Alisya merenung jauh. Rindu kampung. Semalam ditelefon ibunya,suara serak serak.. ibunya demam.Risau dihatinya tak keruan. adiknya di asrama. ayahnya bekerja sebagai pemandu lori kargo selalu keluar daerah. Tinggal ibunya berseorangan di rumah pusaka peninggalan nenek.
"uitt"sergah misha dari belakang. alisya menghela nafas panjang.
"kau dah kenapa noi"ujar misha
"aku rindu kampung, mak aku tak sihat"suara alisya mendatar.. menahan tangisan
"cuti sem tak lama dah nanti kita balik ya"pujuk misha
"aku risau mak aku, aku rasa ada benda mak aku sorok dari aku, aku call abah aku tak berjawab, bukan sekali beb, banyak kali"resahnya amat ketara.jari jemarinya di genggam kemas.
"nanti aku suruh abang aku pegi umah kau tengok mak kau"bahu alisya di tepuk lembut. alisya meraup wajahnya agar kerisauannya tidak ternampakkan.
Dia tidak begitu ceria. kerjanya seolah olah diawang awangan. masih risau barangkali. agak cuai hari ini. Naufal yang berada dihujung restoran hanya memerhati.
"sakitkah"gumam hatinya.tidak ceria seperti selalu. hari ini tiada sundae percuma dari Alisya. Naufal kerisauan. Dia hanya memerhati tidak mampu berbicara.
"eh apa ni"suara garau seorang lelaki memecah suasana. Alisya kelihatan kalut membersihkan pakaian lelaki itu sambil memohon maaf. tapi semakin rancak mulut lelaki itu memaki Alisya. Naufal membara apabila dahi Alisya di tunjal tunjal.
"maaf encik saya tak sengaja"Alisya hampir menangis.banyak mata memerhati. Ren off day. Misha sudah pulang. Tiada siapa mahu berpihak padanya. tanpa sengaja dia terlanggar lelaki itu lalu kola yang dibawanya tumpah mengenai baju lelaki itu. berkali kali Alisya meminta maaf. air matanya bergenang. ditahan lagi.
"sorry sir, pekerja saya salah, kita ganti kan yang baru ya. "pengurusnya Sir kumar bersuara bagi pihaknya. Naufal yang sudah berdiri duduk kembali di kerusinya. matanya tertancap pada Alisya. kemudian tubuh itu hilang masuk kedalam pejabat.Pandangan mata naufal beralih kepada lelaki tadi.lelaki itu bangun mahu meninggalkan restoran, hampir saja dia dengan pintu yang bersebelahan dengan naufal,naufal bangun dan mereka berlaga.
"maaf "ujar lelaki itu.
"kau buta ke, jalan mata kat mana"ditunjal dahi lelaki itu sama seperti mana dilakukannya pada Alisya.
"aku dah minta maaf kau dah kenapa"amarah lelaki itu memuncak
"kau lain kali jalan pakai kaki tapi guna mata juga"provok naufal.
"kurang ajar kau"debushhhh..lelaki itu menumbuk pipi naufal. ini peluang untuknya membalas. ditumbuk kembali pipi lelaki itu sehingga terdorong dan terjatuh.makin geram naufal makin laju penumbuknya hinggap dipipi lelaki itu. perkataan maaf berulang kali diucap kan lelaki itu.Alisya yang mendengar riuh di luar mengintai.Alangkah terkejutnya dia melihat naufal sedang dalam amarah. Alisya berlari meleraikan mereka.tangan naufal dipegang. matanya dijengil menatap mata naufal. naufal mendiam seperti harimau hilang taring. Alisya membantu lelaki itu bangun. lalu lelaki itu beredar.
"awak ikut saya"telinga naufal ditariknya.dibawanya naufal keluar restoran. semua pekerja tergamam melihat perilaku Alisya. mereka tertanya tanya.
"dah kenapa, buang tebiat ke, samseng ke?"marah alisya
"balas dendam"ujar naufal. tidak berani dia menatap wajah garang Alisya seperti singa betina.
"balas dendam untuk apa. apa besar sangat ke salah dia dekat kau, dia dah say sorry tak cukup lagi"marahnya
"saya marah bagi side awak.. dia tunjal tunjal awak tadi"jelasnya
"ada aku suruh ke.. aku yang kena tunjal bukan kau"ditunjal kepala naufal. makin geram melihat naufal.
"yang awak tunjal kepala saya kenapa"nadanya sedikit tinggi
"sebab kau tu melampau, kalau mati jantan tu tadi macam mana"amarahnya memuncak
"mati tanam"naufal senyum kera. Alisya merenung tajam tepat ke mata naufal. naufal kembali menunduk.
"ish aishh ish eee.. " Alisya mengangkat penumbuknya tapi tak kesampaian.. Alisya beredar dengan amarah..
"abis keje pukul berapa"naufal memberani kan diri menyoal. Alisya berhenti, berpaling...
"lagi sejam habis duty, kenapa?" nadanya masih marah
"takpe takpe"naufal tersengeh sengeh. Alisya menghilang masuk ke dalam restoran. Naufal kembali ke restoran untuk mengambil beg dan jaketnya.Dia menunggu Alisya luar. Hampir kematu kakinya menunggu akhirnya Alisya muncul. Naufal tersenyum. melambaikan tangan
tapi tak diendahkan Alisya. Naufal mengikuti Alisya dari belakang. Sampai di tangga stesyen lrt Alisya berhenti. Naufal hampir terlanggar Alisya kerana tidak menyangka yang alisya akan berhenti mengejut.
"ni dah kenapa? "soalnya keras
"kau dah kenapa ikut aku"soal alisya kembali
"nak balik la"balas naufal. Alisya meneruskan perjalanan.Beg Alisya ditarik.Alisya tersadung. naufal pantas menarik beg alisya..mereka bersandar.
"dah kenapa? "alisya bingkas membaiki baju dan rambutnya
"jenjalan nak? "soal naufal.
"letih nak balik"balas alisya acuh tak acuh. dalam hatinya tertanya tanya kenapa dengan maufal hari ini.
"comel plok doh mamat ni"bisik hatinya
"ni sakit"disua tangannya yang luka kerana penumbuk padu tadi. bibirnya di juih sedikit.Alisya terpana. cute. hatinya berjoget joget riang. senyum ditahan agar tidak ketara.
"kejap"alisya menuju ke kedai serbaneka dan membeli alatan cuci dan balut luka.
"sini"tangan naufal ditarik. lelaki itu hanya menyoroti. mereka duduk dibangku. tangan naufal dirawat. sesekali kedengaran lelaki itu mengerang kesakitan. Alisya gembira dapat melepas marah.
"siap,lain kali tumbuk lagi biar pecah tangan tu"perlinya.naufal hanya tersenyum.matanya tidak berhenti melihat gadis comel di sebelahnya. wajah comel yang terlindung oleh rambut yang jatuh mengurai diselaknya.Ingin ditatap wajah itu sepuas puasnya. Alisya gementar dengan reaksi naufal. mata mereka bertentang.debar dihati mereka. Alisya tak keruan.
Paapp.. dahi naufal dijentiknya. lelaki itu mengerang kesakitan. digosok dahinya. Alisya berlari anak apabila melihat train sudah tiba. naufal juga berlari.mereka dorong oleh pusuan tubuh manusia yang memasuki train. badan Alisya yang kecil terperosok kedalam. Naufal menarik tangan Alisya dan bahu Alisya dirangkul kemas. Wajah alisya rapat pada dadanya.Alisya dapat mencium bau wangian pada susuk tubuh yang sasa itu.wangi.tenang.Alisya tidak mampu mendongak kerana bibir lelaki itu terlalu hampir dengan dahinya.perasaan bercampur baur. kalut. dari lirik matanya kelihatan halkum lelaki itu turun naik. Alisya semakin galak.Dia tersenyum sendiri
Mid exam semakin hampir. mana lagi aktiviti kelab. mereka kalut. Alisya dan misha terpaksa mohon cuti di restoran kerana mereka akan keluar kota untuk aktiviti kelab dan tumpu untuk peperiksaan.ekspedisi jelajah hutan memang aktiviti yang ditunggu tunggu mereka. sebut saja aktiviti lasak, pasti mereka sertai. Gunung jerai. tunggu kami datang.
"ok semua barang perkhemahan dan alatan dah ready, jom gerak.. "ujar ketua ekspedisi. mereka menaiki bas.dah tentu tentu mereka duduk berdua. earpod disumbat ke telinga.masa untuk tidur.. malas nak berdunia dengan yang lain. tiba bahunya dicuit.hadi..naufal disebelahnya. Alisya hanya tersenyum. Hadi sua keropok.Alisya mencapainya. matanya memandang naufal. lelaki itu hanya diam seolah tidak pernah mengenali.suasana dalam bas semakin rancak. pelbagai aktiviti dilakukan,menyanyi,teka teki, sambung ayat.. semua turut serta kecuali naufal. dia dan musiknya. memang dasar introvert. bas berhenti dia perhentian. alisya dan misha menunaikan yang wajib dan melepaskan apa yang patut. di pintu bas kelihatan naufal sedang berdiri. tunggu hadi agaknya.mereka menuju ke bas.. misha melangkah masuk dahulu.tangan naufal menahan alisya. dihulurkan sebotol 100plus sebungkus jeruk campur dan beberapa bungkus kerepek dalam sebuah beg plastik lutsinar. Alisya mencapai.pelik
"nanti lapar pula"ada gelak dihujung kata.lalu tubuh sasa itu menaiki bas meninggalkan Alisya dibawah. Alisya menaiki bas tapi di dorong keluar oleh misha.
"kau kenapa weh"soal alisya
"mek jihan amik tempat kita, binawe toi"marah misha.jihan setiausaha ekspedisi,sudah lama menaruh hati malahan mengejar naufal. tapi ditolak mentah mentah. pantang ada peluang untuk mendekati naufal pasti dia duluan.
"jap"alisya naik semula atas bas menuju ke tempat duduknya.
"kau dah kenapa duduk sini"soalnya
"alisya kita tukar seat boleh"ujar jihan
"kau seat mana"soal alisya lagi. malas membesarkan cerita
"seat bas sana"ditunjuk bas sebelah yang juga membawa peserta ekspedisi. alisya mengambil barangnya dan misha turun semula lalu menaiki bas satu lagi. naufal hanya memerhati dengan penuh kecewa. Mereka mengambil seat jihan. kali ini alisya duduk di sebelah tingkap. bas yang dinaiki majoriti perempuan membuatkan alisya sesak nafas. diselak langsir.. naufal.. Alisya tersenyum. naufal tidak perasan. matanya terpejam manakala langsir ditarik menutupi pandangan dalam.sesekali kelihatan matanya bergerak menahan silau. kacaknya getus hati Alisya. mungkin terasa terik matahari,naufal mahu menyelak langsir untuk melindungi terik mentari perasan akan Alisya di sebelah sana. tak jadi dia menyelak langsir. mereka bertentangan.Alisya menekap bibirnya dicermin tingkap. Naufal resah. Ditarik langsir agar tiada siapa yang melihat aksi comel alisya. Hanya dia. pelbagai aksi comel dilakukan Alisya tapi tiada respon dari naufal. Alisya geram.Dia mengangkat penumbuk. Naufal mahu ketawa tapi ditahan.Comel.Kalau diikutkan hati mahu dipeluk gadis itu. bas mula bergerak. Alisya melambai dengan mimik muka menangis.Naufal membalas dengan kenyitan mata. Alisya gembira lalu diberi mini love. Perlahan Naufal menangkap dan letakkan di poket jaketnya. mereka terpisah.
"aiyeeeeee"alisya menjerit kecil. gembira.
"kau dah kenapa dho"misha menyoal.. terkejut keran alisya menepuk bahunya berkali kali... sakit.
"hensem dho, dia kenyit mata kat aku dho"ujar alisya lagi..
"sape kau ni"misha masih bingung
"naufal"aaaaa....tiba jeritan mereka mengejutkan peserta yang lain. Alisya memejam kan mata. bahagia
Mereka bersiap untuk memasang khemah memandangkan hari sudah petang. Alisya dan misha sudah semestinya berganding berdua. mereka dan dunia mereka. Naufal hanya memerhati gelagat mereka. Ingin dihulurkan bantuan tapi ada yang lebih pantas membantu.
"lambat la kau,dia tu dah banyak kali cuba masuk jarum"ujar hadi. Dia tahu isi hati Naufal.Dia berhak bahagia setelah apa yang terjadi.Hadi hanya mahu sahabatnya itu kembali seperti dahulu.ceria.Naufal menyusun alatan dan bahan masakan diatas rak yang diperbuat dari buluh dan dahan pokok.
"pelajar perempuan boleh guna bilik air, pelajar lelaki mandi kat sungai"kata ketua ekspedisi
senja semakin melabuh tirainya, Alisya dan misha mengambil alatan mandi dan menuju ke bilik air, tapi alisya sedikit melencong.misha hanya memerhatikan tingkah sahabatnya dan dia beredar sendirian.
"jom"ujar alisya. Naufal berhenti menyusun. dia menoleh nenatap Alisya.
"mana?"tanyanya untuk kepastian
"mandi"ujar Alisya.hujung tuala dipintal. Naufal gumam.tersentak dengan gurauan Alisha.tiada respon.Ditolak bahan yang disusun agar terbalik. naufal menyusun kembali. diam.
"aish"getus alisya geram.patung cendana tetaplah patung cendana.ditarik bekas yang mengandungi bahan masakan jauh dari naufal
"ya ya ya.. "tempik naufal. Alisya berlari meninggalkan bekas tersebut. selamatkan diri. ketawa terhambur. Naufal menggelengkan kepala, ada senyuman dibibirnya. Nakal..getus hatinya.Dalam pada masa yang sama ada mata yang memandang tidak puas hati. Naufal jejaka bualan kampus. tiada seorang wanita yang mampu mencuri tumpuannya selama ini akan tetapi akhir akhir ini ada pasangan Tom And Jerry. Alisya,gadis yang dimaksudkan.. onar.. pasti bermula darinya. Reaksi Naufal seakan tertarik.ramai gadis yang kecewa.
Malam berlalu dengan pelbagai aktiviti, solat itu sudah pasti, unggun api menyemarakkan semangat untuk hari esok.nyanyian,games..acara biasa setiap kali ada campfire.ada yang beransur masuk ke khemah.. naufal dan beberapa lagi kena berjaga untuk 3 jam yang pertama.Dikuis kuis unggun api agar tidak terpadam.
"kopi"alisya menghulukan kole yang berisi kopi o. Naufal mengambil kole itu dan hanya membalas dengan senyuman.Alisya melabuhkan punggungnya bersebelahan naufal.Diam..hanya bunyi kayu menguis tanah. apa salah tanah tu yang dikuis kuis dari tadi.. gumam alisya.
"maaf"alisya mulakan bicara
"hah, kenapa"soal naufal. pelik..
"sebab salah faham, then terus matikan call"jelasnya.
"owh, takpe, memang ramai yang selalu salah faham,qalish tu anak sedara huz, dua tahun dia stay dengan huz, parent dia kerja kat oversea,tu yang lekat papa"jelas huz panjang lebar
"owh"balas alisya
"kau memang slalu clubbing ek"soalnya
"tak"jawab naufal pendek. dikuis kayu unggun api agar tidak terpadam.
"haritu?"soal alisya lagi
"hadi saja nak pegi, usha awek katanya"
"dapat? "soal alisya lagi.
"dapat"usik naufal.. alisya menatap sisi wajah naufal.cahaya unggun api menapakkan sisi kacak yang berbeza.naufak menoleh merasakan terlalu lama renungan itu
"apo cari awek kat situ.. "sedikit cemburu disitu.
"boleh tahan juga taste kau kan"ujar alisya lagi. naufal ketawa.
"dapat darai"naufal ketawa besar lagi
"amboi seronok"bentak alisya..naufal masih ketawa.
"ada bau cemburu"usik naufal.alisya menunduk malu.
"Huz baru pertama kali pergi, tak suka bising, pening"ulasnya
"ah kau spesis patung cendana memang la"perli alisya.
"apa? "soal naufal lagi. kali ini wajah Alisya ditatap. cantik. wajah polos itu berjaya membuat hatinya tidak keruan.
"aku kata kau tu spesis kelat ketat je, mana nak bergaul dengan orang"ujar alisya
"mana ada"pintas naufal menafikan
"mana kau nak perasan muka kau"alisya mendongak kelangit.. berkira kira bintang barangkali.
"kenapa kasar sangat bahasa"kali ini naufal bersuara
"apo"alisya menoleh
"kau aku, kasar.. "suara itu sedikit mendatar
"abis tu nak baby, sayang, anje, bucuk"perli alisya.
"eh pon boleh"disambung dengan gelak tawa.
"aishh eeeiiii... ada juga makan penumbuk kang"penumbuk diangkat tapi tidak mampu dilayangkan. Alisya bangun mahu meninggalkan tempat itu, tapi tangannya dicapai naufal. dia berhenti melangkah. Naufal mendongak.
"teman huz, please"tangan alisya masih dipegang. keningnya sedikit kerut. Alisya merentap tangannya dan duduk kembali.
"lisya rapat dengan apek tu, dah lama kawan? " kini giliran naufal mencari jawapan dari teka teki hatinya
"kenal start keje situ, selesa kerja dengan dia, kepala masuk air. "jelas alisya, terpalit senyuman dibibirnya.
"owh, misha? "soalnya lagi
"misha sahabat dari form 1,kami sekampung, sekelas dan sekepala"kali ini alisya tertawa besar,mengingatkan persahabatan antara dia dan misha memang memori terindah.Tiba tiba telefon Alisya berdetik. Jemari alisya laju menaip membalas mesej
"siapa"soal naufal, hati nya risau
"ren"jawab alisya sambil laju membalas mesej. telefonnya diangkat untuk selfie. Naufal merapatkan badannya setelah hoodienya ditarik gadis itu untuk diajak swafoto. dagunya hampir dengan kepala gadis itu. lantas dikucup.Alisya terkejut. button send dihantar. Alisya kaget. Bluetick.. Ah sudah
"kenapa"soal naufal
"hah takde pape"alisya mengemas rambutnya
"risau dia ya"soal naufal lagi
"sapa"alisya bersoal
"apek tu la"jawab naufal
"oohh dia tanya buat apa, kenapa"soal alisya
"huz tak suka, cemburu"jujurnya.Alisya tersedak air liur. Naufal menepuk bahu Alisya. dipandang risau.
"lisya masuk tidur dulu."mahu diangkat punggungnya lagi sekali tangannya dipegang. hangat. jantungnya berdegup laju. uish panas weh...tangannya masih belum dilepaskan. sepi. datang beberapa lagi pelajar yang berjaga ketika itu menyertai mereka di unggun api. naufal melepaskan genggaman tangannya tapi di selit kelingkingnya dengan kelingking alisya. badannya dirapatkan sedikit. mereka dia. hanya Alisya yang berbual dengan mereka. naufal sepatah ditanya sepatah dijawab.tamat waktu berjaga giliran pelajar lain, Alisya masuk ke khemah tapi tidak naufal. malam mereka berakhir dengan memori indah
Share this novel