Cahaya mentari pagi menerjah ke wajah alisya.alisya membuka matanya perlahan, dah pagi. Di capai handfonnya.
"8.30..ermmm"dia berbasi basi. keluh panjang di hela.lehernya terasa hangat,desahan nafas seseorang. dia berpaling
"huz.. "dia terkejut. dia bangun memeriksa bajunya.. ada.. di ingat kembali kali terakhir dia bangun subuh tadi.. dia seorang.. bila naufal masuk ke biliknya.
"ermmm.. morning.. "naufal memeluknya kembali. dia benar benar baring di sebelah naufal.cahaya mentari yang menerjah wajah naufal menyerlahkan auranya.kulit rona tan itu dikuis kuis perlahan.
"dah lambat ni, bangun cepat"alisya bersuara. dia bangun dan menuju ke bilik air. dia mengosok gigi, naufal membuka pintu bilik air dan mencapai berus gigi. mereka gosok gigi bersama. cuci muka bersama. dirapikan wajah naufal.. dicukur janggut dan kumis yang baru tumbuh. mereka keluar menuju kedapur untuk bersarapan. aroma yang menyelerakan memenuhi setiap sudut rumah. Raihan didapur.
"morning love birds"sapa raihan
"morning"naufal menyahut. alisya membontoti naufal. ditarik kerusi untuk alisya. naufal duduk disebelah.
"wah mantap breakfast"puji naufal. alisya terpegun melihat sarapan yang disediakan raihan. beberapa keping foto diambil. menyelerakan.
"makan lah nanti lambat ke kelas"ujar raihan
"cantik sayang nak makan"ujar alisya.
"makan, bukan senang nak rasa air tangan chef hotel 5 bintang"seloroh raihan. mata raihan tertangkap kesan merah di leher mereka.
"korang jangan gelojoh boleh tak, kawin dulu kalau nak menggelupur pon. "mereka tercengang. muka alisya merah. malu
"tu leher tu, nak kena sembelih dengan puan kalsom ke"ujar raihan lagi. mereka diam.
"kami tak lebih, takat ringan ringan je"jelas naufal.. alisya diam, mukanya terasa hangat.malu
"atok kau, ringan ringan.. ini anak dara orang.. kena jaga.. kalau nak buat cara nak, kalau dah tak tahan halalkan"tegurnya lagi,
"atok orang ayah dia"naufal bercanda
"ha ah kan, ayah orang atok dia"mereka ketawa.
Alisya mengenakan t shirt high neck kepunyaan raihan yang dipinjamnya bagi menutup tanda merah itu. manakala naufal menampal koyop. mereka jalan berasingan kerana kelas mereka terletak di bangunan berbeza.
"apa cerita, dah settle? "soal alisya. siti juga menanti cerita
"dah"alisya malu
"so ending dia"siti tidak sabar
"dia purpose aku.. kami couple"cerita alisya gembira
"eeeiiiiiii"mereka bertiga bersentak. pelajar lain melihat gelagat mereka
"maaf maaf "ujar siti apa bila banyak mata menyaksikan mereka.alisya bercerita.. terdengar suara jerit kecil misha dan alisya. di luar kelas sepasang mata memerhati..sakit didalam hati.
selepas kejadian semalam, alisya,misha dan siti semakin akrab.. siti dan misha menyokong sepenuhnya hubungan mereka.sedang mereka makan di cafe..
"naufal huzair.. "tempik jane.mereka bertiga memandang kearah jane.dia berjalan kearah naufal. entah apa yang dibincangkan, tangan jane memegang leher
naufal tapi ditepis perlahan, tangannya dpegang juga direntap. alisya diam.
"alisya nak aku tumbuk tak muka betina tu"ujar misha yang sedikit geram.
"meh aku tolong tampar bagi pihak kau"ujar siti
"biarlah dia settle sendiri, aku percaya dia"balas alisya.
"uuuuuuuu, so sweet"siti dan misha berpelukan tawa mereka memecah suasana.banyak mata tertumpu pada mereka. naufal nampak buah hatinya disitu. ketawa gembira. naufal meninggalkan jane yang sedang mengombrol.air alisya di minumnya. misha dan siti kaget, begitu juga alisya, roti ditangan alisya digigitnya lalu dahi alisya diciumnya.
"jumpa nanti ya sayang"alisya dipeluk dari belakang dan pipi alisya dikucup naufal.muka alisya merah.
"wooooooo"ramai yang menjerit terkejut dengan tindakan spontan naufal. siti dan misha Berpelukan.
"aku nak juga.. "tempik mereka. alisya menekup muka malu. naufal dengan selamba beredar. jane membara. geram.kisah mereka menjadi bualan hangat di kampus.
"selamat datang"sapa crew restoran andai ada pelanggan masuk ke premis.hari ini mereka agak sibuk. tidak menang tangan. gandingan misha dan alisya di kaunter memudah urusan dikaunter. ren membantu melancarkan operasi.keadaan reda.misha dan alisya rehat bersama.diruang rehat mereka berceloteh.. direnggangkan otot badan yang keletihan.
"wait... "misha menghampiri leher alisya. merah.
"serius ah "alisya cuba menutup tanda itu
"kau biar betul"misha terkejut
"apa"soal alisya
"kau sampai mana dah dengan dia"soal misha lagi
"terengganu"jawab alisya
"hotak kau, ship korang"bentak misha
"popo je"alisya malu dan sedikit gementar.
"abis tu.. merah"soalnya lagi
"terlajak"alisya berseloroh.
"bawah, rabak la, tak suci dah la"misha sedikit keras
"ouishhh tak la sampai ke situ,aku tau la"jelasnya
"betul ni"tekan misha lagi
"lilla hi taala tak"sumpah alisya.
"kau jangan.. aku dapat tangkap aku cincang dia dengan kau kau aku cincang"ugut misha.
"ya ya."jawab alisya
"wow takut sampai nak cincang bagai. ren yang sudah habis duty masuk ke ruang rehat dan duduk disebelah alisya.
"ni makcik ni, assigment tak siap lagi.. lagi berapa hari due date. "tipu misha
"ooo"ren mengangguk.kentang goreng diambil lalu disuapkan ke mulutnya. alisha sedikit tunduk mukanya kerana sos burger menitik diatas bajunya. tanda merah itu kelihatan. ren tersedak. terkejut melihat tanda itu. airnya disedut.ren ke tandas. dia melepaskan keluhan didalam tandas. kecewanya dia.pintu tandas dibuka. alisya disingki mencuci bajunya yang kotor.
"lisya, ok"soal ren
"emm"alisya mengangguk
"dah settle?"soalnya lagi
"emm"alisya menggosok kesan sos tersebut. tanda merah itu jelas kelihatan. hatinya kecewa.
"kenapa leher tu"ren berbasi basi
"nyamuk.. kulit lisya sensitif"tipunya..kenapa.. sampai mana hubungan kalian. rintih hati ren.
"ren balik dulu, malam ni ada plan?"soal ren
"poji nak main futsal katanya, hadi and huz pon ikut,ren tak join"soalnya
"pukul berapa.."soal ren ingin kepastian
"kami habis keje pukul 8..pukul 9 kat tempat biasa"terangnya.
"kita jumpa kat sini la, pergi sekali"ren berbicara.
"ok"jawab alisya. ren berlalu.
"oiii jom dah cukup time"ajak misha. mereka membontoti ren.tiba ditangga... jane and the gang..
"excuse me"jane meminta laluan... misha dan alisya ke tepi memberi laluan.. tiba misha dan alisya melangkah kaki alisya di tepis.. alisya tergolek kebawah..
"alisya.. "tempik misha. ren yang berada di muka pintu masuk kembali mendapatkan alisya.. alisya di kejarkan ke hospital.. tidak sedarkan diri. misha dan ren resah.alisya masih di bilik kecemasan. naufal dan raihan tiba kemudian, misha menelefon naufal memberitahu akan kejadian tadi. fauzi juga disitu.
"waris nur alisya bt borhan"panggil nurse. ren dan naufal mengaku..
"saya teman lelaki dia"ujar naufal
"saya pengurus dia"ujar ren. nurse terkamit kamit memilih untuk memanggil siapa.
"ke tepi,"usir misha...
"saya rakan, sekerja, serumah, sekampung dan satu sekolah, jadi biar saya yang jumpa doktor ya nurse"terang misha...
"ok,sila"usul nurse
"korang duduk situ, tunggu"jari dizip mulutnya tanda suruh diam
Alhamdulillah tiada yang teruk hanya pergelangan kakinya retak dan perlu bermalam beberapa hari diwad memandangkan alisya masih belum sedar.
"aku balik amik baju dia.. korang diam jangan bising.. "ujar misha.ren dan naufal akur. seperti si ibu memberi arahan kepada anaknya.
mereka diam.. naufal duduk disisi alisya.. digenggam jari alisya. raihan dan ren yang dududk disofa hanya memerhati.ren perasan akan koyop dileher naufal. kebetulan atau benar apa yang difikirnya..bisik hati ren.setelah mereka berbincang akhirnya raihan diamanahkan untuk menjaga alisya.
Misha dan siti mencari jane.sesiapa saja yang rapat dengan jane disoalnya. tapi dia tidak hadir kelas.mereka kecewa.mereka terserempak dengan naufal. bertanyakan khabar alisya. alisya dah sedar. cuma demam panas. mungkin terkejut akibat jatuh. misha dan siti terus ke kelas. naufal ke perpustakaan.mencari bahan untuk assigment.
"naufal huzair"naufal menoleh. sir khalil.naufal gugup.
"alisya macam mana"soalnya.
"dia ok tiada yang parah cuma pergelangan kakinya saja yang retak, tapi hari ni dia demam panas"jelas naufal
"owh.. "lelaki berusia awal 30-an diam
"kenapa sir tanya"soal naufal.dihulurnya sketch pad milik alisya.
"bagi ni pada alisya ya"ujarnya
"kenapa sir tak bagi sendiri, rasanya lebih baik kalau sir bagi sendiri. "naufal menolak.
"tiada apa yang penting dan keperluan untuk saya jumpa dia"suara lelaki itu mendatar
"tapi saya rasa sir tahu apa maksud saya dan kenapa potret sir ada dalam tu,"tegasnya. mahu ditemukan dua beradik ini.
"tak apa lah,awak saja yang beri pada dia"ujarnya.lalu bangun mahu meninggalkan meja
"maaf saya tak boleh, sir selesaikan secara baik dengan alisya. susah payah dia cari sir sampai jumpa.. saya rasa sir tahu apa yang dia mahu.. sir lebih kenal dia dari saya. "naufal meninggalkan sir khalil dan sketch pad itu di meja.
naufal ke hospital. menjenguk puteri hatinya.
"hai, macam mana hari ni.. "dahi alisya diusap lembut. panas. mata alisya yang lemah di tatap penuh sayu.
"baru habis kelas ke"soal alisya.katil di bangunkan sedikit,untuk alisya bersandar.
"dah sampai.. ok la orang balik dulu.. malam karang orang datang.. "ujar raihan
"takpe malam ni orang jaga sebab esok kelas tengahari"ujar naufal.
"ok la kalau macam tu, pape call ok, bye lisya, rai balik dulu ya"pintu wad ditutup rapat.
"dah makan?"soal naufal
"dah, makan bubur tadi, rai buatkan"ujar alisya lemah.
"doktor kata apa"naufal ingin tahu perkembangan
"kaki ok, just retak je, tunggu demam kebah boleh la balik"ujarnya
"rehat ya"suruh naufal.
"nak balik bosan"rayu alisya.
"eemmm.. no, bagi sihat dulu baru balik"alisya mencuka. di lap badan alisya dengan tuala basah. dirapikan rambut alisya dan dibedak juga.kemas jagaannya. sayang benar naufal pada alisya. misha, fauzi dan ren datang. juga hadir beberapa orang crew restoran. naufal memberi peluang mereka berbual. naufal menunggu diluar.
"hello ibu, malam ni angah tak balik, alisya warded, angah nak jaga dia.angah suruh ucu balik sebab semalam ucu jaga"jelasnya agar tiada salah faham
"owh... ok,nak ibu siapkan apa apa tak. "soal puan kalsom
"buat masa ni takde, kalau ada apa apa angah bagitahu ibu"talian di matikan. usai itu kelihatan teman teman alisya keluar.. misha dan fauzi juga.
"jaga kawan aku elok elok, kalau tak"misha menunjukkan penumbuk.. fauzi menurunkan tangan misha.
"sir khalil ada jumpa kau"soal naufal.
"ada, sial si jane ni, dia bagi pad tu dekat sir. "ujar misha bengang.
"tapi aku suruh dia pass kat kau sebab kau nak datang kan"ujarnya lagi
"abis tu kau tak datang. "seloroh naufal
"aku tak tahu nak cakap macam mana nak tolak,tak tahu nak buat macammana nak temukan mereka. so aku pass la kat kau, kau kan bopren dia"katanya.misha dan fauzi berlalu pergi.
didepan pintu dilihat ren memeluk alisya dan di cium dahi alisya. naufal memerhati.. mahu diterjah tapi dia sabar. mungkin ada perkara yang perlu mereka selesaikan. agak lama.naufal terjah masuk. dia duduk di sebelah alisya.ren hanya memandangnya.
"ren balik dulu ya, cepat sembuh ya"ren berlalu.
naufal mengikutinya.bahu ren di cuit. ren berpaling
"aku tak suka dengan apa yang kau buat tadi"jelasnya.
"aku buat apa"soal ren
"kau cium dahi alisya, aku nampak"tegasnya
"so, dia tak kata apa apa,kau yang melebih.. heh"sindir ren.
"aku teman lelaki dia, so kau better jaga kelakuan kau"amaran naufal
"baru boyfriend bro bukan suami, masih ada peluang.. sedangka yang kawin pon boleh cerai, couple heh.. "provok ren. naufal menggenggam jarinya.. geram. lama mereka bertentang mata. akhirnya ren melangkah pulang.
Share this novel