha. pinggang alisya dirangkul kemas oleh misha. lalu dicium pipi misha. serentak dengan pekikan crew lain..
"kdrama sangat korang ni oii"tempik Ren.. mereka berdekah ketawa.
"misha aku ceraikan kau dengan talak tiga, sudah jangan pedulikan aku"alisya bercanda. misha memujuk alisya semahunya.
"poji kau jaga misha aku elok elok.. menangis dia siap kau, sampai lubang kubo aku cari"amaran alisya.
"baik cif, menurut perintah cif"balas poji di belakang..derai tawa membelah suasana.
Nissan Almeera meluncur laju.Meluncur sekitar bandaraya tanpa tujuan.
"tengok movie jom"ajak Ren
"Ren payung"ujar Alisya
"onz"setujunya.Ramai pula rakyat tengok movie. Pakaian macam nak pergi parti. gelak alisya dalam hati.Banyak mata tertumpu padanya. mungkin pakaiannya yang biasa biasa.skrit berbeck paras lutut rona hijau muda dan t shirt putih serta snikers converse hitam.Dia lebih suka santai begitu. walletnya disumbat dalam beg Ren. Hanya handphone ditangan. ke jeles aku jalan dengan apek hensem ala ala xiao zhan gelak hatinya lagi.
"Alisya.. "dia mencari suara itu. Hadi... nau.... falll.. lambat disebut nama itu. Hadi menghampirinya.
"sorang je ke"soal hadi
"tak dengan tu.. "ditunjukkan Ren yang menuju kearahnya sambil memegang pop corn dan dua botol mineral. Matanya tertumpu pada Naufal yang sedang bercakap di telefon
"lisya jom"alisya beriringan dengan Ren. Naufal hanya memandang. Mungkin dia sudah menerima kenyataan bahawa Alisya sudah berpunya. Ren.Selang dua baris dihadapan mereka Hadi dan Naufal. Mereka menonton movie dengan aman. Selesai menonton Ren menghantar Alisya pulang kerana esok dia ada kelas pukul 11.Ren menuju ke club untuk berseronok memandangkan esok off day nya.Dalam pada yang sama, Hadi dan Naufal juga ke club. Hanya untuk liburan
"tu bukan apek yang selalu dengan Alisya ke"ta8nya Hadi
"Mana? "soal Naufal..Jari hari menunding kearah meja selang 3 meja daeri mereka.Ren perasan akan mereka lalu Ren menuju ke arah mereka.Setelah berjabat tangan mereka berbual kosong.
"awek kau mana"soal hadi
"siapa.. "tanya Ren
"Alisya"balas hadi
"dia bukan awek aku, dia staff aku, try dah banyak kali tapi payah dapat"nada Ren kecewa.Naufal mengambil gambar Ren yang sedang liburan lalu dihantar kepada Alisya dengan caption..
naufal>boyfriend lisya mabuk,datang kutip????
Telefon Alisya berdetik.,tidurnya terganggu
"malaun mana pula mesej memalam buta ni"getus hatinya.NAUFAL HUZAIR. matanya terbeliak melihat nama itu. lalu dibuka peti mesej. sinis.
alisya>dia bukan bopren lisya, lantok le ke dia nak tertonggeng pon????
Balasnya. setel.. bisiknya lagi. telefonnya berdetik lagi
naufal>buat apa tak tido lagi
"aish dia ni dah kenapa, bior le aku nak buat pepon, sibuk.." ngomelnya
alisya>sibuk kenapa, awk tu buek po kat club memalam buta, anak isteri tunggu kat rumah tu tak reti nak balik lagi??
balasnya. tapi masih berharap balasan dari naufal. lama dia menunggu.telefonnya diam. Dia sambung tidurnya kecewa.kini naufal tahu bahawa ada salah faham antara mereka.Naufal dan Hadi beredar, dia tidak suka akan suasana disitu, bingit dan terlalu padat.
"noi aku ada gossip noi"kalut misha mendapatkan sahabatnya. Alisya yang sedang asyik menonton movie berpaling. mulutnya disuapkan jajan yang dipegang.
"psycho tu tak kawin lagi la"alisya tersentak mendengar kata kata misha
"mana kau tahu"soalnya
"lin cerita, dia kan satu kelas dengan minah gedik tu, sapa nama.. si celup tu"misha berumusan
"jane"jawab alisya.
"ha.. jane.. minah tu berapa kali kena reject, aku tak tahu plok dia satu kolej dengan kita"ngomel misha lagi
"ntah aku pon tak tahu, aku baru nampak hari tu,ingatkan wife dia sebab kepit semacam"ujar alisya
"wife aponye, jane tu tergegeh gegeh, dia tak kawin lagi la, lin kata dia paling hot kat situ"misha berumusan lagi
"ye ke, tak pernah dengar pon, kelaut hot dia kot"alisya ketawa.. disusuli gelak misha... mereka yang sememangnya tidak mengambil endah hal orang lain. mereka berdunia dengan dunia mereka. segala gosip bagai angin berlalu bagi mereka.
"ingat tak rumor yang kata budak enjin nak kawin tak jadi.. dia la"misha mengimbau gosip yang pernah mereka terlepas berita. Alisya berfikiran, perlahan jajan dimasukkan ke mulutnya. Aish malunya.. katak bawah tempurung betul aku ni.
"ada can"kekek hatinya.
Alisya sibuk. Ramai pula pelanggan hari ini. Dia terpaksa kerja lebih masa ada crew yang tidak hadir.naik turun naik turun dia mengemas stesyen.Ada lapang dia curi tulang rehat sebentar dalam tandas. melepaskan kepenatan.usai keluar dari tandas, Ren naik ke stesyennya menghantar pesanan pelanggan.
"ngulor ye.. "usik Ren
"baby sayang letih, kurus sayang macam ni"guraunya.dalam guraunya itu hati Ren tak keruan, alangkah bagusnya kalau Alisya benar benar maksudkannya. Dia tidak punya kekuatan untuk berdepan dengan Alisya untuk menyatakan perasaan yang dipendam. dalan pada masa yang sama dia tidak mahu kehilangan alisya. dia mahu mempelajari Islam terlebih dahulu sebelum mengutarakan hasratnya. di kalangan crew pon ada yang cuba masuk daun tapi kena reject,antara dia dan alisya menjadi bahan gossip, hubungan hanya cerita rekaan tempat kerja.bagi Alisya,Ren sahabatnya.
"pukul 5 break kan, dua jam kan..lagi 15minit je sayangku, sabar.. "rambut alisya diusap lembut. Ren turun kebawah. Alisya berdunia dengan meja dan kerusi disitu..
"beb kita duduk sini lah. "suara getis beberapa gadis kedengaran. jane and the gang.
"Alisya.. "sapa hadi.
"oiii, grup study lagi ke"soalnya
"ye"hadi berjalan kemeja gadis tadi. harap harap naufal takde. bungkam hatinya.
"naufal lewat sikit,anak sedara dia buat hal"kata hadi. Alisya lega.
"papa huz ada kerja, qalish tak boleh ikut, tinggal dengan opah ya"puan kalsom memegang cucu sulungnya yang meronta mahu ikut. Ducati meluncur laju keluar. Naufal berharap dapat bertemu Alisya. wajah polos yang dirindui.
"ibu,naina akan ke paris fashion week minggu depan, naina nak minta tolong ibu jagakan qalish boleh? "pintanya.
"boleh je.. opah lagi suka qalish stay dengan opah, opah tak sunyi. "lega hati naina mendengar jawapan mertuanya.naina model antarabangsa kerap keluar negara untuk fashion show. qalish selalu ditinggalkan bersama opahnya, fadzil juga sibuk dengan urusan kerjanya.dengan pelbagai cerita tentang pengasuh,mereka takut untuk hantar qalish ke pusat asuhan.
"naina, ibu nak cakap sikit boleh"perlahan wanita berusia itu melabuhkan punggungnya kebangku.naina menyusul bersama qalish, duduk berhadapan mertuanya.
"ada apa ibu"soal naina
"ibu rasa sudah sampai masa naina tumpukan perhatian pada rumah tangga, tahun depan qalish dah nak sekolah, ibu bukan apa, kalau kita duduk dekat tak apa ini 6 jam perjalanan dari rumah naina. susah nak sekolah nanti kalau naina ke overseas"ujar puan kalsom lembut. naina diam. dari raut wajah naina,membuatkan puan kalsom serba salah.
"ibu tak paksa, naina bincang dengan fadzil, fikirkan tentang Qalish. Duit boleh cari, tapi masa dan kenangan bersama anak anak takkan terganti"puan kalsom menepuk lembut paha menantunya dan bangun. di pimpin tangan cucunya beriringan mereka kedalam. tinggal naina berfikiran sendiri.
"sorry lambat"kata naufal kepada kumpulannya. matanya mencari bayangan yang dirindui. tapi hampa.
"dia tak kerja ke"bisik hatinya
"kau lewat, dia rehat 2 jam, baru je keluar tadi"bisik Hadi seolah mengerti apa yang sedang naufal fikirkan. kecewa
Share this novel