"wey cepat la... lambat dah ni.. nanti kena bising"ujar Alisya terburu buru sambil meragut beg sandang kanvasnya.kelam kabut dia menyarungkan safety boot.Misha teman serumahnya juga kelam kabut terburu buru mengejar masa.
"wey cepat train dah sampai"tempik Alisya di tengah stesen lrt yang sesak. Misha berlari dibelakang Alisya.Pintu lrt tertutup.
"Nasib baik sempat"kata misha di ulangi gelak tawa kecil.Mereka berhimpit kerana ketika itu waktu puncak orang bekerja. Mata misha tertangkap kelibat sosok tubuh yang membuatkan anak matanya tak berhenti merenung.
"Weh hensem weh"ujar misha. Alisya kebingungan
"Apo.. "tanya Alisya
"tu belakang kau tu.elok mamat tu"diselangi ketawa kekek misha.
"ah kau tu semua elok bhai bangla jual roti tu pon elok"alisya gelak besar tatkala teringat akan keletah misha yang mahukan roti percuma.dalam pada masa yang sama Alisha cuba mencari sosok yang dimaksudkan. Matanya tertancap seorang pemuda yang sederhana dalam bergaya. t-shirt biru gelap, bertopi hitam berseluar jeans dan beg sandang. "Pelajar barangkali"getus hatinya.Tapi tak dinafikan kacak pemuda itu mencuit hatinya.
"oiii.. "sergah misha
"jangan tenung lama sangat nanti tembus naya aku"gelak kecil dihujung kata. misha menyiku Alisya tanda sudah sampai di stesen.Misha meluru keluar, Alisya masih kaku menatap wajah itu.
"eh sama stesen"getus hatinya.
"Woi cepat la.. "tempik misha. Dalam kekalutan Alisya berlari mendapatkan Misha. Dalam fikirannya masih memikirkan bagaimana untuk dia bertemu lagi dengan pemuda tadi. "Aish gatal"getus hatinya. Mereka berlari terburu-buru memandang waktu punch in kerja dah hampir.
"sir esok boleh la saya nak midnight, esok weekend saya nak pegi berlibur"muka manja terlihat diwajah dengan harapan pengurus mereka dapat makan pujuk.
"Alisya je sir saya cam biasa hepi hour.. lusa saya ada kelas pagi.. Alisya cuti.. nak midnight pon takpe"jelas misha.fast food satu satunya pekerjaan yang senang bagi mereka yang masih belajar.Tiada kekangan waktu.
"alisya esok kita dating berdua la, aku pon Midnight"Ren,traine manager yang rapat dengan Alisya,berbangsa cina tapi bahasa melayu fasih oii..
"ren pon midnight ke.. jap.. sir boleh la.. please"dia mengerdipkan dua biji mata bundarnya.pujuk selagi boleh
"you.. aishh.. ok la ok la.. but midnight esok u sorang je gegirl yang lain boys.. i letak u counter dengan irfan"ujar pengurus mereka
"counter pon xpe janji taknak station, tingkat atas takut"gelak kecil menyusul.Alisya berpuas hati dengan keputusan.
"ok siap. schedule esok dan lusa saya dah print out nanti tolong tampal"kertas itu hinggap di dahi Alisya.
"Tq sir kumar, tq sayang sir.love you sir piu piu"ditembak small heart bertubi tubi kearah pengurus lelaki itu.ditangkap dan dipijak pijak oleh sir.ketawa besar memenuhi ruang station..kertas itu ditenung.. kepalanya ligat mengatur acara.
"ren ada apa projek"soal alisya sambil memijak tangga stesen lrt. Dia, misha, ren dan Fauzi beriringan. Habis kerja ada saja plan.
"poji nak singgah pavi jap.nak cari barang nak ikut tak"soal fauzi.Alisya dan Misha menatap sesama sendiri. berfikir.
"ren ikut.ren nak singgah store klcc jap ada kerja. Alisya dengan misha ikut? "
"ren belanja makan, kami lapo"alisya menepuk perutnya yang lapar.
"ok"balas ren dengan cepat
"set jom cuci mata kat pavi"ketawa mereka berdekah ditengah stesen. Mata Alisya tertancap lagi pada pemuda yang ditemui pagi tadi.Tapi kali ini pemuda itu berdiri disebelah nya.Di dalam benaknya memikirkan perkara nakal hanya untuk menegur pemuda itu. Terkunci sudah. Alisya dan Misha saling berkuis. Tiba Alisya terdorong ke tepi kerana kakitangan pembersihan sedang menyedut air hujan yang tempias membasahi lantai platform. Alisya terdorong hampir terjatuh. Tiba-tiba bahunya dia pegang dan tersandar pada seseorang. Dia mengangkat kepala. Aish.. pemuda itu.Alisya dengan bingkas membetulkan posisi dan membongkok tanda maaf. Terukir senyuman di bibir pemuda itu. "Aish cair dah bongkah ais.. "getus hatinya.
"adoi"lengannya dicubit misha
"kau jangan ye.. aku chop dulu"bisik misha. mereka ketawa kecil sambil diperhatikan Ren dan Fauzi. Ren menatap Alisya dengan penuh risau.
"Ala train lain la"kesal mereka.Usai bergerak train mereka melambai lemah kepada pemuda itu yang berdiri dihadapan pintu.Tanpa mereka sedari lambaian itu dilihat oleh pemuda itu. Terukir senyuman dibibirnya. Lucu
"Alisya"bisik hatinya.senyuman tidak lekng dari bibirnya pemuda itu. Dia perasan gadis itu adalah gadis pagi tadi yang terserempak dengannya dan kelihatan kelam kabut.
"comel"getusnya lagi. Pintu train terbuka dan dia meneruskan perjalanannya. Dipakaikan headfon ditelinga agar dia dapat meneruskan perjalanan
dengan tenang. Turun dari stesyen lrt dia terus ke parkir superbikenya.Ducati itu meluru laju.
"Assalamualaikum, ibu angah dah balik"ujar nya sambil membuka sandalnya dan disimpan di rak.
"ibu masak apa. angah lapar"soalnya pada wanita berusia separuh abad
"pegi mandi dulu, "ujar wanita itu
"angah lapar"dia merengek.dia cuba untuk mengambil lauk tapi tangan nya ditepuk
"naufal,ibu kata mandi dulu kan"ujar wanita itu lagi. Naufal anak kedua dari 4 beradik yang semuanya lelaki.Usia berginjak 26tahun tapi paling manja dalam keluarga.
"baik Puan hajah kalsom"naufal lari menuju keatas takut dicubit ibunya. Puan Hajah Kalsom seorang ibu tunggal yang kematian suami akibat kemalangan jalanraya. Pemilik butik pakaian dan pemilik butik barangan kemas yang terkenal.Wanita yang berjaya tapi masih mengamalkan sikap merendah diri dan masih kekampungan.
"ibu tadi kan angah ada jumpa sorang perempuan ni, comel perangai dia."kongsi ceritanya
"kenapa angah suka ke. sapa nama dia. kenalkan dengan ibu"soal puan kalsom
"aish ibu ni, nama dia alisya kerja fast food rasanya tengok uniform dia tadi"terangnya
"dah tu"soal wanita itu lagi
"takde lah, angah cuma teringatkan..."katanya tak dapat dihabiskan.
"kenapa nak kena ingat lagi.. kisah lama, dia pin dah bahagia apa"getus puan kalsom.Diperhatikan airmuka anak terunanya itu. Masih ada kesan duka dihatinya. Perlahan naufal menyuap nasi kemulutnya. airmatanya bergenang tapi ditahan demi ibunya.
Selesai mandi Alisya merebahkan badannya ke katil.Pintu biliknya diketuk. Misha menjengah
"noi kau dah solat? "soalnya
"aku cuti noi.. "jawab alisya
"ok..lepas isya aku nak hang out dengan lin, kau nak join, nak buat assigment kat mamak"soal misha
"tak kot aku nak tido, letih weh"balas alisya. pintunya ditutup kembali.Dipasang radio dan di malapkan lampu tidurnya. Matanya terpejam. Tiba telefonnya berdering.
"wai... ren.. kenapa call memalam ni.. lisya ngantuk oo.. letih ooo.. "ujarnya. terdengar kekekan dihujung panggilan.
"sorry kacau..nak tanya lisya tadi ren ada bagi tak sketch pad dekat lisya sebab ren cari tak jumpa"soal nya cemas.Alisya meraba beg sandangnya.. dibongkar semuanya.
"Ah jumpa, ada.. ren nak sekarang ke.. "dia ingin kepastian.
"oh tak pe, esok lisya bawa pegi store ye.. itu plan untuk next month.thanks lisya.. cuak ren tadi"
"tu la.. cuai lagi.. nasib bagi lisya.."ngomelnya
"ala jangan marah baby"usik ren
"tak marah cuma geram, selalu macam ni, kalau pergi dengan orang lain macam mana? "marahnya
"sebab pergi dengan lisya la ren tak risau, boleh call lisya"diiringi hilai tawa
"yela tu.. eh esok tengahari ada kerja? "soalnya
"kenapa, lisya nak kemana, ren nak pegi mall je, nak window shopping hihi"
"cun, jom teman lisya, lisya nak beli barang"katanya
"ok esok ren amik lisya kat rumah, pukul 11 ya"tegas ren
"ok baby, saranghae oppa"gelak besar dihujung kata. talian diputuskan.Ditangannya ada keychain tertulis Naufadha dan ada corengan muka sepasang manusia. Lelaki ni.. getus hatiya.
"awek dia kot, ermm melepas"disimpan kembali keychain iti didalam beg. Dengan harapan dapat bertemu lagi untuk dipulangkan kembali kepada tuannya.
Alisya beriringan dengan Ren.Ronda ronda melihat window display.Diselang seli dengan gelak tawa. Alisya memang dikenali dengan sikap energatic dan nakal,ada saja onar yang mencuit hati. Ren tampak bahagia.
"comotnya.. makan ais ikut hidung ke."soal Ren sambil tangan nya mengelap titik aiskrim dihidung Alisya. Alisya gelak kecil. Tingkahnya comel. Ren menatap wajah itu.Hatinya meronta..mahu di cium pipi mungil itu tapi...
"oii... apo.. "Alisya menerjah.Ren tersenyum. Dalam mereka berbual bual bergelak tawa.,mata Alisya tertangkap susuk tubuh yang seperti dikenali.Sah mamat semalam. Alisya bingkas berlari anak meninggalkan Ren menuju ke arah pemuda itu.
"awak..awak.. "tempik Alisya kecil.Pemuda itu berhenti,lalu menoleh.
"ni awak punya"Alisya mengeluarkan keychain itu dan menghulurkan kepada pemuda itu.Di ambil perlahan oleh pemuda itu.Lalu dia teliti dan dia mengangguk
"mana awak jumpa"soalnya
"oh mungkin waktu saya terlanggar awak semalam. tersangkut pada beg saya, maaf ya"ujar Alisya.gelabah bertentang mata.Alisya tenang Alisya. jangan gelabah bewok.usai hatinya.
"ermm, tak pe takpe, terima kasih ya"mata mereka bertentang lagi. kali ini jantung mereka berdegup. macam dipanah petir. Naufal berdehem lalu mengalihkan pandangan.
"sorang je ke"naufal mula bicara.
"eh tak dengan kawan. "alisya menunjukkan jari kearah Ren yang berdiri tergamam. Alisya menunjukkan isyarat sekejap pada Ren lalu Ren mengangguk dan duduk kembali
"owh.. by the way thanks"ujar naufal lagi sekali
"eh tak pe takpe.. "Alisya membongkokkan sedikit badannya.Dan beredar. Tiba hujung begnya ditarik. Alisya berhenti dan menjerit kecil.badannya tersadung kebelakang.begnya dirangkul. mata mereka sekali lagi bertentang. pemuda itu melepaskan beg Alisya dan membaiki topinya yang senget
"maaf"pintanya
"Xpe xpe..ada apa ya"soal alisya.. minta la no fon aku getus hatinya
"saya naufal,naufal huzair.. awak"soalnya
aish malu pula dah... aishhh.. getis hati alisya
"nur alisya,panggil alisya or lisya"mereka membalas senyuman dan diam kaku.
"ish apo dia ni.. takkan nak jadi patung cendana kat tengah mak lok ni"bentak hati alisya
"boleh saya minta no fon alisya"soal naufal gugup. Alisya semakin nakal tatkala gugup naufal kelihatan jelas
"kenapa nak nombor fon saya,?"usiknya
"ermm.. nak kenal kenal"jawab naufal.kali ini dia tidak berani bertentang mata dengan alisya. tangannya dia genggam rapat. gugup yang cuba disembunyikan.
"tapi tak boleh takpa lah"naufal menundukkan sedikit badan nya dan cuba untuk berlalu pergi
tapi Alisya lebih cepat,ditarik belakang baju naufal dan terus mengadap naufal.rambutnya yang panjang mengurai itu tertampar pipi dan hidung naufal. naufal tergamam. cantik.. getus hatinya. Alisya menghulurkan telefonnya.
"nombor awak? "soal Alisya
"oh"dengan gugup naufal mendail nombornya pada telefon Alisya.telefonnya berdering. Alisya merampas telefon naufal dan menaip namanya
"ALISYA COMEL"di tunjuk paparan itu pada naufal. naufal tertelan besar airliurnya
"HUZ SAYA,ok saya dah save nama awak"lagi sekali naufal tersedak apabila alisya menunjukkan paparan namanya. Ren hanya memerhati dari jauh.Hatinya tak keruan dengan keadaan itu.
"nanti call tau,jangan rindu je call, tak rindu pon call"ujar alisya sambil berjalan menuju kepada Ren.Naufal membalas lambaian Alisya.Bahagiakah..gembirakah.. Ah perasaan apakah ini.. getus hati naufal.Dia menoleh melihat Alisya bergandingan berjalan dengan lelaki itu. perasaannya berkecamuk. Dia tersenyum sendiri.
Share this novel