Puan kalsom memeriksa pokok bunganya. dicantas ranting yang mengganggu.itulah rutin harian puan kalsom.
"ibu.. "panggil naufal dari dalam.dipegangnya secawan air lalu duduk di bangku dilaman.
"ya, tak kemana mana ke hari ni"soal puan kalsom
"tak la buat masa ni,tak tahu la petang petang kejap lagi,kenapa ibu, "naufal menyoal.
"ucu balik hari ni, flight dia sampai pukul 2.30 nanti, angah boleh tolong jemput di airport. "pinta puan kalsom
"ok. ucu balik terus ke kali ni"tanyanya lagi
"ha ah, dia jadi orang malaysia pula katanya"seloroh puan kalsom.
"kenapa selama ni dia jadi warganegara uganda ke"tawanya.puan kalsom turut tertawa.
"ibu dah lama tak tengok angah macam ni"ujar puan kalsom
"macam mana apa"pelik,apa yang beza, sama saja
"dah lama angah tak ceria macam ni, selalu berkurung dalam bilik, jarang nak berbual dengan ibu, tapi sekarang ibu dah dapat anak ibu balik, angah yang dulu"panjang penjelasan puan kalsom
"ada apa apa nal kongsi"serkap jarang di cuba puan kalsom
"mana ada, sama je"balasnya
"ye ke, "cuba puan kalsom lagi
naufal hanya tersenyum
"sapa budak tu, "soal puan kalsom
"budak mana"dia menoleh kebelakang, takut takut ada tetamu yang tak diundang
"perempuan yang dalam gambar tu"ujar puan kalsom.naufal sedikit sentak,
"perempuan mana, gambar apa"naufal main tarik tali
"yang dalam laptop angah tu, cantik orangnya, bila nak bawa jumpa ibu"puan kalsom berterus terang. ketika dia masuk untuk mengemas bilik naufal, laptop naufal terbuka,wallpaper dilaptopnya gambar dia dan alisya.
"cepat ibu buat kerja"usik naufal
"kenalah cepat, awak tu lelaki, dia anak dara orang, tak elok usung merata.. nanti jadi fitnah, nak biat cara nak tak nak jujur saja, jangan main perasaan orang"tegur puan kalsom. puan kalsom takut akan pisang berbuah dua kali, dia tidak mahu kehilangan anaknya untuk kali kedua. risau dan gusar bersarang
"angah tengah cuba.kami baru nak kenal kenal, dia payah masuk jarum"ujar naufal. sedikit keluh.. meja didepannya ditepuk
"perempuan yang macam tu memang limited, tapi angah memang nak dia? "soal puan kalsom lembut. naufal angguk tersenyum.
"amboi, usahalah"ujar puan kalsom
"ibu sokong angah, cayok cayok"puan kalsom memberi kata kata semangat
riuh airport,panggilan masuk ke balai pelepasan, pengumuman ketibaan, suara pesawat, suara manusia yang berkerumun.. naufal tidak selesa. dilihat jadual ketibaan,dicari pesawat dari dubai. sudah tiba setengah jam yang lalu, tapi kelibat yang dicari belum jumpa.
"mana pula pompuan ni pegi"bisiknya.ditunggu 15minit lagi,masih belum ketemu. naufal pergi ke kaunter aduan minta untuk umum kan nama kelibat yang dicari.
"pengumuman, kepada puan raihan binti fuad yang baru tiba dari dubai sila ke kaunter aduan, terima kasih. "pengumuman itu di ulangi lagi sekali. "naufal berdiri menanti. sepulih minit kemudian seorang wanita berseluar jeans putih, blaus hitam datang ke kaunter bersama bagasi. Naufal tergelak melihat aksi wanita itu yang menghentak kaki berkali kali.
"pegi mana, orang cari dia tak jumpa."ujar naufal.bagasi wanita itu ditariknya
"dia cari kat mana orang tunggu kat sejam sampai kematu bontot"lengan naufal ditumbuk.
"trafik jam"alasan naufal
"malu siot tibe orang announce macam tu. glamer kejap"ujar wanita itu
"ok la, diakan gila glamer"naufal ketawa. mereka beriringan ke kereta.dalam kereta mereka berbual bual kerana sudah lama tidak bertemu.
"long... kau sihat"wanita separuh abad itu dipeluk.
"aku mcm ni la,kau balik terus ke ni"soal puan kalsom.
"ha ah, i miss malaysia so much, nak nak masakan kau long"ujar wanita itu
"ngade lah kau"seloroh puan kalsom.rumah itu di jelajahnya
"tak banyak berubah rumah kau,bilik aku ada penghuni? "soalnya.
"bilik dia orang buat stor"usik naufal. bantal sofa yang berada dihadapannya dibaling oleh wanita itu menngenai mukanya. dia cuba membalas tapi di halang oleh puan kalsom
"korang kan kalu berjumpa macam anjing dengan kucing. sakit kepala aku"ujar puan kalsom
"bukan angah, ucu yang mula"naufal mempertahankan dirinya.
"apa pulak orang dia yang mula dulu, long kau tahu dia announce nama aku kat epot, malu aku long.dah lambat pastu satu epot tahu nama aku"puan kalsom hanya ketawa
"dah orang cari dia tak jumpa,senang keje announce la"naufal ketawa. raihan adik bongsu puan kalsom, usianya sama dengan naufal, tahun yang sama cuma berbeza bulan.sekolah randah hingga menengah sama, kelas pon sama. raihan minat akan kulinari,dia sambung pelajaran didalam bidang itu dan bekerja sebagai chef disalah sebuah hotel terkemuka didubai. 5tahun dia disana,akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke tanah air. bagi raihan naufal sahabatnya begitu juga naufal,raihan satu satunya rakan baik perempuan yang dia ada. segala cerita dan rahsia dikongsi bersama.Puan kalsom tertawa melihat karenah mereka yang bergaduh akan perkara kecil.
"Ucu bila sampai." naufal nazril dan naufal nazrul,anak kembar puan kalsom,baru pulang dari latihan sukan menyantuni ibu saudara mereka.
"baru je, korang form berapa dah"tanya raihan
"matrix"ujar nazril
"beso dah korang, hensem nau anak sedara ucu,tapi huzair tak"raihan ketawa. sikembar turut ketawa.
"barua, dia ni nak kena"naufal menarik rambut raihan dan mereka bergaduh.
"Ya Allah korang ni kan, macam budak budak, umur dah 27 tapi perangai kalah budak umur 7 tahun"bebel puan kalsom.
"ucu ni"ujar naufal
"apa pula orang dia yang tarik rambut orang dulu"
balas raihan sambil membetulkan rambutnya yang kusut masai. nasib rambut pendek.. bisik raihan.naufal kerocakkan lagi rambut raihan. raihan menolak pipi naufal menghalang dari dirosakkan rambutnya. si kembar hanya tergelak
"huzair, raihan"tempik puan kalsom. mereka tersentak. dan berhenti. tangan naufal diatas kepala raihan dan tangan raihan di pipi naufal.mereka memandang wajah puan kalsom.takut
"turun tangan.. "suruh puan kalsom. tangan mereka diletakkan dipaha
"pergi naik mandi masing masing."suruh puan kalsom
"long kejap la"rayu raihan.
"no..now"balas puan kalsom sedikit keras
"ibu.."belum sempat naufal menghabiskan ayat..
"i said now.. "tempik puan kalsom. mereka berdua bingkas bangun.. tapi masih bertolak tolak ditangga.
"oii.. apa lagi tu"tempik puan kalsom sehaya melihat mereka bertolak tolak. puan kalsom terduduk. mengurut dadanya yang sesak. sesak kerana dua orang itu
"kalau macam ni hari hari boleh sakit jantung ibu"ujar puan kalsom. si kembar hanya tertawa sambil menyuap cucur buatan puan kalsom.
"abang, barang dapur dah habis, zul telefon tadi tanya bila abang boleh masukkan duit belanja"puan mariam bertanyaka bagi pihak anaknya. puan mariam,ibu alisya kelihatan kurus dan lemah, tidak sihat barangkali.encik borhan, ayah alisya sedang asyik membelek akhbar, tidak menjawab. hanya bunyi helaian demi helaian muka surat diselak.
"zul nak pakai duit, duit belanja dia dah habis katanya"ujar puan mariam lagi
"gaji aku bulan ni tak banyak, elaun tak banyak"balas encik borhan
"yam tak kisah untuk rumah, apa yang ada boleh makan kita makan, tapi zul.., kesian dia"sayu hati seorang ibu
"aku memang takde"bentaknya.akhbar dihempas kemeja.
"kalau aku ada aku bagi,minta la dengan alisya, dia kan kerja"ujarnya lagi
"yam taknak susahkan dia. dia kerja untuk diri dia, untuk pengajian dia"puan mariam bersuara, dingin
"takkan habis semua gaji dia, dia sorang je, pengajian dia berapa la sangat, takkan dia tak boleh tolong"ujar lelaki itu
"yam tak nak susahkan dia, selama ini semua yang dia nak dia usahakan sendiri, itu duit dia,hak dia, dia nak belajar sesen pon kita tak keluarkan, semua dia usaha sendiri"puan mariam mula bengang. alisya ada mengirimkannya wang. tapi dirahsiakannya. disimpan diam dalam akaun. andai diperlukan sangat baru dikeluarkan sedikit. puan mariam mahu suaminya lebih bertanggungjawab.
"habis untuk pengajian ke habis untuk pikat jantan"kata encik borhan
"abang jangan nak buat andaian macam tu, aap abang ni,tuduh anak sendiri"marah puan mariam. manik manik jernih menitis membasahi pipinya. dikesat matanya menggunakan hujung lengan bajunya yang sudah lusuh.
"aku bukan tuduh, kau dah lupa apa yang jadi 6 tahun lepas.. malu kita satu kampung. "encik borhan mengungkit kisah silam
"yam percaya alisya dari orang kampung. alisya bukan dan takkan buat macam tu"puan mari mempertahankan anaknya
"kalau kau percaya anak kau kenapa kau berhenti kerja. "ujar encik borhan. puan mariam bangun pegi kedapur dengan juraian airmata. malas dia bergaduh dan ungkit kisah silam. Alisya difitnah hanya kerana menolak pinangan orang. ketika itu alisya berumur 17 tahun. menyimpan beribu impian. rashid, juga rakan sekelas alisya menaruh hati pada alisya, sebelum spm berlangsung keluarga pemuda itu meminang alisya dengan perjanjian bertunang dahulu,lepas spm baru berlangsung akad nikah.tapi ditolak alisya kerana alisya tidak mempunyai perasaan terhadap pemuda itu. lagipon alisya amat mengenali sisi baik dan buruk pemuda itu, berapa ramai gadis yang sudah ditidurinya, mana dengan kaki mabuknya, ponteng sekolahnya, kaki buli. pernah pemuda itu menipu ibubapanya dengan mengatakan mereka pergi rombongan tapi dia melencong ke lain dan bermalam dengan gadis yang digodanya menggunakan nama dan harta keluarganya..rashid anak orang yang berpengaruh didalam kampungnya. dikampung dia lah yang paling baik, pijak semut pon tak mati, tapi di belakang keluarga, sehabis firaun. dek kerana pinangannya ditolak dia cuba memperkosa alisya. Dan ketika itu misha menjadi saksi. Rashid datang kerumah alisya konon menghantar makanan, tapi diambil kesempatan keatas alisya. mujur ketika itu misha ada bersamanya. misha yang baru keluar dari bilik air berlari mendapatkan alisya selepas mendengar jeritan sahabatnya. rashid yang luka di dahi akibat diketuk dengan pasu oleh misha memfitnah alisya mengatakan bahawa alisya menggodanya ketika menghantar makanan ke rumahnya. dan misha tersalah faham. fitnah itu tersebar merentap maruah keluarganya. dan kerana itu alisya dihalau keluar dari rumah dan diharamkan dijejakkan kaki kerumah itu oleh ayahnya. alisya tinggal dirumah misha sementara spm menjelang. selesai spm mereka membawa diri ke ibu kota untuk bekerja. dikumpul sedikit demi sedikit wang pendaftaran,cukup sahaja wang terus mereka mendaftar kemasukan. disebabkan itu mereka lambat tamat pengajian.sungguh perit hidupnya.
Puan mariam masih teresak esak... mengenangkan nasib anaknya.
"akak zul nak minta duit sikit boleh"ujar zul dipanggilan telefon.
"mak abah tak masukkan duit lagi ke"tanya alisya. curiga
"tak lagi"balas zul sedikit gementar
"kenapa, mak cakap apa"soal alisya mula memancing. zul diam. kedengaran gugup di talian
"cerita lah kenapa"pancingnya lagi.zul masih diam
"ke kau abis kan berjoli"alisya serkap jarang
"eh tak"nafi zul
"abis tu"soal alisya
"mak kata gaji abah sikit, tak cukup nak bagi"ujar zul. gugup
"selalu ke abah buat macam ni"soal alisya.
"kalau masuk bulan ni,dah tiga bulan dah abah tl masukkan duit. "alisya tersentak. Allahurabbi. luruh hatinya. air mata mula bergenang.
"zul dah takde duit. biasiswa ada tinggal 100 je lagi,zul tak nak guna sebab nanti ada program nak guna duit lagi."ujar zul sedih. zulkarnain adik satu Satunya adik alisya,belajar di salah satu mrsm di negeri sembilan. tahun ini mengambil spm. Alisya menahan airmatanya dari mengalir
"barang keperluan zul dah habis semuanya. yang ada ubat gigi dan sabun mandi. sabun itulah basuh baju, mandi dan cuci muka. ubat gigi pon jimat.. kadang malam tak gosok gig, gosok pagi ja"ujarnya.Alisya menggigil mendengar kata adiknya.
"mak dengan abah ok ke?kau balik hari tu mak abah macam mana"soalnya
"abah macam tu la, kejap balik kejap tak balik. kadang balik bila bergaduh dengan mak, keluar tak balik rumah berhari hari. "alisya tersentak. rupanya ini yang dirahsiakan emaknya
"abah ada pukul mak tak"alisya mula khuatir.
"pernah sekali, tak silap zul sebab mak minta duit kat abah, abah kata tak ada, tapi mak diam diam check dalam wallet ada duit, banyak,mak amik 100 untuk zul buat belanja. abah nampak abah tampar ibu,abah kata itu duit untuk dia belanja bila dia keluar daerah"nada zul sedikit bergetar. Ya Allah, baru alisya tahu kenapa emaknya selalu mahu cepat menamatkan panggilannya. rupanya emaknya mahu merahsiakan duka.
"kejap lagi akak transfer, lepas ni, takde duit, nak guna duit minta dengan akak, jangan susahkan mak dan abah dah, faham"pesannya.lalu ditamatkan panggilanAlisya menghempas badannya ke katil. kipas syiling di renungnya. Airmatanya turun laju..akalnya ligat berpusing seperti kipas syiling itu. pintu biliknya diketuk.
"masuklah"alisya masih terbaring.
"noi aku lapo, jom merayap"misha terjengoi dimuka pintu. tiada jawapan.misha masuk kebilik alisya, baring disisi alisya.
"weh kau kenapa"misha mengesat airmata alisya. dipeluk sahabatnya. alisya bercerita semuanya, semua yang dikatakan oleh adiknya.
"Allah. "keluh misha. alisya di peluk erat.. tangisan alisya makin kuat.
"kau sabar ya, kau kuatkan, lagi satu sem je lagi pastu kita bebas"pujuk misha.
"kau boleh balik dengan penuh bangga"pujuk misha.
setelah mengisi perut, mereka merayau didalam mall sambil mencari barang keperluan adik alisya. misha tertangkap kelibat seseorang. satu pasangan yang amat mesra. lelaki itu seakan dikenali. mereka melihat barang kemas. alisya menarik tangan misha, tapi kaku.
"kau tengok apa"alisya juga mencari apa yang dilihat misha tapi tidak berjumpa.
"tu.. tu.. "bahu alisya di tepuk..
"apa"soal alisya tercari cari tanpa tujuan
"naufal"alisya terkejut dan terus mencari. nampak.
"sapa pompuan tu weh"soal misha
"mana aku tahu"alisya kaku
"cincin, dia nak kawin ke, dia tipu kau ke"soal misha
"tipu pe kebenda plok, hal dia lantok la, jom"ajak alisya. dalam hatinya penuh tanda tanya. remuk
"weh kau kan couple dengan dia takkan dia tipu kau"soal misha
"bila aku couple dengan dia. kami tak pernah declare kata kami couple"chop..ha ah kami tak purpose pon kata kami couple. tapi... alisya mula menyalahkan dirinya yang terlalu percayakan naufal
"wait kau...,abis tu yang mukbang bibir hari tu apo.."soal misha. alisya melangkah pergi. fikirannya melayang.
"alisya"tempik misha.suara misha didengari naufal yang berjalan keluar dari kedai emas. Alisya.. adakah alisyanya atau alisya orang lain. dicarinya tapi tiada. dia dan raihan berjalan bersama.
"kau dah call grab"soal misha
"dah, on the way"ditunjukkan lokasi grab mereka.
"naufal"tegur misha. lengan alisya dikuis kuis. alisya melihat kiri kanan. terginjak ginjak melihat berkemungkinan grab mereka sudah sampai.terlihat beg kertas dari kedai emas tadi. alisya makin tidak selesa. seperti mahu jerit sekuatnya. tapi apakan daya. dia yang bodoh.
"korang nak pegi mana"soal naufal. alisya tidak menghiraukannya, apatah lagi melihatnya pon tidak.
"beli barang adik alisya, ni nak balik dah"misha jawab bagi pihak alisya.
"tak kerja ke"soal nya lagi dengan harapan alisya menjawab. tapi tekaannya silap
"midnight,sebab esok takde kelas"jawab misha.
"oo, oh ya ini raihan"naufal memperkenalkan. raihan menghulurkan tangan, jabat tangan disambut alisya dengan senyuman.
"rai.. "belum sempat ayat dihabiskan grab mereka sampai
"misha jom"alisya laju masuk keperut kereta.
"kami pergi dulu ya"misha menyantuni. grab itu mula bergerak ke destinasi
"itukan"soal raihan
"ha ah.. "jawab naufal.
"cantik, pandai dia pilih, orang suka, lulus dah "raihan memberi permakahan.
"tengok la sapa pilih"naufal bangga
Alisya menepuk nepuk kain lap kaunter melepaskan semak di kepalanya.
"baby ren balik dulu ya"alisya diam
"baby...lisya"jari nya di petik beberapa kali. alisya terkejut, ren berdiri dihadapannya.
"ya.. apa.. "alisya mengelap kaunter. tangan ren dilapnya bercanda. ren mengalihkan tangannya. dia membongkokkan sedikit badannya.
"nak ren tapaukan makanan"soal ren
"boleh jua. megi goreng telur mata"ujarnya
"air"soal ren lagi
"takyah la lisya amik kat sini je"balasnya
"ok ren balik dulu, jap lagi ren datang lain"ren menolak daun pintu.
"bye baby kerja elok elok jangan berangan ya"usik ren
"ya.. baik sayanggggg"alisya senyum. matanya melirik memerhati ren melangkah ke keretanya. kenapa bukan ren. kenapa naufal. hatinya mula membeza bezakan.ren mr perfect, dia selesa tapi entah apa kurangnya ren yang hatinya tidak dapat menerima ren. naufal complicated..tapi dia terkejar kejar.. kenapa.. alisya mengeluh panjang, fikirannya berkecamuk,mak abah, adiknya.. naufal. arghhhhh.ramai pula orang malam ini. jam sudah menunjukkan pukul 2.dari mana datangnya umat Allah ini.masih berjaga diwaktu ini.Ren tiba dengan bungkusan makanan di tangan.Ren terus ke pejabat. menunggu alisya disitu. misha selesai rehat menggantikan alisya untuk rehat. alisya dan ren naik ke tingkat atas untuk makan. mereka berdua diatas.makan,berbual dan tertawa. sedar tak sedar sudah sejam. mereka turun. Naufal.. di sebelahnya raihan, gadis petang tadi. tangan alisya dipegang naufal. langkah alisya terhenti. begitu juga ren. berdiri di sebelah alisya.
"lisya, we need to talk, now"naufal menarik tangan alisya, tapi direntap alisya.
"tengah kerja"jawab alisya. wajah naufal tidak ditatapnya.
"kenapa tak angkat call"soal naufal lagi
"keje"jawab alisya acuh tak acuh
"please let me explain"lagi sekali tangan alisya di pegang
"lepas lah, tengah kerja ni"alisya cuba melepaskan genggaman tangannya tapi gagal. ren memegang tangan naufal dan melepaskan genggaman itu.alisya melangkah pergi. sehaya itu kolar baju ren dicekaknya.
"kau jangan masuk campur"naufal mula membara
"rileks bro, kita kat public, shows some respect. "ujar ren. alisya berpaling dan berdiri tepat dihadapan naufal. matanya dijengkil.marah.
"ini tempat kerja saya, tolong jaga kelakuan. "tangan naufal ditolak kebawah. ditarik ren ke tepi.
"but kita perlu berbincang"naufal merayu. seperti orang gila talak kelihatannya.
"jumpa dekat kolej"balas alisya
"esok, esok kerja"soal naufal
"petang"balasnya
"ok esok naufal jemput ya, pukul 11kan"rayu naufal lagi
"ya"..alisya melangkah menuju ke kaunter. ren mengikutinya dari belakang. raihan hanya memerhati. semakin dewasa ank saudaranya,semakin matang, sudah banyak berubah.
"jom, kita datang balik esok, bagi dia sejuk dulu"ajak raihan
"ucu.. "suara fadzil kedengaran di muka pintu. raihan yang berada diruang tamu hanya mengangkat tangan. salam dihulu tanda hormat walaupon mereka hanya beza 2tahun
"bila sampai"soal fadzil yang duduk disebelah raihan.
"dah dua minggu dah pon, kau je yang tak hiraukan aku"rajuk raihan
"kau balik tak bagitahu"ujar naufal
"taik kau, huzair pick up aku kat epot"raihan bengang.
"mana aku tahu"dihempuk bantal sofa kemuka raihan. mereka mula bertumbuk disitu.
"toksu.. "qalish berlari mendapatkan raihan. dipeluk anak kecil itu.
"jangan panggil toksu, tua sangat"gelaknya.
"sapa suruh kau keluar lambat"balas fadzil
"sapa suruh kau buat anak cepat cepat.. "ayatnya tak dapat dihabiskan, kelibat naina di muka pintu, lagipun banyak hati yang perlu dijaga.
"ucu.. "naina menghulurkan salam. disambut dan senyum sedikit. raihan kurang selesa. naina terus kedapur mendapatkan mertuanya.Naufal turun.
"kau tak ada kelas ke.,moto mana"soal fadzil
"service, baru balik class"naufal menuruni anak tangga.
"papa huz"tempik qalish. didukung anak kecil itu.
"qalish, papa nak ajar qalish english"katanya.qalish mengangguk.
"ini uncle, itu grand aunty"sambil jari ditunjukkan je arah raihan. raihan membelek telefonnya malas melayan.
"ini uncle"ajarnya lagi
"uncle"ikut qalish
"itu grand aunty"ajarnya lagi
"grand aunty"ikut qalish.
"grand aunty tu apa papa"soal qalish.
"tu.. nenek kebayan"mereka tertawa. raihan membara.
"binawe kau"..raihan bangun dan mengejar naufal. anak kecil itu diletakkan kebawah. naufal lari keliling ruang tamu. raihan makin membara.habis sofa dilangkahnya hanya untuk menangkap naufal.naina kurang senang dengan situasi itu.
"abis la, jadi zoo dah rumah ni"tempik puan kalsom dari dapur.
"riuh balik rumah ni ya ibu" naina berbasi basi.
"macam ni lah kalau dorang berjumpa.. adoi sakit kepala,umur dekat dekat macam ni lah"puan kalsom menggeleng kepala.
"nasib baik jarak kita jauh kan busu"ujar nazril yang turut berada didapur. nazrul hanya mengangguk. ralik dengan game.
"ngah malam ni kau ada kerja tak"tanya fadzil.
"kenapa"disoalnya kembali
"esok aku outstation, naik flight malam ni, pukul 10.30"ujarnya.
"tolong hantarkan boleh"pintanya
"aku ada kerja, naina kan ada, dia hantarkan lah"balas naufal
"aku risau nak bagi dia drive jauh malam malan. lagipun dia tak berapa sihat tu."jelas fadzil
"tak yah la balik,tido sinilah.. bilik kau kosong kan"jawab naufal. kaki raihan dikuis. tolong aku..
"huzair ada date malam ni.. awek dia merajuk.. nak kena pujuk"selamba raihan. tersembul teh yang diminumnya. hantu betoi..
"betulkan, dia janji dengan alisyakan, orang cakap benda betul tak baik tipu tipu"mulut raihan ditekup naufal. naina mula tertanya tanya. Alisya.. siapa dia... hatinya mula geram
"tak apalah naina hantar abang..tapi qalish naina drop kat sini dulu, on the way balik naina pick up. "ujarnya
"tido sini aje lah kenapa nak drive malam malam, bahaya"ujar puan kalsom. naufal dan raihan berlawan rebut cekodok.. malas masuk campur.
"ntah kak long ni, tido sini la"pujuk nazrul.
"ok"balas naina.. cekodok yang direbut raihan dan naufal dihabiskan oleh fadzil. aishhh.. mengeluh keduanya. mereka berdua bangun meninggalkan meja makan. bertolak tolak berebut sofa pula. naina melirik melihat mereka. aku mesti cari tahu.. siap alisya.
"wooo, hensem wooo"perli raihan
"angah bila nak bawa kak ngah jumpa kami"tanya nazrul.
"nanti nanti, bawa bersabar"dia tertawa
naufal mengenakan t shirt berwarna merah,jaket berhud warna kelabu dan jogger berwarna hitam, rambut diikat pony.
"mantap pak abu"usik raihan
"ibu angah pergi dulu ya"ujarnya dan melangkah keluar.sandal bertalinya dibaiki. raihan mengikutnya dari belakang. enjin keretanya dihidupkan.
"betul dia taknak orang tolong"soal raihan
"takpe orang settle dulu, kalau failed baru dia tolong"terang naufal
"ok, cayok cayok, fighting"raihan memberi dorongan
ford ranger itu meluncur laju. dipertengahan jalan, telefonnya berdering. suara naina ditalian, sedikit gugup.
"zair, tolong i"pintanya
"kenapa"naufal lebih berhati hati dia tidak mahu terperangkap
"i accident"jelasnya.naufal memberhentikan keretanya ketepi.
"kat mana, accident dengan apa"naufal cemas kerana itu kakak iparnya dan tidak mahu disalahkan nanti andai terjadi apa apa pada naina.
"ok i share location dekat you. "talian di matikan. telefon naufal berdetik. gambar depan kereta naina remuk. dan pelan lokasi dihantar naina.naufal berfikiran. alisya atau naina...
naufal>lisya,maaf huz tak dapat jemput coz ada hal urgent. lisya balik dulu nanti dah settle huz pergi rumah lisya ya. balik elok elok ya. pape call huz
mesejnya. naufal terpaksa. takkan nak suruh emaknya pula. raihan confirm tak mau punya.. lagipon dia belum mahir jalan KL. nanti sesat satu cerita pula. sampai di lokasi, kereta yang dipandu naina remuk teruk di hadapan, ada sebuah lagi kereta yang remuk di belakang. Naina berlari memeluk naufal sebaik saja melihat kelibat lelaki itu. badannya menggigil ketakutan. naufal membawa naina ke keretanya. naina perlu mencari tahu siapa alisya. telefon naufal dibuka. wallpaper telefon itu gambar naufal dan seorang gadis. ini alisya.getus hatinya geram. tiba telefon naufal berdering.tertera tiga hati. siapa dia.
"hello"naina mula bicara
"hello ini telefon naufal huzair?"soal pemanggil itu.
"ya, ini siapa"soal naina
"alisya"balas pemanggil. damn... naina mula cemburu
"sekejap ya"naina mula kan langkah.
"sayang.. "ditempik naina tapi tidak dilayan naufal.
"sayang ada call"tempiknya lagi. naufal tidak mengendahkannya.
"hello,naufal dalam toilet, kejap lagi i suruh dia call balik ya.. "tipu naina
"oh..ok terima kasih"sebelum ditamatkan panggilan..
"ah sayang apa ni, jangan la geli, badan you basah baru mandikan jangan la peluk i"di ketawa manja dan tiba talian di putuskan. puas hatinya.. dia tahu alisya mendengar kerana talian masih berjalan. segera dipadamkan call log alisya agar tidak disyak oleh naufal.case close, naina perlu membayar ganti rugi.naufal menuju ke keretanya. cepat cepat dia meletakkan semula telefon itu. harap harap alisya percaya kerana tiada kenderaan lalu lalang, jalan sunyi. naufal tidak mengetahui apa apa terus memandu. di periksa mesej nya, bluetick tapi tiada balasan. dia mendail nombor alisya tapi tak dapat.dia dail sekali lagi tapi tidak dapat. telefonnya tutup. naina tersenyum gembira. dia berjaya.
"kenapa panggil macam tu tadi"naufal bersuara, di kurang senang
"tak i nak berlakon la, kan kata husband and wife. "ujar naina
"bila i kata kita husband and wife?"naufal terkejut
"tadi i cakap husband i on the way, the you sampai, dia tanya siapa, i kata husband i"terang naina tanpa malu
"shit,...kau gila ke apa"marah naufal
"alah bukan dia tahu pon"alasan naina
"sapa call tadi"soalnya lagi
"call sapa call"naina berteka teki
"tadi kau cakap"naufal sedikit marah
"ohh i tipu je, nak suruh you cepat sikit, "stereng kereta di tepuk berkali kali. menyesal dia. fikirannya hanya alisya.
Alisya tersentak dengar perbualan perempuan itu dengan naufal. mandi, peluk, toilet, dorang dekat mana, bilik naufal, hotel, atau rumah perempuan tu. Alisya menangis.ini hal urgent dia, puaskan nafsu. bodoh nya kau alisya... rungut hatinya
"hei kenapa ni"soal ren
"ren hantar lisya balik"pintanya.kalau dia tahu naufal mahu mungkir janji dia balik dengan misha dan fauzi tadi. dan sekarang dia terpaksa susah kan ren. train sampai 10 mlm saja, jadi mereka andai kerja petang pulang naik chatteur atau balik dengan fauzi itupon kalau kerja sekali.dalam kereta alisya membisu.
"nak makan? "
"ren lapar ke, jom lisya teman kan"di kesat airmatanya.ren tidak mahu bertanya kenapa. dibiar alisya tenang dahulu dan bersedia untuk berbicara.
"lapar la,nak makan kat mana? " soal ren
"ntah la ikut ren, lisya ikut je"balas alisya tersenyum. apa yang berlaku sebenarnya, kenapa kau kena berlakon seolah kau kuat alisya.. soal ren didalam hati. risaunya tiada had. sebolehnya mahu dikongsi beban itu. andai boleh digantikan tempat misha dia sudah gembira. cemburu dia pada misha. alisya bergantung dan percaya sepenuhnya pada misha. persahabatan mereka memang mahal. alisya mahupun misha tidak akan membuka cerita mereka kepada sesiapa. rahsia mereka kisah mereka tertutup rapat.
"ren nak makan sup, kedai patani boleh"soal ren
"jom"alisya setuju.alisya sekadar minum. fikirannya yang kusut membuatkan dia hilang selera makan.Ren memujuknya berkali kali untuk makan tapi di tolaknya. mereka berbual seperti biasa. ada hilai tawa.
"singgah mart sekejap, i nak beli susu qalish, lupa bawa"naufal berhenti di minimart berhampiran rumahnya, sementara menunggu naina, naufal cuba menelefon alisya lagi. tapi tidak dapat disambungkan. telefon dia off barangkali. naina kembali ke kereta.di hulurkan air mineral kepada naufal tapi di tolak naufal. diam membisu. sampai di pagar rumah naufal berhenti diluar, sekadar menghantar naina, dia mahu bertemu alisya. harus. perlu diselesaikan permasalahan mereka. naina membuka bungkusan panadol lalu di telan.dibuka air mineral lalu diminum. naufal memandang keluar. naina mengambil botol mineral yang diberikan kepada naufal tadi ditinggalkan kesan lipstick disitu kemudian diletakkan kembali. dia diam. lama. naufal menoleh.
"hah kau tak nak turun ke"ujar naufal
"you tak nak masuk ke, "soal naina
"tak i ada kerja sikit"alasan naufal. nak jumpa alisya la tu. naina membuka pintu kereta dan turun. sampai didepan pagar dibuat buat jatuh. naufal turun membantu. di tekap bibir pada jaket naufal.
"sorry, i pening sikit, tak pa i ok, u pergi la"ujarnya
naufal meninggalkan naina disitu dan bergerak mencari alisya.Dia sampai dirumah alisya,salam diberi
"naufal, cari alisya ke"tanya siti
"ha ah dia ada"soalnya
"takde, dia tak balik lagi,call misha tengok kot kot dia dengan misha, sebab misha pon tak balik lagi"ujar siti.
"hah ok ok, thanks"dia mendail nombor misha
"hello misha, lisya ada dengan kau"soalnya risau
"takde,bukan kau pick up dia ke"soal misha kembali
"tak aku mesej dia aku tak boleh pick up dia sebab kakak ipar aku accident tadi, aku suruh dia balik dulu, aku jumpa dia kat rumah. tapi dia takde. "jelasnya, mula risau, alisya habis kerja pukul 11,sekarang hampir 1.30 alisya tiada dirumah. hati nya mula resah
"dah call dia? "soal misha.
"off phone"ujarnya.
"tak pe aku gerak dulu cari dia, kau tolong call aku kalau kau tahu dia kat mana boleh"dia benar benar risau
"hah ok"balas misha. naufal memikir didalam kereta,mana nak cari. baru enjin kereta nak dihidupkan misha menelefonnya.
"dia ada dengan ren, ren hantar dia balik, telefon dia habis bateri"ujar misha.
"hah ok"naufal lega
"aku tak bagitahu yang kau ada kat rumah, kau settle elok elok dengan dia. dia on the way balik"pesan misha
"hah ok ok, thanks"naufal lega. ditunggu alisya dalam kereta.akhirnya almeera kelabu masuk parking dihadapannya. Alisya... naufal turun mendapatkan alisya. Alisya membuka pintu pagar,naufal capai tangan alisya.
"lisya please let me explain"alisya menarik lengannya. Ren memegang tangan alisya dan melepaskan genggamannya. naufal menolak Ren
"kau jangan sibuk boleh tak,ini hal aku dengan alisya"marah naufal
"dah dia tak nak kau jangan paksa"ujar Ren. naufal mendapatkan alisya yang berada di pintu pagar. siti yang mendengar kekecohan keluar mendapatkan alisya.
"lisya please, kita settle dulu hal kita,lepas tu terpulang dekat lisya nak buat keputusan"rayu naufal.
"lisya masuk, pergi rehat"suruh ren.
"lisya, please let me explain"naufal merayu
"lisya dah tak nak dengar apa apa, lisya dah taknak ada kena mengena dengan huz"ujar alisya. airmatanya bercucuran. siti memeluk alisya. ditepuk pelahan bahu alisya.
"lisya dengar dulu"ujar naufal.dia kelihatan seperti orang hilang punca. sungguh menyedihkan
"kau ni.. "debusshh ren menumbuk muka naufal. alisya terkejut dengan tindakan ren. siti kelam kabut, tidak tahu mahu buat apa.
"kau dah sakit kan hati dia kau nak explain apa lagi"marah ren. naufal mahu membalas tapi alisya cepat menghalang, dia berdiri di hadapan ren.
"pergi sekarang lisya taknak jumpa huz,taknak cakap dengan huz, takde apa yang perlu kita bincang.. "marah alisya. siti menelefon misha agar segera pulang.
"lisya dah salah faham, "dia cuba menjelaskan. dipegang bibirnya yang berdarah
"salah faham apa, mandi,toilet,peluk bagai,lisya dengar semuanya tadi"ujar lisya. naufal terkejut, tadi, toilet, mandi. naina.. sial... getus hatinya
"bukan, menda tu tak berlaku pon"dipegang tangan alisya. alisya meronta minta dilepaskan tangannya.. ren menumbuk muka dan perut naufal berkali kali, bibir naufal berlumuran darah... nasib baik fauzi dan misha sampai.. mereka meleraikan pergaduhan itu.
"korang ni kenapa, macam budak budak, kalau jiran jiran tengok macam mana, dah pukul berapa ni..ren ini urusan diaorang biar diaorang uruskan. sendiri"marah misha
"tapi.. "kata ren di patah misha
"takde tapi tapi... biar dorang uruskan sendiri.. dorang dah besar.. kau pon alisya.. ini taman tau, zaman skang fitnah lagi cepat,hujung jari je, satu dunia tahu, dulu takat kampung kita dengan kampung seberang je, ini satu dunia boleh tahu. apa yang kau nak banggakan. "misha cuba mengingatkan peristiwa 6 tahun lepas.semua diam. alisya menangis.. misha mendapatkan alisya.
"aku bukan nak mengungkit,tapi aku cuma nak kau ingat, dulu hanya mulut berbicara, apa jadi kat kau, zaman sekarang lagi canggih, andai kata ada yang rakam tadi up dalam medsoc macam mana. "jelas misha. bahu alisya di pegang
"bagi peluang dia explain, kau settle cara baik, aku tahu kau bijak boleh fikr baik buruk, mana betul mana salah.bagi peluang dia untuk jelaskan. dari cara dia aku percaya dia bukan main main.. dia betul betul sayang kau. "nasihat misha. alisya masuk ke kereta naufal.naufal segera masuk.
"bincang kat sini je. "ujar alisya.
"ok" balas naufal. sedikit lega alisya bersamanya.
ren cuba menghalang tapi ditahan fauzi.
"ren biar dorang settle, kau balik dulu, esok boleh jumpa juga kan"ujar fauzi dan mendorong ren ke keretanya. dihidupkan enjin kereta. diperhati pasangan itu penuh geram. fauzi buat isyarat agar ren beredar. alisya dan naufal berbincang tanpa melihat ren. alisya hanya tertunduk diam. ren kecewa. keretanya bergerak keluar. fauzi mengikuti dari belakang. pintu kereta di ketuk.
"aku rasa lepas apa yang jadi rasanya kurang manis korang bincang kat sini, better korang cari tempat lain. "kata misha. naufal akur.. dibisikkan sesuatu kepada misha.. misha mengangguk tanda faham. misha menunjukkan isyarat sebentar.. dia masuk kedalam rumah. naufal menelefon seseorang.. alisya bingung. dari tadi kata nak bincang..haram sepatah apa pon tak cakap. gumam alisya.naufal menelefon seseorang.
"dia tido dah ke.. siap siap orang amik dia, now"panggilan di tamat kan, naufal tersenyum. mainan apakah ini.. alisya mahu membuka pintu tapi naufal lebih cepat, di kunci melalui tempat duduk pemandu. naufal mengerang sakit. alisya diam. Matanya melihat luar. sedikitpon tidak diendahkan naufal. marahnya masih membara. kemudian misha datang bersama beg bajunya
"thanks"ucap naufal
"wei kau kenapa, kau jual aku ke wei"alisya menangis. misha melambai.kereta itu dipandu laju. alisya menangis sepanjang jalan. naufal berhenti di minimart. dipaksa alisya turun sekali, takutnya alisya lari. dibeli makanan dan beberapa bungkus snek dan ubat untuk lukanya. disuruh alisya bawa. kereta itu menuju ke destinasi lain. di ambil raihan dari rumahnya. alisya terkejut.
"ini... "naufal mengangguk. raihan masuk kedalam kereta bersama beg galas. alisya makin tak keruan.
"hai saya raihan. "sapa raihan
"alisya"dia tersenyum kelat. masih tidak faham situasi
"tahu, huzair banyak cerita pasal awak"balas raihan. alisya hanya tersenyum kelat. raihan ditutup aircond dibuka tingkap. lincah tangannya seperti sudah biasa.
"kenapa muka, "raihan bertanya pada naufal
"biasa lelaki, macam singa berebut kuasa bercakaran lah"ujar naufal.. alisya masih diam.
"dia bertumbuk, orang tak caye, kalau ya pon mesti dia yang kalah"raihan ketawa.tangan naufal cuba menggapai rambut raihan tapi tidak dapat
"oii drive la leklok.. orang tak kawin lagi wehh.. "ujar raihan..
"nanti kita kawen erk.. "naufal gelak
"ish""raihan menafi.. alisya bingung.. dia,orang,kawin..ahhhh propaganda apa kah ini... alisya diam.
kereta itu memasuki kawasan kondominium. kereta naufal di parking di basement. Alisya masih belum dapat mengagak apa sebenarnya berlaku. tapi dari reaksi mereka,mereka akrab dan mesra. dorang nak gunakan aku ke.. dorang pasangan terlarang, atau dorang nak bunuh aku.. macam macam bermain dibenaknya. didalam lift mereka bergurau berdua,alisya bingung. pintu dibuka. mata alisya terpana melihat tatarias kediaman itu. cantik. raihan masuk, dan berbaring diatas sofa. dibuka tv. dan diambil beg dibawa masuk kedalam sebuah bilik. naufal mengambil air.
"alisya meh rai tunjukkan bilik.. "ajak raihan
"ini bilik rai, bilik ni kosong, sementara ni,bilik ni jadi bilik iron.."dibuka pintu bilik itu.. baju bergantung dan ada iron.sampai dua. ish membazir.. getus hatinya
"ini dapur, ini laundry,ini bilik alisya dan sebelah ni bilik naufal."bilik yang dikatakan bilik aku dibuka. ada katil,almari baju, toilet... koridor..tapi kenapa dia nak tunjuk.. gayanya seperti biasa dengan rumah ni.
"alisya mandi dulu, bersihkan badan, lepas tu keluar ya.. kita bincang"ujar raihan. bilik ni ke yang dorang buat kerja, bilik naufal?atau bilik raihan? arghhhh penat mikir. selesai mandi alisya ke ruang tamu.kurang asam boi betul misha baju doraemon ni yang di bawanya.pinjama seluar pendek corak doraemon dipakainya. cekak tanduk rusa dipakainya. di lihat naufal dan raihan berguling berebut remote.
"ehem"alisya berdehem. mereka terkedu.
"aish sakit la"naufal mengaduh kerana kepalanya diketuk remote. raihan menjelirkan lidahnya. naufal baling bantal berbentuk bintang ke muka raihan.
"duduk la, huz nak mandi. "ujarnya
"ok"alisya duduk disofa.
"oii dia tak nak mandi ke"alisya tertelan air liur mendengar kata kata naufal.
"tak nak, orang dah mandi sebelum keluar tadi, nk salin baju, "balas raihan. lalu raihan bangun. naufal kekiri, kebiliknya... raihan kekanan kebilik nya. aishhh sakit kelapa mikir.yang penting matanya tertangkap kesan lipstik pada jaket naufal.. dan juga botol air dalam kereta. siapa punya. ramai mana perempuan yang naufal ada.. makin serabut dia.
"nak air tak."tanya naufal. dia bersinglet dan berseluar pendek. menampakkan otot badannya. rambutnya dilepaskan, basah.. alamak ai... cair oiii.. hatinya mula meronta.
"esok tukar shower bilik orang,loose.."tak servis ke rumah ni"soal raihan.
"cermat sikit ye... bulan bulan bayar tau. maid datang cuci 2 minggu sekali. "jelasnya.
"holah holah, lets straight to the point" ujar raihan.
"memandangkan mata ni dah mengantuk, meh le kita settle cepat cepat"..kata kata raihan membuatkan alisya tak senang duduk.
"alisya what do you think about us? "soal raihan
"hah"alisya gugup, kelat lidah
"couple.. or tunang"jelas alisya. raihan dan naufal ketawa
"no la huzair anak saudara rai"jelasnya..alisya terkejut
"no way.. "ni mesti hubungan terlarang.. so nak guna aku tutup silap.. confirm.. otaknya berfikiran
"kenapa? tak percaya? "soal naufal
"ya dia anak saudara rai, rai adik bongsu kepada ibu huzair, ibu huzair yang sulung, kami 5 beradk,2 perempuan 3 lelaki, tapi abang rai meninggal sorang sebab demam panas waktu kecik"terang raihan
"kami lahir tahun sama cuma beza bulan.,rai bulan 1 huzair bulan 6..sebab tu kami rapat. tadika sekali, skolah rendah sekali, sekolah menengah sekelas. kami membesar bersama sama.. "terang raihan.. huzair hanya mengangguk.
"so kami ni haram untuk berkahwin,faham..tapi sebagai mak sedara dengan anak sedara halal bergurau, bertumbuk"ujar raihan lagi.. jap tak dan hadam.. otak alisya buffering.
"lilla hi taala, kami tak tipu, kami memang macam ni, bagi huzair,rai bff, begitu juga rai, anggap huzair sebagai bff. "alisya mengangguk.. faham sedikit dari tidak
"abis tu yang dekat kedai emas hari tu"soal alisya
"owh, ermmm, yang itu, kami pilih cincin tunang untuk rai. ..nak bertunang lusa. kedai emas tu ibu huzair punya, peninggalan arwah ayah huzair.. "jelas raihan.,alisya mengangguk. 30% faham
"tunang ucu masih di dubai, bulan depan baru balik, tunang je pon orang lelaki takde takpe. wakil je yang kena ada"jelas naufal.
"ucu?? "alisya tertanya tanya..
"ni mangkuk ayun ni, kami panggil ucu"jelas naufal lagi
"cuma di je biadap bahasakan dia orang. "sapa raihan. bantal pelangi itu terbang mengenai muka raihan.
"bahlol la dia ni"raihan marah. naufal ketawa.
"ok dah faham, jelas, dah, so takyah risau, rai tak hingin pon dekat si kelabu asap ni"ketawa rai bederai.
"abis yang jawab call tadi siapa? "soal alisya.
"bila lisya call huz"naufal hairan. dia periksa call log telefonnya, tiada panggilan masuk dari alisya.
"ni hah, pukul 11.15 tadi,"ujar alisya.
"mana tengok"minta raihan... dihulurkan telefonnya.
"conversation runs 7mins. lama gak la bual ni."bicara raihan
"siapa angkat dia kata apa"soal raihan
"perempuan, dia kata huz dalam toilet, dia panggil huz 2 kali tapi huz tak jawab, dia kata dia suruh huz call balik, lepas tu dengar.. dia kata, jangan peluk geli, huz baru mandi basah, gelak gelak macam tu la... "ujar alisya.
"kurang ajar"marah naufal
"dia dengan siapa tadi"soal raihan
"orang dengan naina, dia call suruh tolong dia, dia accident"terang naufal
"betul ke dia accident"tanya raihan lagi. alisya pening. naina siapa naina. apa motif dia.
"betul,ni hah dia share location and gambar kereta dia yang remuk. "naufal menunjukkan bukti
"tapi kenapa dalam call log takde call dari lisya?" naufal musykil
"dia delete la tu"ujar raihan.. naufal mengangguk.
"haish.. apa lagi yang pompuan tu nak"soal raihan.
"ni sapa punya."alisya menunjukkan kesan lipstik pada jaket naufal.aishhh jerit naufal.. marah dia.
"ni mesti kerja dia"ujar raihan.
"tadi waktu drop dia dekat rumah ibu, dia makan panadol katanya pening.. pastu dia nak tumbang orang tolong la angkat. mana tahu dia nak cop kat sini"geram naufal.
"pandai dia."raihan turut marah.
"ni pada botol ni, "botol air yang ada kesan lipstick itu dibawa keluar dari kereta sebagai bukti.
"dia juga la, dia tahu huz nak cari lisya"jelas huz
"dia lah pegi bagitahu kat semua orang nak jumpa lisya kenapa, kan dah.."naufal marah akan raihan kerana bocor rahsia dia sedang bercinta
"La dah minta tolong orang tolong la"mereka mula berbalah.alisya makin serabut..siapa naina
"sorry, naina tu siapa ek"alisya memberanikan diri.
"ex huzair but now she is huzair sister in law"jela raihan.
"pernah dengarkan gossip budak engineering tak jadi kawin dengan budak fashion"jelas raihan.alisya mengangguk. lalu bibir raihan dijuih kearah naufal.. naufal meraup mukanya. menahan marah. arghhh complicated life naufal.
"ok my job is done, now huzair it's yours ya.. ok bye and good night".raihan bangun dan meninggalkan mereka berdua. mereka diam. hanya suara tv.
alisya tidak dapat melelapkan mata. masih berfikir.kalau naina kakak ipar naufal kenapa dia nak kena buat macam tu.uishhh pening..
PAAPPP.. dengar bunyi dari luar.. alisya bangun. dia duduk diatas katilnya. rumah di tingkat 16,sapa boleh panjat.. Alisya hampir menjerit apabila melihat ada kelibat manusia masuk kebiliknya melalui koridor. mulutnya diterkup. matanya yang pejam dibuka.
"huz"alisya terkejut
"buat apa kat sini"soal alisya. di tunjuk luka dan diberikan ubat. diminta dirawat luka. alisya akur. di cuci luka jejaka itu. tak berani dia menatap wajah lelaki itu. dia rasa bersalah. andai dia tidak terburu buru semua ini takkan jadi.naufal tidak akan sakit begini.
"maaf"ucap alisya
"apa dia"naufal mengusik
"lisya minta maaf"ujar alisya lagi
"kenapa"soalnya
"sebab tak bagi peluang huz explain"alisya tunduk.. tangan nya mengemas ubat ubat.. dia bangun untuk membuang kapas yang sudah di gunakan tapi pinggangnya dirangkul,dia jatuh diribaan naufal.rambut alisya di belai.dipeluk erat gadis itu. rindu..
"jangan buat lagi, huz hampir gila dibuatnya"pinta naufal
"jangan ada rahsia antara kita boleh? "soal alisya.
naufal mengangguk
"lisya pon apa apa jadi bagi huz explain dulu jangan main marah je"wajah alisya ditatap. alisya tersenyum. naufal rindu senyuman itu, rindu semua tentang alisya.alisya juga sama rindu pelukan naufal. pelukan hangat naufal menenangkan jiwanya. naufal menongkat dahinya ke bahu alisya.
"nak buang sampah"alisya menunjukkan kapas yang digunakan. naufal melepaskan pelukannya. alisya bangun dipeluk alisya dari belakang. di ikut kemana saja alisya pergi.alisya masuk bilik air untuk basuh tangan diikutnya. pinggang alisya tidak di lepaskan.alisya ke balkoni. menikmati pemandangan malam kuala lumpur.
"naina masih ada hati dekat huz ke"kedengaran naufal menghela nafas panjang.
"entah,tapi jujur huz cakap huz tak suka cara dia"jelas naufal.dia masuk kedalam dan kembali ke balkoni dengan getah rambut.
"dia tak jujur dengan along,dia sudah jadi isteri along tapi masih mengongkong huz"rambut alisya diikat rapi.
"qalish tu anak dia dengan along, dia mengandung kan qalish sebulan baru mereka bernikah"cerita naufal lagi. alisya menjadi seram mendengar cerita naufal. cekak rambut alisya dipakainya. Alisya ketawa melihat rupa naufal memakai cekak rambut bertanduk rusa. naufal yang berdiri disebelah alisya merangkut erat lengan alisya.
"rumah ni huz punya ke"soal alisya. naufal mengangguk
"hadiah dari arwah ayah untuk perkahwinan huz dan naina.tapi dia batalkan perkahwinan disaat akhir. so rumah ni jadi rumah inap"
"maksudnya"soal alisya
"kalau dia tidur dirumah ibu huz akan datang sini. tak selesa ada dia"jelas naufal
"dia pernah datang sini"soal alisya
"pernah, kami design susun atur rumah ni. "alisya diam..
"tapi dah diubah semula lepas dia batalkan pernikahan"ada sedikit lega.
"esok ada kelas?" soal alisya lagi
"ada pukul sepuluh. "jawab naufal.
"sama lah,kita pergi sekali"pinta alisya
"baik sayang. "alisya berpaling.. lalu memeluk erat naufal. terasa hangat. pelukan naufal menenangkan.
"apa hubungan kita"soal alisya. naufal pelik, kenapa soalan ini di ajukan
"lisya? bagi lisya? "soal naufal kembali
"entah, lisya tak pasti"acuh tak acuh
"habis tu selama ni huz ni bukan siapa siapa bagi lisya? "soal naufal lagi
"bukan macam tu.lisya cuma tak pasti. sebab lisya tak setanding huz. "alisya merendah diri.
"huz risau separuh gila, tengok ni, abis sakit macam ni, masih tak pasti dengan huz. "pelukan alisya di lepaskan.
"bukan macam tu, cuma tak pasti apa hubungan kita, sebab kita tak da declare couple pon"naufal diam. dia memeluk naufal tapi ditolak. dijijat sedikit untuk menatap mata naufal tapi ditepis.
"huzzzzzz"lengan naufal di goncang lembut, panggilan dengan nada manja. naufal diam
"huzzzzz... manja.. naufal tergoda tapi ditahan juga.naufal mengusik.tangan naufal dicubit cubit pelan..
"huzzzz... sorry la.. "alisya merengek manja. leher jinjang naufal dikucup.. aishhh... naufal melemah. tak boleh tak boleh jangan mengalah tegas hatinya. naufal masih membisu.
"ishh huz jangan la diam, cakap la dengan lisya"diambil lengan naufal, dan diletakkan dipinggang, tapi tiada respon. dikucup halkum naufal..tetap juga diam..
"lisya minta maaf, lisya cuma tak confident sebab lisya bukan siapa siapa. "terang lisya. dia mendongak menatap wajah naufal
"lisya rasa huz heran ke semua tu, huz takut lisya je yang nak kawan dengan huz sebab apa yang huz ada"uji naufal.
"tak tak bukan macam tu, lisya ikhlas nak kawan dengan huz, lisya sayang huz sangat sangat, lisya cinta huz sorang je. "jelas alisya. naufal masih diam.bibir jejaka itu di kucup. dioles lembut. tiada respon.
"huz aaa... huz... lisya sayang huz,lisya cintakan huz.. "rayunya lagi..pinggang alisya ditarik rapat kebadannya.
"apa dia, huz tak dengar, cakap sekali lagi"usik naufal
"lisya sayang huz, lisya cintakan huz"habis sahaja ayat itu naufal menjamah bibir alisya sepuasnya. alisya membalas kucupan naufal.
"huz sayang lisya, huz cintakan lisya, "alisya tersenyum. dirasakan dirinya berbunga dan terbang diawangan. mereka bercumbuan. naufal dukung alisya sambil mereka berkucup mesra.. lalu direbahkan badan alisya diatas katil. leher alisya diratah lembut.. naufal meninggalkan kesan merah di leher alisya.
"sayang, love bite"naufal tunjuk akan tanda merah itu.
"huzzzzz"alisya yang duduk mengadap cermin ditarik naufal.direbahkan alisya kedadanya. alisya mengangkat badannya tapi naufal mengucup bibirnya lagi. Alisya mengucup leher naufal dan...
"huz love bite.. "alisya ketawa.. abis la kena bising dengan ibu... alisya buka pintu biliknya lalu mendorong naufal keluar.
"sayang.. nak tido sini.. "rengek naufal..
"no nak tido sekali bagi halal dulu ok"pinta alisya. naufal akur.. dikucup dahi alisya. genggaman tangan alisya dilepaskan."
sliding tutup jangan kunci tau.. esok huz kejut ok"bisik naufal
"ok"pintu biliknya ditutup.sliding juga ditutup.dia tidur.
Share this novel