bab 6

Romance Completed 15464

Kafetaria kampus bingar.Mid exam tamat.semua melepaskan lelah.Di satu sudut, naufal bersendiri.Headfon dikepala.Dunianya sendiri.Foto dari kameranya di transfer kedalam laptopnya. satu persatu foto Alisya di tatapnya.Jane dan jihan menyapa.Tapi tidak didengari.Mata mereka menangkap identiti gadis didalam foto itu. Alisya.. mereka bengang.Bahu naufal ditepuk. Naufal menoleh, headfonnya disangkut dileher.
"ada apa"soal naufal. tidak selesa
"malam ni kami adakan party, semua pergi, hadi pon, you join tak? "soal jihan
"nope"ringkas lalu di tatap laptopnya kembali.
"jom la"pujuk jane
"sorry nope"jawabnya malas. tiba tiba bahu naufal ditampar.Dia menoleh, dua gadis itu juga terkejut. Alisya lari mendapatkan misha dan berpaling sambil ketawa dan menjelirkan lidah.susuk tubuh nakal itu hilang dari pandangan.
"ish biadap"bentak jane. naufal berpaling. matanya dijengkil
"don't you ever say that. she's my girl"amaran dari naufal. dia berkemas meninggalkan dua gadis itu.gadis gadis itu makin geram
"sial kau alisya"marah jane.naufal mendapatkan hadi di tengah pikuk pelajar.
"aku tengok kau semakin maju"usik misha.
"takde lah, biasa je, apa yang majunya.. kau tu maju dari aku"ujarnya.
"aku rasa dia ada hati kat kau la"nyata misha.
"tak mungkin.. taste dia mesti tinggi oo"
"tak tertanding aku dan bukan aku"ujar alisya sambil menyumbat mulutnya dengan buah jambu.
"dak la,ramai kot aweksss usha dia tapi kau je yang boleh usik dia"jelas misha
"aku, alisya senget sapa yang tak jadi senget kalau aku usik. contohnya kau"alisya ketawa
"betul juga.. "misha mengiyakan. bila difikirkan balik ada betulnya kata alisya.. sapa yang tak tertarik dengan perangainya yang spontan dan gila gila.
"tinggal 4hari lagi cuti, pastu kerja, kita ke mana mahu dihabiskan sisa cuti"soal Alisya.
"karok jomm"ujar misha.
"mari kita, zam zam ala kazam"tempik alisya lalu mereka ketawa.pelajar yang lalu lalang disitu hanya memerhati dan gelak melihat gelagat mereka. berpegangan tangan seperti kekasih beriringan.. ermm jadi buah mulut.

mereka berseronok berdua didalam bilik itu. sengau ke, pitch lari ke, sumbang ke, gasak.. hanya mereka. tiba bilik mereka dibuka. mereka berhenti menyanyi. Jane and the gang..
"opps, looks.. a couple of bitch"ujar jane. mereka duduk di sofa tanpa di undang
"kau pehal"bentak alisya.
"malam ni kami ada party dekat club house, aku nak naufal datang"ujar jane.meluat pula aku kat anak tan sri ni.. bisik hatinya
"kau bagitahu la dia sendiri"ujar alisya
"ntah apa kena mengena dengan alisya"tambah misha
"masalahnya kami dah ajak tapi dia reject"jihan bersuara
"dah tu apa kena mengena dengan aku"alisya pelik.
"aku nak kau dan budak fakulti kau join kami malam ni"ajak jane.
"tak kuasa aku, kau cakap la dengan bebudak lain"alasannya.lalu jane mengeluarkan sketch pad dan tunjukkan kepada alisya. Alisya terkejut. sketch pad itu miliknya yang hilang.puas dicari tapi tak jumpa. rupanya ada pada malaun ni. marahnya dalam hati.
"so.. "soalnya.helaian demi helaian diselak. satu lakaran wajah ditunjukkan
"sir khalil.. "jane bersuara. Alisya diam. jarinya digenggam. geram. Misha menggosok belakang alisya minta dia bersabar.
"kau admire dia kan.. sir kalil, sir khalil, sir khalil, "helaian demi helaian diselak.
"nak aku tolong bagitahu kan? "ugutnya.darah amarah alisya membuak buak
"kau nak aku buat apa"soal alisya.. dia terpaksa akur.. ada rahsia disebalik lakaran itu.di sua satu kotak didalamnya berisi dress yang agak daring berwarna kuning cair.."aku nak kau join party,inform budak fakulti kau, kau pakai baju ni. dan kau.."jarinya ditunding kepada misha satu lagi kotak di sua
"ni untuk kau.. korang pakai malam ni. aku tunggu dekat club house"alisya mahu menangis tapi ditahan.beredar saja mereka. alisya menangis semahunya. misha memeluk sahabatnya.bunyi tangisan Alisya memenuhi ruang bilik.

Mereka tiba di tempat yang diberitahu. mereka jalan terkepit kepit.. tidak selesa. dress terlalu singkat hampir menampakkan pinggul mereka. yang lain juga bergaya dengan dress masing masing. Hadi perasan akan kehadiran mereka..membantu. mereka hanya berdiri diam dimeja. diperhatikan ramai juga budak dari fakulti mereka hadir. malu oii..
"wooooaaaaa"jerit budak budak fakulti mereka.
Alisya i love u"suara daus memecah suasana. mereka ketawa. mereka sudah biasa dengan guraun seperti itu. acara dimulai.. semakin rancak.. misha dan alisya juga seperti sebati dengan keadaan. muzik rnb bergema dia dewan mini itu.. lampu bergerak kesana sini. mereka menari mengikut rentak.mereka hanya menari berdua. dan akhirnya alisya berseorangan kerana misha ketengah dewan bersama yang lain, berpasangan dengan daus.
"apa punya suwey lahai nok"dia berbisik.
"bagus kau kan, ingat tak datang tadi"ujar jane
"aku dah datang pon naufal tetap tak datang"alisya menebak
"tak pa asal kan kau datang"alisya tidak sedap hati bila mendengar kata kata dari jane.
"bagi blik sketch aku"pintanya..
"nope.. mission not accomplish yet"jelas jane. apoooo... hatinya semakin tidak senang. apa agenda sebenar jane. hati nya tak keruan.tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali menghampirinya.Alisya tidak mengendahkan mereka. dia terintai intai misha yang hilang ditengah tengah kuruman manusia yang sedang menari.tangannya ditarik lelaki itu,diajak untuk menari, tapi direntap. tidak hanya itu tangan itu merayap di pahanya. Alisya menjauhkan tetapi lelaki itu tetap menghampirinya. masih meraba pahanya.
DEBUSHHHHH..tumbukan alisya hinggap dipipi lelaki itu. bibir lelaki itu berdarah. lelaki itu mahu menampar alisya.. tiba tiba lelaki itu ditendang.Naufal dengan muka yang cukup marah berdiri disebelah Alisya.lelaki itu bangun mahu melawan tapi di tahan hadi dan daus. naufal mahu menumbuk lelaki itu tapi alisya cepat memegang tangan naufal. hentikan pergaduhan itu. marah benar raut wajah itu.
"cukup huz, cukup.. "ujar alisya yang teresak dengan tangisan. naufal menarik alisya lalu memeluk gadis itu. esakkan Alisya membasahi kemeja naufal. di kucup ubun ubun alisya berkali kali agar alisya tenang. jane bertambah geram melihat mereka.
"alisya kau ok ke? ada cedera tak?"soal misha yang serba salah. alisya menggeleng. pelukan naufal dilepaskan tapi tangannya digenggam kemas oleh naufal.
"sial la betina tu"marah misha. matanya mencari kelibat jane. nampak.. misha laju berjalam kearah jane yang berdiri dibawah sinar lampu.
PANGGG.. penampar misha higgap dipipi jane. rambut jane dikeronyok. jane tersembam.
"kau plan semua tu kan, kau memang nak kenakan Alisya kan"dituang air kebadan jane. basah.
"kau memang sial, loser, puiii"diludah jane. puas.. semua tergamam.lin menghampiri misha
"misha sorry"pinta lia
"sorry apak kau, kau yang bagi sketch tu dekat sial tu kan, kau memang babi la, aku tak nak tengok muka kau kat rumah tu"marah misha. geram betul dia kali ini.
"aku tak tahu, bila masa dia masuk bilik
Alisya, aku baru tahu je itu sketch alisya, aku tak tahu, "jelas lia
"ah pegi mam la dengan sorry kau.. kau kemas barang kau sekarang aku taknak terserempak dengan kau kat rumah,kalu tak sakit kau nanti"amarannya.meletus amarahnya. siapa yang menyakiti sahabatnya bererti dia cari gaduh dengan nya. naufal berjalan kearah jane sambil memegang tangan Alisya..
"ini amaran terakhir, kau kacau alisya atau misha kau berhadapan dengan aku. tolong jangan muncul depan aku lagi, semak"mereka berlalu pergi.

"yang awak pon kenapa tak bagitahu nak pergi kat situ. "bebel fauzi pada kekasih hatinya.
"mana saya nak tahu dia nak buat macam tu"balas misha. mereka bergaduh kecil. misha menelefon fauzi untuk memberi tahu kejadian itu malah di marah pula. Alisya dan naufal didalam kereta.kemeja yang dipakainya disarungkan pada alisya. tinggal t shirt hitam berlengan pendek. Alisya masih teresak esak.
"kenapa pergi tak bagitahu huz"soal naufal.
"ingatkan huz datang, sebab dia kata dia nak huz datang"jawab alisya teresak esak.
"kalau huz tak datang tadi macam mana"nadanya sedikit tinggi. di hempuk stereng.alisya terkejut
"sorry"pinta alisya.
"ni baju ni,kenapa pakai macam ni, nak tunjuk kat sapa"hujung baju ditarik tarik. marah betul dia
"jane yang bagi, dia suruh lisya pakai, misha pon sama"jelas alisya. sedikit gugup. takut dia melihat amarah naufal.di paling pandangan keluar.kelihatan misha dan fauzi juga bertengkar. aish sapa nak tolong aku ni..gumamnya.
"abis tu kalau dia suruh pakai daun pisang, pakai plastik sampah pakai la.. "bentak naufal. alisya ketawa.lucu dengan leteran naufal
"tak kan nak pakai, rasional la sikit"alisya sambung ketawa. naufal menyandar kepalanya kepintu sambil mengigit jari. menahan marah. Alisya menatap wajah naufal. ditongkat dagunya jarinya mengelus jari naufal
"lisya minta maaf, lepas ni lisya akan berhati hati"senyum sedikit. harap naufal tak bebel.naufal memandang alisya dengan hujung mata. tangannya di elus elus alisya. lantas dipeluk gadis itu. alisya membalas pelukan naufal.tenang rasanya. Alisya rasa seolah dilindungi. alisya memeluk naufal erat. tangan naufal memegang kedua pipi mungil alisya.
"please lepas ni tolong jaga diri, info huz kalau ada apa apa"katanya.Alisya mengangguk
"no.. bagitahu setiap kali lisya nak keluar, kemana nak pegi, dengan siapa, bagitahu"risaunya jelas. Alisya mengganguk
"you know how worried i am, please dear"dahinya dirapatkan ke dahi alisya.
"eem"sehaya mengangguk.
"lisya hidup huz, lisya segalanya bagi huz"tiba manik manik kecil mengalir dari mata jejaka itu. Alisya kaget. naufal menangis kerana dia.disapu airmata jejaka itu
"ya Alisya janji"alisya merapatkan hidungnya. mata mereka bertentang. nafas naufal kedengaran. naufal menginjak sedikit kebelakang. pipi gadis itu dioles perlahan. hatinya berdegup. pandangan mata mungil itu membuatkan matanya keresahan.dikucup bibir alisya. dioles lembut.Alisya hanya membiarkan bibir mereka berlaga.mereka berkucupan.
"sayang... "panggil fauzi
"apa.. "misha menjawab acuh tak acuh. fauzi menunding jari kearah kereta naufal. Omg.. misha menekup mulutnya.terkejut melihat aksi cumbu sahabatnya.muka alisya merah.. malu.. misha menuju kearah mereka. Alisya gelabah.
"jom makan"ujar misha.. dia menghmpiri telinga alisya
"kau noti ek.. pandai ek"alisya malu.
"jom"balas naufal.
kami follow korang"balas fauzi
"ok"ringkas alisya sambil menyuruh misha pergi. tengah mereka santap, kehadiran Ren mengubah suasana.
"sayang dari mana"tanya alisya.
"baru balik dari gym"jawab Ren. kurang senang dengan situasi itu. tangan naufal menguis paha alisya isyarat bahawa dia kurang senang.
"sorang je ke"soal alisya lagi. naufal tak di endahkan
"tak dengan member, korang yang daring ni dari mana, dont tell me you all dari clubbing"teka Ren.
"nope"misha menjawab.
"huh"ren makin bingung. alisya bangun lalu menarik tangan Ren dan bergerak sedikit menjauh dari meja mereka. Alisya bercerita apa yang berlaku. Ren mencabut sweaternya lalu mengikat dipinggang alisya. naufal memerhati dengan penuh risau.
"dorang takde pape jangan risau, dorang memang rapat"terang misha
"ha ah, dorang memang macam tu, tu baru sikit, belum tengok dukung berdukung"usik fauzi. naufal tersedak. dihirup air dengan cepat. misha dan fauzi ketawa. aishh... jem otak aku.. getus hati naufal.alisya kembali kemeja mereka.
"weh ok lah aku gerak dulu, nanti jumpa kat tempat keje, kau esok jangan lambat, lisya pape call ya"Ren beredar dan melambai
"ok sayang"alisya melambai
"bye baby"balas ren.di beri mini love kepada lelaki itu. ren berlalu pergi alisya beralih mengadap makanannya yang tersisa. naufal diam hanya mereka bertiga mengomel.
"weh aku gerak dulu, esok poji kerja hepi hour. "misha bersuara
"ok"balas alisya ringkas.
"kami nak melencong dulu"naufal bersuara
"amboi, jangan lewat sangat tau. anak dara tak boleh balik lewat. "amaran buat alisya. alisya membalas dengan isyarat ok. mereka berpisah. ford ranger itu meluncur laju.
"nak kemana kita ni"soal alisya
"lisya takde kelaskan esok, huz pon takde, kita jalan jauh sikit ya"terangnya.Alisya menggaru kepalanya yang tidak gatal. telefon alisya berdetak .mesej dari misha

misha>"dont be late, you owe me explaination ya"

alisya>"ya ya.. sabo sabo nanti aku crita."

misha>"advance kau noi, hot story crita tau

Alisya ketawa sendiri.
"Siapa"naufal curiga
"misha, bebel macam mak mak"balas alisya.
"kalau ngantuk tido dulu"naufal berbahasa.
"eemm"alisya menyanyikan bait bait lirik I'M NOT PERFECT dari jamie miller yanf berdendang dicorong radio. dirungkai sweater Ren dan dijadikan selimut, sejuk.Alisya tertidur.

Alisya terjaga.. 4.00 pagi. kedengaran deruan ombak memecah sunyi. dia sendiri didalam kereta. naufal.. mana naufal.. kat mana ni. Alisya menangis.pintu diselahnya dibuka.. Alisya menjerit. pantas naufal memeluk.
"lisya...ni huz la"dia memujuk. Alisya mendongak.
"pegi mana aishhh"marahnya.ditolak naufal dan dia turun.Alisya berjalan berkaki ayam, tidak selesa dia dengan heels. naufal mengambil selipar di seat belakang lalu disarungkan ke kaki alisya.
"rumput pantai tajam, nanti sakit kaki"terang naufal.alisya tersenyum.
"kat mana ni"soal alisya.
'terengganu"jawabnya.mulut alisya yang melopong ditekup. Alisya benar benar terkejut.
"kan huz kata nak bawa lisya jalan jauh"ingatnya
"kata jauh sikit, ni bukan sikit tapi banyak"balasnya.
"baju tak bawa nak salin"soalnya lagi
"takpe esok kita beli"naufal selamba. naufal baring di tank belakang. alisya masih berdiri disisi kereta. menikmati suasana.
KETAAPPP
Alisya berselfie. lalu dikirim kan kepada misha

alisya>sorry noi aku tak balik, aku kat terengganu wehh

tiada balasan. misha sudah lena dibuai mimpi. alisya terkial kial mahu memanjat tank. naufal turun dan mengangkat gadis itu dan letak diatas tank. kaki alisya terkulai dia hayun perlahan.naufal menarik baju alisya yang hampir menampakkan separuh pahanya. naufal mengambil sweater Ren lalu menutupi paha Alisya.
"ok, done"naufal berpuas hati. dia berdiri disebelah Alisya. kopi panas yang dibeli dari kedai serbaneka tadi masih hangat disua kepada alisya.
"terima kasih"ucap alisya. ditarik getah rambut naufal yang ikat ala pony. lurus lembut rambut jejaka itu. alisya suka. naufal membiarkan saja. di konyol konyol rambut naufal sampai jadi serabut.naufal menangkap tangan alisya kali ini getah rambut alisya dicabut. sehaya itu. bibir alisya dicium. Alisya menampar lembut bahu naufal.
"penting sangat ke sketch tu"soal naufal.Alisya terdiam.
"kenapa sampai nak kena ikut cakap jane semata mata untuk sketch tu"soalnya lagi. Alisya memegang kopi itu sedikit bergetar.
"takpa taknak cerita lagi tak pa, huz tak paksa"
naufal cuba hilangkan debar dihati alisya.
"itu sketch lakaran wajah sir khalil. "alisya mula cerita.
"sir khalil perakaunan? "soal naufal bingung
em.. alisya mengangguk.ah makin bingung
"dia abang lisya"jelasnya.naufal terkejut dengan penyataan alisya. dia menoleh melihat alisya. jari halus itu menyelak rambutnya yang ditiup angin.
alisya mengumpul kekuatan untuk meneruskan cerita.
"Dia abang seibu berlainan bapa"ada sedikit getar.
"mak sebelum kawin dengan abah alisya mak pernah kawin, ayah kepada abang khalil"jari alisya digenggam. dia dapat rasakan kesedihan itu.
"mak diceraikan ketika abang khalil dalam kandungan"alisya menunduk dikumpul kekuatan untuk terus bercerita agar tiada salah faham
"abang khalil lahir mak kawin dengan dengan abah"
"alisya umur 5 tahun abang khalil darjah 6,mak gaduh besar dengan abah"
"abah ungkit status abang khalil, abang khalil dengar, abang khalil lari dari rumah"
"abang khalil lari kerumah arwah nenek"alisya mengesat airmatanya.
"start hari tu abang khalil tinggal dengan nenek"
abah larang mak bawa balik abang khalil, lisya dengan abang khalil jadi renggang"
"pastu mak lahirkan zul, adik lisya, nenek meninggal, mak hantar abang khalil kerumah anak yatim sebab abah tak bagi mak jaga abang khalil."
"tapi mak tak pernah abaikan abang, tiap minggu mak pergi jenguk abang dari jauh, bekalkan duit untuk abang, mak serah kat ustazah kat situ, mak mahu rahsiakan"dia menarik nafas, naufal mendengar dengan penuh minat. dia kesat airmata yang mengalir dipipi alisya.
"bagi abang khalil mak buang dia, tapi hakikatnya mak sampai sakit sakit rindukan abang. abah bawa lori kargo, selalu keluar daerah, time tu mak pergi jumpa abang"jelas alisya lagi
"abah lisya tak tahu? "soal naufal.
"tahu, abah pukul mak, tapi mak janji tak buat lagi, mak tipu, mak tetap pergi, abah tahu abah pukul mak lagi"airmatanya semakin laju. benteng matanya tidak mampu menahan lagi. naufal memeluk alisya.
"abang khalil habis sekolah dia tak pulang, dia pergi johor kerja dan sambung belajar sampai la phd, langsung tak balik, marah dia kat mak, mak tahu dari ustazah tu,abang khalil selalu contact ustazah. mak tahu abang nak sambung belajar mak buat macam macam kerja."nada alisya penuh sendu. naufal masih memeluk alisya.
"mak lagi kuat bekerja bila dapat tahu abang dapat tawaran sambung belajar untuk phd di manchester.pernah mak pengsan kerana darah rendah dan gula kurang dalam darah, mak ikat perut semata mata untuk abang. mak rahsiakn juga. "
"balik abang ke malaysia dia langsung tak jenguk mak"sedunya makin deras. naufal mengesat airmata alisya.
"mak rindu abang,lisya cuba cari abang, ustazah bagitahu abang mengajar kat kolej tu lisya apply semata mata untuk mak.lisya lukis potret abang,lisya tangkap gambar abang, lisya pos kat mak, untuk mak lepaskan rindu, kemudian mak bakar, takut abah tahu"naufal faham sekarang
"huz minta maaf, huz tak tahu."diusap kepala alisya. sendu alisya semakin kurang. naufal berdiri disebelah alisya.alisya mengesat airmatanya
"keluarga lisya haru biru kan"alisya tertawa basi menutup duka
"tak sayang, siapa pon lisya,huz tetap sayang lisya, huz ada dengan lisya"pipi alisya dioles lembut.alisya memegang tangan naufal lalu dicium tapak tangan jejaka itu. lega abis dah satu beban. alisya menghirup kopi.lapang dan tenang. diusap rambut naufal. naufal menoleh tersenyum. mereka menikmati pemandangan.tenang.deruan ombak memecah sunyi. alisya menarik naufal berdiri dihadapannya. diikat pony rambut naufal kerana kelihatan lelaki itu gigih menahan rambutnya dari terbang. naufal mendongak keatas menatap wajah alisya. alisya mengucup dahi naufal dan dipeluk naufal dari belakang. sweater pemberian Ren di letak ketepi. dimain telinga naufal.naufal hanya membiarkan saja tangan alisya bermain dimukanya. sesekali kedengaran alisya mengeluh berat. beban yang dipikul tak terhingga. naufal rasa bibir alisya dilehernya. alisya mencium leher lelaki itu lalu digigit. naufal menjerit sakit. dia menoleh. alisya ketawa besar.
"vampire ke"soal naufal yang memegang kedua tangan alisya. muka gadis itu ditutupi oleh rambutnya yang panjang.naufal mengikat rambut alisya.
"dah macam kak limah dah huz tengok.hah ni baru lisya huz punya"naufal ketawa. alisya menjuihkan bibir.bibir itu dioles lembut, mereka bercumbuan lagi. leher naufal dirangkul, naufal memeluk alisya. mereka bercumbu asyik. tiba buah kelapa jatuh mengejutkan mereka yang sedang asyik dilamun cinta. mereka tergelak.jam sudah pukul 6.30 azan subuh berkumandang. naufal menghidupkan enjin kereta dan bergerak ke masjid berdekatan untuk solat subuh. di beri alisya kain pelikatnya yang memang diletakkan didalam kereta. selesai solat mereka kembali kepantai untuk melihat matahari terbit. mereka bersua foto. lalu beredar menuju kedestinasi seterusnya. mereka singgah untuk bersarapan. mereka meronda sekitar pekan, jam pukul 9.30 ada kedai pakaian yang sudah beroperasi. mereka membeli beberapa helai pakaian lalu bergerak mencari hotel untuk rehat dan mandi.mereka mengambil bilik connecting.naufal mandi lalu terlelap keletihan semalaman memandu. begitu juga alisya. mereka ke tiduran sehingga petang.

"Alamak banyaknya mesej misha. mati aku"terjaga dari tidur lalu diperiksa telefon. jam menunjukkan pukul 3.50..dia bersiap untuk solat zohor. dia mengetuk pintu tengah yang menggabungkan biliknya dan bilik naufal. senyap.. dia membuka, naufal tengah solat, pintu ditutup kembali. Alisya menunaikan solat zohor dan bersiap untuk keluar. seluar canvas pendek rona krim paras lutut dan t shirt rona kelabu disarungnya. rambut di ban kemas. pintu tengah diketuk.Alisya bingkas membukanya.pakaian mereka sama. rambut naufal diikat pony.kemas.hensemnya getus hatinya. mereka beriringan keluar melalui pintu bilik alisya.mereka menghabiskan masa di terengganu dengan penuh memori indah. berkeping foto,pelbagai makanan di nikmati.malam berganti siang.masa untuk pulang. girang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience