Hampir dua minggu alisya cuti.Ren mula rindu.Dirasakan restoran sepi tanpa hilai tawa mereka berdua. Alisya dan misha gandingan mantap disitu yang bikin suasana gawat.Habis kerja Ren menuju ke kampus Alisya.
"Ada kat mana, Ren dah sampai"dia yang ditemani Fauzi berdiri di luar kereta.mereka mencari kelibat dua gadis itu. dalam ramai pelajar yang keluar, Fauzi tertangkap susuk tubuh kekasihnya
"sayang"tempik fauzi sambil melambai tangan.Misha memimpin tangan Alisya berlari anak ke arah Ren dan Fauzi.
"lama dah ke sampai"misha memegang tangan fauzi dan bahu misha dirangkul.Ren menatap wajah Alisya yang berhenti di pertengahan jalan kerana disapa rakan sekelas.Rindunya.
"sayang.. "tempik Alisya lalu berjalan terjoget joget kearah Ren. Leher lelaki itu dirangkul dan rambutnya dikerocok kerocok.Aksi mereka di lihat oleh hadi dan naufal yang kebetulan lalu disitu. kereta hadi diparkir selang dua biji dari kereta Ren.Alisya yang bergurau senda bersama Ren tidak perasan akan kehadiran jejaka itu. Dari riaknya tampak cemburu.Misha perasan.Dia mendehem berkali kali agar Alisya perasan, tetapi tidak didengari. Alisya ralik dalam gelak tawa guraunnya bersama Ren.
"hadi"tempik misha. Alisya berhenti. matanya terbeliak melihat hadi dan di belakangnya Naufal bermuka kelat.
"uiittt,dan dan dating korang ek"usik hadi
"lama dah tak dating weh busy huhu"lawak misha.Alisya membetulkan ikatan rambut dan bajunya..di jarakkan sedikit antara dia dan Ren. muka ketat itu ditatapi. masih diam.
"korang nak balik ke?"soal alisya. eh apa punya soklan la.. Alisya mengetap bibir perasan akan gugupnya yang tampak jelas
"tak kami nak pegi futsal, nak join? "ajak hadi. naufal bergerak kehadapan kali ini berdiri benar benar dihadapan alisya. tangan dimasukkan kedalam saku joggernya. lelaki yang memakai t shirt berona ungu bertopi hitam berwajah ketat.
"kat mana.. pukul berapa"soal fauzi.berminat.Alisya diam. ditatap jalan tar sambil kaki menguis nguis batu kerikir.
"ok set jap lagi kita jumpa"Ren menamatkan perbualan.
"Lisya ngan misha ikut Ok"ajak Ren.
"dah tentu"jawab misha girang.Alisya hanya mengangguk. hadi dan ren beredar.. Alisya yang mengikut Naufal dari belakang mencapai topi naufal lalu disarungkan dikepala. rambut ikal jejaka itu turun lembut sehingga paras bahu.ini kali pertama Alisya melihat rambut naufal. ketampanan jejaka itu terserlah. selalu bertopi atau ditutup hud hoodie tapi kali ini...lain. Naufal berpaling. Alisya masuk kedalam kereta dan melambai..
"jumpa kejap lagi"topi itu diketuk.. Naufal hanya memandang nissan almeera itu meluncur.
creettt creetttt.. bunyi tapak kasut mereka yang sedang asyik bermain futsal. mata alisya tidak lari dari menatap wajah naufal. rambutnya diikat ban kecil..sebahagiaannya terlerai dari ikatan..
"elok wehhhh"ujar misha.
"kan, first time dho aku tengok dia tak pakai cap or hud."galak alisya. topi kepunyaan naufal masih tersarung dikepalanya.Ren mengapai botol air yang dihulurkan Alisya. mereka rehat setelah kepenatan bermain.Hadi dan naufal duduk disebelah Alisya. Ren tidak keruan. Dari reaksi Naufal dia tahu jejaka itu juga punya rasa yang sama terhadap Alisya. Naufal menekap mukanya dengan tuala basah. Alisya gumam.masih sukar untuk dihadam situasi ini.
"jom mamak aku payung"fauzi.naufal mengangkat tanda menolak lalu dilap wajahnya yang berpeluh.tiba pinggangnua dicubit. dia menoleh kearah alisya dan mengerutkan dahinya.
"jomlahhh"rayu alisya.bibirnya dijuih sedikit.Ren perasan akan kelakuan Alisya.Naufal mengangguk berat tanda setuju.
"ok jom, aku dah lapar"bingkas Alisya bangun lalu tangan Misha ditarik. Mereka berjalan berdua sambil berpegang tangan. yang lain hanya memerhati gerak geri mereka dan perlahan mengikuti.
naufal duduk dihadapan Alisya manakala Ren disebelah Alisya.Misha dan Alisya leka berbisik bisik sambil tergelak kecil.
"sayang Order"pinta fauzi
"roti kosong 2 air macam biasa"ujar misha. mereka sambung bebual. yang lain sudah membuat pesanan hanya Alisya yang masih terkekek kekek.
"baby order"ujar Ren
"macam biasa"pinta Alisya.. lalu Ren pesankan buat Alisya. Naufal sedikit berkerut. Meja mereka riuh dengan gelak tawa hanya naufal yang membisu. Alisya mencari kaki Naufal dibawah meja lalu dipijak.Naufal tersentak.dilihat dibawah meja kaki Alisya memijak.ditariknya perlahan.wajahnya mengerut.meja mereka masih penih gelak tawa.Alisya seolah tiada apa yang berlaku turut tertawa.naufal hanya menggumam. sudah mahu pulang
"lisya naik dengan huz, ada benda nak bincang"arah naufal lalu menuju ke keretanya.
"hah?ok"alisya bingkas.
"misha jumpa kat rumah"Alisya melambai. Ren terkedu. Misha membiarkan saja sahabatnya itu.
"ok jumpa lagi nanti ya, assalamualaikum "hadi bernada lalu menuju ke superbikenya yang diparkir sebelah kereta hadi.
"ok chow.. jumpa esok.. jaga anak dara orang elok elok.. kau jangan macam macam"nasihat hadi sambil menepuk bahu naufal.
"ye lahh"balas naufal. Alisya yang sudah berada didalam perut kereta melambai kepada hadi.enjin ford ranger itu dihidupkan.. dan mula bergerak.. Alisya melambai ren, misha dan fauzi yang masih dimeja.
Ford ranger itu terus meluncur laju.Hawa telinga mereka didendangkan lagu Patung dari Irfan Haris.Mereka dia. Alisya sedikit gementar. kemana mereka belum diketahui.Hanya tawakkal.Sesekali dia menoleh melihat riak wajah naufal. tenang. Aish... nak kemana ni. Risaunya
"huz bukan nak culik lisya. "Ujarnya
dia ni ada kuasa baca hati orang ke..getus hati Alisya.mereka diam, kereta itu terus maju.
Akhirnya sampai ke destinasi, dataran Putrajaya. Naufal mematikan enjin dan membuka tingkap separuh serta roofwindow.Mereka hanya membisu.Hanya melihat gelagat manusia yang berada di perkarangan dataran. lampu bewarna warni, belon memenuhi dataran. Naufal menurunkan sedikit seatnya.matanya menatap Alisya dari belakang. Hilang gusar dihati. Dia memejamkan mata. Alisya yang sedang asyik melihat suasana, menoleh.. la boleh dia tido.. bisik hatinya. topi itu dicabut diletakkan dia atas dashboard.. rambutnya diikat. telefonnya dikeluarkan dari begnya. diambil beberapa foto naufal. dan dia berselfie bersama. ketaaaapp ketaaapp.. tiba dia foto terakhir dia perasan naufal bangun dan badannya mengenai bahunya. kettaaapp.. foto terakhir diambil. kini giliran naufal,dicapai telefonnya dan berselfie. pipi mereka berlaga, rambut alisya dikucupnya.. done.. cukup hanya dua.Alisya tersenyum kaget. naufal kembali rebah kan badannya.
"datang memang nak tido ke"soal Alisya.diam.tiada balasan
"kata ada benda nak bincang"soalnya lagi. masih tiada jawapan. Ishhh... rajuknya sudah mula.. tangannya dicapai lalu jari mereka bersilang. dia menoleh.. mata naufal terpejam. dia cuba melepaskan gengaman itu tapi makin kemas. akhirnya dia mengalah. dia menghela nafas berat diluar jendela
"kenapa dia panggil lisya baby? "soalnya.Alisya tersenyum. jeles la tu.. kekek hatinya
"kami memang macam tu.. but mean for nothing."ulas alisya
"tapi huz tak suka"ujarnya,kecewanya jelas
"kenapa?"soal alisya. sambil menoleh kebelakang. mereka bertentang mata. Naufal bangun, rambut alisya yang lindung wajah itu dikuak lembut.wajah mereka dekat. hidung mereka berlaga. desah nafas naufal jelas kedengaran.
"coz you are my girl,my women, my priority"bisik naufal. mata mereka bertentang. jantung Alisya berdegup kencang. panas.di dorong bahu naufal agar memberi ruang untuknya bernafas.tapi dahi Alisya dikucup lembut. hangat. tenang. bahagia. ah berkecamuk.genggaman tangan itu kini dileraikan. Naufal membaiki seatnya dan menghidupkan enjin. Alisya membetulkan duduknya. Pandangan dilempar keluar sambil mengetap bibir tersenyum. Ford ranger itu mula meluncur.
"Ekspo.. jom"ujar alisya.
"ok"naufal mula mencari parkir. Dibuka ban rambutnya lalu diikat pony, dicapai kameranya. Alisya menanti diluar. selesai dia turun dan bergandingan dengan alisya.
"Ya Allah hensemnya"bisik hatinya. mereka melihat gerai jualan. sesekali mereka ketawa. dunia ibarat hanya untuk mereka berdua. Naufal tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto alisya. ada yang kandid ada yang alisya pose sendiri seperti model. Alisya menyuap stimboat cucuk kedalam mulut naufal.makan berkongsi, air berkongsi.. alahai...
"thanks tau hantar lisya"ujar alisya yang berdiri ditingkap sebelah driver. dagunya disangkut ditingkap itu. naufal mengusap rambut Alisya.
"thanks to you too, huz seronok jenjalan tadi,"telinga Alisya diurut lembut. berat mahu melepaskan.Alisya mengundur kebelakang mahu masuk.. naufal membuka pintu kereta lalu turun dari kereta itu.
"Lisya. "panggilnya. langkah Alisya terhenti. dia menoleh. tidak semena naufal berjalan mendapatkan Alisya lalu memeluknya. erat. Alisya kaget.apa aku nak buat ni.. baru mahu dibalas pelukan itu,naufal melepaskan pelukannya. dahi alisya di kucup. kemudian dia masuk kedalam kereta. Alisya melangkah dan menutup pintu pagar, baru lah jejaka itu pergi. Alisya memegang pipinya.. hangat.. eeeiiiii... gembira hatinya. Pintu rumahnya dibuka..
"Amboi amboiii.. "serentak suara misha, lia dan siti memecah suasana. housematenya mengintai dicelah langsir dan melihat adegan manis mereka.
"sweet nau"perli siti
"misha amik ridsect lekaih"usik lia
"kau nak buat apa dengan ridsect"tanya misha kebingungan
"aku nak spray semut, takut jadi busut nanti,sweet sangat, manis melecaih"usik lia.ketawa mereka berderai. Alisya malu lalu naik kebilik. mimpi indah malam ni oii..
Share this novel