Puan mariam merenung jauh. Sawah padi yang yang terbentang luas menenangkan hatinya. Sesekali batuk kasar dan diurut dadanya yang terasa ketat.Sunyi tanpa anak anak dan suami.
"assalamualaikum yam"seha,ibu misha datang menjengah
"waalaikummussalam"puan mariam mengibas ngibas pelantar yang berhabuk dan dijemput puan seha duduk.
"kau nampak pucat, sakit ke"tanya puan seha
"dah berumur macam ni, biasa lah, sekarang pula angin timur.. sejuk dia lain macam"jelasnya.
"ni aku bawak koleh kacang untuk kau"disua bekas berisi kuih itu
"kau buat ke.. "soal puan mariam
"ha ah.. tiba laki aku nak makan.. tu yang buat.. kalau tak tak jadi juga.. "ujar puan seha
"alisya ada telefon kau"tanyanya
"baru je lepas cakap dengan dia, katanya khalil dah bercakap dengan dia"sedikit gembira.
"alhamdulillah..ada lah rezeki kau jumpa dia nanti"puan seha memberi kata positif.
"insya Allah"puan mariam tersenyum
"lama aku tak nampak borhan, dia kemana"soal puan seha
"hantar barang ke kelantan" katanya"balasnya..menyembunyikan duka
"oowhhh... "
"misha ada kata bila nak balik, aku nak kirimkan barang untuk alisya. "tanya puan mariam
"insyaAllah minggu depan.kesian aku tengok kau yam.. cuba kau bincang dengan borhan.. alisya tu tetap darah daging dia juga"nasihat puan seha
"biarlah seha, kalau alisya balik makan hati,biarlah dia hidup sendiri, biar dia buat apa yang dia nak... asalkan dia tahu jaga diri."puan mariam berbasi basi. dalam hatinya rindu akan anak daranya.. tapi apakan daya dia tidak mahu alisya berduka sepanjang hidupnya.
"kau cakap.. tapi hati kau... anak yam.. macam mana pon kita ibu ni...risau, rindu"puan seha berbeta..
"ya..tapi kalau dia balik banyak masalah baik tak payah balik, dia call 2kali seminggu.. duit pon dikirim.. dia tak abaikan aku pon dah cukup, hidup dia dah sedih.. aku taknak tambah lagi"terang puan mariam
"terpulang lah dekat kau yam, aku cuma kesian tengok kau, hari tu khalil....kali ni alisya pula. "puan seha menggelengkan kepala
"kalau aku jadi kau dah lama aku meroyan, anak oiii"katanya lagi. puan mariam hanya tersenyum sembunyi duka.
"long kau takde kemana kan petang ni"raihan mengjengah kakaknya yang berada dilaman.
"takde kenapa?kau nak bawa aku kemana pula.. penat aku berjalan dengan kau, kejap kejap makan, kejap kejap makan,aku sampai hari ni kenyang"puan kalsom berseloroh
"aku nak ajak pegi restoran kawan aku, baru buka.. aku ajak huzair, fadzil sekali. kau nak jumpa tak bakal menantu kau"raihan mengugut
"maksud kau"tanya puan kalsom
"aku suruh huzair ajak alisya"
"ermmm... ok.. "puan kalsom setuju.
Puan kalsom, raihan, nazrul dan nazril sudah tiba.. mereka menanti fadzil dan naufal. restoran masakan kampung itu ramai dengan pengunjung. raihan membantu sahabatnya sementara menanti semua ahli cukup.
"ibu"naufal salam tangan puan kalsom
"ibu ni alisya. "alisya menghulurkan salam, salamnya disambut puan kalsom. Puan kalsom mengamati wajah alisya.. seperti seseorang yang dia kenali.. tapi siapa??
"duduk duduk.. "diperhati susuk gadis yang mengenakan blaus labuh berwarna turqoise berbunga pink kecil. cantik.
"ni nazrul, ni nazril..adik huz.. kembar"terangnya
"kak ngah.. "tegur nazrul
"bang ngah... cantik.. ada adik perempuan tak.. "usik nazril.
"ah kau belanja pon ibu bagi ada hati"mereka tertawa.
"dah sampai"tegur raihan
"yang ni tak payah kenal dan tak perlu kenal"naufal berseloroh
"aishhh"raihan menjeling. raihan duduk disebelah alisya.
"alisya asal mana? "puan kalsom mulakan temuduga
"perak"jawabnya
"oo.. ,mak ayah masih ada"soal puan kalsom lagi
"ada, mak suri rumah, abah pemandu lori kargo"jelasnya
"alisya berapa beradik"tanya puan kalsom lagi
"3,alisya anak nombor 2,abang pensyarah dekat kolej kami belajar.. adik alisya sekarang tingkatan 5..belajar dekat mrsm dekat negeri sembilan."jelasnya
"adik kak ngah lelaki perempuan"nazrul menggatal
"lelaki"alisya tersenyum
"kau menggatal.. study pon kelaut ada hati nak awek"usik raihan
"ucu couple ni bagus tau.. boleh bagi semangat nak study"balas nazril
"betul.. setuju"
"banyak lah kau"mereka tertawa.dalam masa yang sama fadzil sekeluarga tiba. naufal dan raihan mencuka. naina duduk dikerusi dihadapan alisya. memerhati, cemburu.
"Ni alisya, girlfriend angah"ujar puan kalsom. alisya tersenyum
"ini naina, isteri along dan ni qalish"terangnya lagi. ooo ni lah naina.. cantik. bisik hati alisya.
"nak duduk dengan papa huz"qalish merengek
"papa nak duduk dengan mama sya"kepalanya di letakkan dibahu alisya. alisya kaku. naina makin geram.
"nak duduk situ jugaaaaa"rengek qalish
"meh sini meh"panggil alisya. qalish turun dari ribaan naina dan pergi mendapatkan qalish. dia duduk diantar alisya dan naufal.
"eh kecik sibuk lah... orang nak manja manja"usik raihan. qalish menjeling
"papa ni sapa"tanya qalish
"mama sya.. "terangnya
"mama sya isteri papa ke"alisya terkejut
"bakal bakal isteri"usik nazrul
"cantik tak mama sya"usik raihan lagi
"cantik, qalish suka"rambut tocang alisya dimainnya.puan kalsom seolah meluluskan pilihan naufal. berbeza alisya dengan naina.selesai menjamu selera mereka meronda disekitar mall. Puan kalsom masuk kedalam kedai emasnya. semua mengikuti puan kalsom kecuali alisya. dia berdiri dipagar koridor melihat gelagat manusia. otaknya berkira kira andainya waktu ini dia bersama emak, abang dan adiknya kan seronok.dia juga inginkan merasakan begini bersama keluarganya tapi apakan daya. butir butir jernih menitis diatas tangannya. bahunya dipeluk dari belakang, naufal berdiri disebelahnya.
"kenapa tak masuk"soal naufal.
"bukan tempat lisya,dan lisya tak mampu nak beli"ujar alisya
"itu ibu punya. ada lagi 6 cawangan lagi tapi kat negeri lain la"terang naufal.
"kenapa ni"dia mengesat airmata alisya.
"lisya rindu mak"makin laju airmatanya.naufal memeluk erat bahu alisya dan digosok lembut.
"insyaAllah nanti kita balik ya. "alisya mengangguk. naina melihat mereka rasa tidak tenang. cemburunya meluap luap
"papa mama"jerit qalish. mereka menoleh.anak kecil itu berlari dan didukung naufal.
"alisya"panggil puan kalsom
"jom ibu panggil"tangan alisya dipegang.
"alisya suka yang mana"soal puan kalsom
"hah.. alisya tak minat barang kemas"ujarnya
"kita perempuan paling sikit pon seurat cincin atau gelang"terang puan kalsom. alisya mengangguk
"alisya pilih yang mana alisya suka"terang puan kalsom lagi
"eh takpa aunty alisha tak nak, alisya tak mampu"dia menolak. segan
"eh takpe alisya tengok tengok mana yang berkenan"puan kalsom memaksa. dia dapat rasakan alisya lain dari naina dan mana mana teman wanita anaknya yang lain. alisya terlalu bendul dan polos.puan kalsom mula sayang padanya
"eh tak pe aunty, alisya taknak"alisya cuba melarikan diri tapi dihalang oleh raihan
"mak mertua nak bagi amik je, lagipon ni harta dia, amik je perabiskan, bila lagi nak paw"raihan berseloroh.
"takpe takpe alisya tengok tengok je"naufal yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya memerhati sambil menjaga qalish yang sedang makan aiskrim
"tak pe, anggap je hadiah dari ibu"ujar puan kalsom.dia tidak mahu alisya merasa segan. naina tersentak..ketika dia berkawan dengan naufal sudah bertunang baru puan kalsom berbahasa ibu kalau tidak aunty, itupon hampir setahun. dah bertunang baru diberikan hadiah.. tapi alisya.. cemburu makin bersarang.
"dia pegi pujuk alisya.. ibu suruh dia pilih dia taknak"ujar raihan
"ok, jaga anak"pesan naufal
"sayang nak yang mana"soal naufal.. naina beralih dan berdiri sebelah alisya seolah olah membelek belek cincin dan barang kemas
"lisya taknak"ujar alisya
"ibu nak bagi amik je.. nanti kecil hati ibu"pujuk naufal
"mahal ni"alisya ralat
"takpe amik je, ibu hadiahkan untuk alisya"kata puan kalsom
"tapi aunty.. "
"takde tapi tapi pilih.. lagi satu ibu.. bukan aunty ya"senyum puan kalsom
"yes "naufal gembira
"angah dah kenapa"soal puan kalsom,
"lulus lah kan"usiknya.puan kalsom tersenyum dan mengangkat ibu jari. fadzil menepuk bahu naufal.
"caya bro"puji fadzil. naufal menarik nafas lega.
untuk tidak mengecewakan puan kalsom, alisya melihat sekeliling. naina mengikut kemana saja alisya pergi.
"saya nak tengok yang ini"ujar alisya
"lisya nak yang ni ke"soal naufal
"tengok dulu"ujarnya.cincin itu di pegangnya. emas putih disaluti mutiara halus dan ditengahnya mutiara seakan biru laut berbentuk hati kecil. simple tapi menarik.alisya tersenyum
"cantik"puji alisya
"lisya nak yang ini"belum sempat alisya mengangguk cincin itu bertukar tangan.
"sayang i nak yang ini boleh"pinta naina kepada fadzil
"ermm ok"fadzil mengangguk.
"thank you sayang"naina menyarungkan cincin itu dijarinya.. puas.. puan kalsom dan fadzil berbincang tentang perniagaan tidak perasan apa yng berlaku.alisya diam membumkam
"tak pa kita tengok yang lain"ujar naufal dan membawa alisya ke meja display yang lain. akhirnya ketemu.. cincin emas putih ditaburi berlian halus dan ditengahnya ada dua helai daun yang bertemu dan digandingkan dengan gelang tangan berbentuk daun halus. dalam tak nak kau kebas satu set.. gelak alisya dalam hati. mereka berjalan satu tingkat ke satu tingkat. alisya berpimpin tangan dengan naufal dan qalish yang tidur digendong naufal.
"dah macam satu family korang ni kami tengok"usik nazril.
"yazza"seru naufal. tertawa
"long aku nak pegang tangan jugak, pegang tangan aku long"rengek raihan
"ish buang tebiat kau ni lah"tepis puan kalsom sambil tertawa kecil
"nazrul.. sini"panggil raihan
"apa"soal nazrul.. dah jumpa mangsa.. raihan memegang erat tangan nazrul konon berpacaran. mereka tertawa melihat aksi nazrul yang meronta minta melepaskan genggaman
"ucu lepas la... oiiii, ibu tolong"nazrul ditarik raihan
"sayang i nak ni i nak itu"usik raihan. muka nazrul merah malu. topi diturunkan agar tiada yang perasan. mereka tertawa.tapi tidak bagi naina.
"akak terima kasih tau beli handfon dekat zul"kata adik kesayangan alisya dihujung talian.
"guna leklok, jangan nak main game je,"pesan alisya
"ya.. akak nak cakap dengan mak"soal zul. dia pulang ke kampung kerana cuti awal ramadhan. sempat dia melepaskan rindu pada emaknya
"jap akak buat video call"alisya mematikan talian dan mendail semula nombor adiknya
"assalamualaikum makkkkkk.. "jerit alisya. rindu wajah wanita yang mengandung dan melahirkannya.
"akak sihat... "puan maryam tidak dapat menahan sebak..lalu menangis.rindu yang teramat. kali terakhir dia melihat wajah anak gadisnya 6tahun yang lalu.. kini anak gadisnya tampak semakin matang.
"akak kat mana tu"soal puan maryam
"kat kolej. "ujarnya.
"mak sihat"
"mak sihat... akak sihat? "soal puan maryam
"sihat mak, misha jaga akak elok"ditarik misha ke screen telefonnya. misha yang tengah makan tersedak
"assalamualaikum makcik"santun misha.
"mak masak apa hari ni"dia mula berbicara. rancak tiga beranak itu.
"ayong.. "tempik alisya
"mak kejap ya"alisya meletakkan telefonnya dan berlari mendapatkan abangnya. ditarik tangan abangnya. puan maryam gelabah.. dia tahu alisya maksudkan anak sulungnya. khalil.. belum sempat puan maryam menghindar
"mak tengok ni akak bawa sapa"screen telefon dihalakan kepada abangnya.
"mak, ni ayong mak"airmata jantan lelaki itu berjurai. rindu.. rindu dia memanggil panggilan mak.misha mengesat airmatanya. terasa simpati.
"mak sihat.. "soal khalil
"mak sihat, ayong maafkan mak nak..mak malu nak jumpa ayong.. sebab mak gagal pertahankan ayong"puan maryam tidak dapat menahan apa yang terbuku dihatinya
"tak mak,mak takde salah pon dengan yong.. yong yang patut minta ampun dekat mak sebab yong fikir bukan bukan"terangnya
"sya dah cerita semuanya, ayong yang salah, terima kasih mak sebab sanggup berkorban untuk yong"alisya gembira kerana keluarga meraka bersatu lagi walaupun berjauhan.
"mana pergi rakyat jelata ni.. lagi 4hari nak pose, takde rasa nak perabis duit ke"celoteh misha. restoran lengang.. Ren sibuk di pejabat.Alisya mengintai..
"sayang busy ke buat buat busy"candanya
"buat buat.. nak kejar nama"tawanya.
malam ni jom kluar.. ada gigs dekat dataran"ajaknya.
"misha, poji, bad,huda, lan dengan acap pon pergi, farah tak tau lagi kalau takde dating dia join"ujarny.Ren masih berfikir fikir
"ada hujan and butterfinger"pancingnya.kumpulan indie kegemaran ren disebut.
"ok"balas ren.
alisya>malam ni lisya nak kluar dgn crew pegi gigs kat dataran boleh?
alisya mesej naufal minta izin
naufal>ok
alisya>nak join????????
naufal>taknak,nak pegi gym dah janji dgn hadi
alisya mengenakan kemeja petak merah hitam,didalam dipakai siglet putih berseluar pendek paras paha dan high top snikers warna hitam. sama dengan misha. siti juga turut serta. memandangkan esok mereka tiada kelas..joliiiiii... mereka berada di tengah kerumunan manusia. muzik hingar memecah suasana. mereka menyanyi dan menari mengikut rentak lagu. dunia anak muda.. jiwa yang meronta..telefon alisya berdering...
"hello.. "alisya sedikit tempik.. tidak kedengaran suara naufal. talian di matikan.telefonnya berdering lagi. video call dari naufal
"annyeong... "ujar alisya sambil melambai tangan.
"abis pukul berapa"soal naufal
"tak tahu"jawab alisya yang termengah mengah melompat.
"dekat gym lagi ke"latar belakang naufal kelihatan beberapa orang tengah workout
"ha ah"...wooooooo.... alisya menjerit.. kumpulan kegemaran mereka.alisya dan yang lain menyanyi bersama. naufal hanya memerhati gelagat kekasihnya. misha dan siti juga ada.. dia sedikit lega. tiba ada sepasang tangan diletakkan diatas bahu alisya. Ren... naufal tidak senang hati. tidak keruan. melihat mereka berbisik.. tapi tidak kedengaran apa yang dikatakan kerana muzik terlalu kuat.alisya menyanyi tidak dengar butir bicara. sesekali alisya membuat mini love kepada naufal, di hantar flying kiss.. talian masih berjalan. naufal memerhatikan saja. kelihatan alisya seronok dengan dunianya. naufal khuatir. mereka berbeza dunia. alisya suka akan keriuhan dan sosial. dia lebih suka menyendiri dan tenang. apakah hubungan mereka akan bertahan. dia tidak mahu mengikat alisya. dia mahu alisya selesa bila bersamanya...tapi diakui sukar dia menerima dunia alisya.
"kami nak balik dah.. nak makan dulu pastu balik rumah.. huz kat mana tu"soalnya.naufal diam.. dipandu kereta diam...kini giliran alisya pula memerhati. kemana dia ni... soal alisya. dia menuju ke kereta ren kerana tadi dia datang dengan ren. di screen kelihatan naufal turun dari keretanya dan berjalan.. kemera telefon naufal di hala kebelakang.. dia hairan..tertanya keberadaan naufal.. eh... dia didalam screen telefon...tiba naufal datang memeluknya dari belakang... talian dimati kan..
"kata tak nak datang"soal alisya gembira melihat naufal disana
"dah abis gigs huz datang la, jemput bidadari huz.. dahi alisya di kucupnya. tanpa menghiraukan yang lain. wajah ren sedikit berubah
"kau nak pegi makan tak "soal misha..
"nak la.. lapo weh.. "ujar alisya. lengan naufal diletakkan diatas bahunya. naufal menongkat dagunya dikepala alisya memerhati sekeliling.
"kami follow korang "ujar alisya.
"ok.. "jawab misha. ren masuk kedalam kereta,acap dan lan menaiki kereta ren.. manakala siti naik bersama misha.
"cantik seluar"perli naufal
"kan datang gigs.. sesuai la"jari naufal dipegangnya.. lalu disilang jari..
"ermmm.. seronok? "soal naufal
"seronok... "alisya bercerita tentang gigs itu dengan penuh minat. naufal hanya mendengar.
empat biji kereta parkir di depan rumah mereka. lan dan acap turun dari kereta ren untuk ambil moto mereka yang diparkir disitu.manakala kereta huda menurunkan bad yang juga parkir motonya disitu. semua keluar dari kereta kecuali naufal. mereka bersembang. siti masuk kedalam rumah. mereka bersembang hal kerja barangkali.naufal membunyikan hon.alisya pergi kereta dan memyangkut dagunya di tingkap sebelah driver.
"ya ada apa"soalnya
"huz balik dulu dah lewat, esok ada kelas"
"ok"..balas alisya.
"jangan pergi mana mana dah lepas ni..mandi and tido.. solat isya jangan lupa. ok "pesannya.
"ya.. baik boss"dahi alisya dikucup.. enjin dihidupkan dia berlalu.
Share this novel