SELAMAT HARI RAYA.alisya berada di rumah khalil. tahun ini mereka tidak beraya berseorangan seperti sebelumnya. alisya gembira melihat emak dan adiknya memperagakan busana yang dibelinya. mereka sedondon.puan mariam sibuk didapur melayan tetamu.mereka berdua gembira dapat melihat keriuhan.
"malam nanti ayong call balik ya, mak sibuk tu"ujar khalil di hujung talian.
"sya nak ikut ayong, nak pergi rumah member"ajak khalil
"tak sya tunggu huz datang nak pergi rumah dia"jelas alisya
"pergi rumah mertua jaga diri,jaga kelakuan"pesan khalil
"aip aip cip"bekas yang berisi rendang di dan ketupat diletakkan kedalam beg. khalil meninggalkan alisya sendirian menunggu suami tercinta.
"assalamualaikum,"ada orang memberi salam, alisya bangun membuka pintu. ren..
"selamat hari raya lisya"ujar ren
"selamat hari raya"alisya serba salah, kerana sebentar lagi suaminya akan tiba, dia tidak mahu ada perselisihan faham antara mereka.alisya memjemput ren masuk.. pintu sliding dibuka seluas luasnya. agar tiada timbul fitnah.
"lisya masak semua ni"soal ren
"lisya masak rendang je, nasi dengan lauk ayong buat.makan lah"jemput alisya
"lisya ren minta maaf andai sepanjang persahabatan kita ren ada sakitkan hati lisya"ujar ren
"lisya pon sama sepanjang persahabatan kita kot lisya ada terkasar dengan ren lisya minta maaf ya"ijar alisya.
"kenapa lisya nak rahsiakan perkahwinan lisya dari ren"soalnya
"maaf, lisya tak bermaksud nak rahsiakan. lisya belum bersedia"jelas alisya
"kenapa"soal ren lagi
"keluarga kami belum tahu kami dah bernikah"alisya gugup
"maksudnya"ren inginkan kepastian
"hari kita ke pejabat agama, naufal dah salah faham, dia ingat kita nak kawin,malam tu dia bawa alisya ke kondonya untuk settle masalah, tiba pegawai jais datang. "terang alisya cuba bertenang
"then lepas bincang dengan ayong dan zul kami decide bernikah malam tu"lega alisya
"owh... "walaupon sedikit remuk dihati, ren redha. alisya bukan untuknya
"maafkan lisya"ujar alisya
"eh kenapa pula, ren tumpang gembira, sekurang kurangnya lisya dah jumpa mr right yang boleh jaga lisya"ren berbasi basi
"jadi mak lisya tak tahu ke. "soal ren
"tak mak lisya dan keluarga naufal belum tahu, zul alisya terpaksa call untuk kebenaran wali, jadi zul perlu tahu.. cuma lisya minta dia rahsiakan dari mak nanti kami balik jelaskan pada mak"jelas alisya
"assalamualaikum.. "suara naufal memberi salam
"waalaikumussalam, alisya mendapatkan suaminya. dipeluk suami tercinta
"ren datang beraya"ujar alisya sebelum keadaan menjadi keruh
"selamat hari raya bro"ujar ren. salam dihulur. mereka bermaafan
"kau sorang je ke"soal naufal
"ha ah, aku sorang, aku datang ni pon nak say good bye kat korang"ujar ren
"kenapa ren nak pergi mana"alisya yang berdiri disebelah suaminya terkejut
"ren akan balik ke aussie hari ni, flight malam ni"terangnya
"ren nak uruskan bisnes daddy, daddy dah makin tak sihat"terang ren lagi
"kenapa baru nak bagitahu"alisya sedikit sedih. dia menunduk. tangan alisya diusap lembut suaminya
"daddy dah minta ren balik awal lagi, tapi ren nak settle urusan islam ren dulu,ren ingat nak bawa lisya sekali"usik ren. naufal sedikit membara
"tapi lisya dah bersuami, tak boleh.. kau jaga dia baik baik kalau tak aku akan ambil dia semula ok"pesan ren dan meminta diri untuk pulang. airmata alisya menitis.
suasana dirumah naufal meriah. ramai saudara mara yang hadir
"ibu ni rendang alisya buat malam tadi, ibu rasalah, "ujar alisya
"eh mesti"rendang itu diceduk dan dijamah bersama kerupat palas yang dibaws alisya
"sedap.. pandai alisya masak, "rendang ini, rasa yang sama, dah lama dia tidak rasa rendang seperti ini.
"owh ni resepi mak,alisya ikut saja"ujarnya..siapa alisya sebenarnya.puan kalsom mengimbau kenangan
"rendang... "tempik raihan lalu disudu rendang yang berada dalam pinggan puan kalsom ke mulutnya
"sedapnya"puji raihan. didalam keriuhan, naufal mengambil gambar sebagai memori.naina menunggu masa untuk menghampiri naufal.
"zair, amik gambar kami, ujar raihan pabila nampak akan naina cuba menghampiri naufal.
"outdoor la pula.. asyik dalam rumah je"ujar naufal dan berjalam memdapatkan raihan, alisya dan imran. naina gagal.satu persatu gambar diambilnya.
"assalamualaikum.. "suara seorang lelaki memberi salam.alisya menoleh
"abah"bisik hatinya. disebelah ayah nya seorang wanita muda, sebayanya barangkali. siapa perempuan tu. buat apa abah datang sini.
"abang borhan jemput masuk"akak raihan. kelihatan mereka seakan mengenali.
"siapa tu.. "soal alisya.
"owh itu driver arwah atok. kawan baik ibu dengan arwah ayah. "jawab naufal
"abis tu sebelah dia tu siapa"soal alisya lagi. wife dia katanya.wife baru."jawab naufal
"wife baru?? wife lama dia? "dah cerai katanya.alisya kaget. dia menyelinap masuk ikut pintu belakang.
"ayong amik sya sekarang,sya share location".di kongsi lokasinya
"zul mak mana.. bagitahu mak akak dengan ayong dalam perjalanan nak balik kampung bawa mak raya sini"
ALISYA>HUZ SORRY LISYA ADA URUSAN PENTING, LISYA KENA BALIK KAMPUNG AMIK MAK
mesej dihantar kepada suaminya. khalil yang tidak mengetahui apa apa memecut keretanya selaju mungkin. dalam perjalanan pulang ke kampung alisya berfikiran
"sya cuba cerita dengan ayong kenapa"soal khalil mahu kepastian
"tadi sya jumpa abah dekat rumah huz, dengan sorang perempuan.muda sebaya sya. katanya isteri dia. "jelasnya
"abis mak."khalil menyoal
"katanya dah bercerai, kalau dah bercerai kenapa balik rumah lagi, kenapa masih naik tangan dekat ibu lagi"marah alisya. tiga jam perjalanan akhirnya mereka sampai. alisya tidak berkata apa apa.. diambil beg mak dan adiknya lalu disumbat ke dalam bonet. diajak maknya masuk ke kereta. dia mejemput misha sekali. misha diperlukan disaat genting seperti ini. khalil memandu lagi 3 jam yang seterusnya. mereka tidak membicarakan tentang kejadian dirumah naufal tapi sebaliknya mengajak mereka beraya dirumah khalil. seronok hati puan mariam dapat beraya dengan anak anaknya.di hantar pulang alisya dan misha kemudian khalil membawa puan mariam ke rumahnya.
"apa yang kau sorok dari aku"soal misha.
"kau tahu ren last day kat malaysia hari ni.. soal alisya.
"tak aku tak tahu pon. "misha juga terkejut.
"dia nak balik aussie, flight malam ni, pukul 12 kalau tak silap."ulas alisya
"aku nak ke airport, sempat lagi ni, "alisya kelam kabut, gelabah. cuba disorok duka dihati
"ren ada dekat mana, sapa hantar pegi airport, ok lisya tunggu dekat rumah"panggilan ditamatkan
"kau nak ikut tak, kejap lagi ren datang amik kita"alisya berlari naik kebilik.misha pelik dengan tingkah laku alisya.suasana bingar airport sesekali membingitkan telinga.mereka duduk di cafe sementara menanti waktu untuk ren masuk ke balai perlepasan. alisya lebih banyak berdiam. tidak seperti biasanya.
"lisya kenapa"soal ren
"kenapa ren buat keputusan terburu buru.. lisya takde kawan dah.. "alisya merengek
"abis aku" misha memperingatkan
"kau pompuan, maksud aku boy"ujar alisya
"nanti kita contact ya. nanti senang ren balik la sini, lisya honeymoon kat sana nanti ren bawakkan jalan jalan"pujuknya.
"thanks tau be my friend.keep in touch ok"alisya berbasi. airmatanya mengalir. misha juga. mereka berpelukan bertiga sebelum ren hilang masuk kebalai perlepasan.
Alisya menikmati masakan ibunya dengan penuh selera. begitu juga khalil.
"mak,akak nak tanya abah takde kat rumah dia beraya dimana."alisya beserkap jarang. wajah wanita itu di tatap. kurus cengkung.hanya tinggal tulang. amat sedih kelihatannya.
"abah bawa lori la,hari raya dapat bonus,lebih sikit dapat"jawab puan mariam.alisya hanya tersenyum.abah tipu mak hidup hidup..sedih hatinya.naufal tiba dan untuk pertama kalinya dia berjumpa dengan ibu mertuanya.dia gugup.disantuni mertuanya.
"ni naufal ya"soal puan mariam
"ya"naufal gugup
"mak akak ada perkara nak bincang"ujar alisya megumpul kekuatan.puan mariam kelihatan tenang.semua diam
"akak dah nikah dengan naufal"dari raut wajah puan mariam sedikit terperanjat tapi tenang.ini yang membuatkan dia,naufal khalil dan zul risau.
"bila?"soal puan mariam tenang.di tunjuknya kad perakuan nikah.
"sapa wali?"soal puan mariam lagi
"zul dengan ayong"puan mariam diam.
"mak akak minta maaf mak sebab kawin tanpa pengetahuan mak"alisya mula menangis.
"mak dah tahu awal lagi"ujar puan mariam
"hah,"semua terkejut
"malam yang kamu angkat nikah,mak terima panggilan dari lan abang misha.dia telefon yang kamu akan bernikah malam tu,mak setuju sebab mak tak nak korang terjerumus dalam maksiat."puan mariam tenang.alisya makin tidak dapat menahan airmata.misha terkejut kerana dia berjumpa abangnya semalam tiada apa apa pon yang dikongsi abangnya.
"mak minta lan rahsiakan dari semua,mak harap akak dapat jadi isteri yang solehah,dan naufal tolong jaga akak dengan baik"ujar puan mariam
"andai kata satu hari nanti naufal dah tak boleh nak jaga akak,bagitau mak dan pulangkan dia balik kepangkuan mak"ujar puan mariam lagi..ikhlasnya melepaskan anak gadis nya tapi redha akan ketentuan Ilahi yang akan datang.alisya memeluk puan mariam seeratnya.rumah kondo naufal agak sibuk.alisya misha dan siti bertungkus lumus menyiapkan sajian untuk tetamu.hanya ahli keluarga dijemput hari ini.puan kalsom hadir bersama sikembar raihan dan naufal.sejurus itu tiba naufal fadzil dan naina adha bersama qalish.suasana hingar gelak tawa.sedang mereka menikmati hidangan,puan mariam tiba bersama khalil dan zul.puan kalsom tergamam
"yam"bisiknya.
"som"bisik puan mariam.mereka tergamam
"kak yammmmm"raihan berlari mendapatkan mariam.
"kak yam apa khabar,sihat?"raihan mendapatkan kerusi di sebelah kakaknya.dipeluk puan mariam erat.puan kalsom dan mariam terdiam.
"jemput makan kak,"raihan.suasana menjadi ralat
"kau apa khabar som"puan mariam mulakan bicara
"aku sihat,kau?"soal puan kalsom
"macam ni lah,dah berusia ni kan"jawab puan mariam
"mak kenal ke dengan ibu"soal alisya
"kak yam ni bff long dan arwah abah naufal.dorang ni rapat,sebab tu rendang yang alisya masak tu rai pernah rasa."seloroh raihan
"owh."
"ini khalil anak abang zainol"semua tersentak.khalil juga.puan kalsom tercengang.suasana bertukar dingin.dalam pada itu abah tiba dengan isteri barunya.perkara ini harus diselesaikan dengan baik
"maksud mak"soal khalil.
"mak,som dan zainol berkawan rapat"sedikit gugup nada puan mariam
"mak dan zainol ambil keputusan untuk berkawin.empat bulan perkahwinan kami,mak mengandungkan khalil.satu hari,zainol balik rumah dan ceraikan mak dengan tiba tiba tanpa alasan.kemudian mak kawin dengan abah alisya."terang puan mariam tenang.Ya Allh diceraikn tanpa sebab..kesian mak.raihan memujuk puan mariam
"kemudian mak dapat tahu zainol bernikah dengan kalsom"airmata puan kalsom dan mariam berjujuran.semua tergamam
"maaf kan som..yam..som punca semuanya,som fitnah yam pada abg nol sebab som suka abg nol,bila som tahu korang nikah som berdendam"terang puan kalsom.naufal dan fadzil terlopong menganga.alisya hampir pitam..rumit persoalan kisah mereka.jadi abang khalil dengan naufal adik beradik sebapa.abis aku dengan naufal sah ke tidak?pelbagai persoalan yang bermain difikirannya.
"borhan nikah dengan yam pon atas rancangan som,som takut kalau abang nol cari yam semula,maafkan som yam"puan kalsom kesal dengan perbuatannya.
"ibu,angah tak sangka ibu macam ni"khalil menenangkan puan mariam.
"abang,yam tahu dalam diam abang ada perempuan lain,ini ke pilihan hati abang.."soal puan mariam pada suaminya.
"yam maafkan abang"ujar encik borhan
"alang alang abang dah kata kita bercerai,yam nak abang lafaz kan talak depan semua orang"tegas ibu tanpa setitis airmata.
"mak"zul memegang erat tangan emaknya
"mariam binti kassim aku ceraikan kau dengan talak satu"semua orang tergamam.puan mariam kelihatan tenang.
"yam,aku betul minta maaf,aku bersalah dalam hal ni"puan kalsom merayu akab kemaafan.
"aku dah lama lupakan benda ni dan aku anggap mungkin jodoh aku dengan zainol tak panjang.tapi kebenaran hari ini buat aku terkejut,apa salah aku dengan kau"bicara puan mariam kali ini tegas dan tenang
"kau tahu kan anak kita dah bernikah"puan mariam berbicara tentang naufal dan alisya.
"ya,aku yang buat aduan jais,aku nak dorang kawin cepat,tapi aku tak tahu alisya anak kau"pengakuan puan kalsom memeranjatkan naufal dan alisya.
"ibu,kenapa ibu buat macam ni"soal naufal.dia tidak menyangka tindakan ibunya
"korang dah nikah ke,ooo...congrats."raihan cuba membaiki suasana.tapi tetap sama tegang.alisya pitam
Share this novel